Rabu, 13 Jun 2012

PAS : PENGAWAL ALBAB SYURGA???












Dalil Kepada Penafian Pok Nik Pernah 'Janji' Syurga Orang Undi PAS?

Ahad, Jun 10, 2012



Jika Nik Aziz menafikan dan mahukan penjelasan tentang maksud mengenai ‘undi PAS masuk syurga ‘, beliau bolehlah rujuk kembali kenyataan-kenyataan beliau sendiri tentang isu ini!

1. “Menentang kepimpinan PAS, adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

2. ‘‘Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Islam ini tidak boleh bawa ke syurga,– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

3.“Islam di bawah UMNO tidak boleh ke syurga.– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau pernah 'menjanjikan' syurga kepada pengundi yang memilih Pas dalam pilihan raya.

Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, beliau hanya menyebut bahawa orang yang telah mengundi parti itu khususnya pada pilihan raya umum 1990 mendapat pahala.

Katanya, pihak yang mendakwanya berkata demikian tidak pandai membezakan antara balasan syurga dan pahala serta meminta mereka terutamanya pihak media menyebut dengan jelas siapa yang telah memberi janji syurga tersebut.

"Surat khabar minggu lepas sibuk pasal undi Pas masuk syurga, saya nak tanya siapa dia yang kata begitu? Nak tanya wartawan yang hadir hari ini siapa kata begitu? Kalau saya sendiri, saya kata begini 'siapa yang undi Pas tahun 1990 dahulu dapat pahala'.

"Boleh pahala lain, boleh syurga pula lain, biar reti. Apabila masuk syurga tidak boleh keluar dah, tapi kalau dapat pahala boleh jadi pahala akan hilang. Ini kerana tidak semestinya pahala itu boleh dibawa sampai ke mati.

"Terlalu banyak ayat dalam al-Quran dan hadis yang bercerita tentang kalau kita buat amal soleh kita boleh dapat pahala. Pahala ini boleh hilang kalau kita tak pandai jaga, macam kita cari duit, cari duit bolehlah tapi kalau kita simpan dalam poket yang berlubang, maka akan habis. Duit sudah dapat hasil jual goreng pisang dan macam-macam lagi, tapi kalau kita simpan dalam poket (tembus), maka akan habis," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, tiada pemimpin yang boleh memberi jaminan tentang masa depan manusia kecuali Nabi Muhammad yang diberi Allah jawapan kepada semua permasalahan melalui risalah Islam yang dibawanya.

Sementara itu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menyebut bahawa syurga adalah kurniaan Allah yang diberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dan menganggap pandangan itu serupa dengan fahaman puak Jabariyah.

Nik Abdul Aziz juga melahirkan keraguan dengan kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini, yang telah mengulas mengenai isu masuk syurga jika mengundi parti tertentu.

Beliau menegaskan, laporan mengenai kenyataan Sulaiman itu belum tentu benar kerana katanya ulama Arab Saudi tersebut adalah dari sebuah negara yang mengamalkan hukum Islam yang mungkin memberi jawapan mengejutkan jika ditanya mengenai hukum orang Melayu beragama Islam yang menolak dasar Islam.

"Jangan main-main dengan ulama Arab Saudi kerana kalau salah tanya akan makan diri kamu. Arab Saudi ini mereka jalankan undang-undang ikut hukum Islam bukan kebangsaan, dia pancung orang, kerat tangan ikut hukum, kalau kamu salah tanya 'Wahai Syeikh apa hukum orang Melayu beragama Islam tolak Islam, takut dia jawab kafir pun boleh jadi," katanya.

Kalau 'Islam di bawah UMNO tidak boleh ke syurga' adakah Pok Nik bermaksud 'Islam yang dibawa oleh PAS boleh ke SORGO'?

Pok Nik..Pok Nik...mu jangan takbur dan riak sangat Pok Nik...!!! Persoalanya adalah siapa yang mengiktiraf mu sebagai 'ulama'?



Suara Politik
Taminsari







Jumaat, 1 Jun 2012

PAS : DULU, KINI DAN SELAMANYA TIDAK KONSISTEN






Pas tidak konsisten, hukum digunapakai berubah-ubah ikut kepentingan


MENARIK sekali pendirian Dr. Sheikh Sulaiman Saloomi, Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram berdasarkan hujah syaraknya mengenai isu seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Memang logik akal pun 'fatwa' politik itu tidak munasabah. Ia tidak lebih suatu cara memenangi undi di kalangan mereka yang jahil dan memiliki daya taksub yang tinggi. Cara ini adalah tidak Islamik kerana ia tidak bersandarkan hukum syarak.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan bahawa menentang Pas adalah haram mengikut al-Quran (Berita Minggu April 1994). Katanya: ''Islam di bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh seseorang itu ke syurga.'' (Ucapan Nik Aziz kepada pemberita di IKBN selepas proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir)
Pendirian Nik Aziz itu dijawab dengan jelas oleh Dr. Sheikh Sulaiman. Katanya: "Syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melakukan ubudiah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat dan kufur atau syirik."
Pas seperti juga UMNO adalah parti politik kendalian manusia. Islam adalah agama ciptaan Allah bukan bikinan manusia. Al-Quran yang menjadi sumber pedoman orang Islam adalah maha sempurna dan terjamin sehingga kiamat. Parti politik dan perlembagaannya adalah olahan manusia. Ia tidak sempurna dan tidak terjamin hadir sehingga hari kiamat.
Meski sumber perjuangan parti itu adalah al-Quran dan sunnah, sifatnya berubah-ubah. Isu negara Islam dan pelaksanaan hudud juga berubah. Dulu tidak timbul tidak ada ayat yang menyatakan negara Islam dalam al-Quran sekarang bertukar menjadi negara kebajikan.
Pas adalah milik orang Pas sahaja tetapi Islam adalah milik semua. Pas tidak ada di negara-negara selain dari Malaysia. Apakah perjuangan parti lain tidak masuk syurga. Syurga dan neraka adalah ketentuan Allah. Ia bukan ketentuan sesuatu parti atau cakap seseorang pemimpin.
Hal yang seiringan dengannya adalah isu takfir atau kafir-mengkafir. Haji Abdul Hadi berkata: ''Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.''
Pada hal tidak semestinya orang yang berkata politik suku, agama suku itu menjadi kafir kerana perkataan itu kerana ia tertakluk kepada taawil. Menurut kaedah usuluddin tidak boleh dihukum kafir ke atas seseorang selagi kata-katanya boleh ditaawilkan sebagai tidak bermaksud kekufuran.
Pas sendiri tidak konsisten, hukum yang digunapakai berubah-ubah mengikut kepentingan tertentu. Pada 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram.
Tiba-tiba pada April 1999, Pas bekerjasama dengan DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Ia jelas bercanggah dengan keputusan Dewan Ulama Pas Kelantan pada 1963 itu.
Islam adalah agama sempurna. Jauh sekali untuk disamakan tarafnya sebuah parti politik kendalian manusia yang sangat terdedah dengan kelemahan dan kekurangan. Pemimpin dan pengikut Pas memiliki nafsul amarah yang tinggi seperti parti-parti lain. Inilah kelemahan manusia.
Tetapi UMNO tidak pula mendakwa ia parti Islam dan orang Pas kafir. UMNO sejak merdeka banyak membuat program-program Islam dalam pembangunan negara dan masyarakat. Pas mendakwa sebagai sebuah parti Islam. Tetapi program Islam yang menjadi asas binaan sistem tidak ada. Bank Islam dan Takaful Islam umpamanya ditiru dari UMNO dan kerajaan.
Orang Melayu sekarang tidak macam dulu lagi. Mereka sudah boleh berfikir dan ada ilmu hasil perkembangan dakwah yang terjadi. Radio IKIM, TV Hijrah milik kerajaan dan banyak lagi saluran yang ada memberi ruang orang ramai semakin dapat membezakan antara propaganda politik dan ajaran Islam.
Oleh itu, penegasan Dr. Sheikh Sulaiman cuba memperjelaskan keadaan yang kusut supaya orang yang terlibat dalam perjuangan politik Islam jangan meniru perangai 'khawarij' yang mengkafirkan sesama Islam kerana perbuatan itu bakal kembali semula kepada diri mereka, kata Rasulullah SAW.
Jalan terbaik dalam Islam adalah kembali kepada al-Quran dan hadis. Apakah isu syurga dan neraka itu begitu mudah sehingga mengambil kuasa Allah untuk menentukannya. Apakah mengkafir sesama Islam itu dilafazkan sesedap mulut. Inilah isu yang patut direnungkan dengan rasa insaf yang mendalam.