Khamis, 21 Oktober 2010

ISLAM TIDAK MENUDUH SESAMA ISLAM GILA


Hilang Akal Tuduh Sokong Perpaduan Melayu “Gila”
Oleh: AL KAMARUL ABD LATIF.


KUALA LUMPUR 15 Julai – “Kalau pihak yang prihatin dengan perpaduan orang Melayu dikatakan sakit apa pula status orang yang menolak perpaduan, mungkin penyakit dia lebih teruk hingga tak mampu lagi diubati….dah cukup nazak dah maknanya tu”, demikian menurut Pengerusi Perhubungan NGO Pemuda UMNO Malaysia, Suffian Awang.

Jelas beliau tiada agama dalam dunia ini yang menggalakkan permusuhan khususnya dalam Islam di mana perpaduan di kalangan umatnya diletakkan pada keutamaan yang tertinggi.

“Apakah gila kalau kita mengajak perpaduan, apakah gila kalau kita minta bersatu. Kita fikir pihak yang menentang perkara itu lebih hebat penyakitnya daripada gila”, ujarnya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin Pas yang menyatakan sedia menghantar pakar sakit jiwa kepada UMNO dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana masih membangkitkan isu kerjasama Pas-UMNO meskipun parti secara jelas menolak pelawaan tersebut.
Tegas beliau lagi jika soal perpaduan orang Melayu dianggap gila, Pas bukan saja perlu menghantar pakar psikiatri kepada UMNO malah Pas patut hantar pakar yang sama kepada banyak NGO lain seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan lain-lain lagi.

“Perjuangan UMNO tidak pernah berubah kerana sentiasa bersedia dengan sesiapa sahaja bagi membincangkan agenda yang lebih luas khususnya demi agama, bangsa dan negara.

“Perkara ini disokong oleh banyak NGO lain malah di kalangan pemimpin Pas sendiri bersedia. Jadi siapa sekarang yang sebenar yang lebih sakit dari penyakit gila?”, katanya sambil merujuk kenyatan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

“Mungkin dia seorang sahaja yang ada penyakit itu kerana tiada pemimpin Pas lain yang bercakap seperti itu”, ujarnya.

Malah kata beliau Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat turut menyatakan kesediaan membincangkan perkara itu.

“Kalau Mahfuz dah hantar pakar sakit jiwa, dia patut hantar kepada Nik Aziz”, katanya.
Kata beliau lagi, bukankah di dalam al-Quran ada menyebut tentang soal perpaduan yang mana Islam mengajak ke arah perpaduan sepertimana seruan Allah s.w.t di dalam surah al-baqarah, yang bermaksud : Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah iaitu (perpaduan) dan janganlah kamu bercerai berai.

“Kalau sesiapa menolak apa yang disarankan di dalam al-Quran ini, apa pula pandangan cendekiawan Islam Pas yang diwar-warkan sebagai tokoh ulama. Bukankah Pas berjuang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. Adakah Mahfuz keliru,” soalnya. 

-MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan