Isnin, 4 Julai 2011

PAS YANG BUTA SEJARAH & GILA KUASA???






Bala Dicari, Maut Ditempah!!!


Wednesday, June 29th, 2011 | Posted by Hero Tua





Mati buntang - hitler


Apabila memperkatakan tentang BERSIH 2.0, seharusnya kita juga perlu kembali kepada sejarah demonstrasi dan perarakan jalanan yang telah memakan korban yang bukan sedikit.


Usaha para pemimpin dan pencacai Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa yang menyebabkan kekacauan nanti adalah pihak berkuasa, sebenarnya adalah usaha terdesak.
 
Sebabnya sangat mudah. Sepanjang sejarah demonstrasi mahupun kekacauan, pihak berkuasa sekadar menjalankan tugas mereka bagi memastikan negara berada dalam keadaan aman dan rakyat negara ini dapat menjalankan urusan seharian mereka dengan penuh keselesaan.


Tidak ada satu demonstrasi dan perarakan jalanan pun yang mampu mewujudkan kestabilan dan kesejahteraan seperti yang didakwa oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.


1969, selepas Pilihanraya Umum, GERAKAN dan DAP telah bersatu padu terutama dengan Parti Rakyat dan Parti Buruh selain Kesatuan-Kesatuan Sekerja yang dikuasai oleh elemen Komunis untuk mewujudkan ketidakstabilan.


Kemenangan besar GERAKAN dan DAP di kerusi-kerusi bandaran terutama di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah menyebabkan mereka besar kepala. Gerakan menyapu Melayu dari kawasan Bandaran telah menjadi meluap-luap. Ditambah pula dengan sokongan yang diterima daripada PKM, akhirnya mencetuskan kekacauan dan tragedi ngeri.


Bermula dari Jalan Raja Muda, perarakan samseng-samseng Cina melakukan provokasi terhadap orang Melayu terutama di sepanjang jalan di Kampung Bharu. Orang Melayu mengambil tindakbalas setelah hampir tiga hari iaitu dari 9 Mei 1969 diprovokasi serta diperhinakan.


Masjid Jamek Kampung Bharu selain Rumah Datuk Harun menjadi kubu kuat orang Melayu. Kedua-dua tempat itulah orang Melayu mula berkumpul dan melakukan gerakbalas. Sesuatu yang tidak dapat dielakkan ialah provokasi samseng-samseng DAP dan GERAKAN menyebabkan orang Melayu bersatu.


Melayu-Melayu yang menyokong kaum Komunis yang pada mulanya begitu menyokong akhirnya melarikan diri dan bersembunyi. Semangat untuk melihat perubahan pemerintahan di Malaysia kepada kaum Sosialis yang diketuai oleh DAP, lebur apabila orang Melayu yang sebelum itu hanya bertindak pasif dan kurang mengambil berat, mulai keluar untuk membalas dendam.


Dalam tempoh tiga hari, orang Melayu bersatu. Kedatangan Melayu-Melayu Banjar dari Batu Pahat dan Sungai Manik menambahkan bara dan semangat perjuangan. GERAKAN yang pada mulanya begitu agresif selepas kemenangan besar mereka di Pulau Pinang, mulai mengendur dan akhirnya memilih untuk menjadi sebahagian daripada Perikatan yang akhirnya bertukar nama menjadi Barisan Nasional. PAS yang juga merupakan parti Melayu pembangkang, turut menyertai Barisan Nasional, sekaligus meminggirkan DAP yang kekal sebagai chauvinist yang sangat memusuhi Melayu dan Islam.


Antara lokasi tragedi pembunuhan Melayu teramai selain Jalan Raja Muda Abdul Aziz ialah di tapak SOGO yang suatu masa dahulu adalah tapak Rumah Pangsa Sultan Sulaiman dan Panggung Odeon. Di tapak SOGO itulah, orang Melayu yang lalu lalang di situ, ditangkap, direbus hidup-hidup, dibakar, malahan ada yang dicucuk dengan pedang dan diseksa sampai mati. Manakala di panggung Odeon pula menyaksikan ramai Melayu yang terperangkap ketika sedang menonton wayang gambar, dibunuh dengan kejam.


Antara kejadian, termasuklah seorang wanita yang sarat mengandung dibelah perutnya. Janin yang dikandung kemudiannya dikeluarkan dan dicucuk dengan mata tombak!


Kini, BERSIH 2.0 menjadikan lokasi yang menyaksikan Melayu dibunuh dengan penuh kekejaman, sebagai venue utama mereka untuk berdemonstrasi dan melakukan kekacauan. Sama ada secara kebetulan atau sememangnya dirancang, tidak ada sebarang demonstrasi yang BERANI diadakan di Bukit Bintang, Brickfield, Bangsar mahupun di Petaling Street (Pekan China).


1998, ketika Reformasi dan demonstrasi jalanan besar-besaran di tengah Kuala Lumpur, para demonstrator yang rata-ratanya adalah orang Melayu sekadar berani melalui Jalan Yap Ah Loy tetapi tidak berani masuk ke Petaling Street. Malah serbuan kononnya untuk ke Bukit Bintang sekadar terhenti di sekitar hadapan Menara Maybank. Tidak ada sesiapa pun yang berani bergerak ke Bukit Bintang mahupun Pudu!


Dari semasa ke semasa, itulah lokasi yang paling digemari oleh para pengacau dan dajal-dajal untuk membuat onar. Masjid Jamek Kampung Bharu, SOGO dan Jalan Tunku Abdul Rahman serta Dataran Merdeka, merupakan lokasi yang paling sinonim dengan simbol pembunuhan orang Melayu di Kuala Lumpur. Masjid Jamek sebagai kubu, SOGO sebagai tempat Melayu dibakar dan direbus, Jalan Tunku Abdul Rahman sebagai simbol pusat perniagaan Melayu semenjak zaman kedatangan Raja Abdullah membuka Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka sebagai tempat Melayu berjaya mengisytiharkan kemerdekaan negara.


Yang paling pasti ialah, BERSIH 2.0 sememangnya mengundang petaka yang sangat besar. Melayu yang menyokong BERSIH 2.0 bagaikan menempah maut. Melayu-Melayu yang sudah lama memerhati dan kurang mempedulikan dengan kerenah Melayu-Melayu PAS dan PKR, sudah mula bersiap-siap untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan pada 9 Julai nanti.


Nampaknya, teori ‘PEMBERSIHAN’ akan berlaku sekiranya pihak berkuasa tidak bertindak pantas membuat kekangan!



This post was submitted by Hero Tua.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan