Nik Aziz Dingat Supaya Berpolitik Secara Waras – Nizar
Oleh : Mohd Nasri Zakariah
KUALA LUMPUR 28 Mac – Musyidul Am Pas, Datuk Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin-pemimpin Pas dingatkan supaya tidak menggunakan agama hanya untuk kepentingan politik peribadi dan kepartian kerana boleh membawa kesan buruk dalam hubungan sesama agama dan kaum di negara ini.
Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria berkata penggunaan isu agama dalam politik harus diberhentikan kerana perkara itu sudah lama dipergunakan oleh Pas dalam usaha mereka untuk mendapatkan sokongan.
“Saya nak mengingatkan kepada Nik Aziz dan pemimpin Pas yang lain supaya berpolitik secara waras dan tidak menggunakannya (agama) untuk kepentingan politik seperti mengeluarkan fatwa yang boleh mengelirukan orang ramai.
“Sebagai seorang ahli politik, kita perlu berpolitik dengann cara yang betul, yang dikehendaki agama, dan kita harus bersyukur dengan apa yang kita nikmati, bukannya membuat fitnah, keji mengeji antara satu sama lain dan akhirnya membuat kerugian,” katanya kepada UMNO-online.
Menurutnya, seringkali ketika musim pilihan raya, ramai pemimpin-pemimpin Pas terutamanya Nik Aziz yang sering mengeluarkan pelbagai fatwa dalam usaha meraih sokongan pengundi.
Beliau berkata, pemimpin-pemimpin Pas supaya berfikir secara rasional setiap apa yang diperkatakan sering menjadi ikutan di kalangan penyokong-penyokongnya yang taksub dan menerima apa sahaja yang diperkatakan tanpa memikirkan kebenaran atau kesahihan terutama membabitkan fatwa atau hukum yang dikeluarkan.
“Saya melihat pada hari ini, penyokong mereka yang begitu taksub sanggup mempercayai apa sahaja oleh pemimpin mereka sehingga sikap membenci bukan sahaja di peringkat dewasa.
“Malah sehingga kanak-kanak sudah disemai perkara itu dengan mengatakan pemimpin sekarang zalim dan kejam. Ini saya fikir satu penjajahan idealogi yang merbahaya sehingga menjadi taksub dan boleh merosakkan agama, bangsa dan negara,” katanya.
Nizar berkata, perkara seperti itu tidak harus dilakukan dan memanipulasikan apa jua perkara hanya dalam usaha untuk mengejar kepentingan politik tanpa memikirkan kesan yang bakal berlaku jika perkara sebegitu dibiarkan berlarutan.
Menurutnya, dalam keterbukaan politik di negara ini, ia tidak harus disalah gunakan oleh mana-mana pihak bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan yang dinikmati oleh rakyat negara ini berkekalan.
- MediaUMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan