Sabtu, 21 Julai 2012

PAS : PEROSAK AQIDAH dan SIASAH





 
Jumaat, 20 Julai 2012 12:26
DR MASHITAH IBRAHIM
 Beberapa artis dan bekas pegawai kanan kerajaan yang masuk Pas bukan sahaja mendapat liputan meluas dalam Harakah dan blog, malah diarak dan dijaja ke sana ke mari untuk berceramah. Ada yang jadi ustaz segera. Mereka diraikan sebagai orang yang ingin mencari kebenaran agama.
Di negara ini, sesiapa mahu masuk parti apa pun tidak jadi hal kerana ini negara demokrasi. Sebagaimana warganegara lain, artis juga mempunyai hak.
Dalam kalangan artis, lebih ramai yang masuk Umno seperti Afdlin Shauki, Amy Search, Awie, Mus May, Harun Salim Bachik, Ibnor Riza, Zed Zaidi dan Erma Fatima. Antara penyokong kuat Umno ialah Datuk Siti Nurhaliza. Manakala Datuk Jins Shamsuddin bukan sahaja ahli Umno yang setia tetapi juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara.
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir dan bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abdul Rahman adalah antara pemimpin yang bertindak keluar Umno. Ini juga tidak memberi sebarang impak dalam hati rakyat.
Saya teringat kes seorang bekas Menteri Kabinet pada zaman Tunku Abdul Rahman yang menjadi renggang hubungan keduanya kerana beberapa kali bertindak di luar pengetahuan Kabinet. Selepas tidak lagi berada dalam kerajaan, beliau mula memburuk-burukkan parti dan kerajaan termasuk mendakwa Perikatan sebagai patung imperialis.
Nasihat Tunku kepada ahli Umno ketika itu: “Kita semua mesti berjaga-jaga dan mengawasi orang seperti ini kerana dalam tiap-tiap satu zaman, dalam tiap-tiap satu pemerintahan itu, sentiasalah terdapat pengkhianat seperti ini.” (25 Ogos 1963).
Pengalaman dan nasihat Tunku masih relevan sampai ke hari ini. Namun, dalam sejarah Umno, belum ada tokoh kanan yang masuk Pas. Tapi kalangan pemimpin Pas, begitu ramai tokoh kanannya masuk Umno, termasuk Ahli Dewan Ulama Datuk Ghazali Ahmad, Prof Datuk Dr Mohd Noor Deris, Setiausaha Agung Datuk Nakhaie Ahmad dan Presiden Pas sendiri, Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda.
Tan Sri Sanusi Junid pernah bercerita: Pada suatu pagi Khamis 1962, Dewan Ulama Pas berbincang di rumah Menteri Besar Kelantan sama ada kerjasama Umno dengan MCA dan MIC sah di sisi Islam. Antara yang hadir termasuk Setiausahanya, Tok Guru Haji Mat Nor Teliar, penolongnya Tok Guru Haji Mat Nor Selising dan Tok Guru Haji Umar Daud.
Asri bertanya kepada Mat Nor: “Boleh tak Umno bekerjasama dengan kafir MCA dan MIC?” Mat Nor bertanya balik: “Apakah kerjasama itu untuk keamanan?” Maka pemimpin Pas menjawab: “Umno nak jual bangsa, nak jual agama, bukan kerana keamanan.” Dengan itu, Dewan Ulama Pas pun berfatwa, ahli Umno kafir. Majlis Raja-Raja Melayu mengharamkan fatwa itu tetapi kesan pengkafiran itu telah menular walaupun Umno dan Perikatan memenangi Pilihan Raya Umum 1965.
Setelah Peristiwa 13 Mei, Presiden Umno, Tun Abdul Razak menjemput Asri berunding mengenai keanggotaan Pas dalam Barisan Nasional (BN). Asri sekali lagi berjumpa ketiga-tiga tok guru itu tapi gagal memujuk mereka dan Dewan Ulama supaya menerima Pas masuk BN. Sebaliknya, ketiga-tiga tok guru minta jumpa sendiri dengan Tun Razak. Ketika Asri duduk di luar Seri Perdana, seorang tok guru itu bertanya: “Tun, bekerjasama dengan kafir MCA dan MIC ni buat gapo?” Tun Razak menjawab: “Kalau tak bekerjasama dengan MCA dan MIC, kita akan huru-hara dalam negara ini.” Tok Guru menyampuk: “Oh, jadi kerjasama ni untuk keamanan. Adakah dengan kerjasama dengan Cina dan India, orang Islam akan rugi?” Jawab Tun Razak: “Orang Melayu Islam lebih untung kerana yang membayar cukai bukan Melayu. Kita buat jalan luar bandar, kita buat rancangan Felda, kita buat masjid dan pelbagai lagi dengan menggunakan hasil cukai orang bukan Islam.”
Justeru, mereka beritahu Tun Razak: “Tun, kami akan bawa balik ke Kelantan dan kami akan beri fatwa bahawa Pas boleh masuk BN. Kami bertiga akan keluar Pas setelah Pas masuk BN.” Tun Razak mengeluh: “Tak sempurnalah Pas masuk Barisan kalau tok guru semua keluar Pas.” Jawab mereka: “Kami keluar Pas sebab nak masuk Umno.”
Moralnya: Walau terpelajar setinggi mana pun seseorang itu dalam bidang agama, namun ada yang dia tidak tahu. Maka, fatwa pengkafiran dibuat pada 1962. Tiga ulama telah mengkafirkan Umno kerana diberi maklumat tidak betul. Tapi akhirnya, dengan kehendak ALLAH, mereka semuanya masuk Umno.
Umar menjadi guru agama Kemas manakala Mat Nor Teliar dan Mat Nor Selising pernah jadi penasihat Umno. Sebelum masuk ke satu-satu parti, ambillah pedoman daripada kisah ini, selain pengalaman Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hassan Ali, bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Ustaz Hassan Basri dan Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad. Ingatlah, Pas hanya sebuah parti politik, bukan jalan mudah untuk masuk syurga.

-20/7/2012
-Sinar Harian *gambarhiasan


Khamis, 5 Julai 2012

PAS : PENCACAI ANJING SURUHAN???





Motif sebenar 'tawaran' Pas

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my







ADALAH sesuatu yang melucukan apabila Pas cuba menyeret UMNO dalam isu pahala apabila mengundi sesuatu parti.

Ia jelas apabila Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah mencabar UMNO membuat kenyataan mengundi parti itu atau Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan dikira sebagai amal soleh dan mendapat pahala sama seperti yang dinyatakan Pas kepada penyokongnya.

Sebagai orang kepercayaan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan disebut-sebut sebagai Menteri Besar Kelantan, Mohd.Amar mungkin ingin menunjukkan kewibawaan beliau membela 'bosnya' apabila menyatakan sesiapa yang menganggap kenyataan Nik Abdul Aziz 'Undi Pas dapat pahala' sebagai ajaran songsang adalah kerana UMNO kurang dalam ilmu agama.

Baguslah, sebagai seorang bertaraf ulama, Mohd.Amar begitu mudah menuduh pihak lain kurang agama semata-mata hanya membuat kenyataan yang tidak menyebelahi Pas.
Tetapi tidak apalah itu hujah beliau, maklumlah sebagai individu yang dilihat pemimpin masa depan Pas Kelantan, Mohd.Amar juga ingin menampilkan diri sebagai seorang yang mampu berlawan hujah dengan UMNO.

Namun begitu satu perkara yang diperingatkan ialah sejauh manakah Pas begitu yakin bahawa mengundi parti itu mendapat pahala. Sebagai hamba Allah kita tidak berhak untuk begitu yakin bahawa sesuatu kebaikan yang kita lakukan itu mendapat pahala, biarlah soal mendapat pahala atau tidak itu urusan Allah. Kita hanya berdoa agar segala perbuataan baik kita dicatatkan sebagai satu ibadat.

Tetapi Pas nampaknya awal-awal lagi sudah berani menyatakan siapa yang mengundi parti itu mendapat pahala. Persoalannya, apakah ia bermaksud orang yang tidak mengundi Pas tidak mendapat pahala? Bagaimana pula kalau kita mengundi sebuah parti yang kita tahu tidak berupaya melakukan apa-apa jika diberi tanggungjawab atau dalam kata mudahnya memberikan amanah kepada orang yang tidak selayaknya.

Sejarah politik negara sudah membuktikan sejauh manakah kemampuan Pas untuk melaksanakan pentadbiran apabila diberi amanah. Contohnya di Kelantan, tidak apalah kalau Pas hendak mendakwa ramai yang mendapat pahala kerana terus setia bersama parti itu tetapi persoalannya apakah perkembangan Islam di negeri itu lebih baik berbanding apa yang dilakukan oleh UMNO di peringkat pusat.

Tidak gugurkah pahala-pahala mereka yang mengundi Pas di Kelantan apabila kesudahannya mereka dilihat memilih pihak yang tidak berupaya mentadbir, bukankah Rasulullah SAW sudah mengingatkan kita agar menyerahkan amanah kepada orang yang selayaknya.

Oleh itu tidak payahlah Pas hendak begitu bangga dengan menguar-uarkan mengundi parti itu mendapat pahala hanya kerana semata-mata parti tersebut masih bermimpi mereka memperjuangkan Islam.

Pemimpin-pemimpin Pas yang terus bercakap dosa dan pahala ini mungkin masih dibuai mimpi indah bahawa mereka adalah gerakan Islam tetapi hakikatnya mereka tidak ubah seperti 'pak turut' sahaja dalam pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pas sudah lama menguburkan impian menubuhkan negara Islamnya dan kini menumpu pula kepada negara berkebajikan yang belum tentu akan dapat diterima sepenuhnya oleh rakan-rakan sekutunya.

Berbanding dengan Pas, UMNO jauh lebih baik dalam soal memperjuang dan memartabatkan Islam tetapi UMNO tidak pernah menguar-uarkan kepada umat Islam kalau undi parti itu mendapat pahala.

Sebaliknya apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO ialah terus melakukan tindakan bagi memartabatkan Islam di negara ini dan menggesa umat Islam supaya sentiasa berusaha mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Tetapi sesetengah ulama-ulama Pas hebat kerana berupaya menentukan bahawa kalau undi Pas dapat pahala.

Hakikatnya, dalam senario politik sekarang 'undi Pas dapat pahala' adalah modal terakhir Pas untuk menarik perhatian orang Melayu untuk mengundi parti itu. Bagi mereka yang taksub menyokong Pas, maka mereka akan percaya semua hujah itu tetapi bagi mereka yang mahu berfikir panjang 'tawaran' Pas itu hanyalah bermotif politik semata-mata.

Ia kerana ramai semakin memahami sejauh manakah keupayaan Pas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Pas bukannya tidak diberi peluang untuk membuktikan kewibawaan mereka, rakyat sudah pun memberi peluang terutamanya di Kelantan dan terbaru di Kedah. Tetapi lihatlah apa yang berlaku di negeri-negeri berkenaan, apakah perkembangan Islam benar-benar berada di puncak atau sekadar menjadi slogan dan retorik politik semata-mata. Justeru Pas sepatutnya bermuhasabah dan tidak lagi mengula-gulakan isu pahala dalam meraih sokongan politik. Adalah lebih baik jika Pas menumpukan perhatian untuk memperkukuhkan parti itu sebagai gerakan Islam yang sebenarnya. Kajilah semula asas perjuangan parti itu, apakah perjuangan Pas sekarang sama seperti mana ia mula-mula ditubuhkan?

Dianggotai oleh ramai ulama, bercakap berdegar-degar soal Islam dan bijak berhujah menggunakan ayat al-Quran dan hadis bukanlah jaminan bahawa Islam akan mampu diperkembangkan oleh sesebuah organisasi. Apa yang lebih penting ialah tindakan dan inilah yang dilakukan oleh UMNO yang menjadi tunjang BN sejak dahulu lagi.

UMNO tidak pernah bercakap soal mengundi parti itu mendapat pahala tetapi sebaliknya UMNO melalui kepimpinannya mengatur pelbagai program dan tindakan bagi meningkatkan syiar Islam di negara ini.

Pas boleh sahaja menuduh pihak yang mempertikaikan 'tawaran pahala' mereka sebagai kelompok yang kurang agama tetapi agama Islam juga tidak suka kepada mereka berjanji tetapi tidak mengotakannya dan sanggup mengubah prinsip semata-mata demi memburu kuasa politik. Pas tidak boleh menafikan hakikat itu kerana inilah sikap Pas sejak berkawan dengan PKR dan DAP apatah lagi Pas sendiri tidak boleh memberi jaminan sejauh manakah perjuangan Islam mereka mampu ditegakkan apabila pakatan pembangkang memerintah negara ini.

Justeru adalah lebih baik jika Pas berhenti sahaja bercakap soal pahala ini kerana kita bimbang ia akhirnya hanya akan menguntung pihak lain kerana hakikatnya mengundi Pas belum tentu mampu memartabatkan Islam kerana Pas hanyalah 'pak turut' bukannya dominan dalam pakatan pembangkang

Rabu, 13 Jun 2012

PAS : PENGAWAL ALBAB SYURGA???












Dalil Kepada Penafian Pok Nik Pernah 'Janji' Syurga Orang Undi PAS?

Ahad, Jun 10, 2012



Jika Nik Aziz menafikan dan mahukan penjelasan tentang maksud mengenai ‘undi PAS masuk syurga ‘, beliau bolehlah rujuk kembali kenyataan-kenyataan beliau sendiri tentang isu ini!

1. “Menentang kepimpinan PAS, adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

2. ‘‘Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Islam ini tidak boleh bawa ke syurga,– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

3.“Islam di bawah UMNO tidak boleh ke syurga.– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau pernah 'menjanjikan' syurga kepada pengundi yang memilih Pas dalam pilihan raya.

Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, beliau hanya menyebut bahawa orang yang telah mengundi parti itu khususnya pada pilihan raya umum 1990 mendapat pahala.

Katanya, pihak yang mendakwanya berkata demikian tidak pandai membezakan antara balasan syurga dan pahala serta meminta mereka terutamanya pihak media menyebut dengan jelas siapa yang telah memberi janji syurga tersebut.

"Surat khabar minggu lepas sibuk pasal undi Pas masuk syurga, saya nak tanya siapa dia yang kata begitu? Nak tanya wartawan yang hadir hari ini siapa kata begitu? Kalau saya sendiri, saya kata begini 'siapa yang undi Pas tahun 1990 dahulu dapat pahala'.

"Boleh pahala lain, boleh syurga pula lain, biar reti. Apabila masuk syurga tidak boleh keluar dah, tapi kalau dapat pahala boleh jadi pahala akan hilang. Ini kerana tidak semestinya pahala itu boleh dibawa sampai ke mati.

"Terlalu banyak ayat dalam al-Quran dan hadis yang bercerita tentang kalau kita buat amal soleh kita boleh dapat pahala. Pahala ini boleh hilang kalau kita tak pandai jaga, macam kita cari duit, cari duit bolehlah tapi kalau kita simpan dalam poket yang berlubang, maka akan habis. Duit sudah dapat hasil jual goreng pisang dan macam-macam lagi, tapi kalau kita simpan dalam poket (tembus), maka akan habis," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, tiada pemimpin yang boleh memberi jaminan tentang masa depan manusia kecuali Nabi Muhammad yang diberi Allah jawapan kepada semua permasalahan melalui risalah Islam yang dibawanya.

Sementara itu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menyebut bahawa syurga adalah kurniaan Allah yang diberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dan menganggap pandangan itu serupa dengan fahaman puak Jabariyah.

Nik Abdul Aziz juga melahirkan keraguan dengan kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini, yang telah mengulas mengenai isu masuk syurga jika mengundi parti tertentu.

Beliau menegaskan, laporan mengenai kenyataan Sulaiman itu belum tentu benar kerana katanya ulama Arab Saudi tersebut adalah dari sebuah negara yang mengamalkan hukum Islam yang mungkin memberi jawapan mengejutkan jika ditanya mengenai hukum orang Melayu beragama Islam yang menolak dasar Islam.

"Jangan main-main dengan ulama Arab Saudi kerana kalau salah tanya akan makan diri kamu. Arab Saudi ini mereka jalankan undang-undang ikut hukum Islam bukan kebangsaan, dia pancung orang, kerat tangan ikut hukum, kalau kamu salah tanya 'Wahai Syeikh apa hukum orang Melayu beragama Islam tolak Islam, takut dia jawab kafir pun boleh jadi," katanya.

Kalau 'Islam di bawah UMNO tidak boleh ke syurga' adakah Pok Nik bermaksud 'Islam yang dibawa oleh PAS boleh ke SORGO'?

Pok Nik..Pok Nik...mu jangan takbur dan riak sangat Pok Nik...!!! Persoalanya adalah siapa yang mengiktiraf mu sebagai 'ulama'?



Suara Politik
Taminsari







Jumaat, 1 Jun 2012

PAS : DULU, KINI DAN SELAMANYA TIDAK KONSISTEN






Pas tidak konsisten, hukum digunapakai berubah-ubah ikut kepentingan


MENARIK sekali pendirian Dr. Sheikh Sulaiman Saloomi, Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram berdasarkan hujah syaraknya mengenai isu seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Memang logik akal pun 'fatwa' politik itu tidak munasabah. Ia tidak lebih suatu cara memenangi undi di kalangan mereka yang jahil dan memiliki daya taksub yang tinggi. Cara ini adalah tidak Islamik kerana ia tidak bersandarkan hukum syarak.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan bahawa menentang Pas adalah haram mengikut al-Quran (Berita Minggu April 1994). Katanya: ''Islam di bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh seseorang itu ke syurga.'' (Ucapan Nik Aziz kepada pemberita di IKBN selepas proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir)
Pendirian Nik Aziz itu dijawab dengan jelas oleh Dr. Sheikh Sulaiman. Katanya: "Syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melakukan ubudiah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat dan kufur atau syirik."
Pas seperti juga UMNO adalah parti politik kendalian manusia. Islam adalah agama ciptaan Allah bukan bikinan manusia. Al-Quran yang menjadi sumber pedoman orang Islam adalah maha sempurna dan terjamin sehingga kiamat. Parti politik dan perlembagaannya adalah olahan manusia. Ia tidak sempurna dan tidak terjamin hadir sehingga hari kiamat.
Meski sumber perjuangan parti itu adalah al-Quran dan sunnah, sifatnya berubah-ubah. Isu negara Islam dan pelaksanaan hudud juga berubah. Dulu tidak timbul tidak ada ayat yang menyatakan negara Islam dalam al-Quran sekarang bertukar menjadi negara kebajikan.
Pas adalah milik orang Pas sahaja tetapi Islam adalah milik semua. Pas tidak ada di negara-negara selain dari Malaysia. Apakah perjuangan parti lain tidak masuk syurga. Syurga dan neraka adalah ketentuan Allah. Ia bukan ketentuan sesuatu parti atau cakap seseorang pemimpin.
Hal yang seiringan dengannya adalah isu takfir atau kafir-mengkafir. Haji Abdul Hadi berkata: ''Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.''
Pada hal tidak semestinya orang yang berkata politik suku, agama suku itu menjadi kafir kerana perkataan itu kerana ia tertakluk kepada taawil. Menurut kaedah usuluddin tidak boleh dihukum kafir ke atas seseorang selagi kata-katanya boleh ditaawilkan sebagai tidak bermaksud kekufuran.
Pas sendiri tidak konsisten, hukum yang digunapakai berubah-ubah mengikut kepentingan tertentu. Pada 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram.
Tiba-tiba pada April 1999, Pas bekerjasama dengan DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Ia jelas bercanggah dengan keputusan Dewan Ulama Pas Kelantan pada 1963 itu.
Islam adalah agama sempurna. Jauh sekali untuk disamakan tarafnya sebuah parti politik kendalian manusia yang sangat terdedah dengan kelemahan dan kekurangan. Pemimpin dan pengikut Pas memiliki nafsul amarah yang tinggi seperti parti-parti lain. Inilah kelemahan manusia.
Tetapi UMNO tidak pula mendakwa ia parti Islam dan orang Pas kafir. UMNO sejak merdeka banyak membuat program-program Islam dalam pembangunan negara dan masyarakat. Pas mendakwa sebagai sebuah parti Islam. Tetapi program Islam yang menjadi asas binaan sistem tidak ada. Bank Islam dan Takaful Islam umpamanya ditiru dari UMNO dan kerajaan.
Orang Melayu sekarang tidak macam dulu lagi. Mereka sudah boleh berfikir dan ada ilmu hasil perkembangan dakwah yang terjadi. Radio IKIM, TV Hijrah milik kerajaan dan banyak lagi saluran yang ada memberi ruang orang ramai semakin dapat membezakan antara propaganda politik dan ajaran Islam.
Oleh itu, penegasan Dr. Sheikh Sulaiman cuba memperjelaskan keadaan yang kusut supaya orang yang terlibat dalam perjuangan politik Islam jangan meniru perangai 'khawarij' yang mengkafirkan sesama Islam kerana perbuatan itu bakal kembali semula kepada diri mereka, kata Rasulullah SAW.
Jalan terbaik dalam Islam adalah kembali kepada al-Quran dan hadis. Apakah isu syurga dan neraka itu begitu mudah sehingga mengambil kuasa Allah untuk menentukannya. Apakah mengkafir sesama Islam itu dilafazkan sesedap mulut. Inilah isu yang patut direnungkan dengan rasa insaf yang mendalam.