Khamis, 7 Julai 2011

BERSIH ITU GULA KEPADA PEMBANGKANG

Bersih itu racun, memporak-perandakan kita semua

Oleh Zulkefli Hamzah


Pembersihan Karektor?

ULAMA telah memberikan pandangan. Begitu juga para cendekiawan, tokoh masyarakat dan pemimpin sudah menyatakan pemikiran mereka. Dan, bukan sedikit badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang menyatakan kebimbangan masing-masing.

Rekod dicatat apabila lebih 3,000 laporan polis dibuat. Suara membantah demonstrasi haram Bersih 9 Julai ini amat nyata. Pihak berkuasa pun telah berulang kali memberi peringatan dan bertindak tegas melakukan langkah-langkah pencegahan.

Tapi rupa-rupanya tidak mudah untuk menyekat kemahuan mereka yang bebal, degil dan khayal dalam keseronokan sendiri untuk merebut kuasa. Mereka tidak ambil peduli pun suara hati nurani majoriti rakyat.

Malah racun terus ditabur, kebanyakannya kepada orang Melayu dengan pelbagai tipu muslihat. Agenda yang pada asasnya baik sudah diselimuti dengan kepentingan individu dan politik kekuasaan.

Dalam perkembangan yang jarang-jarang berlaku, raja Melayu pun ikut prihatin. Memang jelas tergambar kebimbangan rakyat jelata sudah bertukar menjadi kemarahan terhadap perlakuan biadab penganjur Bersih yang memanipulasi demokrasi dan Perlembagaan.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pun bertitah bahawa perhimpunan haram itu perlu ditentang habis-habisan oleh rakyat kerana ia mendatangkan keburukan kepada negara.

“Kita semua harus tentang habis-habisan (himpunan Bersih)” adalah mesej jelas daripada raja Melayu kerana rancangan demonstrasi jalanan itu yang sudah menampakkan wajahnya bakal mendatangkan keburukan kepada negara.

Mesej apa lagi yang mereka mahukan. Tetapi kumpulan pengacau dan penabur racun ini sentiasa mempunyai dalih. Apa jua dalih akan digunakan walaupun mereka kehabisan hujah untuk merasionalkan himpunan haram itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjadi modal perhimpunan mereka berulangkali menjawab segala tuntutan Bersih selain sentiasa sedia membuka pintu rundingan. Tetapi itulah sikap mereka, selagi matlamat tidak tercapai apa jua tindakan diguna termasuk mencabar undang-undang dan memperlekeh pihak berkuasa.

Dan apabila Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin membuat titah khas berkaitan himpunan haram itu, mereka masih boleh berdalih dengan memohon menghadap Seri Paduka pula. Antara orang yang dilaporkan paling awal mencadangkan pertemuan itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semua orang tahu adalah orang di belakang Bersih.

Kemudian ‘cadangan’ Anwar itu disambut oleh Pas, parti politik yang menjadi penyumbang terbesar kehadiran pada demonstrasi itu. Penganjur utama Bersih, S. Ambiga pula dengan nada keterlaluan berani memberikan kata dua bahawa rancangan perhimpunan itu akan bergantung selepas pertemuan dengan Seri Paduka.

Begitulah walaupun Seri Paduka belum memberikan sebarang perkenan, mereka sudah memberikan jawapan.

Walaupun seruan Sultan Pahang dan titah Tuanku Mizan sudah terang lagi bersuluh tetapi ada saja celah yang mahu dimanfaatkan oleh kumpulan ini. Begitu pula ada saja celah yang mereka gunakan apabila kalah pada pilihan raya.

Mereka seperti sengaja mengetepikan titah Seri Paduka yang menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangani masalah itu dengan sebaik mungkin. Mengapa kumpulan ini tidak mahu menemui SPR yang sentiasa membuka pintu untuk mereka?

Mereka seperti sengaja meremehkan titah Seri Paduka bahawa ‘Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.’

Nampaknya bukan sekadar SPR dan kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat sahaja yang mahu dicabar dan ditentang oleh kumpulan pengacau ini. Ulama, cendekiawan dan yang paling utama majoriti rakyat kini dijadikan musuh oleh Bersih.

Sejak kempen haram Bersih digerakkan oleh parti pembangkang dan NGO pro pembangkang, yang ternampak ialah ia hanya menebalkan lagi permusuhan sesama rakyat Malaysia terutama sesama Melayu. Perpecahan akibat sentimen politik yang tak kunjung padam walaupun pilihan raya umum sudah lebih tiga tahun berlalu, terus ditiup dengan penuh strategik oleh kumpulan ini.

Racun kebencian kepada kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan sengaja disebar dan dibesar-besarkan untuk membentuk momentum meraih simpati rakyat sebelum pilihan raya umum yang dikatakan berlangsung tidak lama lagi.

Mujurlah SPR dan polis khususnya telah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya. Kini, setelah hanya beberapa hari perhimpunan haram itu akan berlangsung, rakyat termasuk ahli dan simpatisan Pas semakin sedar. Pada mereka, mengapalah mahu mencipta masalah yang akan membuat negara berada terkebelakang.

Wibawa Ambiga mahupun Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mulai runtuh. Bersih semakin dijauhi kerana ramai yang mulai mengesan Bersih hanya racun yang memporak-perandakan rakyat dan negara ini.


Isnin, 4 Julai 2011

PAS YANG BUTA SEJARAH & GILA KUASA???






Bala Dicari, Maut Ditempah!!!


Wednesday, June 29th, 2011 | Posted by Hero Tua





Mati buntang - hitler


Apabila memperkatakan tentang BERSIH 2.0, seharusnya kita juga perlu kembali kepada sejarah demonstrasi dan perarakan jalanan yang telah memakan korban yang bukan sedikit.


Usaha para pemimpin dan pencacai Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa yang menyebabkan kekacauan nanti adalah pihak berkuasa, sebenarnya adalah usaha terdesak.
 
Sebabnya sangat mudah. Sepanjang sejarah demonstrasi mahupun kekacauan, pihak berkuasa sekadar menjalankan tugas mereka bagi memastikan negara berada dalam keadaan aman dan rakyat negara ini dapat menjalankan urusan seharian mereka dengan penuh keselesaan.


Tidak ada satu demonstrasi dan perarakan jalanan pun yang mampu mewujudkan kestabilan dan kesejahteraan seperti yang didakwa oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.


1969, selepas Pilihanraya Umum, GERAKAN dan DAP telah bersatu padu terutama dengan Parti Rakyat dan Parti Buruh selain Kesatuan-Kesatuan Sekerja yang dikuasai oleh elemen Komunis untuk mewujudkan ketidakstabilan.


Kemenangan besar GERAKAN dan DAP di kerusi-kerusi bandaran terutama di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah menyebabkan mereka besar kepala. Gerakan menyapu Melayu dari kawasan Bandaran telah menjadi meluap-luap. Ditambah pula dengan sokongan yang diterima daripada PKM, akhirnya mencetuskan kekacauan dan tragedi ngeri.


Bermula dari Jalan Raja Muda, perarakan samseng-samseng Cina melakukan provokasi terhadap orang Melayu terutama di sepanjang jalan di Kampung Bharu. Orang Melayu mengambil tindakbalas setelah hampir tiga hari iaitu dari 9 Mei 1969 diprovokasi serta diperhinakan.


Masjid Jamek Kampung Bharu selain Rumah Datuk Harun menjadi kubu kuat orang Melayu. Kedua-dua tempat itulah orang Melayu mula berkumpul dan melakukan gerakbalas. Sesuatu yang tidak dapat dielakkan ialah provokasi samseng-samseng DAP dan GERAKAN menyebabkan orang Melayu bersatu.


Melayu-Melayu yang menyokong kaum Komunis yang pada mulanya begitu menyokong akhirnya melarikan diri dan bersembunyi. Semangat untuk melihat perubahan pemerintahan di Malaysia kepada kaum Sosialis yang diketuai oleh DAP, lebur apabila orang Melayu yang sebelum itu hanya bertindak pasif dan kurang mengambil berat, mulai keluar untuk membalas dendam.


Dalam tempoh tiga hari, orang Melayu bersatu. Kedatangan Melayu-Melayu Banjar dari Batu Pahat dan Sungai Manik menambahkan bara dan semangat perjuangan. GERAKAN yang pada mulanya begitu agresif selepas kemenangan besar mereka di Pulau Pinang, mulai mengendur dan akhirnya memilih untuk menjadi sebahagian daripada Perikatan yang akhirnya bertukar nama menjadi Barisan Nasional. PAS yang juga merupakan parti Melayu pembangkang, turut menyertai Barisan Nasional, sekaligus meminggirkan DAP yang kekal sebagai chauvinist yang sangat memusuhi Melayu dan Islam.


Antara lokasi tragedi pembunuhan Melayu teramai selain Jalan Raja Muda Abdul Aziz ialah di tapak SOGO yang suatu masa dahulu adalah tapak Rumah Pangsa Sultan Sulaiman dan Panggung Odeon. Di tapak SOGO itulah, orang Melayu yang lalu lalang di situ, ditangkap, direbus hidup-hidup, dibakar, malahan ada yang dicucuk dengan pedang dan diseksa sampai mati. Manakala di panggung Odeon pula menyaksikan ramai Melayu yang terperangkap ketika sedang menonton wayang gambar, dibunuh dengan kejam.


Antara kejadian, termasuklah seorang wanita yang sarat mengandung dibelah perutnya. Janin yang dikandung kemudiannya dikeluarkan dan dicucuk dengan mata tombak!


Kini, BERSIH 2.0 menjadikan lokasi yang menyaksikan Melayu dibunuh dengan penuh kekejaman, sebagai venue utama mereka untuk berdemonstrasi dan melakukan kekacauan. Sama ada secara kebetulan atau sememangnya dirancang, tidak ada sebarang demonstrasi yang BERANI diadakan di Bukit Bintang, Brickfield, Bangsar mahupun di Petaling Street (Pekan China).


1998, ketika Reformasi dan demonstrasi jalanan besar-besaran di tengah Kuala Lumpur, para demonstrator yang rata-ratanya adalah orang Melayu sekadar berani melalui Jalan Yap Ah Loy tetapi tidak berani masuk ke Petaling Street. Malah serbuan kononnya untuk ke Bukit Bintang sekadar terhenti di sekitar hadapan Menara Maybank. Tidak ada sesiapa pun yang berani bergerak ke Bukit Bintang mahupun Pudu!


Dari semasa ke semasa, itulah lokasi yang paling digemari oleh para pengacau dan dajal-dajal untuk membuat onar. Masjid Jamek Kampung Bharu, SOGO dan Jalan Tunku Abdul Rahman serta Dataran Merdeka, merupakan lokasi yang paling sinonim dengan simbol pembunuhan orang Melayu di Kuala Lumpur. Masjid Jamek sebagai kubu, SOGO sebagai tempat Melayu dibakar dan direbus, Jalan Tunku Abdul Rahman sebagai simbol pusat perniagaan Melayu semenjak zaman kedatangan Raja Abdullah membuka Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka sebagai tempat Melayu berjaya mengisytiharkan kemerdekaan negara.


Yang paling pasti ialah, BERSIH 2.0 sememangnya mengundang petaka yang sangat besar. Melayu yang menyokong BERSIH 2.0 bagaikan menempah maut. Melayu-Melayu yang sudah lama memerhati dan kurang mempedulikan dengan kerenah Melayu-Melayu PAS dan PKR, sudah mula bersiap-siap untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan pada 9 Julai nanti.


Nampaknya, teori ‘PEMBERSIHAN’ akan berlaku sekiranya pihak berkuasa tidak bertindak pantas membuat kekangan!



This post was submitted by Hero Tua.



Ahad, 3 Julai 2011

PAS : KERANA TOLAK ISLAM DAH TAKUT KHUTBAH???

BERSIH yang Haram lagi diharamkan

Petikan Khutbah JAKIM yang dibaca pada 01 Julai 2011

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

"MEMELIHARA NIKMAT KEAMANAN "
( 1 JULAI  2011 / 29 REJAB 1432H )


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membincangkan tajuk khutbah mengenai " Memelihara Nikmat Keamanan " .

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Dalam sejarah ketamadunan manusia telah menunjukkan betapa nikmat keamanan memberi sumbangan besar kepada kemakmuran dan kesejahteraan dunia. Keamanan bererti kita bebas dari segala bentuk ancaman yang menggugat keharmonian hidup. kita amat bersyukur bahawa negara kita berada dalam suasana aman dan damai  walaupun pada ketika ini sedang menghadapai beberapa isu yang boleh mengancam keselamatan negara. Dengan keamanan kita dapat melakukan urusan kehidupan dunia  tanpa merasa takut, gerun dan dengannya juga boleh membawa banyak kebaikan serta rezeki kepada manusia dan negara. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 112 :

Maksudnya: Dan Allah memberikan satu misalan; Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.


Memelihara keamanan adalah suatu yang dituntut dalam kehidupan tanpa mengira anutan agama, bangsa atau keturunan. Sejarah telah membuktikan Nabi Ibrahim AS  semasa meneroka pembukaan Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci telah mendoakan agar Mekah dikurniakan Allah SWT dengan keamanan dan kemakmuran. Kita juga telah menyaksikan betapa rugi dan malangnya negara-negara yang dilanda kekacauan, persengketaan dan perpecahan. Negara-negara berkenaan bukan sahaja ketinggalan dan mundur dalam aspek kemajuan dan pembangunan malah keselamatan hidup seharian pun sentiasa terancam. Justeru itu, Agama Islam menolak  gerakan-gerakan yang boleh menghuru-hara  keamanan sesebuah negara termasuklah gerakan pelampau. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada bersikap pelampau, maka sesungguhnya umat sebelum kamu telah dibinasakan kerana bersikap melampau dalam agama.” (Riwayat Ahmad)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mutakhir ini kita dibimbangi oleh  gerakan golongan pelampau yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Pilihan Bersih dan Adil. Golongan ini pada asasnya memperjuangkan kepentingan individu  atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam. Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu-hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan. Apa yang paling malang lagi, golongan ini berlindung atas nama perjuangan hak asasi manusia, perjuangan politik, menggunakan media cetak dan elektronik, kemudahan internet dan meniru tindakan keganasan yang berlaku di negara asing bagi menekan dan mengugut pemerintah serta rakyat di negara ini dalam memenuhi tuntutan mereka. Mimbar ingin menegaskan bahawa tindakan golongan  pengkhainat seperti ini merupakan satu tindakan yang zalim dan haram bagi umat Islam mengikutinya kerana cara ini sebenarnya satu tindakan yang boleh mencampakkan manusia itu di dalam kebinasaan serta mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 195:

Maksudnya: dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya

Mimbar ingin menegaskan bahawa sebarang bentuk perhimpunan besar yang berasaskan protes tertentu kebiasaannya akan mencetuskan pelbagai insiden yang buruk. Tidak kurang juga akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang bertentangan dan akan mencetuskan lebih banyak perbalahan serta konflik yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertumpahan darah. Justeru, sebagai umat Islam yang cintakan agama, bangsa dan negara, maka kita dituntut agar tidak terlibat dalam segala bentuk perhimpunan yang boleh merosakkan agama dan keamanan negara. Soal ancaman ini perlu di ambil perhatian oleh semua pihak kerana ia membabitkan masalah keselamatan negara. Sekiranya perkara ini tidak dipatuhi, maka akan hancurlah keutuhan bangsa yang boleh memusnahkan kedaulatan negara. Seorang ulama besar dalam mazhab al-Shafie, Abi Ishak al-Juwayni berkata: Haram melakukan segala perhimpunan yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada manusia dan negara.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Anugerah keamanan dan keharmonian negara mestilah dipelihara dan dipertahankan dengan bersungguh-sungguh oleh seluruh warganegara. Islam menuntut bahawa cintakan keamanan negara sebagai tanda orang yang beriman dan bersyukur. Segala bentuk perjuangan mempertahankan keamanan dan keselamatan adalah sebahagian daripada ibadah dan tanda  jihad kita di jalan Allah SWT.  Firman Allah SWT dalam Surah al-Anaam ayat 82:

Maksudnya :Orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman, bagi mereka itulah keamanan dan merekalah yang mendapat petunjuk.

Negara Malaysia adalah tanah air kita yang perlu dipertahankan. Di sinilah tempat kita membiakkan keturunan, membesarkan generasi Islam, menyuburkan syiar Islam dan menjaga kemaslahatan ummah yang kita warisi dari zaman berzaman.  Oleh itu, sebagai seorang yang beriman marilah kita berusaha mewujudkan dan mengekalkan keamanan yang telah dikecapi selama ini. Jangan sekali-kali terjebak dengan demonstrasi yang dikenali sebagai “Perhimpunan Bersih ini”. Jangan kita terikut-ikut dengan rayuan mereka dan jangan termakan budi dengan golongan yang tidak menyedari asal usul, tidak memahami adat budaya, latar belakang penduduk dan agama di negara ini.  Mimbar ingin menegaskan bahawa sebarang tindakan yang boleh memporak- perandakan umat Islam dan negara akan diancam dengan hukuman yang berat oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Mana-mana kumpulan berarak menuju ke arah pemerintah untuk menghinanya, maka Allah akan menghinanya sebelum hari kiamat ( Riwayat al-Bazzar)

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru jemaah dan seluruh umat Islam sekalian agar sama-sama kita menjaga keamanan yang dinikmat pada masa ini. Janganlah kita melibatkan diri dengan perkara-perkara yang boleh mengugat keselamatan  negara kita.  Ambillah iktibar apa yang telah berlaku di luar sana bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara terus berkekalan. Marilah sama-sama kita berdoa  kehadrat Allah SWT agar hidup kita ini dilindungi dari segala malapetaka yang boleh membawa kehancuran kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Ingatlah bahawa memelihara nikmat keamanan merupakan sebahagian daripada ajaran Islam iaitu agama yang membawa kepada keamanan sejagat . Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Naml  ayat 89:

Maksudnya: Sesiapa yang datang dengan kebajikan maka ia akan beroleh yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh keamanan pada hari kiamat










Rabu, 29 Jun 2011

PAS : PANJINGAN AMERIKA SYARIKAT???









57 tahun PAS kencing rakyat…

Sunday, June 26th, 2011 | Posted by Spy_Leman




Bila Spy ingat-ingat balik, dah hampir 57 tahun PAS perjuangkan sebuah negara Islam dan nak tegakkan undang-undang Islam 100% di negara ni. Dari zaman Hadi Awang dan Nik Aziz muda, sampailah dorang dah beranak cucu sekarang ni barulah perjuangan negara Islam dorang “terbatal”.

Dulu bukan main sakan puak-puak khawarrij tu kata UMNO tak Islam pasal tak memperjuangkan negara Islam. Siap ada keluar amanat kafirkan orang-orang UMNO dan juga kata perjuangan menentang UMNO adalah SYAHID. Maklumlah.., UMNO dari dulu lagi tumpukan kemajuan ummah dan juga kebajikan rakyat.

Walaupun UMNO tak sembang besar pasal nak perjuangkan Islam dan wujudkan undang-undang Islam dalam Malaysia, Spy rasa UMNO dah buat lebih dari apa yang puak-puak sewel PAS dok berkokok selama 57 tahun ni..

UMNO buat polisi negara berkebajikan demi kepentingan rakyat, dan UMNO juga pastikan undang-undang Islam diserapkan dalam sistem perundangan negara.. Jangan bohong kalau kata UMNO tak buat semua ni baii.. Munafik lah sapa yang kata UMNO langsung tak menyumbangkan kebajikan rakyat dan juga menegakkan Islam.

Tapi PAS…, kesian beb bila nak bercerita pasal puak-puak PAS hari ni.. Korang cubalah bayangkan.., selama 57 tahun pengikut dan penyokong PAS kena kencing baii.. Ada yang “mati syahid” buta saja pasal ingatkan PAS betul-betul istiqamah nak perjuangkan negara Islam..

Selama 57 tahun penyokong-penyokong PAS sanggup buat apa saja demi perjuangan parti. Dorang sanggup junjung slogan-slogan “Membangun Bersama Islam”.., “Pemerintahan Ulama”.., “Hentikan Perjuangan Sekular” dan “Tegakkan Hukum Islam”.. Tup-tup.. Hadi kata negara Islam tak ada dalam agama.. Meroyan baiii..

Spy ingat lagi masa Harun Din lancarkan buku Negara Islam yang kemudiannya jadi rujukan oleh semua “pejuang-pejuang” PAS masa tu.. Bukan main eksyen lagi kawan-kawan Spy pasal PAS ada buku perundangan dorang sendiri katanya.. UMNO jugak yang sekular pasal tak pernah ada buku pasal negara Islam..

Tapi hari ni.., mana pi buku Negara Islam karya Harun Din? Takkan puak-puak PAS dah bakul sampahkan atau flush dalam jamban? Mungkin jugak dorang kumpul banyak-banyak lepas tu bakar macam mana dorang buat demo bakar paper Utusan. Ya lah.., mana nak pakai dah buku negara Islam bila dah buat NEGARA BERKEBAJIKAN..

Itu kalau kita cerita pasal negara Islam.., macam mana pulak dengan “Kepimpinan Ulamak” PAS? Mat Sabu bukannya Ulamak.. Husam pun bukan ulamak walaupun dia ada janggut sejemput.. Salahuddin Ayub lagi lah jauh kalau nak panggil ulamak.. Setakat Ustad Puduraya tu boleh lah kot? Dan Mahfuz…, lagilah tak boleh pakai.. Kalau ikut akal sewel dia.., bukan kata ulamak.., ular dalam semak pun dia tak layak…

Jadi mana slogan “Kepimpinan Ulamak” dalam PAS? Yang ada dalam PAS dari dulu sampailah sekarang tu bukannya ulamak.., tapi p*#@mak.. Semuanya kerja menyelewengkan akidah rakyat untuk cari undi pilihanraya.. Semuanya cari makan dengan jual agama.. Macam tu pun ada hati nak jadi ulamak? Puiiiii…

Dulu selalu jugak Spy dengar dari puak-puak PAS pasal Hudud.., pemerintahan ikut Islam dan UMNO kuat makan rasuah.. Tapi sekarang ni dorang dah tak berani nak cakap semua tu baii… Hudud apa kebendanya kalau Presiden PAS pun sanggup kencing pasal hukum Islam tu.. Pemerintahan ikut Islam apa kejadahnya kalau la ni PAS dah ikut bontot DAP.. Dan UMNO rasuah apa kalau PAS pun buat perkara yang sama dalam tiap-tiap Muktamar..

Munafik baiii puak-puak PAS yang ada hari ni… Dasar dorang dah berubah 360 darjah.. Perjuangan dorang dah tunggang langgang.. Pemimpin dorang sekarang ni dah tak tau apa yang sebenarnya dorang nak.. Mampus lah beb kalau bawak Bas Persiaran tapi tak tau arah tuju.. Ke parit lah kalau nak jadi drebar tapi tak pandai nak elak lubang..

Jadi sekarang ni PAS memang dah betul-betul karam.. Tuhan dah bagi bala pada PAS pasal dorang selalu permainkan agama.. Korang tengok sekarang ni macam mana PAS ikut telunjuk kafir.. Punyalah teruk bala yang Tuhan turunkan pada PAS sampaikan PAS dah tak tau nak bezakan Aktivis Murtad dan juga Kaki Liwat..

Semua tu bala lah baii… Jangan salahkan UMNO pulak bila bala kena pada puak-puak PAS… Orang-orang UMNO ni memang bagus sebab tak pernah doakan keburukan kepada saudara semuslim dorang.. Percaya tak apa yang Spy kata ni?

Korang tengok.., orang UMNO mana pernah buat sembahyang hajat suruh Tuhan turunkan bala terhadap PAS? Pemimpin UMNO mana pernah mintak pemimpin PAS pecah perut? Itulah tandanya orang UMNO ni semua baik-baik belaka..

Sebab tu lah Tuhan still sayangkan pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokong UMNO.. Kalau Tuhan tak sayang.., takkan Tuhan amanahkan negara ni pada pemimpin Islam UMNO? Betul tak?