Rabu, 19 Januari 2011

AHLI PAS JADI KELDAI AKA PENCACAI



Hasan Ali jadi “keldai” lagi..???!!!

Monday, January 17th, 2011 | Posted by dukeofmontecristo


Belum pun sampai sepenggal pentadbiran Pakatan Haram Jadah di negeri Selangor, pemimpin-pemimpinnya telah menunjukkan ketidak sepakatan pada dasar masing-masing. Kali ini, Hasan Ali dan Ronnie Liu ber”gasak” lagi, dan Ronnie Liu kali ini dibantu oleh “heroin” DAP Selangor, Teresa Kok. Manakala Khalid masih lagi ter”gagap-gagap” untuk menyampuk pertelagahan dasar DAP dan PAS Selangor ini. Khalid Samad pula hanya berdiam diri tanpa sebarang tanda untuk mempertahankan Hasan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Perlaksanaan undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melarang individu-individu beragama Islam untuk bekerja di mana-mana premis yang terlibat dengan arak telah mengundang kemarahan Teresa Kok dan Ronnie Liu. Kedua-dua orang kuat DAP Selangor ini segera mendesak agar MPSJ dan JAIS menarik balik larangan tersebut berkuat kuasa serta merta. Namun, Hasan Ali sebagai “exco” Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, mewakili PAS Selangor telah menyatakan sokongan 100% pada perlaksanaan undang-undang tersebut di Selangor.

Pada pendapat penulis, molek benar perlaksanaan undang-undang sebegini diperkenalkan di Selangor. Malah perlaksanaan undang-undang sebegini sepatutnya dilaksanakan di seluruh negeri-negeri di Malaysia ini. Sesungguhnya perlaksanaan undang-undang ini begitu bersesuaian dan sejajar dengan sabda Rasulullah S.A.W yang mengharamkan sebarang aktiviti atau pendapatan yang bersumber secara khusus dari premis berkaitan arak. Penulis yakin, ramai umat Islam di Selangor menyahut baik perlaksanaan undang-undang yang diperkenalkan oleh MPSJ dan JAIS tersebut.

Persoalannya, apa hal pula dengan Ronnie Liu dan Teresa Kok untuk campur tangan dalam urusan hal ehwal umat Islam dan perlaksanaan undang-undang tersebut? Apakah mereka fikir urusan agama Islam di Selangor terletak di tangan mereka? Siapa Teresa Kok dan Ronnie Liu untuk mempersoalkan perlaksanaan undang-undang tersebut?

Hakikat Hasan Ali yang berbalah dasar dengan Ronnie Liu dan Teresa Kok ini hanyalah sekadar memanaskan kembali insiden kostroversi “rampas arak dan kembalikan semula selepas di herdik” yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. Di dalam insiden tersebut, Hasan Ali “bisu” dan “menikus” setelah di”sergah” Ronnie Liu. Akibatnya, Hasan Ali hilang reputasinya sebagai “Boss” PAS Selangor, dan Ronnie Liu pula lebih dikenali sebagai “Ronnie The Don”. Menurut rakan DAP, Ronnie Liu dipercayai terlibat dengan kegiatan kongsi gelap, rumah urut dan pusat-pusat hiburan di sekitar Selangor, dan dipercayai bertindak sebagai “pelindung” dari dalam untuk kegiatan-kegiatan tidak bermoral tersebut. Malah ada sumber dalaman DAP yang mendedahkan bukti keterlibatan Ronnie dengan aktiviti kongsi gelap. Namun berita itu “senyap sepi”. Mungkin sumber itu risau tentang keselamatannya berakhir dengan tragedi jatuh bangunan tinggi…

Walaupun perbalahan dasar itu dinafikan oleh Ronnie dan Hasan Ali, namun semuanya dapat menjangka apa yang berlaku di sebalik penafian tersebut. Mana mungkin “tiada perbalahan” berlaku tentang hal ini. Tentunya kali ini Hasan Ali mahu menang dan menebus malunya berdasarkan insiden “memulangkan arak”. Tentunya Hasan Ali mahu memperbaiki reputasinya dan tidak mahu lagi di anggap sebagai “keldai” DAP dan PKR di Selangor. Biarpun begitu, Hasan Ali terpaksa akur sekali lagi apabila Ronnie dan Teresa mahu perlaksanaan undang-undang ini di”beku”kan buat sementara waktu dan akan diputuskan selepas perbincangan antara mereka.

Ronnie Liu pula menggunakan alasan “rasional sudut ekonomi, kebajikan dan juga industri itu sendiri seperti pengusaha dan lesen perniagaan tauke-tauke” yang menjadi rakan-rakannya. Pastinya Ronnie bimbang rakan-rakan di bawah peliharaannya itu gulung tikar! Pada Ronnie, pendapatan, kebajikan dan ke”masyuuuk”kan di Selangor bergantung pada operasi premis-premis arak tersebut! Apatah lagi apabila dipercayai pusat-pusat hiburan dan premis-premis arak ini menjadi penyumbang terbesar kepada kempen-kempen politik DAP selama ini. 

Susahlah DAP mahu meneruskan “survival” politiknya jika sumber kewangannya di”cantas”!
Di dalam kemelut DAP – PAS Selangor ini, ternyata DAP telah mendapat kemenangan awal kerana berjaya mem”beku”kan perlaksanaan larangan terhadap umat Islam di Selangor tersebut. Ronnie Liu berjaya menyelamatkan perniagaan kawan-kawannya buat masa ini. Seterusnya ialah perbincangan di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram Jadah Selangor itu…

Apa pendapat pembaca? Bolehkah Hasan Ali “makan” Ronnie kali ini? Pada pendapat penulis, Hasan Ali bakal di”malu”kan lagi. Kalau dulu Hasan Ali kalah dengan Ronnie seorang, bagaimana dia mahu mengalahkan Ronnie Liu yang mendapat “heroin” pula kali ini? Tentunya lebih teruk Hasan Ali kena kali ini!

Sebenarnya, harapan Hasan Ali hanyalah satu iaitu memohon campur tangan DYMM Sultan Selangor yang merupakan Ketua Tertinggi Agama Islam Selangor. Dengan kuasa yang ada pada DYMM Sultan Selangor, berkemungkinan Hasan Ali akan “menang kes”. Jika DYMM Sultan Selangor memperkenankan perlaksanaan undang-undang yang berkait rapat dengan soal agama Islam di Selangor ini, maka Ronnie Liu, Teresa Kok dan DAP bakal “gigit jari”! Lawanlah DYMM Sultan jika berani dan sanggup menerima kebangkitan rakyat Selangor menghukum DAP! Namun, tanpa campur tangan DYMM Sultan Selangor, jangan haraplah Hasan Ali nak menang. Jadi “keldai”lah seumur hidup!


Isnin, 17 Januari 2011

PAS : Pelacur Agama dan Siasah



Siapa sebenarnya pelacur agama untuk keuntungan politik?

Sunday, January 16th, 2011 | Posted by Pak_Long


Bukan main lagi para penyokong PAS menghentam Barisan Nasional didalam isu azan yang didakwa ditimbulkan oleh ahli seumur hidup MCA di Ibu Negara. Penyokong PAS dengan begitu gembira sekali melabelkan bahawa UMNO tak mampu mendakwahkan kafir didalam MCA untuk menghormati Islam didalam negara.

Sebenarnya PAS lupa bahawa puak-puak merekalah yang selama ini terlampau memberi muka kepada kafir yang menentang Islam. PAS telah memberi lesen besar kepada DAP untuk mencampuri urusan agama dan juga ibadat umat Islam demi kepentingan politik mereka.

Siapa yang menyebabkan orang kafir membaca ayat Quran untuk berceramah politik? Siapa yang terpekik-pekik bertakbir apabila orang kafir membaca tafsir Quran tak betul didalam perhimpunan politik? Dan siapa pula yang membenarkan orang kafir bertazkirah didalam ruang mimbar tempat orang Islam sujud kepada Allah?

Jangan lupa juga peristiwa orang kafir dengan mudahnya bersenamrobik didalam kawasan masjid. Begitu juga berdemonstrasi dan juga menjadikan masjid sebagai tempat perhimpunan haram. Siapa yang bertanggungjawab terhadap perlakuan biadap orang kafir kalau bukan para pemimpin munafik yang berserban dan berjubah labuh didalam PAS.

Dimana suara para penyokong PAS bila semua ini berlaku? Teressa Kok juga pernah menghina azan. Malah Teressa Kok ditahan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO kerana dakwaan cuba memperlahankan laungan azan. Tetapi apa yang PAS buat? Mereka sehingga kini terang-terangan masih menyokong Teressa Kok yang pernah menghina seruan untuk sujud menyembah Allah.

Pemimpin-pemimpin PAS juga sehingga hari ini masih lagi tak malu untuk memeluk Lim Kit Siang serta Karpal Singh yang langsung tak bersetuju dengan negara Islam. Jika kafir yang jelas menentang kewujudan negara Islam pun PAS boleh peluk, apakah ini menunjukkan bahawa PAS peduli terhadap kehormatan agama rasmi negara ini?

Sebab itulah dikatakan bahawa pemimpin PAS itu munafik. Mereka hanya pandai bermuka-muka untuk meraih sokongan bagi mengekalkan jawatan politik mereka sahaja. Dan mereka bernasib baik kerana mempunyai para penyokong yang berotak udang untuk mempercayai bulat-bulat apa yang disajikan oleh Tok Guru mereka.

Penyokong-penyokong PAS patutnya sedar, berdakwah kepada orang kafir bukannya dengan membenarkan mereka sewenang-wenangnya mempergunakan ayat Quran dan Hadis. Berdakwah kepada orang bukan Islam juga bukannya dengan cara mempelawa mereka untuk berceramah dipentas dengan berlambangkan bendera parti bulan.

Itu bukan berdakwah namanya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS. Itu sebenarnya dinamakan melacurkan agama demi sebuah politik sempit. Dan itulah yang sedang dan semakin ghairah dilakukan oleh para pemimpin parti bulan.

UMNO dan kerajaan dituduh bersekongkol dengan kafir untuk memerintah negara, tetapi bagaimana pula PAS yang sanggup berkhalwat bersama kafir harbi DAP yang jelas tak mahukan negara yang berpaksikan Islam? Jika benar UMNO itu sekular dan tak mengamalkan pemerintahan Islam, pasti DAP sudah lama berkerjasama dengan UMNO dan bukannya PAS.
Apakah ini pun masih susah untuk dibezakan oleh para penyokong PAS?


Jumaat, 14 Januari 2011

POLITIK PAS : MATLAMAT MENGHALALKAN CARA




Hadi sedar DAP tidak setuju negara Islam


KUALA LUMPUR 10 Jan. - Ketegasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak tunduk dengan desakan Karpal Singh supaya Pas mengkaji semula pendirian menubuhkan negara Islam membuktikan Presiden Pas itu sedar DAP tidak pernah bersetuju dengan perjuangan Pas selama ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, pendirian itu turut menunjukkan bahawa Abdul Hadi tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pemimpin Pas yang beria-ia membela Karpal hingga ada sanggup mati untuk membela Pengerusi DAP itu.

Beliau berkata, sebagai ahli politik berpengalaman, Abdul Hadi sudah tentu mengetahui 'isi hati' Karpal serta pemimpin DAP lain seperti Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng dalam soal pembentukan sebuah negara Islam.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana Datuk Seri Abdul Hadi bertegas meneruskan perjuangan mendirikan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam.

"Walaupun dalam konvensyen pakatan pembangkang baru-baru ini, ada ahli Pas yang membuat ucapan 'sanggup mati untuk Karpal', namun Abdul Hadi, Alhamdulillah tidaklah bermain kompang yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru yang bertajuk Tahniah Tuan Guru di blognya http://zul4kulim.blogspot.com

Zulkifli merujuk kenyataan Abdul Hadi dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Pas tidak akan tunduk dengan desakan Karpal supaya parti itu mengkaji semula pendirian mengenai penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam.
Karpal mengeluarkan kenyataan itu pada konvensyen pakatan pembangkang di Pulau Pinang baru-baru ini.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, beliau juga percaya Abdul Hadi tahu tindakan Karpal yang sebelum ini pernah mendedahkan perlakuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kini bertindak pula sebagai peguam kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Abdul Hadi bukan jenis pak janggut yang pelupa. Beliau tahu Karpal orang yang memaklumkan kepada kepimpinan Pas tentang kegiatan homoseks dan liwat Anwar.
"Beliau juga tahu Karpal lah orang yang mengherdik Anwar supaya bertaubat dan berundur apabila pembohongan rancangan 16 September terbongkar.

"Abdul Hadi juga tahu isi perut Karpal. Sebagaimana ulama dan ilmuwan Islam lain sudah tentu akan tertanya-tanya kenapa Karpal dan DAP mahu menjadi peguam Anwar walaupun mereka yang mendedahkannya pada tahun 1997 dahulu," ujarnya.

Berdasarkan ketegasan Abdul Hadi itu, Zulkifli mahu mencadangkan kepada para ulama, ilmuwan, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas supaya menyelesaikan enam perkara besar.

Pertama, katanya, mendapatkan pengesahan secara terbuka daripada Anwar dan Kit Siang sama ada benar perjanjian persefahaman pakatan bertarikh 18 Disember 2009 mempersetujui bahawa agenda negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar pakatan pembangkang jika menang pilihan raya.

"Kedua, dapatkan pengesahan serta komitmen terbuka Anwar dan Kit Siang bahawa jika pakatan memerintah, Kit Siang tidak akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kecuali memeluk Islam sebagaimana syarat yang dikenakan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ketiga, dapatkan komitmen yang jelas daripada Anwar dan Kit Siang bahawa negeri-negeri yang di perintah Pas, undang-undang Islam dibenar untuk dilaksanakan," katanya.

Keempat, tambahnya, dapatkan pengesahan dan komitmen Anwar secara terbuka bahawa kes pertuduhan meliwat bekas kakitangannya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan dipercepatkan.

"Kelima, juga dapatkan pengesahan terbuka dan komitmen jelas daripada Karpal, adakah dia benar-benar percayakan Anwar tidak bersalah?

"Terakhir, dapatkan pengesahan dan penjelasan daripada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail apakah rasional dan alasannya mengisytiharkan dan menabalkan suaminya sebagai 'pemimpin anugerah tuhan'," katanya.



Selasa, 11 Januari 2011

TAHNIAH KEPADA PAS.... BANYAKKAN SOLAT HAJAT




Solat Hajat “Selamatkan Selangor”… Insyaallah Selangor Akan Selamat



Sepanjang ingatan penulis, setakat hari ini, solat hajat Pas sememangnya lebih menguntungkan UMNO dan BN berbanding Pas dan Pakatan Pembangkang (PR).

Suatu ketika dulu Pas pernah menganjurkan solat hajat Pas untuk memohon agar Allah SWT menunjukkan kebenaran mengenai Anwar Ibrahim. Akhirnya Allah SWT menunjukkan satu demi satu penipuan yang dilakukan, bermula dengan dongeng racun arsenik, suntikan HIV, sakit tengkuk, lari ke Kedutaan Turki kerana nyawa terancam, tragedi 16 September, gerakan keluar beramai-ramai pemimpin PKR dan terkini drama perbicaraan Liwat siri 2.

Penulis juga masih ingat, solat hajat Pas yang dilakukan dengan penuh riya’ di hadapan orang ramai dan khabarnya di Ipoh, tidak menghadap ke arah qiblat. Akhirnya hasil solat hajat ini juga berpihak kepada UMNO dan BN apabila mahkamah memutuskan bahawa Nizar Jamaluddin bukan Menteri Besar Perak yang sah.

Mungkin disebabkan faktor ini, selepas Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi tentang kedudukan Nizar sebagai MB Perak pada bulan Mei 2009, Nizar lebih suka mengadakan mogok lapar berbanding melakukan solat hajat.

Selepas menyedari perbuatan itu tidak Islamik, Nizar telah mengubahnya menjadi puasa sunat yang sekadar membuktikan tahap kefahaman agama Islam Nizar yang begitu dangkal. Mungkin Nizar hendak mengelak dari melakukan solat hajat kerana dia sudah boleh menjangka bahawa hasil solat hajat ini juga akan menyebelahi UMNO dan BN.

Kali ini Pas melakukan solat hajat lagi di Stadium Melawati, Shah Alam. Temanya pun sedap ‘Selamatkan Selangor’. Soalnya Selamatkan Selangor daripada siapa dan untuk apa?

Jika solat hajat ini untuk menyelamatkan Selangor dari kelemahan tadbir urus dan rasuah, maka terbukti sehingga hari ini Menteri Besar Khalid Ibrahim telah gagal dalam melaksanakan tanggung jawabnya.

Isu kecurian pasir, rasuah pemimpin DAP yang ter’hapus’ akibat kematian misteri Teoh Beng Hock, pemindahan kuil, pemindahan tanah perkuburan di tanah waqaf dan janji-janji Pilihan Raya Umum ke-12 yang masih belum ditunaikan adalah antara kelemahan kepimpinannya.
Rakyat turut mempersoalkan bagaimana wang rakyat boleh disalah gunakan untuk menggerakkan aktiviti media PR menerusi akhbar Selangorkini dan demonstrasi jalanan kerajaan negeri menentang Syabas.

Adakah solat hajat untuk Selamatkan Selangor ini untuk menegakkan Islam di negeri Selangor?
Kalau itu matlamatnya, maka Pas perlu berhati-hati kerana setakat ini di dalam negeri Selangor terbukti bukan sahaja kerajaan PR Selangor gagal menghapuskan sama sekali kilang arak, premis judi, premis menjual arak, termasuk hotel dan 7-Eleven, premis-premis maksiat termasuk rumah urut dan karaoke serta konsert-konsert hiburan seperti yang diperjuangkan oleh Pas selama ini, malah diberitakan bahawa jumlah premis-premis ini pula semakin bertambah.

Sekiranya `Selamatkan Selangor’  bermaksud Pas mahu menghapuskan kepercayaan `syirik’ berdasarkan standard yang diguna pakai oleh Pas pula, maka Pas perlu memikirkan semula tindakan parti itu yang tidak berjaya meng`Islam’kan pemimpin sosialis PKR dan DAP, sebaliknya membantu mempromosikan pula pemimpin sosialis dan fahaman sosialisme di surau dan masjid.

Jika soal menghapuskan amalan syirik yang bertuhankan ideologi sosialisme ini gagal dilakukan oleh Pas, apa lagi perkara yang besar seperti mendapatkan persetujuan pemimpin-pemimpin sosialis PKR dan DAP untuk menyokong pelaksanaan Negeri Hudud Pas di negeri Selangor.

Pas perlu ingat bahawa selagi parti itu gagal melaksanakan Negeri Hudud ini, maka berdasarkan standard mereka, selagi itulah pemimpin dan ahli Pas akan terperangkap sebagai golongan `kafir’ . Maka mahu tidak mahu, sebelum terpaksa mengkafirkan diri sendiri, lebih baik mereka memastikan pelaksanaan negeri hudud ini dapat direalisasikan di negeri Selangor.

Setakat ini sebagai parti yang mempunyai kerusi tercorot dalam kerajaan PR dan tidak didengari pandangannya, Pas tidak mampu memainkan peranan yang signifikan untuk menghalang konsert hiburan dan menutup premis judi dan arak, apa lagi untuk menegakkan Negara Hudud yang menjadi perjuangan Pas selama ini dan mempunyai kaitan yang amat rapat dengan aqidah pemimpin dan pengikutnya.

Jelasnya di Selangor, dalam konteks politik dan perjuangan Islam, Pas hanya layak dikategorikan sebagai `balaci’ PR.

Mungkinkah ini penghinaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada parti yang menolak perpaduan sesama Islam dan memperalatkan Islam untuk kepentingan politik pemimpinnya? Pas bukan parti yang signifikan dalam Perjanjian Syaitan; sekadar diboneka di negeri Perak, diperkuda di negeri Selangor dan ibarat hampas di Pulau Pinang.

Teruskan solat hajat ‘Selamatkan Selangor’. Insya-Allah, Allah SWT akan maqbulkan permintaan Pas agar Selangor diselamatkan oleh kepimpinan UMNO dan BN.


Tun Faisal Ismail Aziz

Jumaat, 7 Januari 2011

PKR : Pencacai Kelentong Raja/Rakyat




Sandiwara Syaitan : Khinzir Di Sebalik Yong Tau Foo!


Apabila teman melihat gelagat dan sandiwara Kerajaan pembangkang di Selangor hendak meminda Perlembagaan & Undang-Undang Tubuh Kerajaan di Selangor, konon nak “memperkasakan kuasa Sultan“, teman nak tergelak pun ye, nak muntah pun ye. Samada mereka terlalu bodoh, ataupun sedang bermain sandiwara yang sangat merbahaya!

Sandiwara kerana konon cerita mereka mahu mengembalikan “kuasa Sultan” konon! Pertama, teman cukup yakin kaum cauvinis dan rasis yang ada sudah pasti tidak akan bersetuju untuk mengembalikan “kuasa Sultan“, kecuali jika ada “khinzir disebalik Yong Tau FOO“!

Kalau benar mereka mahu mengembalikan “kuasa Sultan”, “memperkasa kedaulatan Raja”, teman cabar mereka supaya mengembalikan semula “kuasa-kuasa mutlak Tuanku Sultan Selangor” dengan membuat pindaan yang memasukkan peruntukkan-peruntukkan saperti berikut :

1. Pertama, kembalikan “kuasa mutlak Sultan” untuk menerima atau menolak sebarang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri;

2. Kedua, kembalikan “kuasa mutlak Sultan” untuk melantik, menggantung atau memecat Menteri Besar dan Exconya;

3. Ketiga, kembalikan “kuasa mutlak Sultan” untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tanpa perlu diminta atau dinasihati oleh Menteri Besar, sebaliknya Tuanku boleh bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

4. Keempat, kembalikan “kuasa mutlak Sultan” untuk “menerima atau menolak nasihat Menteri Besar”, dan boleh sebaliknya bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

5. Kelima, kembalikan “kuasa mutlak Sultan” untuk “menerima atau menolak sebarang cadangan Menteri Besar untuk anugerah kebesaran Negeri Selangor.

Sebenarnya “kuasa Sultan” yang hendak dikembalikan adalah putar belit mereka untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar untuk menerima atau menolak sebarang cadangan perlantikan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, samada untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan lain-lain jawatan utama negeri.

Walaupun berselindung disebalik “kuasa Sultan”, tetapi peruntukan mengenai “Sultan wajib menerima pandangan dan nasihat Menteri Besar” tidak dimansuhkan.

Ini akan menjadikan Menteri Besar seorang yang paling berkuasa mutlak didalam negeri nanti, kerana jika Menteri Besar “menasihatkan” atau “mencadangkan” sahaja calon kepada Baginda Sultan, Tuanku tidak boleh menolaknya kerana “wajib menerima cadangan atau nasihat Menteri Besar”.

Jangan kelentong lah yop, teman dah boleh baca otak karat mike. Kalau dah kepala tu bapak pembohong, ekornya lagilah besar pembohongannya!!

Inilah politik temberang & cakap tak serupa bikin mereka. Nak kembalikan kuasa Sultan konon. Kita tidak lupa siapa sebenarnya antara dalang dan penyokong besar yang menghunus keris karat macam hang musibat melalak sana-sini cuba hendak mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu pada lewat tahun 1980an. Bukankah Hang Musibat itu yang sekarang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan.

Sebagai pemimpin kanan UMNO, pemimpin anugerah tuhan ini antara mereka yang terlibat menyokong dan memainkan peranan penting untuk mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu. Maka tercetus isu kekebalan Raja-Raja Melayu yang berakhir dengan kuasa, kedaulatan dan kekebalan Raja-Raja Melayu dicantas.

Dan orang yang paling kuat menggunakan peruntukkan ini ialah Karpal Singh. Dia nak saman Sultan Perak. Dia ancam nak heret Sultan Selangor. Dan inilah loyar yang kini membela kes liwat Anwar terhadap Saiful, kakitangannya sendiri, sedangkan dia yang mendedahkan dalam Parlimen pada 22.10.1997 dan di Federal Hotel bahawa dia punya bukti Anwar peliwat & homoseks!! Dan hari ni mereka nak bercakap tentang mengembalikan kuasa Sultan..pigi poodaaah lah yop!

Sebenarnya “kekecohan isu SUK Selangor” ini sengaja diada-adakan. Semuanya sandiwara politik untuk satu matlamat dan agenda yang lebih besar..dan yang lebih merbahaya.

Kini mereka menggunakan isu “kekecohan SUK ini” untuk meminda Perlembagaan Negeri & Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Dan pindaan itu akan memberikan kuasa mutlak kepada Menteri Besar! Tetapi apa agenda besarnya?

Saudara-saudari, jangan terpedaya dengan sandiwara ini. Ini semua adalah mainan politik kotor dan jijik politikus yang rasis lagi cauvinis. Sebenarnya mereka sedang “test-water”, untuk sesuatu yang lebih besar!

Apa dia agenda itu? Apa dia rancangan itu? Bagaimana mereka mahu melaksanakannya? Apa game-plan sebenarnya? Ini semua sebenarnya saperti kata pepatah orang Mexico..ada khinzir disebalik Yong Tau FOO!

Semua itu akan teman dedahkan insyallah dalam tajuk “Pakatan Syaitan II” tidak lama lagi! Sabor yop sabor..pegi makan mee kat kedai Yong Tau FOO dulu!! Tak tahu kat mana? Pegi tanya anak laki Kitsiang tu, dia tau!!


Zulkifli Noordin