Selasa, 5 April 2011

PAS YANG MENOLAK AL-QURAN???




Layakkah Pok Nik digelar “Al-Quran Buruk”?

Sunday, April 3rd, 2011 | Posted by dukeofmontecristo


Mantan Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, menyifatkan Mursyidul Am PAS sebagai ‘Al-Quran buruk’ yang sudah tidak boleh dibaca lagi tetapi tetap disimpan sebagai bahan yang tidak boleh dibuang.

Penulis tertarik untuk mengulas kritikan Zainuddin ini yang pada penulis kurang tepat dan kurang sesuai untuk seorang Mursyidul Am PAS yang sering memanipulasikan ayat-ayat suci Al-Quran bagi tujuan kepentingan politik.

Sebagaimana kita tahu, pengaruh Nik Aziz Nik Mat begitu kuat dikalangan penyokong-penyokong PAS. Setiap kalimah yang lahir dari mulut ‘Tok Guru’ PAS ini dianggap sebagai fatwa muktabar bagi mereka yang taksub kepadanya.

Sehinggakan penyokongnya yang bertatu di badan pun cukup marah sekiranya “Tok Guru” mereka ini dikritik, apatah lagi dibantah pandangannya. Begitu sekali Nik Aziz diagungkan pengikut-pengikut PAS!

Namun, sedar tidak sedar, Nik Aziz tidak lebih dari merupakan individu yang memecah belahkan umat Islam di Malaysia, memanipulasikan firman Allah S.W.T mengikut ‘selera politik’nya dan sering memberikan pandangan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.

Ketika mana Presiden PAS, Datuk Seri Hj. Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Ustaz Nasharuddin mencadangkan agar PAS mengadakan rundingan dengan UMNO mengenai isu Kerajaan Perpaduan yang bakal menentukan ijmak perpaduan umat Islam di negara ini, Nik Azizlah manusia paling kuat menentang.

Nik Aziz dengan angkuh ‘menentang’ Presidennya sendiri meskipun Hadi dilihat bakal menyatukan kembali umat Islam di negara ini yang terpisah hanya kerana berbeza pendapat tentang politik. Malah, Nik Aziz begitu bongkak ‘menghalau’ Nasharuddin untuk meninggalkan PAS dan menyertai UMNO.

Tindakan Nik Aziz itu amat bertentangan sekali dengan firman Allah S.W.T di dalam Surah Ali-Imran, ayat 103, yang membawa maksud, “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara.”

Selain itu, Nik Aziz juga sering melahirkan fatwa-fatwa yang songsang kepada umat Islam yang begitu taksub kepadanya sehingga mencetus kekeliruan di kalangan mereka. Misalnya, beliau ‘menghalalkan’ tindakan memaki hamun, mencarut dan menghina sesama muslim sebagaimana yang tertulis di dalam buku “Shit”, karangan Profesor Shahnon Ahmad, yang jelas bertentangan dengan ajaran Rasulullah S.A.W.

Sebaliknya, Nik Aziz cuba ‘menegakkan jarum yang basah’ dengan mengaitkan tindakannya itu adalah sama dengan celaan Allah S.W.T terhadap Abu Lahab dan isterinya di dalam Surah Al-Lahab. Sedangkan, Nik Aziz hanyalah hambaNya dan Allah itu Tuhan sekelian alam yang layak untuk mencela sesiapa saja dari kalangan hambanya. Apakah Nik Aziz ingin menjadi Tuhan dengan meletakkan dirinya setaraf dengan kedudukan Allah?

Hakikatnya, penulis menyangkal kritikan Zam Maidin bahawa Nik Aziz adalah seperti senaskhah ‘Al-Quran buruk’. Sebenarnya, dia tidak layak pun dikaitkan dengan kitab suci umat Islam tersebut kerana sering memperdagangkan firman Allah itu demi kepentingan politiknya.

Nik Aziz bukan “Al-Quran buruk”, dan dia hanyalah seorang ahli politik yang kononnya berjuang demi Islam, namun sering tersilap langkah dan tersasar dari landasan Islam yang sebenar. Beliau hanyalah politikus yang berselindung di sebalik jubah dan serban seolah-olah lebih memahami Islam dari orang lain.

Hakikatnya, Timbalan Mursyidul Am PAS dilihat lebih tinggi kefahaman dan ilmunya tentang Islam berbanding Nik Aziz. Namun, sayang seribu kali sayang, mungkin pucuk pimpinan dan ahli-ahli PAS gagal melihat hakikat itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan