Sabtu, 12 Mac 2011

DAP GANTI PAS MENDAHULUI PAS GANTI UMNO




Realitinya Bukan “Pas Ganti UMNO” Tapi “DAP Ganti Pas”
Oleh : Al Kamarul Ab Latif


KUALA LUMPUR, 11 Mac – “Hakikat sebenarnya bukan ‘Pas Ganti UMNO’ tapi lebih tepat ‘DAP Ganti Pas’…. Ini bukan rekaan tapi perkara yang berlaku depan mata”, demikian pandangan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus.

Tegas beliau kedudukan Pas dalam pakatan pun tidak lebih seperti “melukut tepi gantang” dan hanya menjadi budak suruhan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Semua perkara Pas kena rujuk dan perlu dapat persetujuan DAP dulu termasuk yang berkaitan Islam.

“Sebagai contoh sambutan maulidur rasul, Pas pertahan DAP, nak haram judi kena jumpa DAP dulu, masuk tempat solat Pas akur dengan DAP dan banyak lagi malah rampasan arak di Shah Alam pun Pas terpaksa menghalalkan arahan DAP untuk memulangkan arak semula”, katanya kepada UMNO-Online.

Pas juga katanya lagi tidak lagi begitu bersemangat dan ghairah untuk memperjuangkan Islam tetapi lebih berminat untuk menjadi pejuang kepada agenda DAP.

“Perjuangan Islam sudah tidak menjadi keutamaan Pas. Kalau kita lihat kita tidak akan lagi jumpa sepanduk atau laungan untuk menubuhkan negara Islam tetapi lebih kepada kononnya Pas untuk semua.

“Apa yang dilakukan Pas sekarang adalah lakonan menurut skrip DAP bagi membolehkan DAP mendapat sokongan orang Melayu di sebalik kopiah dan jubah pemimpin Pas”, ujarnya.

Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang seterusnya berkata UMNO merupakan parti terbesar dalam komponen Barisan Nasional (BN) dan diberi kepercayaan untuk memimpin BN.

“Inilah pemuafakatan dalam kerjasama utuh BN yang sukar ditiru pakatan pembangkang.  Pakatan pembangkang tiada persefahaman… masing-masing ada agenda tersendiri dan dalam soal ini Pas hanyalah budak suruhan bagaimana Pas boleh dakwa boleh ganti UMNO.

“Yang lebih tepat sebenarnya adalah DAP ganti Pas kerana DAP sudah mengambil alih perjuangan Pas hingga Pas sendiri telah mengangkat Lim Guan Eng menjadi khalifah”, katanya.


-MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan