Jumaat, 8 Oktober 2010

ISLAM CUMA TAKUT ALLAH SWT


10 Dalil Mengapa PAS Tak Mahu Ku Li Di Galas

Tuesday, October 5th, 2010 | Posted by admin

SETELAH begitu lama penulis merehatkan diri dari menulis sebarang artikel di blog ini akhirnya pada hari ini penulis merasa terpanggil untuk turut serta mengulas berhubung Pilihan Raya Kecil DUN Galas, Gua Musang, Kelantan. PAS nampaknya begitu ‘ghairah’ untuk masuk campur urusan UMNO di dalam soal pemilihan calon dan juga Pengarah Pilihan Raya Kecil tidak sepertimana sebelum ini, ini sudah tentunya ada udang di sebalik batu.
Pembaca jangan hairan dengan ‘perangai’ yang ditunjuk oleh PAS beberapa hari ini. Pelbagai ‘taktik’ yang mereka gunakan bagi mengagalkan usaha-usaha untuk menjadikan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan nama Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya dan juga Calon BN DUN Galas. Mereka juga telah mencuba untuk buat ‘reverse psychology’ agar Ku Li menolak bukan sahaja untuk menjadi calon malah Pengarah Pilihan Raya. Sebenarnya ada beberapa dalil yang membuatkan mereka berusaha agar Ku Li tak jadi PPR dan juga 
 Calon untuk PRK DUN Galas.

Antara dalil-dalilnya iailah:

1 Pengaruh Tengku Razaleigh atau Ku Li yang terlalu kuat di Gua Musang, Kelantan mungkin akan menyukarkan usaha-usaha mereka(PAS) untuk mempertahankan kerusi DUN Galas. Ini bermakna mereka tidak boleh menang dengan cara mudah di sini sekiranya Ku Li menjadi calon.

2 Menyukarkan mereka menggunakan ‘taktik’ yang seringkali digunakan mereka semasa menghadapi mana-mana pilihan raya iaitu taktik serangan peribadi berkemungkinan besar tidak dapat digunakan mereka memandangkan PAS telah terhutang budi dengan Ku Li.

3 Mereka tidak boleh mempergunakan Ku Li sebagai ‘Political Tools’ untuk berkempen bagi pihaknya dengan menggunakan isu royalti dan beberapa isu yang berbangkit. Sanggupkah Ku Li untuk terus menjadi ‘political tools’ PAS?

4 PAS takut untuk berhadapan dengan Ku Li semasa pilihan raya kecil DUN Galas.

5 PAS juga bimbang mengalami kekalahan di Dewan Undangan Negeri Galas sekiranya Ku Li adalah calon sah BN adalah Ku Li.

6 Berkemungkinan besar Ku Li akan dilantik Menteri Besar sekiranya BN berjaya menawan Kelantan, ini mungkin memberi implikasi terhadap PAS dan dalam masa masa yang sama mengganggu gugat kedudukan MB Kelantan sekarang iaitu Datuk Nik Aziz Nik Mat.

7 PAS takut Ku Li marah apabila mengetahui mereka antara yang terlibat di dalam ‘konspirasi diraja’ yang tak perlu dijelaskan disini kerana dikhuatiri mengundang kontroversi dengan kerabat diraja.

8 Kepakaran Ekonomi yang ada pada Tengku Razaleigh juga bakal menggangu gugat Kerajaan PAS Kelantan.

9 Bimbang kerajaan PAS Kelantan tidak mendapat ‘nama’ sekiranya Ku Li berjaya membawa menyelesaikan isu royalti minyak Kelantan.

10 PAS bimbang kepincangan-kepincangan dan penyelewengan-penyelewengan yang ada di dalam kerajaan negeri didedahkan oleh Ku Li sekiranya Ku Li berjaya menjadi ADUN Galas.
PAS nampaknya begitu gelisah dengan cadangan menjadikan Ku Li sebagai calon PRK DUN Galas. Mereka cuba mempengaruhi penyokong-penyokong setia Ku Li agar mempengaruhi Ku Li untuk tidak menjadi PPR dan juga calon di PRK DUN Galas.

Kepada penyokong setia Tengku Razaleigh jangan mudah terpengaruh dengan ‘dakyah-dakyah’ PAS yang kelak tidak akan memberikan apa-apa keuntungan kepada anda. Bagi penulis, berikanlah peluang kepada Ku Li untuk membuat keputusan sendiri tak payah ada diantara kita nak mempengaruhi keputusan beliau. Hormatilah keputusan beliau.


isuhot: gentarnya Pas dengan ketokohan Ku li, lagipun ada hutang lama yang perlu dijelaskan oleh Pas ketika ku li memimpun semangat 46…yang nyatanya Pas akan sedaya upaya akan mengambarkan ku li berada di pihak mereka…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan