Khamis, 31 Mac 2011

PAS : PELIWAT AGAMA & SIASAH



Pas Tipu Tuhan…. Tuhan Tertipu



Solat hajat memohon petunjuk dan mencari kebenaran?  Jika itu yang dicari kenapa awal-awal sudah tuduh Najib, Rosmah, KDN dan polis berkonspirasi dalam mereka cipta video porno Anwar?

Kalau Pakatan sudah sepakat mengatakan ini kerja UMNO dan mereka pasti Anwar bukanlah aktor dalam filem porno itu, kenapa perlunya diadakan sembahyang hajat perdana mohon petunjuk lagi?

Tuan-tuan guru dan para ulamak Pas….. kamu sedar atau tidak apa yang sedang kamu lakukan!? Wahai ulamak-ulamak Pas… Tolonglah semak balik kitab-kitab rujukan kamu dan carilah makna memohon petunjuk. Carilah balik apa maksud mencari kebenaran.

Ana pun risau tengok keadaan hari ini. Tak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Tapi ana lebih risau lagi melihat tok-tok guru Pas yang menjadi sumber rujukan ummah ini juga sudah turut terjebak mengotorkan tangan dalam kancah fitnah yang melata.

Kamu tok-tok guru kena ingat. Ana yang jahil ni pun terpanggil untuk mengingatkan tok-tok guru Pas apabila melihat gerangan tok-tok guru ini seolah-olah sudah tidak dapat lagi mengendalikan diri sendiri dengan ilmu yang dimiliki di dalam menghadapi isu video porno ni.

Kalau Pas benar-benar mahu seluruh ummah tidak terjebak dengan fitnah, Pas harus menunjukkan sikap yang benar-benar ikhlas dan jujur semata-mata untuk mencari petunjuk dan kebenaran.

Apa yang Pas lakukan di Stadium Melawati baru-baru ini adalah satu lagi FITNAH BESAR yang dihidangkan kepada seluruh ummah di Malaysia.

Hadirnya Pas di dalam solat hajat perdana semalam bukanlah bermaksud untuk mencari petunjuk dan kebenaran.

Pentas solat hajat perdana ini secara tersurat dan tersirat telah menampakkan kepada mereka-mereka yang benar-benar mahu melihat kebenaran, bahawa mereka sebenarnya awal-awal lagi telah membuat keputusan untuk mempertahankan Anwar sebelum mereka bermunajat memohon petunjuk kepada Allah.

Pentas solat hajat perdana ini secara tersurat dan tersirat telah menampakkan kepada mereka-mereka yang benar-benar mahu melihat kebenaran, bahawa mereka sebenarnya awal-awal lagi telah membuat keputusan untuk mempertahankan Anwar sebelum mereka bermunajat memohon petunjuk kepada Allah.

Bacalah kenyataan-kenyataan para ulamak Pas. Rata-rata sudah terang lagi bersuluh awal-awal lagi sudah cuba mempertahankan Anwar. Hj. Hadi awal-awal lagi sudah menolong menjawab bagi pihak Anwar.

Baru mendengar ada video seks yang melibatkan Anwar, sudah ditolak mentah-mentah.
Mana ada manusia yang bersuci terlebih dahulu sebelum buang air besar. Mana ada manusia yang mandi junub dulu baru berjunub.

Mana boleh buat keputusan dulu, baru mohon petunjuk dari Allah. Ini perbuatan songsang dan menipu tuhan.

Itu sebab saya bertanya ,’Tuan-tuan guru dan para ulamak Pas….. kamu sedar atau tidak apa yang sedang kamu lakukan!?’

Demi Anwar, Pas bukan saja bersedia untuk terlibat menambah kelirukan lagi ummah, malahan Pas cuba bertindak mengelirukan tuhan, seolah-olah dia mahu mengenakan tekanan kepada Allah swt supaya menyokong pendirian mereka. Perbuatan ini sebenarnya menambah lagi pening kepala ummah.

Itu sebab saya kata, ‘Apa yang Pas lakukan di Stadium Melawati malam tadi adalah satu lagi FITNAH BESAR yang dihidangkan kepada seluruh ummah di Malaysia’.

Cuba bayangkan, jika perlakuan dalam video itu memang benar-benar dilakukan oleh Anwar sedangkan seluruh ummah menjadi keliru akibat dari perbuatan tok-tok serban dan jubah berdiri teguh di belakang Anwar.

Sudah pasti FITNAH baru yang ditimbulkan oleh para ulamak Pas ini lebih berbahaya dari kononnya fitnah jahat yang ditohmahkan kepada Anwar.

Tidak syak, Pas telah pergi lebih jauh dengan bertindak mempolitikkan sembahyang hajat yang menjurus kepada timbulnya FITNAH YANG LEBIH BESAR di kalangan ummah.

Fitnah pertama yang dilakukan oleh Pas ialah Solat hajat secara berjemaah. Nabi tidak pernah menyarankan sembahyang hajat dilakukan secara berjemaah. Sebaliknya yang nabi unjurkan ialah sembahyang fardhu 5 waktu secara berjemaah.

Ini satu lagi amalan songsang yang dilakukan oleh Pas, iaitu merekacipta solat yang sepatutnya dilakukan secara berkhalwat dengan Allah, dengan mengajak umat melakukannya secara berjemaah.

Pas telah melakukan dua kesalahan besar, iaitu membuat keputusan awal sebelum memohon petunjuk dari Allah dan membuat pekerjaan bidaah (mereka-reka ibadat khusus secara berjemaah).

Kesimpulannya Pas telah melakukan kesalahan dari segi niat dan pekerjaan(amalan) secara serentak.

Hadis nabi; ‘Barang-siapa menghormati dan memuliakan ahli-ahli bidaah maka dia adalah menolong buat meruntuhkan agama’.

Diterangkan di dalam beberapa hadis bahawa, pada akhir-akhir zaman akan lahir dajal, penipu dan pendusta yang memperdengarkan kepada kamu hadis-hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya. Maka awasilah agar mereka jangan menyesatkan kamu dan melempari kamu ke dalam kancah fitnah dan kerosakan.

Kepada pembaca berketurunan Pas sudah pasti akan membidas, ‘siapa kamu untuk mempertikaikan ulamak’?

Jawapan saya, ‘bukan mempertikai tapi mengingatkan’. Mengingatkan bukan perlu ikut sistem kasta.


Kamarulzaman Kamdias


Rabu, 30 Mac 2011

PAS NAK GANTI UMNO???.... DAP KUSAI PAS!




Isu Loteri : Hadi & Nik Aziz Gagal Dakwah DAP
Oleh : Tg Azman Tg Abas


KUALA LUMPUR  30 Mac – Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris hari mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan balas berhubung tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan larangan penjualan tiket loteri di Kelantan.

Menurut beliau terkucilnya mulut kedua-dua pemimpin berkenaan menimbulkan seribu satu persoalan dan ianya sekaligus mengesahkan bahawa Pas hanya sebagai “pak turut” kepada pakatan Ahzab yang diterajui bersama DAP dan PKR untuk menumbangkan kerajaan Islam di negara ini

“Sungguh pun mereka tetap dengan peraturan sedia, ianya telah menimbulkan persoalan di benak pemikiran yang mana sejauh manakah Pas telah berjaya mentarbiyyah DAP sepertimana diwar-warkan oleh kepimpinan mereka selama ini yang cukup bangga menyebut DAP telah mula memahami Islam dan sebagainya.

“Pada waktu itu, bukan lantang lagi mereka bangga dengan perubahan DAP yang kononya mula berlembut dengan prinsip perjuangan Pas terutama penubuhan negara Islam. Hari ini apa dah jadi kepada kenyataan-kenyataan riak dan takabur pemimpin Pas yang berselindung di sebalik kulit perjuangan Islam itu,” katanya kepada UMNO-Online.

Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu kenyataan berkata beliau terkejut dengan keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk mengekalkan pengharaman penjualan tiket judi loteri di negeri itu.

“Jelas, penasihat undang-undang diberikan nasihat salah bagi membuat pengumuman seumpama itu. Apa yang lebih membimbangkan adalah tiada alasan diberikan berhubung keputusan itu. Sebarang pendapat tanpa hujah tidak membawa sebarang pengertian,” katanya.
Tambah Ustaz Mohd Noor lagi, jika benar dan betul DAP khususnya Karpal Singh telah mula berlembut dan memahami perjuangan yang dibawa Pas, Karpal tidak akan terkejut dengan langkah kerajaan negeri Kelantan itu.

“Daripada pemahaman saya, Karpal terkejut itu memberi signifikan yang cukup meluas kepada apa yang ditabur dan dijaja di dalam ceramah-ceramah mereka sebelum ini untuk meyakinkan rakyat bahawa pakatan Ahzab itu sudah sebati dan saling memahami.

“Rupa-rupanya itu hanyalah propaganda politik dan itulah kebenaran yang terserlah hari ini. Mana Nik Aziz dan Hadi nak sembuyikan diri selepas ini. Mungkin cerita baru pula akan keluar untuk menutup perkara yang terdedah itu.

“Itulah takbur sangat…riak dan pandang orang sebelah mata khususnya UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dakwa kita tidak pandai ajar MCA dan sebagainya. Hari ini apakah mereka berjaya mengajar DAP…bagi saya sebaliknya telah berlaku di mana DAP yang telah berjaya mengajar Pas,“ katanya.

Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad sebelum ini menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz hanya berjaya membawa anggota DAP untuk memeluk rakan sekutu dalam Pas tetapi gagal untuk mentarbiah mereka bagi memeluk agama Islam.

-MediaUMNO

Jumaat, 25 Mac 2011

PAS : ISLAM KULIT & RETORIK



Mudir Pondok Kelantan Kesal Nik Aziz “Kluk Klek” Demi DAP


KUALA LUMPUR 25 Mac – Mudir Pondok Saadah Ad-Daghairi, Tumpat, Ustaz  Hj Zainal Abidin Awang hari ini menyatakan kekesalannya terhadap pendirian “kluk-klek” Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu judi di negeri tersebut.

Menurut beliau, sebagai seorang pemimpin tertinggi Pas dan ketua kerajaan negeri yang dikatakan Serambi Mekah, Mursyidul Am Pas itu sewajarnya konsisten dan tidak melatah dengan sebarang teguran daripada mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

“Jika sebarang teguran datangnya daripada kalangan pimpinan Barisan Nasional (BN), akan keluarlah pelbagai kutukan dengan perkataan yang tidak sanggup didengar. Namun berlainan pula jika teguran itu datangnya daripada sekutu mereka, DAP terutama dalam soal judi hari ini.

“Nak kaji pulak dah benda itu…Sesuatu yang cukup menghairakan kita dan bagi saya, Nik Aziz hari ini jelas memperalatkan Islam untuk kepentingan politik kepartian Pas. Inilah yang saya harap rakyat tahu wajah sebenar pemimpin yang dikatakan Islamik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu judi di Kelantan apabila Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dilaporkan meminta Penasihat Undang-Undang mengkaji semula dari segi undang-undang dalam pengharaman kegiatan perjudian di negeri tersebut.

Dan semalam, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun Pas mendakwa mereka tidak tunduk kepada rakan sekutunya, DAP, walaupun ia bersedia mengkaji semula larangan terhadap aktiviti perjudian di Kelantan.

Ustaz  Zainal seterusnya menegaskan Nik Aziz hari ini sebenarnya terperangkap dengan politik memperlatkan Islam yang diceburi beliau sejak sekian lama dan itulah harga yang perlu dibayar oleh beliau selaku ketua kerajaan negeri yang melaung-laung Serambi Mekah.

“Nak bagi kelulusan terus takut rakyat tahu perjuangan Islam mereka sekadar kulit dan retorik…alih-alih main politik sikit dengan menyatakan untuk membuat kajian dan sebagainya.  Tak peliklah bagi saya,” katanya.

Kata beliau lagi, tindak-tanduk Nik Aziz itu dibimbangi akan memalitkan Islam yang suci dan murni dengan imej yang tidak sepatutnya.

“Saya berdoa agar Nik Aziz sedar dan menuju kepada satu perubahan agar Islam terus disanjung tinggi dan bukannya dijadikan bahan mainan politik untuk kepentingan pihak tertentu. Ini amat menyedihkan sama sekali,” katanya.

-MediaUMNO



Rabu, 23 Mac 2011

ISLAM .... ADALAH AGAMA : BUKAN BANGSA, BUKAN PARTI POLITIK

MELAYU OH MELAYU

By  Dr. Mahathir Mohamad
on March 22, 2011 11:31 AM | Permalink | Comments (50) | TrackBacks (0)

1. Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dianya dilahir berbangsa Melayu.

2. Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.

3. Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang.
4. Jika dianya dilahir dalam masyarakat Orang Asli sekalipun dia tidak dapat lari daripada menjadi anggota suku kaum berkenaan.

5. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempat tinggalnya, atau tempat dan negara asalnya, bahasanya dan budayanya. Anutan agama tidak selalunya dikaitkan dengan bangsa.

6. Demikian ada orang Arab yang beragama Kristian, walaupun majoriti beragama Islam. Demikian juga orang Cina ada yang beragama Islam walaupun majoriti beragama Buddha.

7. Justeru itu kelahiran seseorang tetap berbangsa walaupun tidak tetap agamanya. Sebaliknya orang yang dilahirkan kepada keluarga Islam tidak semestinya berbangsa tertentu. Majoriti daripada mereka berbangsa yang berlainan.

8. Walaupun demikian dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam.

9. Justeru itu berbahagialah seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu kerana dia tetap menjadi penganut agama Islam. Jika dia dilahir kepada keluarga Arab, atau Indonesia, atau Pakistan, belum tentu dia beragama Islam.
 
10. Sebab itulah seorang Melayu harus bersyukur kerana dilahir berbangsa Melayu. Apabila orang Melayu berasa dia kecewa kerana berbangsa Melayu, maka ini bermakna dia tidak menghargai nasibnya yang baik kerana dia dilahir sebagai orang Islam. Jika tidak kemungkinan besar dia tidak akan terima agama Islam.

11. Kenapakah kita berbangsa-bangsa? Al-Quran menyebut yang kita manusia terdiri daripada berbagai-bagai bangsa. Jika bangsa adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, tentu sekali Tuhan tidak akan menjadikan manusia berbagai bangsa.

12. Yang terbaik daripada manusia bukankah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa kepada Allah s.w.t. Yang terbaik atau yang terburuk dikalangan orang Melayu bukanlah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa dan mengikuti ajaran Islam atau tidak mengamalkan ajaran Islam. Tidak disebut bahawa yang terbaik ialah orang Islam yang tidak daripada apa-apa bangsa.

13. Justeru itu berbangsa apa pun, Arab atau Ajam, tidak menidak ke-Islamannya. Yang menidak ke-Islaman ialah perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

14. Ini yang harus disoal oleh seorang orang Islam dan bukan menidakkan bangsanya. Lagipun kalau dianya beragama Islam kebaikannya tidak terjamin. Ramai benar orang Islam yang melanggar ajaran Islam dan membuat dosa. Sebaliknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, ramai yang menurut ajaran Islam dan mengelak daripada berbuat dosa.

15. Mentaati dan bersetia kepada bangsa Melayu, iaitu bangsa yang hanya Melayu jika dianya Islam, tidak bermakna menolak agama Islam. Sebaliknya kesetiaan dan ketaatan orang Melayu kepada agama Islam lebih terjamin. Walaupun biasa terdengar ada orang Melayu yang tinggalkan agama Islam, tetapi tidak ada bukti yang jelas berkenaan dengan adanya orang ini. Lagipun jika dia meninggalkan agama Islam dia tidak Melayu lagi.


Isnin, 21 Mac 2011

PAS yang terlePAS, tumPAS dan hamPAS




TumPAS JUGA AKHIRNYA!

18 March 2011


Salam 2 all.
Teman antara orang paling kecewa dengan keputusan Kerajaan Kelantan mengkaji pengharaman judi loteri. Kenyataan akhbar YAB Menteri Besar Kelantan melalui Setiausaha Akhbar beliau Ahmad Fadhli Shaari semalam menyatakan bahawa kerajaan negeri akan meminta Penasihat Undang-Undang Negeri untuk mengkaji pengharaman tersebut.
Kenyataan ini dibuat tidak beberapa hari selepas manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan mengkritik Tok Guru Nik Aziz mengenai pengharaman tersebut, dengan meminta Tok Guru merujuk kepada kepimpinan Pakatan termasuk DAP yang menentang keras tindakan Kerajaan Kelantan yang mengharamkan judi loteri di Kelantan. Yang lebih malang, kritikan dan teguran Anwar itu dibuat dalam sidang akhbar yang dihadiri juga oleh segelintir kepimpinan PAS & DAP.

Tok Guru Nik Aziz membuat kenyataan untuk mengkaji pengharaman judi loteri tersebut setelah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan DAP & PKR di Kota Bharu. Semalam Karpal, Pengerusi DAP menyelar tindakan Kerajaan Kelantan dan memberi amaran akan mengambil tindakan penentangan jika Kerajaan Tok Guru meneruskan pengharaman tersebut (lihat kenyataan dibawah).

Kajian pengharaman judi loteri ini memberi persepsi dan gambaran seolah-olah jika Pakatan pembangkang menjadi Kerajaan, semua dasar dan perlaksanaan syariat dan undang-undang Islam hanya boleh dilaksanakan setelah mendapat anggukan, perkenan dan "patwa" daripada kepimpinan DAP!!! Na'uzubillah!!!

Walaupun teman berharap dan berdoa moga Tok Guru Nik Aziz akan istiqomah mempertahankan Islam, namun teman faham dengan kedudukan Tok Guru Nik Aziz. Beliau berada didalam keadaan tersepit dan terkepit. Tok Guru telah "dikunyitkan" oleh manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan yang disanjung tinggi oleh Tok Guru sendiri.; malah Tok Guru pernah berharap semoga Anwar menjadi Perdana Menteri bagi beliau!!

Dan lebih malang tindakan Tok Guru yang cuba melaksanakan hukum Islam itu tidak dipertahankan oleh segelintir kepimpinan PAS yang lain. Jadi apa pilihan yang ada pada Tok Guru, kalau orang yang Tok Guru angkat sebagai calon Perdana Menteri beliau sendiri dan segelintir kepimpinan parti beliau sendiri bukan sahaja tidak mempertahankan beliau, malah mendesak beliau untuk mengkaji pengharaman tersebut. Teman mengasihani Tok Guru, dan memahami dilema beliau.

Teman percaya ramai ulama', ilmuan, para ustad, dan ahli akar umbi PAS sangat sedih dengan perkembangan ini. Ini kerana selama ini ada dikalangan mereka begitu lantang memaki hamun dan menyumpah seranah orang lain dalam isu judi, arak dan lain-lain. Lihatlah semasa isu judi bola Piala Dunia, maki hamun dema naik ketor lutut kita dengor yop. Sampai ada yang memunafikkan dan mengkapiorkan orang lain, hanya kerana tidak bersetuju dengan isu judi bola itu, walaupun sebenarnya Kerajaan belum pun buat keputusan. Dan ternyata mereka silap, bila YAB Dato' Sri Najib mengambil tindakan tegas mengharamkan judibola tersebut. "Kini pulang paku buah keras. Paku dulang paku serpih, ngata orang mike yang lebih yop".

Kisahnya macam orang tengok bola lah yop. Bila duduk dekat bangku stadium tu memerhati perlawanan bola, mike dengar sendiri maki hamun sumpah seranah penonton yang menyaksikan. Semuanya tak kena. Semua kena ikut cara dema. Sebab dema seronoklah tengok bola sambil makan kacang minum air tebu. Cuba suruh dia turun padang pakai jersi tengok, silap-silap berpeluh pitam sebelum referee tiup wisel permulaan lagi!

Sebenarnya inilah realiti politik yang sedang dihadapi oleh umat Islam didalam negara ini. Semuanya kerana gara-gara kita tidak mengerti bersatu suara didalam berhadapan dengan isu yang menjadi kepentingan umat Islam. Lihat sahaja isu bibel versi Bahasa Indonesia. Amat malang bila PAS dan PKR turut mendesak Kerajaan menarik balik larangan kemasukan bibel tersebut, walaupun ianya sesuatu yang bukan sahaja mencabul Perlembagaan, malahan menghina Islam dan umat Islam!

Sebagaimana Kerajaan Tok Guru Nik Aziz tiada pilihan terpaksa mengkaji semula larangan judi loteri di Kelantan, begitulah Kerajaan Dato' Sri Najib Razak tiada pilihan melainkan terpaksa mengkaji semula kemasukan bibel Indon ini. Walaupun mereka berdua, Tok Guru dan YAB PM, cuba mempertahankan Islam dan maruah umat, namun ketiadaan perpaduan dan satu suara dikalangan umat Islam sendiri akhirnya menyebabkan yang tewas ialah umat Islam.

Persoalan besarnya ialah mengapa kita umat Islam, Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat & Satu Aqidah; tetapi gagal menjadi Satu Umat dengan Satu Suara walaupun bila berdepan dengan serangan musuh Islam.

Tepuk dada tanya imanlah yop. Teman sudah cuba sedaya upaya mengikut kemampuan teman untuk bersuara. Teman istiqomah dan konsisten dalam hal ini. Teman tahu ianya tidak cukup; tetapi jika teman perlu berperang dengan mana-mana kafir dan munfaik hipokrit yang menentang Islam, teman akan lakukannya walaupun berseorangan yop. Itu sumpah teman kepada ALLAH, itu janji teman kepada Rasulullah saw.

Semoga ALLAH menyelamatkan aqidah kita yop!!! Gempa di Timur dah belaku, gempa di Barat dah berlaku, hanya tinggal gempa di Tanah 'Arab aje yop; walaupun pemberontakan sudah pun berlaku sebagaimana yang disabdakan Rasulullah saw sebagai tanda-tanda akhir zaman!!! Na'uzubillah!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
14 Rabi'ul Akhir 1432
19 Mac 2011