Jumaat, 8 April 2011

PAS PATUT DIHARAM.......???




PAS Patut Diharam Buka Sekolah

|



Toleransi tinggi kerajaan BN yang tidak mahu mempolitikkan bidang pendidikkan sehinggakan parti politik seperti PAS dibenar membuka sekolah pendidikkan awal dan rendah, nampaknya perlu dihentikan.

Kisah seorang pelajar yang mati pada Sabtu setelah koma 3 hari akibat dipukul seorang ustaz di sebuah sekolah kendalian PAS, sepatutnya menjadi pembuka jalan kepada usaha menutup sekolah-sekolah kendalian PAS.

Selain menjadi tempat menanam kebencian kepada kepimpinan negara, ustaz dan ustazah yang mengajar disana juga majoriti darinya tidak mempunyai kelayakan asas untuk mengajar.  Tolak Cikgu Normala la.

Disamping nak menjana keuntungan untuk parti PAS.

Kalau yang lelaki cukup pakai ketayap dan boleh baca ayat-ayat al-Quran sikit dah boleh dipanggil ustaz manakala yang perempuan, cukup dengan tudung labuh, dah boleh dipanggil ustazah.

Yang paling penting mesti pemuja Nik Aziz, soal kelayakan lain tidak perlu.

Peliknya masih ada segelintir ibu bapa (dalam kes ini ibu bapa angkat) yang sanggup menggadai masa depan anak-anak ini dengan menghantar mereka ke sekolah yang diragui kelayakkanya untuk mengajar.

Pihak mana yang beri tauliah, pihak mana yang beri kebenaran?  Ini yang pihak kerajaan perlu pantau.  Sekarang tiada pemantauan dari pihak berkuasa menyebabkan perkara-perkara buruk berlaku sehingga meragut nyawa.

PAS dan keganasan bukanlah suatu yang baru.  Memali, Jenalik semuanya ada berkaitan dengan PAS, belum lagi disebut keganasan jalanan seperti dapat dilihat dalam demonstrasi haram yang diisertai mereka.

Dan keganasan terbaru oleh guru sekolah kelolaan PAS ini sepatutnya bukan suatu yang mengejutkan.

Kita ada banyak sekolah-sekolah agama lain yang lebih teratur dari segi operasi dan kelayakan guru-guru mengajar, contohnya sekolah kendalian ABIM.   Tak ada sekolah kendalian PAS pun tak apa.

Kita gesa kementerian atau jabatan berkaitan mengambil tindakan pro aktif dengan menutup semua sekolah kendalian PAS dari terus beroperasi di negara ini.

Kalau rasa tindakan menutup itu  keterlaluan, ketatkan pemantauan atau kebenaran beroperasi ditarik balik.

Tapi rasanya elok tutup je.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan