Rabu, 29 Jun 2011

PAS : PANJINGAN AMERIKA SYARIKAT???









57 tahun PAS kencing rakyat…

Sunday, June 26th, 2011 | Posted by Spy_Leman




Bila Spy ingat-ingat balik, dah hampir 57 tahun PAS perjuangkan sebuah negara Islam dan nak tegakkan undang-undang Islam 100% di negara ni. Dari zaman Hadi Awang dan Nik Aziz muda, sampailah dorang dah beranak cucu sekarang ni barulah perjuangan negara Islam dorang “terbatal”.

Dulu bukan main sakan puak-puak khawarrij tu kata UMNO tak Islam pasal tak memperjuangkan negara Islam. Siap ada keluar amanat kafirkan orang-orang UMNO dan juga kata perjuangan menentang UMNO adalah SYAHID. Maklumlah.., UMNO dari dulu lagi tumpukan kemajuan ummah dan juga kebajikan rakyat.

Walaupun UMNO tak sembang besar pasal nak perjuangkan Islam dan wujudkan undang-undang Islam dalam Malaysia, Spy rasa UMNO dah buat lebih dari apa yang puak-puak sewel PAS dok berkokok selama 57 tahun ni..

UMNO buat polisi negara berkebajikan demi kepentingan rakyat, dan UMNO juga pastikan undang-undang Islam diserapkan dalam sistem perundangan negara.. Jangan bohong kalau kata UMNO tak buat semua ni baii.. Munafik lah sapa yang kata UMNO langsung tak menyumbangkan kebajikan rakyat dan juga menegakkan Islam.

Tapi PAS…, kesian beb bila nak bercerita pasal puak-puak PAS hari ni.. Korang cubalah bayangkan.., selama 57 tahun pengikut dan penyokong PAS kena kencing baii.. Ada yang “mati syahid” buta saja pasal ingatkan PAS betul-betul istiqamah nak perjuangkan negara Islam..

Selama 57 tahun penyokong-penyokong PAS sanggup buat apa saja demi perjuangan parti. Dorang sanggup junjung slogan-slogan “Membangun Bersama Islam”.., “Pemerintahan Ulama”.., “Hentikan Perjuangan Sekular” dan “Tegakkan Hukum Islam”.. Tup-tup.. Hadi kata negara Islam tak ada dalam agama.. Meroyan baiii..

Spy ingat lagi masa Harun Din lancarkan buku Negara Islam yang kemudiannya jadi rujukan oleh semua “pejuang-pejuang” PAS masa tu.. Bukan main eksyen lagi kawan-kawan Spy pasal PAS ada buku perundangan dorang sendiri katanya.. UMNO jugak yang sekular pasal tak pernah ada buku pasal negara Islam..

Tapi hari ni.., mana pi buku Negara Islam karya Harun Din? Takkan puak-puak PAS dah bakul sampahkan atau flush dalam jamban? Mungkin jugak dorang kumpul banyak-banyak lepas tu bakar macam mana dorang buat demo bakar paper Utusan. Ya lah.., mana nak pakai dah buku negara Islam bila dah buat NEGARA BERKEBAJIKAN..

Itu kalau kita cerita pasal negara Islam.., macam mana pulak dengan “Kepimpinan Ulamak” PAS? Mat Sabu bukannya Ulamak.. Husam pun bukan ulamak walaupun dia ada janggut sejemput.. Salahuddin Ayub lagi lah jauh kalau nak panggil ulamak.. Setakat Ustad Puduraya tu boleh lah kot? Dan Mahfuz…, lagilah tak boleh pakai.. Kalau ikut akal sewel dia.., bukan kata ulamak.., ular dalam semak pun dia tak layak…

Jadi mana slogan “Kepimpinan Ulamak” dalam PAS? Yang ada dalam PAS dari dulu sampailah sekarang tu bukannya ulamak.., tapi p*#@mak.. Semuanya kerja menyelewengkan akidah rakyat untuk cari undi pilihanraya.. Semuanya cari makan dengan jual agama.. Macam tu pun ada hati nak jadi ulamak? Puiiiii…

Dulu selalu jugak Spy dengar dari puak-puak PAS pasal Hudud.., pemerintahan ikut Islam dan UMNO kuat makan rasuah.. Tapi sekarang ni dorang dah tak berani nak cakap semua tu baii… Hudud apa kebendanya kalau Presiden PAS pun sanggup kencing pasal hukum Islam tu.. Pemerintahan ikut Islam apa kejadahnya kalau la ni PAS dah ikut bontot DAP.. Dan UMNO rasuah apa kalau PAS pun buat perkara yang sama dalam tiap-tiap Muktamar..

Munafik baiii puak-puak PAS yang ada hari ni… Dasar dorang dah berubah 360 darjah.. Perjuangan dorang dah tunggang langgang.. Pemimpin dorang sekarang ni dah tak tau apa yang sebenarnya dorang nak.. Mampus lah beb kalau bawak Bas Persiaran tapi tak tau arah tuju.. Ke parit lah kalau nak jadi drebar tapi tak pandai nak elak lubang..

Jadi sekarang ni PAS memang dah betul-betul karam.. Tuhan dah bagi bala pada PAS pasal dorang selalu permainkan agama.. Korang tengok sekarang ni macam mana PAS ikut telunjuk kafir.. Punyalah teruk bala yang Tuhan turunkan pada PAS sampaikan PAS dah tak tau nak bezakan Aktivis Murtad dan juga Kaki Liwat..

Semua tu bala lah baii… Jangan salahkan UMNO pulak bila bala kena pada puak-puak PAS… Orang-orang UMNO ni memang bagus sebab tak pernah doakan keburukan kepada saudara semuslim dorang.. Percaya tak apa yang Spy kata ni?

Korang tengok.., orang UMNO mana pernah buat sembahyang hajat suruh Tuhan turunkan bala terhadap PAS? Pemimpin UMNO mana pernah mintak pemimpin PAS pecah perut? Itulah tandanya orang UMNO ni semua baik-baik belaka..

Sebab tu lah Tuhan still sayangkan pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokong UMNO.. Kalau Tuhan tak sayang.., takkan Tuhan amanahkan negara ni pada pemimpin Islam UMNO? Betul tak?

Khamis, 23 Jun 2011

ISLAM AGAMA ALLAH SWT.




Bukti Pas tidak konsisten dalam perjuangkan Islam







KUALA LUMPUR 22 Jun - Kesanggupan Pas bekerjasama dengan individu yang dikecam kerana menyokong penubuhan Majlis Antara Agama (IFC) serta menganjurkan 'Forum Memeluk Islam' membuktikan betapa parti itu tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam.

Merujuk kerjasama Pas dengan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia jelas menunjukkan tindakan Pas kini hanya didorong keinginan mendapatkan kuasa.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu membuka mata mengenai sikap tidak konsisten Pas itu yang dibimbangi membawa perpecahan di kalangan Melayu Islam.

"Pas mengamalkan konteks agama bermusim dan bertempat. Jika sesuai dengan ideologi politik, mereka akan ikut. Langsung tak konsisten dari segi amalan agama dan politik.

"Sedangkan al-Quran dan Islam itu konsisten dan digunakan dari zaman ke zaman. Bukan haram hari ini dan halal esok. Kita bimbang kecelaruan dilakukan Pas menyebabkan umat Melayu Islam berpecah-belah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai cara meningkatkan pendapatan pekebun kecil di Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini hari ini.

Sewaktu menjadi Presiden Majlis Peguam, Ambiga bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan IFC. Beliau turut dikatakan menyokong Lina Joy berhubung kes murtad.

Tidak setakat itu, beberapa pemimpin dan ahli Pas termasuk Naib Presidennya, Salahuddin Ayub bersama ahli UMNO, PKR dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pernah berdemonstrasi di hadapan bangunan Majlis Peguam kerana membantah Forum Memeluk Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah membuat kenyataan membantah forum tersebut yang dianjurkan sewaktu Ambiga mengetuai pertubuhan tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, sikap tidak konsisten Pas itu bukan sesuatu yang baru malah, telah lama diamalkan demi kelangsungan parti itu.

"Ia menunjukkan apa yang diperkatakan Mursyidul Amnya pada 1999 bahawa beliau boleh menerima pertolongan sesiapa juga termasuk syaitan bagi membantu perjuangan Pas.

"Begitu juga baru-baru ini apabila Mohamad Sabu memegang jawatan timbalan presiden, beliau kata tidak mahu lagi menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakikatnya, individu itulah yang dia berikan pelbagai gelaran sebelum ini," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamzah Zainuddin menyifatkan kerjasama 
Pas dan Ambiga membuktikan bahawa perkataan 'Islam' hanya menjadi slogan kepada perjuangan mereka.

"Mereka hanya mahukan kuasa bagi memerintah negara dan sanggup bergabung dengan sesiapa saja bagi mencapainya. Sebagai contoh, kalau benar mahu perjuangkan Islam, kenapa mesti membiarkan pilihan raya masjid berlaku di Pulau Pinang?.

"Kalau betul pilihan raya tidak bersih, kenapa sanggup terima mandat memerintah di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah? Tolak mandat itu dan bawa ke mahkamah. Itu lebih baik daripada bawa ke jalanan," katanya.



Isnin, 20 Jun 2011

PAS TERANG-TERANG PERDAGANGKAN ISLAM





Siapa Hina Islam





Oleh Zunar (Kartunis PAS)

Oleh Kartunis Utusan




Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat semalam mengumumkan keputusannya mengharamkan Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara melibatkan beliau dan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Langkah tersebut sebagai membantah karikatur yang dikatakan menghina Islam berhubung isu rogol dan zina. Awang hanya senyum. Nampaknya Nik Aziz mengikut jejak langkah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut memulaukan Utusan Malaysia.

Strategi memulaukan media sebagai senjata dan ugutan adalah pemikiran zaman dinosaur. Rasanya tiada lagi mana-mana kerajaan yang memerintah peringkat pusat, negeri atau wilayah di negara lain yang berbuat demikian. Kebebasan media dan hak bersuara seperti yang dijanjikan oleh DAP, PKR dan Pas dalam manifesto PRU, hanya gimik.

Awang tidak terkejut dengan tindakan Mursyidul Am Pas itu kerana beliau sememangnya condong kepada DAP dalam percaturan politiknya.

Cuma Awang hairan mengapa karikatur itu yang disiarkan pada Rabu, 15 Jun dianggap menghina Islam. Sedangkan ia hanya menyindir pemimpin Pas kerana mengambil pendirian yang mengelirukan ekoran kes rakaman video seks ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Tidak perlu untuk Awang mempertahankan karikatur itu kerana sudah banyak pihak tampil memberikan gambaran sebenar terutama dalam laman blog.

Jika mahu pandangan lebih keras ikutilah komen Ahli Parlimen Bebas Zulkifli Noordin melalui zul4kulim.blogspot dan pengendali blog yang lain antaranya ruang bicara faisal.blogspot.com; www.papagomo.com; bumiyang.blogspot.com dan penembak-tepat.blogspot.com. Seandainya mahu pandangan yang seimbang rujuk kepada tulisan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (drmaza.com).

Awang juga tertanya-tanya mengapa karya kartunis aktivis pembangkang, Zunar yang terang-terang menghina Islam tidak pula berani disentuh oleh Nik Aziz. Persoalan lebih besar ialah siapakah sebenarnya yang menghina Islam? Seperti kata Zulkifli, sesungguhnya banyak tindak-tanduk Pas yang menghina dan menggugat umat Islam.

Pada Awang dan ramai lagi umat Islam di negara ini, kenyataan Nik Aziz sendiri banyak menghina dan memalukan Islam. Buatlah kajian ilmiah, pasti mudah membuat rumusan. Jika disenaraikan cukup banyak. Antaranya menyokong kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, mendakwa tuhan boleh mencarut, menjanjikan syurga kepada sesiapa yang undi Pas, pernah menuduh orang UMNO kafir, wanita cantik tidak boleh keluar bekerja dan banyak lagi yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Itu belum menyentuh tentang pendirian beliau yang menolak permuafakatan sesama parti Islam tetapi menjulang DAP yang menentang penubuhan negara Islam.

Lebih banyak kecelaruan dicetuskan oleh Nik Aziz berbanding individu lain termasuk Ayah Pin, yang sedang diburu oleh pihak berkuasa. Angkara siapakah yang menampakkan Islam tidak ubah seperti kartun?


Awang Selamat.

Khamis, 16 Jun 2011

PAS TUKAR NAMA KE PEKASAM





Niat Busuk Demonstrasi Bersih Yang Kotor, Jahat!


http://umno-online.com/?p=39575




SALAM SEJAHTERA.


Dengan dibajai niat jahat dan kotor, pembangkang sekali lagi berselindung di sebalik sekumpulan NGO’S mendalangi demonstrasi jalanan Bersih 2di jadial pada 9 Julai ini, kononnya mahu menuntut pilihan raya yang adil dan telus!.


Ambiga Sreenevasan, peguam dan penyokong tegar bagi sesiapa sahaja yang hendak murtad bergabung tenaga dengan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu yang pernah ditangkap khalwat dengan isteri orang di bilik One To One (121) Hotel Perdana, Kota Baharu. Untuk rekod, Mat Sabu terlepas secara teknikal apabila hanya kerana seorang dari lima penguatkuasa agama yang memberkasnya berkata, bilik kejadian khalwat adalah nombor 122, bukan 121. Hebat kerajaan kebajikan Pas. Sepatutnya bukan sahaja tukar nombor bilik Mat Sabu tetapi patut juga tukar nama kepada Parti Kebajikan Semalaysia (PEKASAM), sesuai dengan dasar perjuangan yang telah diubah.


Berbalik kepada demonstrasi bersih yang kotor dan jahat, usaha Mat Sabu dan seorang lagi penggemar demostrasi jalanan, Naib Presiden PKR, Tian Chua adalah untuk menganggu guggat ketenteraman awam dan memberi persepsi negatif dunia luar kepada kerajaan BN. Itu sahaja.


Ambiga sebagai Ketua Pemantau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau Bersih, hanya sebagai alat PAS, PKR dan DAP. Demostrasi jalanan itu didalangi parti-parti pembangkang. Sebab itu Mat Sabu dan Tian Chua mengerahkan ahli-ahli parti mereka menyertai demonstrasi tersebut. Mereka tidak mahu berhimpun di dalam stadium kerana memang jadi budaya jahat mahu berarak di jalanan dan mencetuskan huru hara!


Sepatutnya Ambiga “terjun” sahaja dalam dunia politik. Tak payah menjadi badut pembangkang. Sudah terang lagi bersuluh.


Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Yusof, sekitar Disember tahun lepas, Ambiga dan gerombolannya ada bertemu dengan beliau dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta para pegawai kanan suruhanjaya itu. Ambiga datang bersama sembilan yang lain seolah-olah hendak mengajar cara kerja SPR serta membangkitkan semua isu pilihan raya dalam perspektifnya. Ambiga datang seolah-olah dia pakar dalam kerja SPR.


Ambiga desak dibersihkan senarai Daftar Pemilih sedangkan senarai pengundi berdaftar dibersihkan SPR sepanjang masa.


Menurut SPR, ada tiga cara. Pertama, nama mereka yang telah meninggal dunia dikeluarkan daripada senarai pengundi. Ia memerlukan kerjasama rapat antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). SPR juga memerlukan kerjasama daripada waris si mati yang perlu mengambil sijil pengkebumian yang dikeluarkan oleh polis sebelum ke JPN untuk mendapatkan sijil mati. Waris kemudian bawa sijil mati ini ke SPR untuk tindakan. SPR sendiri tidak boleh sesuka hati memotong nama seseorang pengundi.


Kedua, pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN.


Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Contohnya, jika seseorang tinggal di Kuala Lumpur tetapi mengundi di Pulau Pinang, itu bermakna senarai pengundi kita tidak boleh dibersihkan. Jika orang kuat PKR, Anwar Ibrahim sendiri hendak membantu SPR, maka dia kena tukar tempat mengundi ke tempatnya tinggal sekarang di Segambut.


Jika berbeza tempat tinggal dan kawasan mengundi pun, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada SPR. Pengundiannya masih sah tetapi situasi inilah menyebabkan timbulnya tuduhan wujud ‘pengundi hantu’ dalam daftar pemilih seperti mana didakwa parti-parti pembangkang. Sebenarnya istilah ‘pengundi hantu’ tidak wujud, sebaliknya berpunca daripada keengganan pengundi menukar tempat mengundi seperti mana alamat tertera di dalam kad pengenalan.


Mengikut perkiraan SPR, peratus mereka berpendirian seumpama ini melebihi 50 peratus. Sebab itu, apabila pilihan raya kecil sahaja, beribu-ribu orang balik ke kampung untuk mengundi.


Tentang desakan Ambiga, si loyar buruk bahawa Malaysia boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik, SP sudah menjawab dengan jelas dan telus. Cuma jawapan ini tidak diterima secara positif dan bersangka baik. Memang perangai pembangkang sentiasa buruk sangka sebab hati mereka memang sudah busuk!


SPR menjelaskan, Malaysia tidak boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik kerana ia memerlukan pindaan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana pendaftaran sebagai pengundi dibuat secara memohon.


Jika daftar secara automatik seperti mana yang selalu digesa oleh parti-parti pembangkang, maka akan kacau-bilau negara ini. Ini kerana semakin ramai orang tidak dapat mengundi kerana kawasan tempat mengundi dan alamat tempat tinggal tidak sama.


Ini juga kerana pengundian dibuat berdasarkan alamat dalam kad pengenalan. Justeru, ia mengakibatkan peratusan keluar mengundi akan berkurangan sehingga bawah 50 peratus. Situasi ini berlaku di Bosnia Herzegovina apabila pendaftaran mengundi dibuat secara automatik tetapi pengundian tidak diwajibkan. Akibatnya, peratus keluar mengundi menurun mendadak bawah 50 peratus.


Demikianlah juga apabila Bersih mendesak supaya kelayakan mengundi dikurangkan dari usia 21 tahun kepada 18 tahun. Dengan jumlah sekarang sahaja menyaksikan sebanyak empat juta belum mendaftar, inikan pula apabila kelayakan itu dikurangkan kepada 18 tahun.

Risikonya, kata SPR, jika dua perkara itu dilaksanakan, parti-parti pembangkang akhirnya akan menuduh SPR macam-macam.


Kata SPR bodohlah, desak Pengerusinya letak jawatan. Inikan bila empat atau lima orang tidak boleh mengundi, sudah lempar macam-macam tuduhan. Nanti kalau dikuatkuasakan pendaftaran automatik, tak tahu apa pula diburuk-burukkan SPR ini.


Ambiga juga menfitnah kononnya SPR tidak berbuat apa-apa dalam menangani isu rasuah semasa pilihan raya. Mungkin Ambiga tidak tahu atau buat-buat tak tahu bahawa SPR sentiasa menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.


“Jika tidak ada kemahiran tetapi kita tetap laksanakan, kemudian kita gagal dan malu sendiri. Apatah lagi sekarang ramai sangat peguam yang ‘pandai’. Jadi, kita kena bijaksana dalam soal ‘menggigit’ kerana sekarang yang ‘hitam boleh jadi putih’ dan ‘yang putih boleh jadi hitam’ apabila sesuatu kes rasuah disebut di mahkamah.


Tepat sekali kata Abd Aziz: “Macam kes Datuk Zaid Ibrahim bangkitkan dakwaan rasuah di Hulu Selangor, mahkamah pun tolak kes itu… jadi, kalau nak menggigit, Ambiga mesti pastikan gigitan itu tepat dan ada kesan,” katanya.


Sebenarnya rakyat yang berfikiran rasional perlu menolak demonstrasi bersih yang kotor dan jahat .


Kalau betul pilihanraya tidak adil masakan pembangkang boleh menang lapan daripada 16 pilihan raya kecil di negara ini sejak Mac 2008.




HAJI Z
KUALALUMPUR




Rabu, 15 Jun 2011

PAS : BERKORBAN ATAU DIKORBAN???

Pas 'berkorban' demi kuasa
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my



ADALAH sesuatu yang melucukan apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat ulasan kononnya UMNO tidak nyenyak tidur kerana bimbang terhadap Pas.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) sudah lama melaksanakan negara berkebajikan.

Hakikatnya, Pas yang sebenarnya tidak nyenyak tidur memandangkan tindakan mengubah laluan bahtera politik mereka dari negara Islam ke negara berkebajikan mula mendapat kritikan ramai.

Kritikan itu bukan sahaja datang daripada penyokong UMNO dan BN malahan di dalam Pas sendiri sudah wujud perasaan tidak puas hati berikutan tindakan Pas yang kini dilihat sanggup mengorbankan segala-galanya demi mencari kuasa politik bersama sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Walaupun Nik Abdul Aziz cuba berhujah bahawa konsep negara berkebajikan adalah sebahagian intipati yang terdapat negara Islam tetapi semua itu boleh dianggap hujah politik sahaja atau lebih tepat lagi ke arah matlamat menghalalkan cara.

Pertemuan penulis dengan beberapa pemimpin muda Pas selepas Muktamar Tahunan Pas Ke-57 parti itu baru-baru ini telah memberikan pemahaman kepada penulis kenapa Pas terpaksa korbankan perjuangan negara Islamnya.

Berikut catatan daripada apa yang mereka ceritakan mengenai senario perubahan dasar politik Pas:

Pas yang sejak berpuluh-puluh tahun lalu mempertahankan perjuangan Islam akhirnya luntur semangat mereka semata-mata mahu mengejar tampuk kekuasaan.

Kejayaan agak cemerlang yang dicapai oleh pembangkang dalam pilihan raya umum lalu telah membangkitkan keghairahan Pas untuk terus bersama-sama PKR dan DAP untuk menumbangkan BN.

Tetapi untuk berada satu bahtera dengan kedua-dua parti itu bagi menuju ke Putrajaya, Pas tidak boleh berada di bahtera berasingan, mahu tidak mahu Pas perlu mengikut rentak PKR dan DAP.

Namun begitu yang menjadi halangan utama kepada Pas ialah dasar perjuangan Islamnya yang dikatakan menimbulkan perasaan tidak selesa terutamanya kepada DAP.

Jika Pas terus bertegas dengan dasar Islam maka selagi itulah pakatan pembangkang dilihat mempunyai ideologi berbeza dan tidak mungkin dapat bersatu kerana perbezaan berkenaan.
Justeru Pas berusaha menutup isu perbezaan ini dengan menukar arah tuju perjuangannya bagi membolehkan ia serasi dengan PKR dan DAP.

Pada mulanya Pas berusaha untuk mentarbiyahkan kedua-dua parti berkenaan supaya menerima dasar Islam yang mereka perjuangkan.

Namun kedua-dua parti itu enggan tunduk sehingga memaksa Pas mengalah kerana pilihan yang mereka ada ialah teruskan dasar perjuangan Islam atau tinggalkan pakatan pembangkang.

Pas amat memahami bahawa mereka tidaklah mempunyai kekuatan politik jika bersendirian tanpa sokongan PKR dan DAP.

Walaupun sejarah politik negara membuktikan bahawa Pas bukanlah calang-calang parti tetapi keyakinan itu semakin luntur akibat diresapi dengan keterujaan untuk menguasai Putrajaya.

Pas dipengaruhi oleh PKR dan DAP bahawa kononnya BN kini berada dalam keadaan 'nazak' dan gelombang perubahan yang dikatakan melanda negara-negara di Asia Barat akan turut 'menghempas' bumi Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang.

Oleh itu Pas tidak mahu ketinggalan bahtera yang dikemudikan oleh DAP dan dinakhodakan PKR, maka mereka bersedia bersama-sama biarpun hanya menjadi penumpang di pelantar paling bawah atau lebih tepat lagi anak kapal yang hanya mengikut perintah sahaja.

Bagi Pas, soal kedudukan tidak penting, soal dasar perjuangan sudah tidak perlu difikirkan, apa yang lebih utama ialah menawan Putrajaya dan menumbangkan kerajaan BN.

Keghairahan Pas ini yang diibaratkan seperti kelompok yang begitu dahagakan kuasa telah diambil kesempatan oleh PKR dan DAP untuk menekan Pas supaya meninggalkan dasar perjuangan Islamnya.

Maka akhirnya wujudlah apa yang dipanggil konsep negara berkebajikan, satu konsep yang pernah dilaung-laungkan pada tahun 2008 tetapi langsung tidak dilaksanakan di negeri yang dikuasai oleh Pas sama ada di Kelantan mahupun Kedah.

Tindakan Pas meninggalkan perjuangan negara Islamnya telah memungkinkan parti itu dilihat sebagai kelompok yang paling tidak konsisten dalam perjuangan politiknya.

Malahan Pas kini dilihat parti yang paling rugi kerana terpaksa mengorbankan ideologi perjuangannya semata-mata tunduk kepada tekanan merebut kuasa yang diuar-uarkan oleh PKR dan DAP.

Ketika kedua-dua parti itu sejak 2008 terus konsisten dengan dasar mereka, Pas pula semakin bercelaru dan sudah tidak mempunyai hala tuju lagi, selain mengikut sahaja ke mana yang akan dibawa oleh PKR dan DAP.

Demikianlah catatan perbualan penulis dengan pemimpin-pemimpin muda Pas berkenaan yang jelas menampakkan kekecewaan mereka terhadap perubahan hala tuju bahtera perjuangan Pas.

Walaupun Pas sering menuding jari mengatakan bahtera UMNO semakin bocor dan akan tenggelam tetapi pada pandangan pemimpin-pemimpin muda berkenaan sekurang-kurangnya UMNO tidak menggadaikan prinsip perjuangannya demi mengejar kuasa.

''UMNO dominan dalam BN, malahan berbanding parti komponen lain UMNO jauh lebih kukuh dan sedang memperbaiki kelemahan berikutan apa yang berlaku pada pilihan raya umum lalu.
''Tetapi bagaimana dengan Pas? Pas tidak berbuat apa-apa selain terus teruja hendak merebut kuasa dan apa pun yang Pas rancang sekarang bukannya memperbaiki kelemahan parti tetapi semata-mata hendak nampak serasi dengan PKR dan DAP,'' kata salah seorang daripada pemimpin muda Pas berkenaan.

Sememangnya pemimpin-pemimpin Pas boleh berhujah apa sahaja bagi menghalalkan tindakan mereka menuju matlamat negara berkebajikan dan ia mungkin akan diterima oleh pengikut-pengikut tegar mereka.

Namun bagi rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang boleh berfikir dan membuat penilaian mereka sudah pasti mengetahui betapa hebatnya Pas berusaha untuk mengejar kuasa sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya termasuk perjuangan Islamnya.

Apa yang lebih malang dalam keghairahan itu Pas terlupa bahawa mereka bukanlah parti utama di dalam pembangkang tetapi dulu, kini dan selamanya akan hanya menjadi pak turut kepada PKR dan DAP.

Berdasarkan hakikat itu kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa, ''Sekarang Pas sudah sampai titik sama dengan dengan UMNO. Kita akan potong dan lintas dia.'' - hanyalah impian semata-mata.