Jasa Terbesar Pas Memecah Belahkan Ummah
“Dalam ucapan pemimpin UMNO (semasa
penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa UMNO selama ini. Apakah
UMNO sahaja yang berjasa? semacam UMNO sahaja yang berjasa.”
“Pas di Kelantan pun banyak jasa,”
itu kata Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan
yang paling banyak menabur jasa air liur untuk rakyat Kelantan.
Nik Aziz yang baru sahaja sedikit
sihat selepas terkena serangan jantung nampaknya tidak dapat menahan diri dari
membuka mulut apabila Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak bercakap
perihal jasa dan khidmat bakti UMNO dan BN kepada rakyat.
Marah benar Nik Aziz bila jasa dan
bakti UMNO menjadi sebutan ramai, tambah membara kemarahannya bila sekelumit
zarah pun orang ramai tak berminat memperkatakan jasa Pas untuk agama, bangsa
dan negara.
Nak buat macam mana? Dulu hingga
sekarang rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu Islam sudah lama
tercari-cari apa bagusnya Pas berbanding UMNO, namun tak ketemui kecuali yang
banyak kelihatan ialah ceramah politik sambil meminta derma dari rakyat, itu
sahaja.
Hakikatnya bila dihitung jasa UMNO
& BN jika dibanding dengan jasa Pas, memang jauh langit dengan bumi.
Bermula dari hal-hal memperjuangkan kemerdekaan sehinggalah memartabatkan
Islam, semuanya datang dari usaha UMNO.
Hatta dalam bab mengangkat imej dan
maruah sukan bolasepak Kelantan pun terhasil dari daya usaha UMNO dan
pemimpinnya, nak harapkan Nik Aziz dan Pas jenuhlah siang malam dihidangkan
dengan ceramah politik saja, mana mahunya ada kemajuan.
Namun tak dinafikan, Pas di Kelantan
pun ada juga jasanya misalnya dalam hal-hal menyemarakkan perpecahan orang
Melayu Islam sama ada di kampung-kampung mahupun di bandar-bandar.
Jasa sebegini memang sudah terbukti
tak dapat ditandingi UMNO, bukan sahaja kerana UMNO tidak berminat
mempraktikkannya malah juga kerana hal-hal perpecahan ini sudah mutlak milik
Pas.
Lahirnya Pas itu sendiri hasil dari
memecah belahkan perpaduan ummah dengan keluar dari jamaah tatkala UMNO dan
orang Melayu Islam sedang di saat genting memperjuangkan kemerdekaan.
Lahirnya Pas itu sendiri hasil dari
memecah belahkan perpaduan ummah dengan keluar dari jamaah tatkala UMNO dan
orang Melayu Islam sedang di saat genting memperjuangkan kemerdekaan.
Dek kerana sikap pemimpin Pas yang
kemaruk mengejar kuasa dan tidak dapat menerima kekalahan di tangan Tunku Abdul
Rahman sewaktu pemilihan Yang Dipertua UMNO (Presiden), akhirnya pemimpin Pas
mengambil keputusan keluar dari parti dan menubuhkan Pas pada 1951.
Alasan yang berselindung disebalik
perjuangan Islam digunapakai untuk melemahkan kekuatan UMNO, maka gembiralah
penjajah British dengan kewujudan Pas kerana percaya dengan adanya Pas bakal
melambatkan proses kemerdekaan yang dituntut oleh orang Melayu Islam.
Pemimpin Pas ketika itu tanpa
mengambil kira masa depan orang Melayu Islam telah menyebarkan fahaman “apa
guna negara merdeka jika sebatang jarum pun orang Melayu tidak reti buat,”
dalam usaha mereka untuk memperlekehkan perjuangan kemerdekaan yang dituntut
oleh UMNO.
Alhamdulillah, niat jahat British
yang mengambil kesempatan dari kewujudan Pas tidak menjadi kenyataan, jika
tidak sekarang ini kita mungkin masih lagi menjadi sebahagian dari jajahan
British ataupun sudah termasuk dalam jajahan Melayu Raya Indonesia yang
berpegang pada fahaman sekular pancasila.
Selepas negara kita merdeka Pas
sepertinya tidak berpuas hati lagi, berikutan itu disebarkan pula fatwa karut
politik konon sesiapa saja yang menyokong Perikatan (UMNO, MCA & MIC) hukumnya
kafir, impaknya menyebabkan banyak ikatan persaudaraan antara orang Islam
tergugat.
Hari ini Pas yang merupakan
sebahagian dari pakatan pembangkang sibuk pula mahu menjatuhkan Kerajaan Pusat
yang diterajui UMNO konon atas nama membanteras kezaliman. Walhal selama Pas
bersama Pakatan Rakyat, segala kesucian Islam dan hak orang Melayu hampir ranap
dikerjakan dek kerana terikut kehendak DAP.
Kalimah suci Allah s.w.t
diperdagangkan untuk undi orang Kristian, akidah Islam digadai konon atas nama
kebebasan agama manakala beribu ekar tanah di Kelantan pula kini diserah milik
untuk kepentingan kroni terutama Cina DAP dan Cina Singapura.
Dan kini Pas melalui adik Nik Aziz
yang bernama Nik Razi pula mempropagandakan doa politik meminta Allah s.w.t
menghancurkan saudara seagama dalam UMNO dihancurkan sama seperti Namrud dan
Firaun.
Sahihlah nawaitu kewujudan Pas atas
muka bumi ini lebih membawa kepada perpecahan sesama saudara seagama bernading
menyeru kepada secara hikmah ke arah kesedaran dan perpaduan sesama Islam.
Langsung tak membawa manfaat untuk
kepentingan Islam mahupun umatnya.
Justeru itu, diharapkan Nik Aziz
usahlah terlalu marah atau berang tak ketepian bila jasa bakti Pas untuk
kebaikan orang Melayu Islam amat jarang diperkatakan ramai.
Sekurang-kurangnya jasa dan
trademark Pas sebagai pemecah belah ummah ramai juga orang ingat, tak begitu?
ManToba
Akashah
Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI
BalasPadamSaya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI