PAS
di persimpangan jalan
Kebelakangan ini
banyak pihak mempertikaikan PAS sama ada dari segi organisasi, dasar dan
kepemimpinan parti – sebahagian besarnya negatif. Ia berlaku sekarang
disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kian hampir dan mungkin juga wujud
kesedaran menyeluruh rakyat untuk menilai semula peranan PAS dalam pembangunan
negara dan kemakmuran ummah. Mereka tidak melihat matlamat perjuangan PAS
membawa kepada kebaikan, sebaliknya PAS melakukan perkara membawa kehancuran.
Setelah lama mengikuti perkembangan PAS, rakyat mula menghidu tembelang parti
itu. Mereka melihat dasar PAS yang kononnya memperjuangkan Islam lebih kepada
‘cakap tidak serupa bikin’.
Apa juga tindakan parti itu dilakukan semata-mata untuk kepentingan politik parti, tidak ada kaitan dengan agama. Tuduhan dan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan adalah berlatar belakangkan kepada dendam. Periksa latar belakang sebahagian pemimpin PAS, sebahagian mereka ada kaitan dengan kerajaan. Ada yang pernah menjadi pegawai kerajaan, pegawai agama, pegawai KEMAS dan sebagainya. Disebabkan sesuatu masalah, mereka meletak jawatan dan menjadikan PAS sebagai platform untuk menghentam kerajaan.
Masalah imej yang
serius
PAS sebenarnya menghadapi masalah imej yang serius. Kedudukan politik parti itu kini berada di persimpangan jalan. Imej buruk PAS itu menyebabkan nama negara turut tercemar. PAS pernah dikaitkan dengan ekstremisme khasnya berikutan Peristiwa Memali dan beberapa peristiwa yang ditafsir sebagai keganasan. Hari ini sudah wujud kesedaran politik dalam kalangan rakyat khasnya golongan muda yang melihat PAS adalah parti politik berpemikiran usang atau ortodoks. Jika sebelum ini PAS menjalankan kempen menolak pembangunan duniawi diterima dengan mudah oleh ahli parti, ia tidak semudah itu lagi hari ini. Jika PAS mengatakan UMNO murtad, ia tidak akan diterima tanpa usul periksa.
Jika hari ini pemikiran yang sama diketengahkan, ia bukan saja
dianggap kolot malah ia akan ditolak. Rakyat hari ini bukan saja mengambil tahu
mengenai perkembangan semasa tetapi kritikal terhadap kesannya. Mereka tidak
boleh lagi menerima bulat-bulat apa saja yang disogokkan kepada mereka.
Pemimpin PAS tidak lagi boleh menyuruh umat Islam membuang peti televisyen ke
sungai seperti yang mereka seru pada 1960-an atas alasan ia mendorong
merosakkan akidah. Jika PAS ditolak rakyat kali ini ia adalah berpunca daripada
kegagalan parti itu menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana politik
semasa.
Hakikatnya, PAS bukanlah parti yang progresif. Dalam kalangan
golongan muda dan terpelajar, mereka melihat PAS sebagai parti yang bercelaru
dan tidak konsisten dalam apa juga keputusannya. Jika dulu PAS tidak boleh menerima
parti Islam bekerjasama dengan parti bukan Islam dan menuduh UMNO dan sebagai
kafir, hari ini PAS sendiri bersekongkol dengan DAP. Sudah pasti tindakan PAS
ini dilihat dengan sinis dan dipertikaikan.
Bezanya, tidak ada orang Islam yang tergamak menuduh PAS sebagai
kafir sebagaimana PAS sanggup menuduh UMNO kafir. Kesan daripada perubahan dan
kesedaran pemikiran rakyat, pemimpin PAS agak gelisah kerana pengaruh parti itu
bukan saja merosot tetapi dipertikaikan. PAS sebenarnya tidak berani menghadapi
rakyat kerana mereka tidak dapat menjawab pertanyaan ahli-ahli mereka mengenai
sikap dan pendirian parti. Walaupun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat memberi rasional hubungan PAS-DAP, tapi mereka menganggap ia alasan bodoh.
Rakyat sudah boleh buat penilaian
PAS sebenarnya tidak mampu memberi penjelasan yang boleh
memuaskan hati rakyat. Rakyat sudah boleh membuat penilaian sama ada pemimpin
mereka bercakap benar atau sekadar alasan politik untuk menyelamatkan diri dan
parti. Kebelakangan ini, rakyat membangkitkan semula Amanat Haji Hadi Awang
yang mengkafirkan UMNO. Jika sebelum ini kerjasama UMNO dengan parti bukan
Islam dianggap sebagai salah satu sebab UMNO dikafirkan, rakyat menilai apa
bezanya hubungan PAS, DAP dan PKR. Apakah DAP dan PKR itu parti Islam. Sama ada
Presiden PAS atau Nik Aziz memberi rasional hubungan ketiga-tiga parti itu
tetapi, ahli PAS bukan boleh diperbodohkan lagi. Adalah salah jika pemimpin PAS
menganggap ahli mereka boleh dipergunakan lagi. Mereka berfikir dan menilai apakah
PAS itu parti yang baik untuk Malaysia.
Pas hanya lakonan la hanya rosak agama la.. X yah cerita banyak ,laksana hudud dalam undang2 negara. Pas tadi komited hudud.. Jgn ragu2 lagi hukum allah ini..kita mgaku islam tapi was2,apa crita ni. Laksana hudud xyah kita brcerita bnyak lagi.jenayah smakin menjadi2..
BalasPadamSaya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI
BalasPadamSaya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI