Isnin, 14 Mac 2011

PAS : TAK MAMPU JADI KETUA PEMBANGKANG AKA GANTI UMNO???




Gagal Pilih Pemangku Ketua Pembangkang, Bukti Dap, Pas Takut Tembelang Pecah
Oleh : Mohd Nasri Zakariah


KUALA LUMPUR 14 Mac – Sudah seminggu sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Kempat Parlimen Kedua Belas (2011) berjalan, tanpa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana digantung selama enam bulan.

Sepatutnya, pakatan pembangkang perlu memilih salah seorang daripada mereka untuk memangku jawatan berkenaan, namun sehingga sekarang tiada kata putus siapakah seharusnya memangku jawatan berkenaan.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman berkata, sepatutnya jawatan itu perlu dipangku kerana da kekosongan, namun sehingga kini pakatan pembangkang masih tidak ada jawapan siapakah yang layak untuk jawatan berkenaan.

“Tiadanya sesiapa yang memangku jawatan Ketua Pembangkang, membuktikan tiadanya persefahaman di kalangan mereka sedangkan mereka boleh mealntik siapa sahaja untuk jawatan berkenaan.

“Apa yang berlaku itu menunjukkan bahawa tiadanya kepercayaan di kalangan mereka terutamanya di kalangan pemimpin Dap dan Pas untuk memilih seorang ketua, walaupun Dap mempunyai jumlah kerusi yang lebih berbanding Pas dan PKR,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan pemangku Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat bagi mengantikan Anwar yang digantung selama enam bulan.

Anwar digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selepas didapati bersalah oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran dakwaan serta laporannya mengaitkan konsep “1Malaysia” sama dengan “One Israel”.

Berdasarkan jumlah kerusi dimiliki pembangkang di Dewan Rakyat, Dap mempunyai 29 kerusi sementara itu Pas  dan PKR mempunyai jumlah yang sama sebanyak 23 kerusi bagi setiap parti.

Hamidah berkata, berdasarkan jumlah kerusi, Dap paling layak untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang dan paling tidak memangku jawatan berkenaan sepanjang ketiadaan Anwar.

“Walaupun Dap layak untuk jawatan berkenaan, namun pakatan pembangkang takut untuk membuat keputusan kerana boleh memberi kesan kepada hubungan baik di kalangan mereka terutamanya membabitkan Pas.

“Pas sudah pasti tidak dapat menerima Dap untuk menjadi ketua mereka, jika mereka menerima Dap sebagai ketua ia boleh memberi tamparan kepada Pas, penyokong mereka akan menganggap bahawa Pas bersedia untuk menerima bukan Islam menjadi ketua mereka,” katanya.

Menurutnya, walaupun pemimpin Dap pernah menjadi ketua pembangkang suatu ketika dahulu, namun suasananya berbeza kerana ketika itu tiada gabungan pakatan pembangkang, Dap dan Pas bertanding secara persendiriaan.

Tegasnya, apa yang berlaku itu walaupun nampak  remeh, namun membuktikan bahawa sebenarnya pakatan pembangkang tidak mempunyai persefahaman di kalangan mereka walaupun mereka sering mengatakan bahawa mereka boleh duduk semeja.


-MediaUMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan