Selasa, 21 Disember 2010

NIK AZIZ PERLU BERTAUBAT - HARI DAH SENJA



Benarkah Nik Aziz mampu berkomunikasi dengan Allah swt?

Tuesday, December 21st, 2010 | Posted by Che_Wan


Sudah heboh didalam blog-blog serta laman sosial Facebook tentang pendedahan video saksi utama bagi isu khalwat seorang Adun PAS. Video yang mendedahkan tentang penangkapan Adun ini juga memuatkan dakwaan bahawa Nik Aziz sendiri telah “melindungi” Adun yang dikatakan khalwat tersebut.

Lihat video DISINI ===> watch?v=i_m8UEodweY

Seperti yang dijelaskan oleh saksi khalwat Adun itu didalam video tersebut, Nik Aziz telah memberitahu mereka untuk melepaskan tertuduh kerana “Allah telah maafkan dosa beliau”. Persoalannya, apakah Nik Aziz mampu berkomunikasi dengan Allah swt seperti nabi dan rasul pada zaman dahulu?

Benar atau tidak dakwaan yang dibuat oleh saksi isu khalwat ini bukan menjadi suatu isu besar. Beliau sendiri telah bersumpah atas nama Allah bahawa dia bercakap benar dan beliau juga sanggup disaman atau didakwa jika kenyataannya palsu.

Tetapi apa yang mengejutkan kita semua ialah pendedahan tentang tindakan Nik Aziz apabila dia bertindak melindungi maksiat yang dilakukan oleh pengikut PAS tersebut. Ini mengingatkan kita semua tentang bagaimana Mat Sabu juga pernah menghadapi tuduhan yang sama, tetapi “disucikan” oleh para pemimpin PAS.

Didalam kes Mat Sabu yang ditangkap berkhalwat oleh pencegah maksiat disebuah bilik hotel bersama dengan isteri rakan baiknya, satu jelajah mega diadakan diseluruh negara bagi menghalalkan isu tersebut. Malah, akhirnya UMNO yang dituduh oleh pemimpin-pemimpin PAS kerana didakwa memerangkap Mat sabu bagi menjatuhkan imej PAS.

Berbanding dengan kes Mat Sabu, kes Adun PAS yang terbaru ini telah dipendamkan dan disembunyikan dari pengetahuan orang ramai oleh pemimpin-pemimpin PAS. Mungkin mereka sedar ia akan menjatuhkan airmuka ulamak-ulamak didalam PAS kerana kes ini melibatkan seorang Adun dan juga wakil rakyat dari parti tersebut.

Namun ibarat kata pepatah, bangkai gajah takkan boleh ditudung dengan nyiru.., baunya akan sampai juga ke pengetahuan masyarakat sekitar. Begitulah kisah khalwat Adun ini. Allah telah mendedahkan perilaku songsang didalam PAS kepada umum. Allah juga telah mengizinkan kegiatan maksiat PAS ini sampai ke pengetahuan rakyat negara ini biarpun cuba ditutup oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Dan yang paling memalukan, hijab penyelewengan Nik Aziz yang selama ini berlakon seperti seorang ulama yang warak serta berselindung disebalik jubah dan serban, semakin dibongkar satu demi persatu ketika dipenghujung usianya. Mungkin ini sebagai petanda Allah mahukan dia bertaubat sebelum Nik Aziz kembali ke alam baqa.

Dengan pendedahan demi pendedahan tentang wajah sebenar ahli politik yang bernama Nik Aziz ini, adakah pengikut-pengikutnya mahu untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan? Apakah sifat taksub dan wala’ membuta tuli mereka terhadap Nik Aziz yang dianggap sebagai wali agung PAS ini masih tebal hingga membutakan hati mereka terhadap kebenaran?

Seharusnya pengikut-pengikut PAS bersyukur terhadap apa yang ditunjukkan oleh Allah kepada mereka. Nyata kini bahawa politik itu bukanlah agama sehingga ia boleh dicampuradukkan. Politik itu hanyalah satu ideologi yang menjadi pilihan kita. Tak semestinya PAS itu lebih Islam dari UMNO dan begitu juga sebaliknya.

Tindakan pemimpin-pemimpin PAS yang memperkudakan agama Islam didalam jual beli politik mereka langsung tak boleh diterima akal. Pemimpin PAS seperti Nik Aziz juga telah merendahkan kesucian agama itu sendiri dengan menjadikannya benteng kepada salahlaku PAS.

Apakah ini boleh dibiarkan? Pemimpin seperti ini wajib ditolak dan tak patut dijadikan sebagai ketua. Ia hanya akan membawa keburukan dan juga bala dari Allah kepada seluruh masyarakat di negara ini sahaja.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan