Selasa, 15 Mac 2011

PAS : SIAPA MUNAFIQ DAN FASIQ???




Siapa Sebenarnya Yang Fasiq!

Jumaat lepas bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun M telah dihina melalui Khutbah Jumaat di Masjid Taman Tun Dr Ismail akibat daripada penghasilan buku nukilan beliau yang turut menyelitkan kisah Anwar sebagai Peliwat.

Imam tersebut yang dikatakan juga merupakan Pemimpin PAS kawasan telah melaungkan Mahathir Fasiq bergema di hadapan makmum yang hadir.

Jika dilihat ini merupakan tragedi yang paling memalukan sepanjang hidup beliau kerana beliau telah dihina di dalam Rumah Allah di hadapan umat Islam yang hadir menunaikan Solat Jumaat.
Akan tetapi, Tun M tenang menghadapi situasi sedemikian. Beliau bukan sahaja sudah terbiasa dengan gelaran2 tersebut, malah ada yang pernah menggelar beliau berperangai Yahudi sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri.

Imam Khutbah tersebut lupa akan sejarah. Siapa pemimpin politik pertama yang menggelar Anwar Peliwat? Lupakah kita akan gelaran Al Juburi? Siapa yang memberi gelaran tersebut? Mohamad Sabu. Pemimpin agung PAS. Adakah Mat Sabu juga dikategorikan sebagai Fasiq kerana pernah mengakui penglibatan Anwar dalam seks luar tabii tersebut?

Imam Khutbah tersebut lupa akan sejarah. Siapa pemimpin politik pertama yang menggelar Anwar Peliwat? Lupakah kita akan gelaran Al Juburi? Siapa yang memberi gelaran tersebut? Mohamad Sabu. Pemimpin agung PAS. Adakah Mat Sabu juga dikategorikan sebagai Fasiq kerana pernah mengakui penglibatan Anwar dalam seks luar tabii tersebut?

Imam tersebut antara juak Totok2 PAS yang lupa bahawa Pemimpin2 PAS yang di antaranya ialah Mat Sabu terlebih dahulu menyebarkan kepada umum melalui Ceramah2 parti tersebut dengan melaungkan Anwar Al Juburi sebagai respons mengiyakan penglibatan Anwar dalam jenayah seks Liwat semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tun M pada ketika itu leka diracuni Anwar membela orang ini dan mempertahankan dakwaan PAS dan kuncu2 nya tentang perilaku bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Siapa yang fasiq? Akan tetapi, tidak sempat Tun M mengucapkan Terima Kasih kepada PAS kerana menyedarkan beliau akan perbuatan terkutuk Anwar, dimaki semula oleh PAS dengan pelbagai gelaran. Malah Pemimpin Gay yang didakwa mereka kini dijulang dan dipertahankan sehingga di dalam Khutbah Jumaat.

Tun M tidak menghadapi sebarang masalah dengan gelaran2 sedemikian. Banyak gelaran yang dilihat lebih ‘menarik’ sebenarnya. Mahafir’aun, Mahazalim, Yahudi Melayu, Kafir dan banyak lagi. Lebih teruk lagi, PAS sehingga mengadakan Solat Hajat bagi membela Anwar yang dahulu digelar Al Juburi dan meminta Allah melaknat kepimpinan Tun M.

Islam itu benar dan adil. Doa2 buruk PAS bukan sahaja tidak dimakbulkan, malah Tun M terus dihormati dan disegani malah bertahan dan dihormati di seluruh dunia. sehingga kini walaupun telah bersara dari dunia Politik tanah air. Malah doa tersebut memakan diri PAS sendiri setelah Pemimpin parti tersebut sendiri menjulang golongan Fasiq ini dengan penganugerahan khas.

Imam tersebut yang mewakili Totok2 PAS juga lupa, siapa yang bersama menyokong Tun M ketika beliau giat berceramah mengkritik kepimpinan Pak Lah1 ketika dahulu.

Mahfuz Omar, Sallahuddin Ayob malah Ustaz Nasharuddin Mat Isa sendiri antara yang hadir memberi penghormatan kepada beliau. Malah Nik Aziz sendiri memuji kepimpinan Tun M dengan memberi gelaran Pemimpin Islam paling berani menghentam tindak tanduk Yahudi Zionis menghancurkan Islam.

NIK AZIZ DAN BEBERAPA PEMIMPIN PAS MENYANJUNG TUN M SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM YANG BERANI!! Adakah pemimpin2 PAS ini juga turut Fasiq kerana bersama menyokong Tun M pada ketika itu?

Inilah yang dinamakan menyalahgunakan Islam sebagai strategi politik. Inilah yang dinamakan menyalahgunakan Masjid sebagai medan pertarungan politik. Pendirian bertukar mengikut situasi dan kepentingan politik.

Banyak lagi sebenarnya bukti2 jelas bahawa pendirian Tun M ini adalah benar dan tepat. Daripada apa yang terlihat kita mengenai Tun M dan PAS, fikirkan sejenak, siapa sebenarnya munafiq? Siapa sebenarnya Fasiq?

Tun M tidak perlu menonjolkan diri sebagai seorang yang sangat berpegang teguh kepada Islam. Tun M tidak perlu mencanang seluruh dunia tentang perjuangannya memertabatkan Islam. Kerana apa yang dilakukan sudah ada di depan mata. Ianya sedang dan akan terus dinikmati oleh rakyat Malaysia selama2 nya.

Orang yang Fasiq inilah yang mencetus Idea penubuhan Perbankan Islam dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Orang Fasiq inilah yang mencetus idea pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC), Lapangan Terbang Antabangsa (KLIA), Bandar Metropolitan idaman Pakatan Rakyat iaitu Putrajaya dan banyak lagi.

Ini semua kini sedang dinikmati oleh kesemua rakyat Malaysia termasuklah dari kalangan ahli2 dan Pemimpin2 PAS sendiri. Adakah ahli2 PAS turut fasiq kerana melanjutkan pengajian di UIAM? Adakah ahli2 PAS turut fasiq kerana bersubahat meneruskan kerjaya pekerjaan di KLCC, KLIA dan Putrajaya?

Tun M lebih mengenali siapa itu Anwar Ibrahim. Kerana manusia inilah dikutip bekas Presiden UMNO ini dijulang sehingga bergelar manusia No.2 di Malaysia. Maka layaklah juga Tun M membuangnya kerana Tun M sedar, apa yang diperkatakan Pemimpin2 PAS mengenai tabiat Al Juburi Anwar adalah benar.


gelombang-rakyat.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan