Rabu, 16 Mac 2011

DNA : Doa Nik Aziz???




Pas Dicabar Nyatakan Pendirian Isu DNA Anwar

Oleh : Tg Azman Tg Abas


KUALA LUMPUR 16 Mac – Pemimpin  Pas hari ini dicabar untuk menyatakan pendirian mereka berhubung cabaran pelbagai pihak supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi merungkai siapa identiti lelaki ‘Y’ yang meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pendakwah bebas, Ustaz Jamil Long berkata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk “panglima“ dan “hulubalang“ mereka yang lain perlu ikhlas dalam soal berkenaan kerana ianya melibatkan maruah umat Islam serta institusi parti pembangkang itu sendiri.

Menurut beliau, sebagai sebuan parti  yang selalu memperagakan ayat-ayat suci al-Quran di dalam ceramah-ceramah mereka di seluruh negara, kepimpinan Pas seharusnya berpijak di bumi nyata dan bukannya sekadar menjadi “rakan bisu“  kalangan sekutu mereka.

“Inilah masanya untuk Hadi buktikan Pas hari ini sebuah parti yang ada prinsip dan bukannya lalang sepertimana yang dituduh oleh pelbagai pihak. Apakah mereka tidak ada perasaaan dituduh sedemikian rupa.

“Jangan nanti, anak-cucu cicit kita akan mengiyakan apa yang dilemparkan terhadap parti yang melaung-laungkan perjuangan Islam. Bukan susah pun….Mereka hanya sekadar menasihatkan Anwar memberikan kerjasama untuk memberikan sampel DNA untuk mencari kebenaran.

“Kalau tidak betul, bukankah itu mengembalikan maruah serta imej Ketua Pembangkang itu sendiri selain melonjakkan Pas sebagai sebuah parti yang berprinsip dengan menolak kebatilan serta mempertahankan kebenaran, “ katanya.

Beliau mengulas tindakan berdiam diri Pas berhubung gesaaan pelbagai pihak supaya Ketua Pembangkang menyerahkan sampel  DNA bagi merungkai siapa identiti lelaki ‘Y’ yang meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Gesaan  itu dibuat bagi membantu menyelesaikan misteri lelaki ‘Y’ yang dipercayai meliwat bekas pembantu peribadi Anwar itu.

Ustaz Jamil seterusnya menimbulkan persoalan bagaimana Pas begitu lantang dan cukup berani apabila sesuatu isu menimpa pimpinan UMNO atau BN yang lain, dan hanya berdiam diri dalam soal yang melibatkan perkara yang cukup besar di kalangan pimpinan mereka.

“Kalau sekadar pandai baca ayat-ayat al-quran serta pelbagai dalil daripada hadis ianya tidak bermakna jika tidak diterjemahkan pada tempat yang sepatutnya. Inilah masa dan ketika mereka memperaktikkan apa yang dibaca itu.

“Saya tidak mahu menyebelahi sesiapa tetapi cukup sedih dan kecewa dengan tindak tanduk Pas hari ini yang mungkin sudah termakan janji menjadi sebahagian daripada mimpi menawan Putrajaya,“, katanya.



-MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan