Ahad, 31 Oktober 2010

FATWA PILIHANRAYA PAS : PANCING UNDI


Pangkah Pas 'masuk syurga' tarik warga emas 


GUA MUSANG 30 Okt. - Kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas mula dicemari dengan taktik kotor Pas apabila parti itu cuba mempengaruhi pengundi warga emas di sesetengah kawasan dengan mendakwa undi Pas masuk syurga.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman ketika pihaknya mengadakan kempen rumah ke rumah di beberapa buah kampung sejak lima hari lalu.

Ekoran itu beliau berkata, Wanita UMNO terpaksa memberi penjelasan kepada kumpulan pengundi terbabit bahawa penentuan syurga atau neraka merupakan hak Allah dan bukannya Pas.

''Saya tidak sangka yang Pas masih lagi memainkan isu pangkah Pas masuk syurga terutama di kalangan pengundi-pengundi warga emas. Kami terpaksa memberi penjelasan supaya mereka sedar kempen yang dijalankan oleh jentera Pas itu tidak benar.

''Akhirnya mereka faham penentuan syurga dan neraka adalah hak Allah. Apa yang kami lakukan ini bukan setakat berkempen malah turut memberi kesedaran kepada penduduk setempat mengenai perbezaan antara Islam dan Pas," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Hamidah berkata, beliau dan anggota Wanita Wanita lain perlu membuat penjelasan itu supaya para pengundi mereka dapat gambaran yang jelas mengenai Pas.

''Islam dan Pas merupakan dua perkara berbeza. Islam adalah agama paling suci manakala Pas hanya sekadar sebuah parti politik yang berusaha meraih sokongan rakyat.

''Kami terpaksa melakukan peranan ini kerana kami tidak mahu penduduk di sini terutama warga emas terus terpengaruh dengan dakyah-dakyah Pas yang tidak berasas," katanya lagi.

Beliau berkata, hakikatnya, Pas kini tidak lagi memperjuangkan penubuhan negara Islam seperti mana 
sebelum ini apabila parti tersebut membuat keputusan untuk bersahabat dengan DAP.

''Inilah antara perkara-perkara utama yang kita maklumkan kepada pengundi-pengundi di sini. Biar mereka tahu siapakah Pas yang sebenar," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, strategi kempen Wanita UMNO kali ini lebih menjurus kepada usaha mendampingi rakyat secara kumpulan-kumpulan kecil.

''Kebiasaannya bilangan penduduk bagi setiap kumpulan adalah antara 20 hingga 30 orang. Di dalam kumpulan ini kita akan menerangkan faedah serta kebaikan yang diperolehi sekiranya mereka menyokong calon Barisan Nasional (BN)," ujarnya.


Sabtu, 30 Oktober 2010

PAS : Perosak Alam Semesta

Kerajaan Pas Perosak Muka Bumi – Shahidan
Oleh: MOHD NASRI ZAKARIAH.


GUA MUSANG 29 Okt – “Kerajaan Kelantan perosak muka bumi, saya tak pernah jumpa orang tarah muka bumi dengan begitu teruk dan cukup kejam, Inilah suatu yang ALLAH sebutkan dalan al-Quran, kamu rosakkan muka bumi.

“Saya dah tak masuk kawasan Orang Asli di Kelantan ni lebih daripada 18 tahun, bila saya datang saya terkejut, saya ingatkan ada perompakan atau ribut taufan rupanya hutan habis di buang,” itulah keluhan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim kepada umno-online.

Keluhan dan kekesalan Shahidan itu disebabkan rasa kekecewaan dengan apa yang berlaku berikutan kerja pembalakan dan pencerobohan hutan yang berlaku di  Lojing, Gua Musang.

Menurutnya, apa yang berlaku itu bagaikan suatu musibah sehingga menyebabkan berlakunya kerosakan kepada eko sistem yang memberi kesan kepada sumber bekalan air kepada manusia.

“Cara buka hutan ini adalah cara perebutan penyamun atau pun perebutan yang tak pernah saya tengok dalam dunia ni, saya dah pergi seluruh dunia tapi cara orang ambil hutan di Kelantan ni semuanya ditarah. Malah tanah milik orang kampung pun ditarah walaupun dia mempunyai geran (hak milik tanah), yang biasa buat kerja macam ni adalah penyamun mereka tak peduli milik siapa, mereka tetap samun kalau dah nama penyamun,” katanya.

“Cara buka hutan ini adalah cara perebutan penyamun atau pun perebutan yang tak pernah saya tengok dalam dunia ni, saya dah pergi seluruh dunia tapi cara orang ambil hutan di Kelantan ni semuanya ditarah. Malah tanah milik orang kampung pun ditarah walaupun dia mempunyai geran (hak milik tanah), yang biasa buat kerja macam ni adalah penyamun mereka tak peduli milik siapa, mereka tetap samun kalau dah nama penyamun,” katanya.

Shahidan berkata, apa yang diketahui permasalahan ini berlaku berpunca pentadbiran negeri menganggap sumber hutan adalah sumber kewangan sehingga menyebabkan berlaku perebutan kawasan hutan di kalangan milik kerajaan negeri.

“Saya tanya pada salah seorang pentadbir Kelantan, kenapa dia buka kawasan begitu luas di Lojing, Orang asli  langsung tak ada peluang kerja, orang bangla yang diberi, dia jawab penipuan yang dibuat oleh agensi-agensi kerajaan, agensi kerajaan Kelantanlah.

“Kita tahu kerajaan Kelantan nak duit cepat dan ada perebutan ada agensi nak kaya cepat dan mungkin ada orang tertentu terlibat, saya rasa SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) kena terlibat, sebab saya apa yang berlaku macam orang gila mengamuk, tebang sana sini,” katanya.
Menurutnya kesan dari penerokaaan haram itu telah menyebabkan berlaku pencemaran sumber air di sungai-sungai kawasan terbabit.

“Saya rasa pemerintah Kelantan, Datuk Nik Aziz kena pi cuci muka di sungai kawasan sawit, dia akan rasa betapa perit air sungai yang penuh dengan racun ladang sawit. Ia satu penghinaan yang dibuat pada hutan, Allah turunkan bala kepada orang yang merosakkan muka bumi iaitu kerajaan Pas Kelantan,” katanya.
Shahhidan berkata, Pas tamak apabila menjadi pemerintah dan ini dibuktika ketika mereka menjadi pemerintah di Terengganu dengan melakukan penerokaan secara berleluasa di negeri berkenaan.

 – MediaUMNO



Khamis, 28 Oktober 2010

KAFIR MENGKAFIR KERJA SIAPA?


Bahaya pemikiran kelompok Ahbash

ARKIB : 22/11/2009

Oleh Minda Dr. Maza


SUKA mengkafir dan menyesatkan orang lain bukan akhlak muslim. Ahlul Sunnah wal Jamaah berpegang kepada asas tidak mengkafirkan individu Muslim lain melainkan terdapat bukti yang yakin tanpa syak dan tidak keuzuran lagi yang boleh diberikan kepadanya. 

Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh) (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sikap suka menuduh orang lain kafir atau sesat sewenang-wenangnya merupakan penyakit jiwa yang terpendam dalam dada si penuduh yang berpunca daripada keegoan, sikap pantang berbeza pendapat, suka monopoli kuasa dan suka menyalahgunakan agama. Lebih bahaya daripada itu, sikap suka mengkafir ini akan membawa kepada perbalahan yang meruncing dalam masyarakat Islam, bahkan sering membawa kepada tumpah darah yang banyak terjadi dalam sejarah umat ini.

Kebelakangan ini kita dapati ada pihak yang tidak menerima beberapa pandangan pembaharuan atau tajdid dalam masyarakat kita. Tidak dapat menerima itu tidak menjadi masalah, kerana memang adat kehidupan untuk manusia berbeza pendapat. Tetapi apabila mereka yang enggan menerima pandangan yang dianggap berbeza dengan tradisi yang mereka pertahankan itu mula menggunakan pendekatan kafir mengkafir dan sesat menyesat, ini amatlah merbahaya.

Antara aliran yang terkenal suka mengkafirkan orang lain ialah aliran Ahbash. Ahbash adalah aliran atau puak yang berpusat di Lebanon yang diasaskan oleh seorang lelaki Habsyi atau Afrika yang dikenali dengan nama Abdullah al-Harari. Mereka mendakwa sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah sejati dan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka menjadi sesat atau kafir. Dr. Yusuf al-Qaradawi mengulas tentang puak ini dengan katanya: “Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jemaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pendapat- pendapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan yang merbahaya dalam persoalan akidah, fekah dan akhlak dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu.

Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai daripada ulama semasa seperti al-‘Allamah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya. Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-‘Asy‘ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafie segi fikah dan mengikut Tarikat al-Rifa‘iyyah dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu sama ada dalam pemikiran, adab dan akhlak.

Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habsyah (Ethiopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baru, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengkucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam). Al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi juga menyebut: “Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahabi dan taksub dengan para imam Wahabi, seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma’ dalam persoalan ini dan itu..”

Timbalan Presiden The European Council for Fatwa and Research (ECFR), al-Syeikh Faisal Maulawi menyebut: “al-Ahbash atau (Jam‘iyyah al-Masyari’ al-Khairiyyah al-Islamiyyah) mereka adalah anak-anak murid al-Syeikh Abdullah al-Harari. Mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara akidah yang menjadikan mereka mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya hanya kerana sebab-sebab yang remeh temeh. Sama halnya, mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara fikah yang berbeza dengan kebanyakan para ulama hari ini. Perbincangan dengan mereka tidak mendatangkan faedah, kerana mereka tidak akan menerima melainkan pandangan-pandangan syeikh mereka. Jika kamu (orang yang meminta fatwa) menjauhi masjid-masjid mereka (golongan Ahbash), itulah yang lebih utama bagi mengelak berlakunya perbalahan yang tidak berfaedah”.

Kementerian Wakaf Mesir, Bahagian Dakwah pula membuat kenyataan berikut: “Maka untuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik dari Habsyah, pelik dari segi pemikiran dan metod yang diikutinya dalam menyebarkan fitnah di kalangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Pertama kali juga tersebarnya kalimah takfir (pengkafiran) melalui lisan sebahagian mereka. Juga pertama kalinya terjadi masalah kekeluargaan lalu anak-anak mengkafirkan ayah-ayah mereka dan berlakunya persengketaan dan perpecahan antara ayah dengan anak-anak.

Pertama kalinya muncul mereka yang melampau ke atas ulama besar Ahlul Sunah wal Jamaah yang beramal dan berjuang di atas agama dengan cara yang dipenuhi dengan hasad dengki dan menghukum para ulama sebagai kafir. Sesungguhnya al-Habasyi (pengasas Ahbash) mengkafirkan ulama besar seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sayyid Qutb, Muhammad Mutawalli al-Sya‘rawi, Muhammad al-Ghazali dan Sayyid Sabiq. Di antara ulama Lebanon yang mereka kafirkan ialah Hassan Khalid, Subhi Salih, dan Faisal Maulawi dan banyak lagi yang mereka kafirkan dari ulama-ulama Al-Azhar al-Syarif”.

Antara perkara menakutkan yang digunakan oleh puak Ahbash ini, selain dari maki-hamun, cerca, fitnah dan serangan peribadi, mereka juga menggunakan pendekatan menghalalkan darah orang yang mereka musuhi. Sebab itu di Lebanon, sebelum ini mereka begitu bermaharajalela sehinggalah mereka dikaitkan dengan pembunuhan Presiden Rafiq Hariri. Ini apabila Ulil Amri yang dirasakan sudah tidak dapat bekerjasama dengan mereka. Sebelum itu mereka juga mengkafirkan bekas Mufti Lebanon Hasan Khalid dan membunuhnya. Mereka menulis di dinding-dinding di Lebanon: “Katakan tidak kepada Hassan Khalid yang kafir”.

Tabiat

Menjadi tabiat puak Ahbash ini suka memfitnah mengada-adakan cerita bohong dan mempersendakan gambar dan mengubah fakta. The Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA) menyebut bagaimana pengasas mereka Abdullah Harari berpakat menghasut pihak berkuasa Habsyah sehingga menyebabkan pengetua Pusat Tahfiz al-Quran di sana di penjarakan selama 23 tahun. (http://www.amjaonline.com/ar). Pendekatan menggunakan pihak berkuasa dan mendampingi pemerintah dengan menyebarkan racun fitnah, cerca, mengkafir merupakan jalan yang dipilih oleh Ahbash di negara-negara yang mereka cuba bertapak.
akhbar al-Watan ketika melaporkan kematian pengasas Ahbash itu menyebut: “Kelmarin (2/9/2008) Abdullah al-Harari, Pengasas dan Mursyid kerohanian bagi gerakan al-Ahbash telah meninggal dunia di Lebanon ketika umurnya 98 tahun…Al-Harari (Abdullah al-Harari) dilahirkan di Harara pada tahun 1910M, seterusnya berpindah-randah di beberapa negara Arab sebelum menetap di Lebanon pada tahun 1950M, beliau sering mengkafirkan para ulama umat Islam.” (Akhbar al-Watan: Rabu 3 Ramadan 1429, bersamaan 3 September 2008, bil. 2896 tahun kelapan).

Sabtu, 23 Oktober 2010

PAS : PAKATAN AHZAB SESAT


Kelantan Kerajaan Abu Nawas, Menteri Besar Kuat ‘Auta’

Oleh: TG AZMAN TG ABAS


KUALA LUMPUR, 21 Okt – Kerajaan Pas Kelantan diibaratkan sebagai kerajaan Abu Nawas kerana Menteri Besarnya yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang pemimpin yang kuat ‘auta’.

Datuk Alwi Che Mat yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden mendedahkan bagaimana beliau menjadi  mangsa kepada Nk Aziz pada persidangan Dewan Undangan (DUN) Negeri Kelantan.

“Saya tanya kenapa terlalu marahkan UMNO hingga sanggup berkawan dengan syaitan dan iblis, malah hingga sanggup mendoakan perkara yang tidak baik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w  ketika ditanya bagaimana untuk masuk syurga, baginda menjawab sebanyak tiga kali iaitu jangan marah. Bagaimanapun Nik Aziz kata beliau akan menjawabnya pada sebelah petang.

“Ketika menjawab soalan berkenaan, Nik Aziz kata nafsu tidak boleh ditahan. Ia mesti dikeluarkan. Sebab itulah tok-tok guru semuanya kena kahwin…kalau tidak kahwin tidak ada maknanya dan jadilah macam paderi.

“Saya kemudiannya bangun. Saya kata , yang saya tanya adalah nafsu amarah dan jawapan yang diberikan adalah nafsu syahwat. Saya tanya buah oren kenapa pula dijawabnya buah epal. Tengok bagaimana dia pusing,” katanya .

Alwi yang juga Ketua Penerangan UMNO Kelantan menegaskan, kerajaan Pas Kelantan bukan sahaja  gagal dalam pengurusan, malah turut gagal meningkatkan mercu syiar Islam.

“Saya juga pernah bertanya di dalam dewan persidangan..Apakah kegemilangan Islam yang telah dicapai oleh kerajaan Kelantan. Lalu dijawab oleh Nik Aziz kegemilangan Islam yang dibawa ialah bahawa pemindahan akaun kerajaan negeri kepada Bank Islam.

“Saya kata, letak duit di dalam Bank Islam itu bukanlah kecemerlangan Islam tetapi penubuhan Bank Islam itu sebenarnya kejayaan dan ia adalah hasil usaha UMNO. Naik kapal bukan kejayaan tetapi bina kapal itu adalah satu kejayan,” katanya sambil mednapat tepukan gemuruh para perwakilan.

Katanya, pakatan pembangkang hari ini umpama pakatan “Ahzab” iaitu sebuah pakatan pada zaman Rasulullah s.a.w yang mahu menghancurkan kerajaan Islam yang baru ditubuhkan di Madinah.

Katanya, pakatan pembangkang hari ini umpama pakatan “Ahzab” iaitu sebuah pakatan pada zaman Rasulullah s.a.w yang mahu menghancurkan kerajaan Islam yang baru ditubuhkan di Madinah.
“Pakatan “Ahzab” pada waktu itu dianggotai oleh pakatan musyrik Mekah yang mengandungi beberapa parti. Sebab itulah dinamakan peperangan “Ahzab” iaitu peperangan parti.

“Pada waktu itu orang munafiq Madinah, yahudi bersama kaum bani Al-Mustalaq berkumpul di tengah-tengah tanah arab bersatu untuk hancurkan sebuah kerajaan Islam. Rasulullah s.a.w akhirnya memohon dan berdoa kepada Allah memohon perlindungan.

“Saya nampak pakatan ini sama dengan sebelah sana yang kononnya diketuai oleh orang Islam sedangkan pada hakikatnya adalah tidak benar sama sekali kerana Pas “junior partner”, PKR juga “junior partner”. Pakatan mereka sebenarnya dipelopori DAP yang mana bapanya ada di seberang sana iaitu PAP,”katanya.
Justeru katanya jangan biarkan pakatan terbabit menghancurkan Islam dengan memastikan UMNO terus kuat dan mantap untuk mempertahan serta meningkatkan lagi kejayaan dan kecemerlangan syiar Islam yang telah digarap sekian lama.

Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.

“Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini. Pas ini celaru.
“Saya meminta agar Datuk Seri Presiden meneruskan kesinambungan perjuangan Islam berdasarkan sistem Piagam Madinah iaitu bersama dengan orang-orang bukan Islam untuk memerintah sebuah negara di mana Islam menjadi teras asas perjuangan,” katanya.