Khamis, 23 Disember 2010

PR : PEMBOHONG RAKYAT - PROGRAM 100 HARI , ISLAM DIKETEPIKAN



Program 100 Hari pembangkang pembohongan besar
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my




KOTA BHARU 22 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan janji manis pakatan pembangkang untuk melaksanakan perubahan dalam masa 100 hari jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti hanya satu pembohongan besar.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika dikaji secara mendalam, kesemua janji tersebut hanya retorik dan tidak mampu dilaksanakan sekiranya keadaan ekonomi semasa negara diambil kira.

Beliau berkata, ia jelas kerana pemimpin utama pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang ekonomi dan hanya mengharapkan nasihat daripada orang lain.

"Lihat dulu latar belakang Anwar, dia tidak mempunyai kemahiran ekonomi dan pengalaman, dia hanya berkelulusan pengajian Melayu dan pengalaman sebelum menyertai politik hanya guru besar di Yayasan Anda, sekarang dia mahu bercakap mengenai ekonomi yang dia sendiri mengharapkan orang.

"Soalnya adakah orang seperti ini layak untuk mentadbir dan menguruskan ekonomi negara. Jika dia hanya mengharapkan nasihat daripada orang lain, jadi dia hanya perkakas untuk digunakan oleh orang sebab itu Amerika Syarikat sukakan dia.

"Sebagai contoh, ketika kita diancam penyangak mata wang, dia mahu meminta bantuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), kita akan mengalami nasib yang sama dengan Indonesia dan beberapa negara lain sekiranya menerima pelan IMF, adakah orang seperti ini kita mahu ambil jadi pemimpin," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini.

Ini merupakan kali pertama beliau pulang ke negeri ini selepas pembedahan pintasan jantung pada Oktober lalu dan disambut kira-kira 1,000 ahli Perkasa, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan penyokongnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas hasil konvensyen pakatan pembangkang yang mengemukakan Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol serta merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Selain itu, pembangkang berjanji menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, rakyat juga harus sedar dan menolak DAP yang secara terang membawa budaya pluralisme dalam masyarakat negara ini.

"Memang benar perlembagaan negara tidak boleh diubah tetapi perlu diingat perlembagaan itu dicipta oleh manusia, maka manusia boleh mengubahnya, saya tidak terkejut jika selepas ini perlembagaan kita diubah sekiranya mereka (DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas) memerintah.

"Selepas ini, tidak ada lagi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi negara. Kita perlu tentang habis-habisan golongan seperti ini, golongan yang akan menghancurkan negara," katanya.

Katanya, Perkasa tidak menyokong Barisan Nasional (BN) tetapi dasar yang dibawa oleh parti itu telah membuktikan bahawa ia berjaya membawa Malaysia ke arah sebuah negara maju dengan rakyatnya hidup aman damai.

"Perkasa menyokong dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan biarpun ada kelemahan kerana ia terbukti berjaya. Kelemahan hanya dari segi pelaksanaan yang dilakukan oleh segelintir mereka yang mendapat keuntungan peribadi.

"Dari segi dasar yang dibawa sejak 50 tahun lalu amat baik, semua pihak dapat hidup aman damai tanpa sebarang masalah di mana kaum pribumi mendapat haknya manakala kaum lain juga dapat menikmati kek ekonomi yang sama," katanya.


Rabu, 22 Disember 2010

PKR - LIWAT, PAS - BINI ORANG & DAP - PAP



Ironi: PKR Dengan Liwat, PAS Dengan Bini Orang

Wednesday, December 22nd, 2010 | Posted by Adamyan



Dalam belum habis kita bercakap tentang Wikileaks yang teruk menghentam pemimpin Agung PKR, PAS pula bergegar dengan skandal seks salah seorang ADUNnya di Kelantan.  Ini bukan kita (UMNO) kata tapi bekas ahli PAS yang kata.  Nama Nik Aziz pun terbabit sama,  Nampaknya 2 parti komponen terbesar dalam Pakatan ni tak abis-abis dengan skandal seks.

Liwat dengan PKR ibarat irama dan lagu, tak boleh dipisah dah. Kalau nak ada skandal dalam PKR mesti berkenaan dubor, takdela berubah dari dulu sampai lah sekarang.  Memang nasib bila ada pemimpin agung yang gilakan jantan, masa berubah tapi selera masih yang dibelakang, tidak di depan.

PAS pulak tak habis-habis dengan bini orang. Dari Normah Sabu bilik 121 tahun 1997 dulu sampailah ke ADUN Selising dengan KTM Koc VIP 1nya. Kalau dihalusi betul-betul, pemimpin PAS sering diwarnai dengan kes bawak lari anak dara orang, poligami takde izin, berbini ramai dan yang seumpama denganya.

Skandal jugalah walaupun tak luar tabie seperti teman sepakatan di atas nun.
Hal-hal zina ni bukan kita nak menuduh tapi memang dah heboh diperkatakan orang, cuma belum terdedah dalam Wikileaks saja lagi. Kita tak rendah taraf macam binatang-binatang dalam PKR dan PAS yang percaya cerita bohong walaupun bukti tidak ada.

Macam kes Altantunya, walau tiada bukti apa langsung, hanya sandiwara demi sandiwara bersandar kepada akuan bersumpah palsu yang bertukar selang sehari, orang pembangkang masih tidak ragu untuk percaya.  Air mani jelas dalam dubor, pembangkang taknak pulak percaya tapi cerita semata-mata boleh percaya.  Jadi jelas, ini bukan berkenaan bukti tapi apa yang dia mau atau tidak percaya saja.

Wikileaks pun tak dedah apa-apa, yang disebut Najib tertekan tuduhan dengan tersebut, itu saja. Itupun diputar belit orang Anwar kononnya Wikileaks kaitkan Najib dengan pembunuhan Altantunya, apa yang kaitnya?  Lain dengan liwat Anwar, cakap tu berdasarkan bukti teknikal yang kita percaya diberikan peguam OKU Anwar dari DAP.

Dalam hal ADUN Selising ni at least kita ada saksi. Dalam hal liwat, air mani dalam dubor.
So, beranilah kita cakap. Lagipun ini berkenaan pemmpin, wajib kita dedah perihal laku buruknya, petik kata Mahfuz dalam kempen pilihanraya Permatang Pasir (calon nikah satu lagi je pun ceritanya).  Rakan sejawat penulis dah tulis artikel menarik fasal perangai Nik Aziz dalam kes ADUN Selising ini, jadi penulis tidak perlu sentuh sangat dah pasal semua dah jelas disana.

Hajat sebenar penulis catit artikel ni ialah tentang ironi yang sering terlekat pada kedua parti sepakatan ni. Liwat, bini orang, liwat, bini orang. Tak abih-abih.  Dalam kedua hal pun, Nik Aziz kaki makan rasuah ni pun mesti terlibat sama. Baik Mat Sabu, baik kes terbaru, kedua-duanya Nik Aziz ‘bagi restu’.

Nik Aziz pun pernah buat sembahyang hajat supaya Anwar dilepaskan dari penjara pada 2004 dan akibat doa Nik Aziz, dubor seorang lagi pemuda jambu jadi mangsa Anwar pada 2008. Kita kena ingat yang baik datang dari Allah swt, yang jahat datang dari kita. Pendek kata, dalam hal terbaru Anwar ni pun Nik Aziz ada ‘saham’.

Dan sama macam kes Mat Sabu, yang baru ini pun katanya Nik Aziz nak sapu bawah karpet juga.  Nik Aziz macam paderi kristian yang ada kuasa ampunkan dosa orang,

Paderikah dia?




Selasa, 21 Disember 2010

NIK AZIZ PERLU BERTAUBAT - HARI DAH SENJA



Benarkah Nik Aziz mampu berkomunikasi dengan Allah swt?

Tuesday, December 21st, 2010 | Posted by Che_Wan


Sudah heboh didalam blog-blog serta laman sosial Facebook tentang pendedahan video saksi utama bagi isu khalwat seorang Adun PAS. Video yang mendedahkan tentang penangkapan Adun ini juga memuatkan dakwaan bahawa Nik Aziz sendiri telah “melindungi” Adun yang dikatakan khalwat tersebut.

Lihat video DISINI ===> watch?v=i_m8UEodweY

Seperti yang dijelaskan oleh saksi khalwat Adun itu didalam video tersebut, Nik Aziz telah memberitahu mereka untuk melepaskan tertuduh kerana “Allah telah maafkan dosa beliau”. Persoalannya, apakah Nik Aziz mampu berkomunikasi dengan Allah swt seperti nabi dan rasul pada zaman dahulu?

Benar atau tidak dakwaan yang dibuat oleh saksi isu khalwat ini bukan menjadi suatu isu besar. Beliau sendiri telah bersumpah atas nama Allah bahawa dia bercakap benar dan beliau juga sanggup disaman atau didakwa jika kenyataannya palsu.

Tetapi apa yang mengejutkan kita semua ialah pendedahan tentang tindakan Nik Aziz apabila dia bertindak melindungi maksiat yang dilakukan oleh pengikut PAS tersebut. Ini mengingatkan kita semua tentang bagaimana Mat Sabu juga pernah menghadapi tuduhan yang sama, tetapi “disucikan” oleh para pemimpin PAS.

Didalam kes Mat Sabu yang ditangkap berkhalwat oleh pencegah maksiat disebuah bilik hotel bersama dengan isteri rakan baiknya, satu jelajah mega diadakan diseluruh negara bagi menghalalkan isu tersebut. Malah, akhirnya UMNO yang dituduh oleh pemimpin-pemimpin PAS kerana didakwa memerangkap Mat sabu bagi menjatuhkan imej PAS.

Berbanding dengan kes Mat Sabu, kes Adun PAS yang terbaru ini telah dipendamkan dan disembunyikan dari pengetahuan orang ramai oleh pemimpin-pemimpin PAS. Mungkin mereka sedar ia akan menjatuhkan airmuka ulamak-ulamak didalam PAS kerana kes ini melibatkan seorang Adun dan juga wakil rakyat dari parti tersebut.

Namun ibarat kata pepatah, bangkai gajah takkan boleh ditudung dengan nyiru.., baunya akan sampai juga ke pengetahuan masyarakat sekitar. Begitulah kisah khalwat Adun ini. Allah telah mendedahkan perilaku songsang didalam PAS kepada umum. Allah juga telah mengizinkan kegiatan maksiat PAS ini sampai ke pengetahuan rakyat negara ini biarpun cuba ditutup oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Dan yang paling memalukan, hijab penyelewengan Nik Aziz yang selama ini berlakon seperti seorang ulama yang warak serta berselindung disebalik jubah dan serban, semakin dibongkar satu demi persatu ketika dipenghujung usianya. Mungkin ini sebagai petanda Allah mahukan dia bertaubat sebelum Nik Aziz kembali ke alam baqa.

Dengan pendedahan demi pendedahan tentang wajah sebenar ahli politik yang bernama Nik Aziz ini, adakah pengikut-pengikutnya mahu untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan? Apakah sifat taksub dan wala’ membuta tuli mereka terhadap Nik Aziz yang dianggap sebagai wali agung PAS ini masih tebal hingga membutakan hati mereka terhadap kebenaran?

Seharusnya pengikut-pengikut PAS bersyukur terhadap apa yang ditunjukkan oleh Allah kepada mereka. Nyata kini bahawa politik itu bukanlah agama sehingga ia boleh dicampuradukkan. Politik itu hanyalah satu ideologi yang menjadi pilihan kita. Tak semestinya PAS itu lebih Islam dari UMNO dan begitu juga sebaliknya.

Tindakan pemimpin-pemimpin PAS yang memperkudakan agama Islam didalam jual beli politik mereka langsung tak boleh diterima akal. Pemimpin PAS seperti Nik Aziz juga telah merendahkan kesucian agama itu sendiri dengan menjadikannya benteng kepada salahlaku PAS.

Apakah ini boleh dibiarkan? Pemimpin seperti ini wajib ditolak dan tak patut dijadikan sebagai ketua. Ia hanya akan membawa keburukan dan juga bala dari Allah kepada seluruh masyarakat di negara ini sahaja.



Isnin, 20 Disember 2010

BUKTI PAS PARTI PENIPU?



Pas Halang Buku Dedah Penyelewengan Tabung Memali DiJual


BALING 22 Nov. – Penulis buku Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali kesal dengan sikap pemimpin Pas yang melarang ahlinya membeli buku tersebut ketika majlis memperingati 25 tahun Memali diadakan di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, buku yang banyak mendedahkan penyelewengan Tabung Memali itu oleh pihak tertentu dalam Pas telah dihalang dan disekat daripada dijual kepada orang ramai pada majlis berkenaan.

Penulis buku itu, CN Al-Afghani atau nama sebenarnya, Zainon Ismail berkata, tindakan penganjur majlis iaitu Dewan Pemuda Pas Pusat melarang orang ramai membeli buku berkenaan membuktikan mereka sebenarnya takut dengan pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam Pas itu daripada terbongkar.

“Saya kecewa dengan halangan pihak berkenaan untuk mengedarkan buku ini,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Hadir sama anak Ibrahim Libya, Mohd. Irsyad Zamani Ibrahim, 28, dan beberapa ahli Pas.
Majlis memperingati 25 tahun Memali itu diadakan selama tiga hari yang berakhir semalam dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.

Tabung tersebut dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dilakukan oleh pihak berkuasa atas dakwaan terbabit dengan kegiatan ekstremis.

Tambah Zainon, halangan penjualan buku itu menunjukkan sikap tidak adil kepimpinan Pas terhadap kebebasan bersuara dan mahu melindungi salah laku pemimpin yang berkenaan.
”Jika penyelewengan itu dilakukan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN), mereka akan menelanjangi habis-habisan tetapi jika dilakukan oleh pemimpin Pas sendiri, mereka akan cuba menutup dan menganggapnya fitnah.

“Inilah sikap double standard dalam Pas yang cuba melindungi pemimpin berkepentingan,” tegasnya.

Zainon juga mencabar pihak yang tidak berpuas hati dengan pendedahan buku tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah, menggunakan saluran undang-undang untuk mengambil tindakan.

Bekas guru itu juga mencabar pihak berkenaan mengadakan forum di pentas terbuka untuk memberi penjelasan tentang dakwaan penyelewengan wang anak-anak yatim dan ibu tunggal yang telah disalahgunakan pihak berkenaan.

Tegasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang mewakili Pas perlu telus dalam hal itu kerana jika tidak, mereka tidak layak untuk bercakap dan mempertikaikan salah laku pihak lain.

Sabtu, 18 Disember 2010

PAS : PENCACAI YANG PALING DISUKAI OLEH PKR, DAP - PAP

PAS sedang menuju kepada kafir atau haram !



"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.


Satu fatwa yang dikeluarkan oleh PAS lebih kurang sebulan sebelum pembentukkan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 apabila Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah serta juga Singapura bersetuju untuk bergabung sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Fatwa tersebut juga umpama sejenis senjata yang fungsinya boleh bertindak seperti satu penanda aras kepada semua anggota PAS baik mereka yang hanyalah ahli biasa mahupun mereka yang berjawatan tinggi dalam membawa halatuju perjuangan parti supaya tidak tersasar atau menyimpang dari matlamat asal parti dan juga dari landasan yang telah ditetapkan.

Namun sayang seribu kali sayang apabila senjata(fatwa) yang telah dicipta khas oleh pemimpin PAS yang terdahulu untuk digunakan oleh generasi PAS yang seterusnya bagi mempertahan dasar perjuangan parti kini telah menikam tepat ke bahagian rusuk kiri dan kanan PAS sendiri.

Hukum Hudud yang menjadi teras kepada perjuang asal PAS sebelum ini kini telah 'dibakul sampahkan' oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat dan hampir keseluruhan anggota-anggota PAS tidak menghiraukan lagi tentang Hukum Hudud dan mereka juga tidak lagi kisah dengan fatwa PAS 1963 itu demi untuk memperkuatkan lagi kerjasamanya dengan DAP yang kafir dan juga PKR yang separuh kafir.

PAS memang jelas sudah tidak lagi bermaya dan tidak berupaya untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada terus menerus diperlekehkan oleh orang-orang bukan Islam terutama daripada DAP apabila dilihat hanya membiarkan saja puak-puak DAP dan PKR mempermainkan nilai-nilai yang terkandung di dalam ajaran agama Islam yang sememangnya wajib bagi mereka sebagai seorang Muslim untuk menjaga serta memelihara kesucian dengan apa cara sekalipun.

Esok 19 Disember 2010 akan berlangsung Konvensyen bersama Pakatan Haram DAP, PAS dan PKR di George Town Pulau Pinang. Faham-faham sajalah apabila PAS sudah semakin kerap menjalinkan kerjasama dengan DAP yang memang kafir maka bermakna PAS sudah menjilat semula air liur yang pernah diludah mereka sebelum ini kepada UMNO dan mahu tidak mahu sudah tentulah PAS terpaksa menelannya kembali serta mereka juga patut terima hakikat yang PAS kini sudah semakin menuju kepada kafir dan haram menurut fatwa PAS Ogos 1963.

Jumaat, 17 Disember 2010

PLURALISME DAN MURTAD



'Pluralisme agama' keliru lagi mengelirukan

Oleh Mohd. Ayop Abd Razid


Sebelum kita memahami apa yang dimaksudkan dengan pluralisme agama adalah baik kita memahami dua perkataan yang sering disalah faham dalam konteks memahami 'pluralism agama'. Dua perkataan yang saya maksudkan itu ialah plurality(pluralitas) dan 'pluralism'.

Perkara ini dijelaskan oleh Profesor Datuk Dr. Datuk Osman Bakar dalam ucaptamanya di Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah yang bertemakan "Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah".

Menurutnya, plurality adalah sifat sesuatu keadaan yang di dalam bahasa Melayu disebut 'kepelbagaian' atau 'kemajmukan'. Misalnya masyarakat kita adalah masyarakat yang bersifat majmuk dengan pelbagai etnik, kaum, agama, bahasa dan anutan agama.

Konsep kemajmukan ini disebut di dalam al-Quran sebagai masyarakat manusia (bani Adam) yang diciptakan dari pelbagai warna kulit dan keturunan dengan tujuan untuk saling kenal mengenali (al-Hujuraat:13). Sebaliknya apabila disebut pluralism maka ia sudah merupakan satu fahaman atau ideologi tersendiri yang memiliki doktrin-doktrin yang tertentu.

Justeru, apabila disebut pluralisme agama di dalam rencana ini maka ia merujuk kepada satu fahaman atau ideologi yang memiliki doktrin-doktrin tertentu. Apa maksudnya pluralisme agama?

Pluralisme agama adalah fahaman yang mengajar semua agama adalah sama kerana menganggap setiap agama bersifat relatif dan nisbi kebenarannya.

Mereka mendukung kesamarataan agama yang di dalam bahasa Inggeris disebut Transcendent Unity of Religions.

Fahaman ini telah dikembangkan oleh sekelompok pemikir Kristian seperti Raimundo Panikkar (Pastor Khatolik kelahiran Sepanyol), Wilfred Cantwell Smith (pengasas Institute of Islamic Studies di McGill University Canada), Frithof Schuon (bekas Kristian yang keluar masuk pelbagai agama) dan John Hick (Profesor teologi di Claremont School California AS).

Peter Byrne, Profesor di King's College London menyebut bahawa pluralisme agama adalah adunan tiga tesis iaitu: semua agama besar di dunia adalah sama; semua agama itu menawarkan jalan keselamatan, dan semua agama terbuka untuk dikritik dan ditinjau kembali.
John Hick menganggap bahawa agama-agama besar dunia adalah satu, iaitu "Hakikat Ultimate yang Tunggal" (The Ultimate Reality) dan Tuhan mempunyai pelbagai nama.
Doktrin beliau itu mencerminkan bahawa kewujudan agama yang beragam pada hakikatnya adalah memiliki manhaj yang sama dan autentik untuk membawa manusia ke jalan keselamatan (salvation).

Justeru, semua agama yang ada adalah authentic manifestations of the Real, dan tidak ada satu agama pun yang berhak mendakwa agamanya satu-satu yang benar dan satu-satunya jalan menuju keselamatan.

Implikasi dari fahaman ini ialah setiap agama tidak boleh mendakwa bahawa agamanya sahaja yang benar secara mutlak kerana menurut mereka setiap agama berkongsi sebahagian kebenaran (partial truth). Bagi mereka kebenaran yang mutlak hanya ada pada 'Hakikat Ultimate Reality'.

Pendukung fahaman ini mendakwa bahawa pluralisme agama adalah jalan penyelesaian terhadap konflik antara agama.'

Justeru, tokoh seperti Paul Knitter, pakar teologi Kristian Pluralis menyebut, pluralisme berkeinginan untuk melahirkan dialog yang jujur dan terbuka sehingga seluruh pemeluk agama dapat bekerjasama memperbaiki jalan kehidupan manusia.

Di Indonesia, wujud kelompok 'Islam Liberal' yang menerima fahaman 'pluralisme agama' ini. Ia telah berkembang subur melalui pelbagai medium seperti wacana, seminar, dialog, penerbitan buku dan jurnal.

Malah, ada usaha untuk mengubah kurikulum pendidikan Islam ke arah Pendidikan Islam Pluralis.

Apakah pendirian yang harus dipegang oleh kita? Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady dalam wacana tersebut mengingat umat Islam supaya berpegang kepada wacana Sunni (Ahlissunnah) yang merupakan aliran arus perdana yang berpegang kepada al-Quran, Hadis dan Ijmak.

Menurutnya pluralisme agama terletak atas sangkaan pandangan yang bercanggah dengan Quran, Sunah dan Ijmak.

Al-Quran datang sebagai petunjuk kepada manusia dan al-Quran sendiri menegaskan bahawa agama yang diterima di sisi Allah adalah al-Islam, iaitu Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Tidak ada paksaan ke atas manusia kufur untuk memeluk Islam.

Apa yang penting dalam konteks hidup bermasyarakat kita perlu menghormati nilai-nilai yang baik yang ada pada sistem kepercayaan masing-masing sebagaimana Muslim dan Yahudi serta Kristian hidup secara harmoni dalam zaman kemuncak Islam di Andalusia.

Penulis ialah Ketua Unit Penerbitan di Jabatan Hal Ehwal Khas, 
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Rabu, 15 Disember 2010

PAS : PEMFITNAH AMALAN SYAITAN



Pas Buat Fitnah Tuduh BN Rancang Rampas Kuasa Kalau Kalah PRU-13


IPOH, 14 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan beberapa pemimpin Pas yang meramalkan Barisan Nasional (BN) akan merancang rampasan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) menang pilihan raya umum ke-13 sebagai berniat jahat, fitnah dan pembohongan.

Beliau berkata kenyataan seperti itu berupa satu lagi contoh betapa Pas akan sentiasa mencari peluang untuk menimbulkan fitnah bagi memburukkan kerajaan BN.

“Ini niat jahat, sangka buruk untuk takutkan rakyat,” katanyaselepas merasmikan majlis pecah tanah Kilang Panel Solar Twin Creeks Malaysia Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Khantan di sini hari ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar semalam membayangkan kemungkinan berlakunya rampasan kuasa itu, ekoran amaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat tidak memilih parti selain BN.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata keputusan pilihan raya umum lepas telah membuktikan BN menghormati proses demokrasi dan menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat.

Beliau berkata BN kalah di beberapa negeri dan boleh menerimanya  sebagai keputusan yang dibuat melalui proses demokrasi dan pilihan rakyat.

“Lihat apa yang berlaku selepas kita kalah (beberapa negeri)…kita faham keputusan yang telah dibuat. Tidak timbul soal rampasan kuasa,” katanya.

Muhyiddin berkata perbuatan fitnah dan pembohongan dicegah oleh Islam tetapi kenyataan tidak masuk akal berkenaan dibuat oleh pemimpin parti yang memperjuangkan Islam.
Beliau berkata pembangkang akan sentiasa berusaha mencari peluang memburukkan kerajaan dan menunjukkan kerajaan BN sebagai tidak baik tetapi yang penting adalah rakyat memahaminya.

“Rakyat harus tahu bahawa Pas akan sentiasa mencari peluang menimbulkan fitnah memburukkan kerajaan,” tegasnya.

Mengenai kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali bahawa PR akan memberi autonomi sepenuhnya kepada Sarawak jika diberi mandat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada PRU 13, Muhyiddin berkata ia hanya satu tipu helah pembangkang.

“Mereka akan membuat pelbagai tawaran…ini tipu helah mereka. Akan guna apa cara untuk dapat kejayaan,” katanya.

Beliau berkata rakyat Sarawak tahu jasa dan sumbangan BN membangunkan negeri itu dan sejak sekian lama, hak-hak yang dinikmati adalah berdasarkan pada perlembagaan dan undang-undang negeri dan persekutuan.