Ahad, 3 Oktober 2010

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA

Islam Mangsa Survival Politik Pas – Tun M
Oleh Mohd Nasri Zakariah, Ropikah Ahmad, Isa Nikmat
Foto/Video oleh Shafie Md Nor, Roslay Raffie, Azhan Ahmad


 

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agama Islam dan orang Islam menjadi mangsa pemimpin Pas yang menggunakan agama sebagai alat survival politik supaya terus mendapat sokongan golongan tertentu.
Walaupun melaungkan konon mereka pejuang Islam sebenar, pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran dan memang ‘naluri Pas’ sejak dulu akan mengetepikan Islam untuk mendapat sokongan bukan Islam, kata mantan Perdana Menteri itu.
Dr Mahathir berkata, pemimpin Pas sebegitu memang pintar memberikan pelbagai pandangan serta penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.
”Kita lihat bagaimana mereka yang kononnya pejuang Islam sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik, kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan kerjasama itu dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa.
“Umpamanya, isu ternakan babi dekat dengan kampung Melayu, mereka mengatakan dalam al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tak boleh makan babi, kalau nak ternak atau nak lakukan apa-apa tiada larangan dalam al-Quran,” katanya ketika wawancara khas bersama UMNO-Online, semalam.
Kalau kita tak sebut nama Agong (Yang Di Pertuan Agung) tapi sebut nama ketua menteri bukan Islam, mereka kata tidak menjadi kesalahan kerana usaha untuk menarik mereka kepada Islam dan inilah kebaikan Islam.
Dr Mahathir berkata, golongan terbabit akan melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan.
Contohnya, jika dahulu mereka menuduh UMNO kafir adakan kerjasama dengan MCA dan MIC, kini Pas lakukan perbuatan yang sama bersama Dap, katanya.
Beliau berkata, selain itu, sikap segelintir pemimpin Pas yang mempertahankan tindakan menyebut nama pemimpin bukan Islam dalam khutbah Jumaat dengan alasan untuk menarik bukan Islam kepada Islam menimbulkan pelbagai polemik politik tempatan.
“Kalau kita tak sebut nama Agong (Yang Di Pertuan Agung) tapi sebut nama ketua menteri bukan Islam, mereka kata tidak menjadi kesalahan kerana usaha untuk menarik mereka kepada Islam dan inilah kebaikan Islam.
“Mereka pintar memberi penjelasan, menukar pemikiran mereka kerana yang menjadi mangsa adalah agama Islam dan orang Islam sendiri,” katanya sebagai mengulas tindakan khatib yang mengantikan nama Yang Di Pertuan Agong dengan namak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat.
Tindakan khatib itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam kerana menganggap mencemar kesucian Islam, bagaimanapun Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah mempertahan tindakan khatib berkenaan.
Antara khatib berkenaan ialah Zakaria Ahmad iaitu adik Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad.
Dr Mahathir berkata, demikian juga di dalam kes Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Chin yang memasuki ruang utama solat Surau Al Huda di Kajang serta menyampaikan tazkirah, perkata itu dianggap tidak menjadi kesalahan kepada Nik Aziz.
Mereka pintar memberi penjelasan, menukar pemikiran mereka kerana yang menjadi mangsa adalah agama Islam dan orang Islam sendiri
Beliau berkata, Pas menggunakan Islam sebagai sebagai alat untuk mendapat sokongan di kalangan umat Islam dan mereka sebenarnya bukan pejuang Islam seperti yang digembar-gemburkan.
“Jika Islam itu menjadi halangan untuk dapat sokongan orang bukan Islam, mereka sanggup cari jalan supaya Islam itu dikebelakangkan sikit.
“Contohnya dalam soal hukum hudud, semua itu diketepikan, begitu juga dengan negara Islam ia juga diketepikan supaya dapat sokongan bukan Islam, itu memang naluri Pas. Itu Pas guna Islam untuk memancing undi. Dari dahulu memang macam itu,” ujarnya lagi.
Dr Mahathir berkata, perkembangan yang berlaku sejak kebelakangan ini di dalam Pas membuktikan ia adalah semata-mata untuk survival politik parti itu supaya dapat terus berada dalam pakatan pembangkang demi mencapai cita-cita untuk menumpaskan UMNO sebagai tunggak pemerintahan Malaysia.
-MediaUMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan