Ahad, 28 November 2010

MALAYSIA NEGARA MAJMUK

Menghormati kepelbagaian agama


Firman Allah SWT di dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)".

Al-Imam Al-Qurthubi ketika menafsirkan ayat ini membawa sebuah hadis dari Abu Nadhrah bahawa beliau telah mendengar dari mereka yang menyaksikan Baginda SAW berkhutbah pada hari tasyrik, baginda bersabda yang bermaksud " Wahai manusia, ketahuilah sesungguhnya Rabb-mu itu satu, datuk moyangmu satu, ketahuilah tiada kelebihan bagi seorang arab itu berbanding orang 'ajam ( bukan arab ), atau seorang 'ajam berbanding seorang arab, atau seorang yang hitam kulitnya berbanding mereka yang kemerah-merahan kulitnya, atau mereka yang kemerah-merahan kulitnya berbanding seorang yang hitam kulitnya kecuali dengan taqwa. Adakah aku telah menyampaikan hal ini? Maka mereka yang berada di situ pun menjawab : Ya. Sambung Baginda SAW : Sampaikan oleh mu yang hadir kepada mereka yang tiada".

Al-Imam Al-Tabari menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kalimah "taa'rafu" itu ialah "kenal-mengenali antara satu sama lain, seolahnya Allah SWT menyatakan bahawa sesungguhnya kami menjadikan kamu berbangsa dan berpuak, untuk kamu saling kenal-mengenali antara satu dengan yang lain, bukan untuk berbangga-bangga dengannya, dan dekatilah Allah SWT. Ini kerana kemuliaan seseorang itu hanyalah dengan taqwa kamu kepada Allah SWT."

Perkataan "taa'rafu" pada ayat ini mencetuskan hikmah yang pelbagai dan memberi kefahaman kepada kita tentang persoalan apakah motif utama manusia diciptakan dari pelbagai bangsa, budaya dan warna kulit. Matlamatnya supaya mereka saling berkenalan, beramah mesra dan menghormati antara satu sama lain, bukannya untuk saling memusuhi, bercakaran, menghina dan menggugurkan maruah antara sesama manusia.
Konsep ta'aruf antara sesama muslim biarpun dilahir dan dididik dalam suasana yang berlainan bangsa dan etnik ialah dengan mengeratkan ukhwah Islam. Manakala ta'aruf dengan non-muslim ialah "sulh" bermaksud membina dan memupuk situasi damai dan harmonis dengan mereka. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT di dalam surah Al-Anfal ayat 61 yang bermaksud " Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka Engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui."

Dalam paparan hidup Rasulullah SAW, telah digambarkan manifestasi bagaimana hubungan dengan bukan Islam telah dititik beratkan oleh Baginda SAW. Ini telah terbukti berdasarkan catatan di dalam sahifah (perlembagaan ) Madinah di dalam fasal tertentu seperti di fasal 16 yang menyatakan "Bahawa sesungguhnya kaum yahudi yang setia kepada kita ( negara ), berhak mendapat bantuan dan perlindungan, tidak boleh dikurangi haknya dan tidak diasingkan dari pergaulan umum". Begitu juga di fasal 24 yang menyatakan "Kaum Yahudi dari suku Banu Auf adalah satu ummah dengan warga yang beriman. Kaum Yahudi bebas memeluk agama mereka, dan kaum muslimin bebas memeluk agama mereka".

Saya bersetuju dengan hasil penulisan beberapa penulis yang berpendapat bahawa untuk merealisasikan hubungan yang harmonis antara umat Islam dengan non-muslim hari ini, beberapa perkara perlu diambil perhatian antaranya ialah mewujudkan situasi dan persekitaran yang harmonis, damai dan sejahtera di mana, setiap insan tanpa mengira agama dan bangsa dapat hidup dengan aman dan damai tanpa ketakutan dengan ancaman dan gangguan pihak lain.

Di samping itu, semua pihak perlu berusaha memupuk semangat setiakawan dan mahabbah supaya tiada perasaan hasad dengki, dendam, curiga-mencurigai dan mementingkan diri sendiri. Begitu juga, perlulah membina semangat kerjasama dan saling tolong-menolong dalam menjaga kestabilan perjalanan kehidupan dalam kehidupan masyarakat.

Barangkali dalam hal ini, saya ingin mencatatkan memori lalu tentang perhubungan saya yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Kadi Besar Pulau Pinang dengan Mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu mantan Ketua Menteri Pulau Pinang. Saya menilai perhubungan ini sebagai detik manis dalam hidup saya sebagai seorang Islam dan beliau sebagai seorang non Muslim.

Biarpun beliau bukan seorang Islam, namun sikap hormatnya terhadap saya dan Institusi Agama membuatkan saya terfikir bahawa alangkah indahnya jika sikap sedemikian dipraktiskan oleh semua rakan pemimpin yang bukan beragama Islam tidak kira apa pegangan politik mereka.

Ceramah

Pernah suatu ketika beliau menghadirkan diri dalam Program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang dan mengikuti sesi ceramah sehingga tamat program tersebut. Walhal jika diteliti, sebagai pemimpin bukan beragama Islam apa perlunya beliau berada di majlis tersebut di samping kesibukannya dengan tugasan yang lain.

Beliau boleh meninggalkan majlis dengan beralasan terlalu sibuk seperti mana alasan yang diberikan oleh sebahagian pemimpin-pemimpin kita dewasa ini. Barangkali, menghadirkan diri mendengar ceramah dan peringatan bersama-sama masyarakat bawahan merupakan sesuatu yang membosankan sehingga kesibukan dijadikan alasan. Ini tidak berlaku pada beliau, beliau tetap bersama dengan masyarakat Islam biarpun pemimpin-pemimpin Islam yang lain tidak hadir ketika itu. Pernah beliau melontar idea supaya dibukukan bahan syarahan tersebut dan dibuat pengedaran kepada masyarakat Pulau Pinang.

Malah pernah beliau bertanya kepada saya ketika bertemu sewaktu Majlis Pertabalan Sultan Perak suatu ketika dahulu "Adakah anda gembira berada di Perak? Sekiranya tidak anda boleh kembali ke Penang". Malah, sewaktu saya bertugas di Pulau Pinang, beliau sentiasa peka terhadap Institusi Agama sama ada berkaitan perbelanjaan, infrastruktur dan tenaga kerja. Bukanlah hasrat saya mahu mencetuskan kebanggaan dalam diri akibat dari perhubungan istimewa ini, dan bukan untuk menjunjung sikap baiknya, akan tetapi sekadar melontar beberapa persoalan di kalangan pembaca, apakah masih wujud pemimpin non muslim seperti ini?.

Pemimpin yang menyedari hakikat perletakan dirinya dengan menjunjung Perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Agaknya sudah tidak ramai pemimpin yang sebegini dalam negara kita yang bersikap sedemikian. Jika ada pun, hanya sebilangan kecil sementara selainnya terpaksa tunduk kepada desakan akar umbi yang mendesak sesuatu yang tidak wajar kepada kerajaan.

Apakah kita sudah lupa 7 wasiat yang pernah dititah oleh Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah yang dibaca semasa rancangan berita Perdana TV 1 pada 6 Ogos 2009 yang antara lain menyatakan pada wasiat yang Kelima iaitu "Kami isytiharkan Islam ialah Agama Persekutuan" serta wasiat ketujuh iaitu "Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain".

Saya menganggapnya sebagai wasiat yang bukan sahaja harus dipegang oleh bangsa Melayu, malah segenap lapisan masyarakat yang menetap di atas tanah daratan yang dinamakan Malaysia.

Bak kata pepatah Melayu, 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung', 'orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa' merupakan sebahagian garis luhur dalam masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malaysia.

Jika hari ini semua kita dalam pelbagai bangsa dapat berpijak di atas bumi yang tanah yang kita cintai ini dengan menjunjung mana yang ringan, yang berat sama-sama dipikul, saya berkeyakinan kestabilan sosial, ekonomi dan kedaulatan Negara akan dapat kita pertahankan. Kita dan bangsa kita akan dihormati selagi mana kita menghormati orang lain begitulah sebaliknya. Akhirnya ucapan takziah saya ucapkan pada keluarga mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu.


Ahad, 21 November 2010

UMNO UNTUK BERSATU..... PAS UNTUK BERSETERU




Berkorbanlah untuk bersatu

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee


AJAKAN Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO agar Pas menyertai Barisan Nasional ditolak mentah-mentah oleh Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas.

Menurut Idris, Pas tidak memerlukan UMNO, kerana Pas akan berusaha untuk memikat ahli-ahli UMNO khususnya dan orang Melayu Islam untuk menyertai parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu. Setiausaha Agung PKR menyifatkan ajakan UMNO itu sebagai hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Sebelum ini pun Presiden Pas pernah mengeluarkan kenyataan meminta UMNO supaya berundur secara terhormat jika kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Pada hemat saya, ini bukan soal hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong atau tidak. Ini berkaitan dengan masa depan umat Islam. Pas dan PKR janganlah terlalu yakin untuk mengambil Putrajaya. Jika ditakdir mereka berjaya, saya tidak fikir mereka mampu mendapat majoriti dua pertiga. Apatah lagi untuk menegakkan negara Islam. Paling hebatnya mereka hanya akan mendapat kelebihan beberapa kerusi. Senarionya mungkin lebih kurang sahaja seperti apa yang berlaku hari ini. Jika UMNO kalah sekalipun, tidaklah sampai kehilangan semua kerusi. Apa pun, kita tunggu dan lihat kekuatan masing-masing nanti.

Cuma, janganlah terlalu sombong dalam menilai kekuatan parti. Setiap parti ada kelebihan dan pengaruh masing-masing. Secara peribadi, saya mengenali kesemua tokoh ini tersebut. Kita bukan bercakap soal siapa menang atau siapa akan kalah dalam pilihan raya. Pilihan raya hanya alat untuk mendapatkan kuasa dan menjadi parti yang memerintah kerajaan. Siapa yang dipilih oleh rakyat, kita perlu menghormati keputusan tersebut. Apa yang lebih penting adalah masa depan agama, bangsa dan negara yang akan diwarisi oleh anak cucu cicit kita. Ke syurgakah mereka atau ke neraka ketika di bawah pemerintahan kita, itu yang lebih penting?
Apa guna menang pilihan raya jika maruah agama dan kampung tergadai. Pilihan raya bukanlah segala-galanya dalam kehidupan umat Islam. Di negara-negara maju, jatuh bangun sesebuah parti dalam pilihan raya adalah perkara biasa. Bezanya kita dengan mereka, kalah atau menang dalam pilihan raya, kedudukan agama dan bangsa mereka tidak terjejas, malah terus gagah dan bermaruah. Tetapi tidak kita pada hari ini, seolah-olah menang mahu jadi arang, kalah jadi abu.

Belum pun apa-apa kita sudah dapat rasakan bagaimana agama dan bangsa kita dipijak-pijak. Apakah ini yang kita mahu? UMNO hanya mempelawa, kalau tidak setuju tidak mengapa. 

Tolaklah dengan cara baik. Tetapi jangan menyakitkan hati orang dengan kenyataan-kenyataan seperti kapal karamlah, hidung tak mancunglah dan sebagainya. Hebat sangatkah kita?

Secara peribadi saya amat kecewa dengan umat Islam hari ini. Tidakkah kita ini semuanya bersaudara tanpa mengira bangsa dan ideologi politik? Tidakkah kapal yang bocor dan hendak karam itu perlu diselamatkan demi survival umat Islam secara keseluruhan. Apakah kita tidak belajar daripada kejatuhan empayar-empayar Islam sebelum ini? Akibat dendam kesumat dan perbuatan menyakitkan hati sesama sendiri, kita terus berpecah tiada kesudahan, sehingga ke tahap sanggup menikam sesama sendiri.

Selaku Cina Muslim yang tidak ada apa-apa kepentingan dalam soal bangsa Melayu, melainkan agama Islam, berbincanglah dahulu pelawaan Ahmad Maslan itu. Tidakkah Islam menganjurkan kita bermesyuarah. Sesuatu kejayaan bermula dengan langkah pertama. 

Mungkin selepas ini pertemuan boleh diaturkan dengan Perdana Menteri. Apakah formula dan konsep yang boleh dipersetujui bersama demi masa depan umat Islam? Apakah jawatan yang mungkin boleh ditawarkan kepada Pas. Jika tidakpun jawatan Perdana Menteri, mungkin jawatan Timbalan Perdana Menteri. Apakah Pas terlalu yakin bahawa mereka akan diberikan jawatan penting apabila Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah nanti?

Jika itulah jawapannya, sudah tentu Pas akan diberikan jawatan penting di bawah kerajaan Pulau Pinang. Tetapi adakah ia berlaku? Di manakah kedudukan Pas setelah PR memerintah Pulau Pinang? Begitu juga kedudukan Pas, apabila PKR memerintah Selangor. Apakah mungkin akan diberikan jawatan menteri besar Selangor selepas PRU 13? Jauh panggang dari api. Dalam PKR hari ini pun masih berantakan untuk merebut jawatan parti. Tujuannya tidak lain, bila menang jawatan dalam parti, peluang untuk memegang jawatan tertinggi peringkat negeri dan negara adalah lebih besar. Sebab itu macam-macam perkara berlaku dalam parti pemilihan parti yang tidak perlu disebut lagi.


Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di


Khamis, 18 November 2010

PAS PENYOKONG TEGAR ANWAR : DULU LUDAH... SEKARANG JILAT


Anwar dan labu-labunya

Oleh: ROSLAN BIAN
 

Tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk negara dan kerajaan ‘bukan berita’ tetapi apabila beliau menghentam Perdana Menteri Australia, Julia Gillard kerana menyifatkan Malaysia adalah negara Islam moden yang bagus,ada yang melihat Ketua Pembangkang itu macam manusia hilang akal.

Anwar lupa beliau rakyat negara ini dan beliau juga beragama Islam.

Dengan menganggap pujian Gillard terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden sebagai satu penghinaan, sesuatu gelaran sesuai perlu dicari untuknya.Gelaran ‘pengkhianat’ sudah biasa sangat.

Umum tahu, Anwar sedang bergelut dengan perbicaraan kes liwat dan PKR yang semakin kelam kabut serta caca marba.

Justru itu, beliau amat berharap simpati negara-negara luar seperti pernah diperolehi sebelum ini kekal memihaknya… tetapi dunia juga tahu, Anwar adalah penipu besar apabila Pelan 16 September untuk menawam 
Putrajaya gagal.

Anwar juga patut sedar bahawa beliau tidak boleh selama-lamanya menutup bangkai gajah dengan nyiru.
Jika ramai pemimpin PKR bertindak meninggalkan parti dan bilangan penyokong yang hadir di mahkamah ketika kes liwatnya dibicarakan sudah boleh dibilang dengan jari, ini bermakna Anwar kena faham-faham sendiri.

Tidak hairanlah beberapa pemimpin luar negara yang sebelum ini simpati dan menyokong beliau kerana hasutan dan maklumat salah yang disampaikan Anwar mula sisihnya untuk berdepan perjuangan yang semata-mata bagi kepentingan peribadi bukannya untuk rakyat seperti dilaung-laungkan.

Siapa Anwar untuk meminta Gillard supaya memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) atas alasan mengamal rasuah dan menipu pada pilihan raya.

Kenyataan lupa diri Anwar dalam temu bual oleh Sky News Australia kelmarin hanyalah usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat (AS) berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.

"Mereka (kerajaan Gillard) tidak boleh hanya pergi ke Malaysia dan berkata, 'ini adalah negara Islam moden yang bagus'. Saya menganggap ia sebagai penghinaan," katanya seperti dipetik daripada laman berita The Australian.
Penghinaan yang disifatkan oleh Anwar itu dipercayai merujuk kepada pengiktirafan Gillard terhadap kemajuan negara semasa melakukan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Peliknya, Anwar mahu Australia dan New Zealand selaku negara demokrasi contoh di Asia Pasifik sepatutnya mencontohi pendirian sesetengah pemimpin Indonesia yang memberi sokongan kepadanya berhubung isu liwat dan sebagainya.

Malah, beliau secara terbuka menganggap Indonesia sebagai sebuah negara sahabat baik dan sekutunya dalam menjayakan perjuangan reformasi bagi merampas Kerajaan Persekutuan daripada BN.

"Mana negara lagi yang kita patut lihat di Asia ini jika bukan Australia dan New Zealand. Kedua-dua negara ini perlu menyatakan pandangan dan keprihatinan mereka (tekanan kepada Malaysia) dan sudah tentu Indonesia sekarang adalah negara sekutu," katanya.

Tidak hairanlah Anwar begitu memuji Indonesia - negara yang kaya dengan demonstrasi tajaan- kerana ramai kawan-kawannya di republik itu menyokong beliau termasuk merancang demonstrasi memburukkan Malasyia.
Menilai kecaman beliau terhadap kenyataan Gillard dan pujiannya terhadap Indonesia, ada baiknya Anwar memilih menjadi rakyat Indonesia.

Tidak guna beliau menjadi rakyat negara ini jika mengecam negara sendiri selain tidak mahu Malaysia menerima pujian sebagai negara Islam moden.

Barangkali dengan memilih menjadi warga negara lain, boleh lah agaknya kes liwat beliau di gugurkan.

-17/11/2010



Isnin, 15 November 2010

UMNO DOMINAN DALAM BN : PAS PENCACAI DALAM PAKATAN


Pas jangan mimpi ganti UMNO
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 14 Nov. – Pas usah bermimpi untuk menggantikan UMNO sebagai parti pilihan bagi orang Melayu selagi ia gagal menjadi parti yang dominan di dalam pakatan pembangkang.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, realitinya Pas tidak sekuat UMNO kerana parti itu bukannya berperanan sebagai ‘tulang belakang’ pakatan pembangkang sebaliknya hanya menjadi ‘pak turut’ kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, berbanding UMNO meskipun parti itu menjalinkan kerjasama dengan MCA, MIC serta parti-parti komponen lain, ia telah diiktiraf sebagai parti tunjang kepada BN.

‘‘Inilah hakikat yang berlaku. Pas hanya sekadar pak turut kepada DAP dan PKR. Mereka tidak boleh buat apa-apa sekiranya mereka terus gagal menjadi parti dominan di dalam pakatan pembangkang.

‘‘Apa yang orang Melayu boleh harapkan kepada Pas jika peranan parti itu di dalam pakatan pembangkang tidak sehebat DAP dan PKR. Saya percaya orang Melayu yang rata-ratanya berpendidikan boleh membuat penilaian yang terbaik tentang perkara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas seminar yang dianjurkan oleh Pas bertajuk ‘Pas Sedia Ganti UMNO’ yang telah dirasmikan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Shah Alam, semalam.

Di dalam ucapan perasmiannya Abdul Hadi antara lain telah membuat pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap UMNO.

Nakhaie berkata, semua pihak harus sedar DAP yang kini rakan sekutu kepada Pas serta PKR tidak akan menerima perjuangan Islam sampai bila-bila.

‘‘Pemimpin-pemimpin Pas yang naif sahaja yang mahu bersahabat dengan DAP,’’ katanya lagi.

Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Pas perlu melupakan hasratnya untuk menggantikan UMNO kerana ternyata parti itu sehingga kini gagal menjadi sebuah parti alternatif terbaik bagi orang Melayu.

Selain faktor bersahabat dengan DAP beliau berkata, faktor kegagalannya menjadikan Kelantan sebagai negeri berteraskan Islam juga perlu diambil kira.

‘‘Cuba kita lihat di Kelantan. Pemerintahannya telah masuk tahun yang ke-20 tetapi apa yang kita perhatikan maksiat dan perbuatan keji masih berlaku di negeri berkenaan.

‘‘Sekiranya mereka berjaya menerapkan nilai-nilai Islam saya percaya maksiat tidak berlaku di Kelantan. Perkara-perkara keji tidak berlaku di Kelantan. Adakah mereka gagal mendapat keberkatan daripada Allah?’’ katanya.

Beliau berkata, perkara itu tidak perlu dihairankan kerana Islam di kalangan pemimpin Pas Kelantan hanya dalam bentuk luaran sahaja tetapi dari segi akhlak dan peribadi langsung tidak mencerminkan sedemikian.
‘‘Sebagai contoh maki hamun dan sumpah seranah yang sering keluar di mulut pemimpin-pemimpin Pas. Jelas, ini bukan akhlak Islam,’’ katanya.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata, hakikat politik ketika ini sebahagian besar orang Melayu merupakan penyokong UMNO.

Ditanya mengenai pelbagai tuduhan Abdul Hadi di dalam ucapannya itu termasuk mengatakan UMNO tidak bersolat, Mahmood Zuhdi berkata itu merupakan kenyataan daripada orang kecewa.



Ahad, 14 November 2010

TAKSUB HANYA KEPADA ALLAH DAN RASUL SAHAJA


*       
Saturday, November 13, 2010 




Islam mengajar kita untuk memberikan keadilan kepada semua pihak walaupun kepada tumbuh-tumbuhan sekalipun. Itulah yang diamalkan oleh UMNO sejak penubuhannya dan juga didalam pemuafakatan gabungan Barisan Nasional.

Islam tidak pernah mengajar kita untuk menjadi taksub melampau terhadap satu-satu pemimpin dikalangan bangsa kita sendiri. Dan Islam juga melarang kita terlampau mengagung-agungkan ketua hingga sanggup menghalalkan apa jua yang diharamkan didalam agama.

Islam mengajar kita untuk menjadi adil dan tegas dalam setiap hal dalam kehidupan kita. Islam tak mengajar kita untuk tunduk kepada kafir tetapi kita disarankan untuk bertoleransi dengan kafir selagi mereka tak memusuhi agama kita.

Semua itu sudah jelas tentang apa yang Islam mahukan. Tegas kepada golongan yang engkar dan lembut dengan golongan yang tunduk. Itulah pendirian UMNO terhadap DAP berbanding MCA, MIC dan lain-lain komponen didalam Barisan Nasional.

Berlainan dengan PAS. PAS nyata terbalik didalam mengamalkan apa yang disarankan oleh Islam tentang hubungan dengan kaum kafir. DAP yang engkar terhadap negara Islam sanggup mereka peluk cium manakala kafir lain yang bersama BN mereka cerca dengan pelbagai tohmahan.

PAS telah lama engkar dan akan terus menerus engkar. Terlalu banyak bukti yang boleh dijadikan hujah betapa engkarnya PAS terhadap Islam walaupun rata rata ahli PAS itu mempunyai nama bercirikan Arab. PAS cuba ekslusifkan Islam hanya kepada parti mereka sahaja. Ini yang salah didalam PAS.

Keengkaran PAS kepada Islam tidak pernah kunjung padam. PAS mendakwa mereka lebih tulen keislamannya tetapi lain sekali didalam amalan yang mereka tunjukkan didunia nyata.

Jika ada yang berpandangan bahawa ceramah dan politik PAS itu suatu kerja dakwah, wajarlah untuk orang yang berpandangan sebegitu merenung sejarah Yahudi Madinah untuk diambil iktibar daripadanya.

Adakah tindakan Rasulullah saw serta para Sahabat bergaul dan menjalin kerjasama dengan Yahudi di Madinah itu sama seperti cara PAS menjalinkan kerjasama dengan DAP? Baginda Rasul juga berpolitik tetapi amat berlainan sekali dengan apa yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin PAS hari ini.

Kenapa masih ramai pemimpin PAS yang sanggup menjadi balaci kafir DAP di dalam mengutarakan agenda jahat memusnahkan bangsa dan agama? Sepatutnya PAS yang menjadi ketua didalam gabungan Pakatan seperti unggulnya UMNO menunjangi Barisan.

Kenapa PAS tidak mahu memperkasakan bangsa mereka sendiri demi menjamin kekuatan Islam? Kenapa PAS lebih selesa mengeluarkan pandangan hanya dengan kelulusan dari puak kafir laknatullah DAP? Inikah yang mahu dikatakan oleh pemimpin PAS bahawa Islam itu lebih hebat dari agama lain?

Dengan segala kekalutan yang timbul hari ini, apa beza diantara mereka mereka didalam PAS ini dengan ulamak su’u yang berleluasa dizaman Khawarijj? Ketahuilah bahawa semuanya sama sahaja diantara keduanya.

Mereka yang mengaku Ulamak didalam PAS akan mengeluarkan pandangan apabila timbul kekeliruan dan pandangan mereka itu akan membuatkan kekeliruan itu makin mengelirukan.

Mungkin inilah yang dikatakakan ulamak akhir zaman.

Sesat lagi menyesatkan!