Sabtu, 23 April 2011

PAS : BERJAYA "DIDAKWAHKAN" OLEH DAP & PKR




Pemilihan Pucuk Pimpinan PAS 2011: Sebuah hipokrasi jijik..!!!

Saturday, April 23rd, 2011 | Posted by dukeofmontecristo (online)



Maafkan saya kerana tak dapat tahan diri untuk ketawa apabila mendengar kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali, yang mengatakan bahawa PAS mengamalkan budaya “sopan” dalam kempen pemilihan parti itu.

Katanya, calon pemimpin yang bertanding “tidak berkempen”, namun dia tak boleh nak halang penyokong-penyokong yang berkempen. Menurutnya lagi, PAS dalam pemilihan pemimpin tidak berkempen seperti mereka berkempen ketika pilihanraya.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa ahlinya supaya menjaga tatasusila, adab sopan, jangan perlekeh dan burukkan pihak lain.

Rasa loya nak termuntah pun ada bila kedua pucuk pimpinan PAS ini membuat kenyataan sebegitu “skema”, kerana kita bukan tidak mengenali “trend” PAS yang sememangnya aggresif dalam apa jua kempen yang mereka lakukan selama ini.

Cikgu Pa kata calon yang bertanding tak berkempen? Betul ke ni, Cikgu PA? Tak payah tipu lah! Mungkin Cikgu PA sendiri terlepas pandang? Atau Cikgu PA cuba menyembunyikan realiti sebenar kempen secara “gelap” yang calon-calon pemimpin PAS buat sekitar pemilihan ini?

Jika calon tidak berkempen, bagaimana pula juak-juak balaci penyokongnya nak berkempen untuknya? Apakah tiba-tiba saja juak-juak pencacai penyokong Husam nak mencalonkannya sebagai pucuk pimpinan tertinggi PAS sedangkan kita semua maklum bahawa PAS hanya mahukan kepimpinan ulama. Husam pula tergolong sebagai “erdogan”, adalah sangat mustahil dia tidak berkempen bagi pihak dirinya.

Kalau Cikgu Pa nak tahu, Husam sudah lama mula berkempen untuk kepentingan dirinya di dalam PAS. Husam mula berkempen pada Nik Aziz. Dia tunjuk baik dan kononnya setia pada Nik Aziz. Dia laga-lagakan pemimpin ulama PAS yang lebih senior dan menyebabkan mereka kecil hati sekaligus “tawar hati” untuk menonjolkan diri.

Keluhan ini bukan baru bagi saya kerana itulah yang diluahkan oleh golongan pro-ulama setiap kali saya bersembang dengan mereka. Setiap kali bertemu, cerita seperti inilah yang diputarkan berulang-ulang kali. Erdogan betul-betul mengecewakan golongan pro-ulama di dalam PAS.

Cikgu Pa tak mampu halang penyokong berkempen? Siapa yang suruh penyokong ini berkempen jika bukan “tuan” mereka? Sebagai contoh, Pak Syiekh Kickdefella pernah mengaku menerima RM4 juta untuk menjadi alat propaganda kepada Husam Musa. Dia dibayar begitu lumayan!

Justeru itu, adalah mustahil untuknya menyerang atau menulis perkara-perkara yang tidak baik tentang Husam. Pastinya segala yang tidak baik pun akan di”spin” menjadi baik sekiranya perkara tersebut membabitkan Husam. Adakah itu Cikgu Pa maksudkan sebagai “calon tidak berkempen”?

Untuk pengetahuan Cikgu Pa, budaya PAS berkempen pada pemilihan parti mahupun pilihanraya adalah sama saja. Jika tidak, takkanlah Tuan Man Tuan Ibrahim terpaksa mengingatkan ahli-ahli PAS supaya beradab sopan dan tidak perlekeh calon bertanding?

Ternyata sekali selama ini PAS tidak beradab sopan ketika berkempen. Sudah menjadi tabiat ahli-ahli PAS sejak azali untuk memperlekeh dan memburuk-burukkan calon pihak lawan. Bukan BN saja yang menjadi mangsa akhlak mazmumah penyokong parti “terlebih Islam” PAS itu.

Sedangkan blogger-blogger PAS sendiri pun tidak mampu menjaga adab penulisan beretika untuk melobi “tuan” mereka di blog masing-masing. Apatah lagi penyokong calon yang berkempen di peringkat cawangan dan kawasan secara “direct approuch”, tentulah lebih hebat dan aggresif cara kempen mereka. Takkan Cikgu Pa tak kenal perangai penyokong sendiri?

Saya masih ingat tentang seruan nasihat Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa pada jentera kempen pilihanraya kecil di DUN Kerdau dan Merlimau yang lalu. Nasihat yang sama juga diberikan kepada jentera PAS agar bersopan dan jaga adab susila ketika berkempen.

Namun, sebaliknya pula yang berlaku. Jentera kempen PAS mana tahu nak bersopan-santun dan menjaga akhlak mereka. Bukan setakat memaki hamun dan mencarut, bahkan akhlak mazmumah penganut-penganut agama PAS begitu terserlah di dalam tempoh berkempen pada PRK tersebut.

Justeru itu, saya menyarankan pada Cikgu Pa dan semua kepimpinan PAS supaya usahlah membuat kenyataan yang melucukan dan menipu rakyat, khususnya untuk siaran Harakah. Bukan apa, Harakah dibaca oleh seluruh penganut ajaran PAS, dan pastinya mereka akan “menjuihkan bibir” mencebik melihat betapa hipokrit dan “plastik”nya pucuk pimpinan PAS!


1 ulasan:

  1. realitinya umno yg samsing..cth prk kerdau baru ni

    BalasPadam