Khamis, 22 Mac 2012

KEMPEN SELAMAT TINGGAL DAN TOLAK PAS





Dr Rahman : Kenapa Kami Tinggalkan PAS

Published by AIDC on March 21, 2012 | 9 Comments


AIDCNews – 21/03/12 – Dr Rahman Kadir bekas penyokong PAS sejak menuntut di Universiti Malaya pada tahun 1996 menjelaskan menjelaskan secara terperinci kepada beliau dan sahabatnya, Nashrul Fazli meninggalkan parti itu.

“Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun.

“Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis”, tulisnya dalam email yang dihantar kepada AIDCNews.

Dalam keterangan sokongan Nashrul Fazli yang turut dihantar Dr Rahman, bekas aktivis PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya) itu mengaku bahawa pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Lanjutan Teknikal Terengganu (Tati), Prof. Dr. Mohd. Zaki Abdul Muin oleh kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2002 telah membuka pintu hatinya untuk menilai semula sokongannya kepada PAS.

“Pemecatan Prof Zaki, seorang (yang) saya kenal bukan sahaja tidak pernah mengambil loan bank, tetapi juga loan government, membuatkan saya hilang kepercayaan secara total kepada PAS.

“Namun, yang masih mengikat saya adalah hukum syarak. Prof Zaki sebelum dipecat sudah dua kali digantung keahlian oleh PAS. Tetapi, beliau masih beriltizam dengan PAS. Dalam pengadilan tersebut, beliau tidak dipanggil untuk bicara”, kata Nashrul.

Berikut disertakan tulisan Dr Rahman yang kini merupakan salah seorang doktor di hospital kerajaan dan Nashrul Fazli yang kini sedang bercuti sebagai pensyarah di salah satu Intitusi Pengajian Tinggi Awam kerana menyambung pengajian di luar negara.

Dr Rahman Kadir

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun.

Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.

Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaanya.
Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami untuk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu-tunggu kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan-rakan kami lain yang mengalami kejutan budaya.

Kami redha menerimanya sebagai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut!

Kerana apa yang kami sangka Islam yang adil,cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yang zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel-panel yang datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang-calang orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah sekarang), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi.

Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara-perkara yang salah! Mana-mana ibu bapa yang melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah.

Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya satu jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama satu minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan untuk menyokong PAS dan jika tiba masanya untuk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yang penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS).

Ketaatan yang paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibu bapa sekalipun. Malah kami masih ingat dengan jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, “Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan-tuan semua bersama dengan kami?”

Kami yang sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Kami ditawan serta dibrain wash untuk menjadi tentera-tentera militan PAS. Kami diajar untuk wala’ (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan untuk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut.

Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kepada jemaah iaitu PAS!

Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yang terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.

Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya-tanya…Islam yang kami kenal adil tetapi yang kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yang aman, tetapi kami disiapkan untuk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dengan izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS!

Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dengan PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yang takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya…kami memujuk diri sendiri.

Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.

Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana…kerana kami sentiasa dikerah untuk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus. Demonstrsi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam.

Ramai antara sahabat-sahabat kami yang berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar untuk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran.

Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam untuk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yang terabai dek ditarbiyah dengan salah oleh PAS. Tetapi kami masih taat kepada PAS demi Islam.

Islam kah mereka ini yang mengorbankan anak-anak para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yang menghantar anak mereka untuk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yang berkelulusan terakhir SPM?

Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.

Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang-orang agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yang strategik disapu mereka seluas-luasnya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS.Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini.

Malah banyak kes siswi-siswi yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yang rata-ratanya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus!

Banyak lagi penyelewengan mereka yang saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kepada PAS.

Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan.

Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya ‘reconsider‘ kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kepada jemaah.

Di ketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dengan 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yang lebih fleksibel dan mudah.

Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yang lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.

Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains.

Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin (Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) untuk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini untuk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali.

Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yang cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana-mana bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.

Disebabkan kemenangan PAS merampas terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, beliau diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yang ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik.

Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi.

Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dengan Harun Taib ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.

Wang ehsan untuk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain.

Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan untuk print poster politik pada harga yang sangat rendah. Ada orang hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)!

Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidak kah ini satu kezaliman?

Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar, pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dari TATI kepada Prof Zaki. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.

Prof Zaki tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fakulti Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM.

Tapi demi Islam, Prof Zaki tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak-anak serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

Kami beramai-ramai marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.

Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan.

Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar-pelajar Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka untuk defend jemaah-jemaah haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah-hujah PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith-hadith sahih Rasulullah yang tak pernah kami diajar atau didedahkan.

Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YANG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT.

Nashrul ditunjukkan hadith-hadith sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yang membenarkan menjatuhkan pemerintah.

Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yang dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic….tetapi inilah yang kami cari. Satu manhaj yang mengikut full sunnah Rasulullah.

Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith-hadith yang kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut…jawapan-jawapan mereka seperti jawapan Mahathir yang kata Nabi simpan janggut kerana tak de pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!!

Mereka tolak puluhan hadith-hadith ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!!
Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak dapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.

Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yang kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan.

Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yang meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith-hadith Nabi hanya terpakai untuk Daulah Islamiyah seperti ustaz-ustaz PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah.

Mereka (PAS) mengiktiraf bahawa sistem khalifah/ daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.

Sebenarnya, hanya empat khalifah pertama sahaja yang benar-benar naik jawatan melalui sistem syura.

Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini.

Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah.Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dengan Majlis Tahkim, dan setelah itu sistem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.

Tetapi para ulamak yang hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yang mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun.

Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dengan manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dengan begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yang zalim ini.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma’mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk!

Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yang mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa untuk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma’mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yang begitu ramai yang kaki perempuan, kaki khamar etc..tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS…sangat aneh.

Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yang lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus..Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah Islamiyah…sangat pelik.

Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir.

Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yang sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri.

Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan.

Sahabat saya dari Iraq yang sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini. Neraca ekonomi sahaja kah yang kita pakai?

Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa?

Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi?

Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yang dibayar untuk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.

Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh-bersungguh serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yang lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yang lebih mendekati sunnah.

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: “Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta’ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan dirolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri daris segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah.” [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yang ada sekarang yang kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana, kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yang luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahan yang rata-ratanya dikuasai oleh orang Islam…banyak lagi.

Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar-benar berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh-sungguh sebelum nasi menjadi bubur.

Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yang membenarkan perjuangan PAS untuk menjatuhkan pemimpin yang sedia ada.

Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Untuk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku-buku karangan beliau yang menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc.

Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak-ulamak salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yang bertepatan dengan sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yang kami ikuti ini. Kami berjuang kini untuk meyedarkan semula sahabat-sahabat kami yang telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus.

Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama-sama dengan kami mendokong ajaran Rasulullah.

Nashrul Fazli

Saya ingin menambah beberapa perkara yang disebutkan oleh sdr Rahman Kadir sebelum ini. Saya mulakan dengan kata-kata Saidina Umar yang lebih kurang berbunyi:

“Setiap manusia yang lahir dari rahim seorang ibu dilahirkan sebagai seorg yang merdeka”.
Oleh itu, saya ingin… menyatakan bahawa kami sebelum ini menyertai PAS sebagai seorang yang merdeka dengan kehendak hati kami sendiri, dan kami keluar dari PAS juga sebagai seorg yang merdeka dengan kehendak hati kami sendiri.

Kedua-dua keputusan dibuat berlandaskan ilmu yang ada pada ketika keputusan yang dibuat.
Perkara ini saya harus tegaskan kerana mereka yang masih mengikuti gerakan PAS ini terutamanya yang mengikuti gerakan ini di kampus, saya kurang yakin sebahagian besarnya bahawa jika tidak kerana dipaksa mengikuti program Tamrin Panjang, melakukan bai’ah, mereka akan terus beriltizam dengan PAS.

Ada di antara mereka yang beriltizam kerana kawan-kawan, isteri mereka juga dari jamaah ataupun golongan yang sama dan juga persekitaran. Andaikata mereka diberi peluang memilih dalam keadaan merdeka, maka mereka akan sudah lari dari azali lagi.

Ceritera ini bukan untuk mengangkat diri sendiri dalam bakul, tetapi untuk menolak tuduhan dan juga tanggapan bahawa kami masuk PAS dahulu kerana NADI kuat ataupun PAS kuat. Walhal di zaman itu, anda fikir sendiri, berapa ramai orang PAS yang anda jumpa dalam batch anda?
Saya harus tegaskan bahawa saya telah berintima’ dan mengenali PAS seawal dari sekolah rendah lagi. Mungkin bunyinya terlalu awal, tetapi itulah hakikatnya.

Rakan-rakan yang membaca nukilan ini, masih teringatkah anda tentang pimpinan Arwah Haji Yusof Rawa (kemudian menjadi Mursyidul Am semasa pimpinan Arwah Ust Fadzil?), bagaimana peristiwa Memali berlaku melalui buku Cn Afghani, penubuhan CCC sekitar tahun 1986 yang menyaksikan penubuhan kelab penyokong Cina, pergolakan Team A dan team B yang menyaksikan pengharaman UMNO dan muncul parti Semangat 46.

Sahabat-sahabat tahukah bahawa Parlimen Johor Bahru yang saudara-saudara kata mustahil PAS boleh menang, pernah menyaksikan UMNO kalah di tangan Dato’ Shahrir Samad dari team B yang telah menjadi calon bebas dengan lambang kunci.

Sahabat-sahabat semua mungkin sekadar tengok kartun transformer, ninja turtle, tapi saya sudah ikut perkembangan politik semasa ketika itu melalui pembacaan Harakah, Watan dan beberapa akhbar tabloid politik di ketika itu.

Ku Li yang dinobatkan sebagai ketua Angkatan Perpaduan Ummah sebagaimana Anwar hari ini, mendapat inspirasi dari kekalahan parti kongres kepada bharatiya janata party (BJP) untuk mengalahkan kerajaan UMNO baru pada pilihanraya 1990.

Masihkah ingatkah sahabat-sahabat bahawa jikalau tidak kerana tengkolok salib yang dipakai oleh Tengku Razaleigh, tentu PM selepas pilihanraya 1990 adalah Ku Li bukannya Mahathir. Sahabat-sahabat ingat tak lagi siapa MB Kelantan sebelum TG Nik Aziz, MB UMNO namanya Mohamed Yaacob.

Sahabat-sahabat bolehkah ingat tentang Isu Kerpan, di mana tanah-tanah orang kampong di Kedah diambil oleh kerajaan BN Kedah untuk membangunkan ladang ternakan udang dengan joint venture Syarikat Bin laden? Hero isu ini adalah Mat Sabu.

Saya boleh teruskan lagi semua cerita-cerita lain, tapi cukuplah setakat itu dari segi itu.

Saya telah faham dengan hakikat bahawa melaksanakan hukum hudud itu adalah wajib dan menegakkan Negara Islam itu adalah wajib seawal itu. Untuk umat kembali menjadi umat yang kuat seperti mana di zaman kegemilangannya kita harus kembali kepada Islam secara keseluruhan.

Mungkin yang masuk sekolah ugama ketika itu pun tak faham benda-benda seperti itu. Saya tidak katakan semua tidak faham, tetapi anda semua lebih tahu dari saya, cuba tanya balik di tahun 90-95, apakah fikrah anda?

Selain itu, saya kenal mana satu BMB (politik kampus pro UMNO) dan mana satu NADI (politik kampus pro-PAS) sebelum mencecah masuk ke kampus UM.

Masih terang di ingatan saya, Sdr Khairuddin Mohd, Presiden PMUM (Persatuan Mahaiswa Universiti Malaya) 1995, diangkat dan dijulang di TV3. Saya berasa hairan, kenapa TV3 menjulang Presiden PMU yang sedang berdemonstrasi, suatu perkara yang ajaib. Bila diperiksa, barulah diketahui bahawa mereka ini adalah proksi Anwar di kampus dan TV3 sendiri dikuasai oleh Anwar.

Saksi kepada pengetahuan saya tentang politik kampus ini, adalah (bakal) naqib saya sendiri, Ustaz Burhan Che Daud yang saat itu juga mengikuti haluansiswa (sebagai pelajar tahun 1 Akademi Pengajian Islam).

Soalan saya kepadanya sebagai kepastian, yang pegang PMU (Persatuan Mahasiswa Universiti) tahun 1996, siapa? BMB ataupun Nadi. Beliau terkejut kerana soalan itu datang dari seorang pelajar Asasi (pusat Asasi Sains UM) yang sepatutnya tidak tahu apa-apa tentang politik kampus.

Masih segar di ingatan saya, seorang sahabat yang sama-sama bertuisyen dengan saya di Taiping, mengetuai upacara sorakan bagi pihak kolej beliau, di masa yang sama Presiden PMU dari BMB ketika itu (1996) turut menjadi Pembantu Pelajar Kolej berkenaan.

Perkara saya yang membuatkan saya beriltizam membantu NADI adalah apabila sekumpulan pelajara Akademi Islam mengadu mereka dipaksa mencukur janggut oleh pembantu-pembantu pelajar Kolej kedua kepada pimpinan PMUM. Namun balasan dari Presiden PMU ketika itu hanyalah ini masalah masing-masing. Saya melihat betapa lemahnya dan betapa tidak perihatinnya pimpinan PMU yang ada.

Rakan saya, Abdul Rahman masih pekat UMNOnya, di hujung minggu haluansiswa, kami bertukar pendapat tentang politik negara, dan menceritakan kewajipan menegakkan hukum Islam. Beliau tidak percaya dan saya mengusulkan agar dibawa ke pengetahuan Ustaz Burhan. Dalam usrah kami yang pertama, kami terus mengajukan soalan itu.

Sebenarnya, ini sudah langkau silibus, tetapi dijawab oleh ustaz Burhan. Dan saudara Abd Rahman menerima hujah saya dan bermula dari situ beliau menjadi seorang penyokong PAS sebagai seorang manusia yang bebas dan menerima hujah yang berdasarkan ilmu.

Saya sendiri dalam pengenalan pelajar-pelajar Asasi di Kolej Pertama tidak menyembunyikan ideologi politik saya. Begitu juga dengan fikrah ini, saya selesa dengan abang-abang senior JKP Kerohanian dan Etika. Boleh lepak dengan mudah sebab frekuensi kami sama.

Bagi kami, ujian kami yang pertama di Universiti Malaya secara praktikal bagi menegakkan Islam adalah pilihanraya Asasi. Kami tahu bahawa ada terdapat dua pasukan, satu kumpulan senior-senior yang mengikuti usrah diketuai oleh sdr Fauzul Naim, dan sa…tu lagi senior yang berpusat di Kolej Kelapan diketuai oleh Sdr Sattar Hussin.

Benar, sokongan pelajar-pelajar tahun satu diperlukan untuk memastikan Asasi dikuasai oleh kelompok usrah yang pro PMI. Kami melihat ketika itu sokongan kepada pelajar-pelajar usrah semasa merosot, kempen pihak Sattar cukup hebat dan menarik perhatian pelajar-pelajar tahun satu Sains hayat terutamanya. Pihak senior usrah, masuk di saat yang salah dan ramai pelajar hayat ketika itu sudah pun keluar. Kempen mereka tidak sampai ke audiens yang ada.

Pulang dari kolej, saya dan Rahman serta beberapa anak usrah lain tidak puas hati. Kami bertekad, apa-apa pun kami akan pastikan kumpulan A Bulat (grup anak surah) akan menang.

Sdr Rahman memang terkenal sebagai pendebat Malacca High School. Di pagi Jumaat, Sdr Rahman telah berada di hadapan dan berkempen meminta agar grup A bulat ini diberi peluang untuk memegang jawatankuasa di Asasi dan kami menyerahkan handbill-handbill kepada kawan-kawan lain supaya menyokong calon sokongan kami, akhirnya, hanya jawatan Presiden Asasi sahaja dipegang oleh Sdr Sattar, dan lain-lainnya dikuasai oleh grup A bulat. Ini merupakan kejayaan pertama kami dalam politik kampus (sambil tidak menafikan usaha oleh pemain-pemain sebenar di sebalik grup A Bulat).

Kejayaan ini memberikan satu makna besar kepada PMI dan NADI, kerana kemenangan di Asasi memberikan satu isyarat kepada pilihanraya kampus. Benar, telahan naqib kami (selepas Ustaz Burhan), Abang Norhisyam Ismail, PMU telah dikuasai oleh NADI/PMI, BMB yang dipimpin oleh Sdr Fakhrul Razi Ibrahim yang mengetengahkan Sdr S Ramlee sebagai bakal Presiden kecundang.

Semua kerusi umum, tumpas kepada NADI. Sdr Zainul Azizi diangkat sebagai Presiden PMU dr NADI. Ustaz Abu Zaki sebagai mantan Presiden PMI (Persatuan Mahaiswa Islam) ketika itu boleh berasa bangga kerana ground worknya sudah berhasil.

Presiden PMI ketika itu, Ustaz Anwar Ridwan Zakaria (juga naqib kami kemudiannya) membuka lembaran baru pemerintahan PMI dan NADI di kampus Universiti Malaya. Maka, bermulalah era pemerintahan NADI tanpa kalah sehinggalah tahun 2004/2005.

Nadi bertukar nama kepada Gagasan, Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya dan saat ini Pro-Mahasiswa (Pro M)

Usrah-usrah dan tamrin-tamrin yang kami ikuti pada mulanya tidak menampakkan hala tuju ke arah menjadikan PAS sebagai jamaah yang patut kami serahkan jiwa dan raga kami. Atas nama untuk mengajar agama, maka pelajar-pelajar Asasi dan juga fakulti diajak menyert…ai usrah. Masih segar lagi di ingatan kami, tamrin kami yang pertama memang penuh “hiburan” .
Naqib-naqib di Kolej Pertama pun turut mengadakan outing seperti ke Taman Tasik Titiwangsa. Inilah cara bagi mereka mendekati pelajar-pelajar asasi dan juga fakulti.

Namun, semakin lama, nilai ‘hiburan’ itu semakin luput. Mereka yang benar-benar berminat dengan agama dan berdisiplin dalam tarbiyyah sahaja yang akan kekal, yang lain-lain akan lupus ditelan zaman.

Sebelum itu, ada sahabat-sahabat yang keluar 3 hari dengan golongan Tabligh. Ada yang rapat dengan pimpinan ABIM di kampus (untuk yang berada di 2nd College), yng di 4th College mula berjinak dengan JIM. Ada juga sahabat yang dipesan oleh ustazah di sekolah untuk mencari naqib JIM yakni ustaz Alias Osman. Namun, akhirnya mereka masuk ke usrah PAS dan mengikuti bai’ah dengan pimpinan PAS.

Dalam tamrin kedua tidakpun sebelum Tamrin Panjang, anak usrah disuruh memilih jamaah yang benar. Hadith-hadith Nabi dikeluarkan, untuk menyokong bahawa PASlah jamaah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW.

Bagi Rahman dan saya, jemaah mana lagi? Mungkin bagi sahabat-sahabat, ada yg masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ya, sebab dalam borang taaruf dalam Tamrin panjang, ramai yang meletakkan tokoh yang dihormati sebagai Anwar Ibrahim ataupun Tun Mahathir.

Sebenarnya, yang membuatkan kami bersungguh-sungguh untuk menyertai Tamrin panjang (selepas ini dirujuk sebagai TAMPAN) kerana perkara ini dibocorkan oleh salah seorang senior kami (dirahsiakan identitinya) apabila beliau yang sekolej haluansiswa di kolej ketiga dengan saudara Rahman telah memecahkan perkara ini.

Sepatutnya ia adalah rahsia, tetapi kerana sebab tidak mahu Rahman tercicir, maka dibukakan rahsia ini supaya Rahman tidak lari dari gerakan usrah dan tamrin. Rahman pula memberitahu saya tentang adanya TAMPAN iaitu di mana akhirnya terdapat upacara bai’ah walaupun sebelum sampai ke tahap itu, terdapat mental and physical torture walaupun tidaklah sehebat tentera, namun, jikalau diketahui oleh sahabat-sahabat yang lain, nescaya mereka akan lari.

Namun, disebabkan kami benar-benar ingin menyertai PAS, maka ini menyebabkan kami lebih bersemangat utk menyertai usrah dan tamrin. Ini berlaku sebelum peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim sekitar tahun 1997.

Namun, bayang-bayang berakhirnya kuasa hegemoni UMNO sudah kelihatan dengan tumpasnya UMNO di parlimen Arau pada tahun tersebut dengan calon PASnya, Ustaz Hashim Jasin.

Sebenarnya gerakan ‘sirr’ ataupun rahsia ini wujud juga di Asasi tetapi secara longgar. Di antara cuti semester, kami telah menyertai TAMPAN yang dibuat di Taman Melewar. Naqib saya sendiri membawa saya ke sana dengan menaiki motorsikal.

Kami tidak dibenarkan menelefon sesiapa (almaklumlah zaman pra-henfon) dan diminta untuk berbohong tentang lokasi dan program yang kami ikuti kepada ibu bapa. Saya tidak akan menceritakan dengan lebih lanjut kerana kebanyakannya telah dimuatkan dalam nota ini.

Apa yang saya hendak beritakan, bahawa tamrin panjang ini telah menjadikan kami ahli PAS sebenar dengan mengikuti jalan tarbiyyah. Di sini, tiada pengecualian kredit, mereka yang pernah mengikuti modul yang sama di universiti lain ataupun di Kolej Islam Kelang perlu mengikuti semula tarbiyyah UM. Keluar dari TAMPAN, menjadikan kami orang-orang yang semangat dengan perjuangan PAS.

Setelah beberapa ketika, saya berpeluang mengerjakan umrah bersama bapa saya. Kebetulan isu pemecatan Anwar masih hangat. Saya sempat bertemu dengan Datuk Seri Zahid Hamidi yang baru saja dilepaskan dari tahanan ISA dan terus mengerjakan umrah bersama anak kecilnya. Di Tanah suci, saya mendapat gambaran Islam yang berbeza dari apa yg saya temui sepanjang tarbiyyah saya dengan PAS.

Islam tidaklah keras seperti mana yang saya hayati melalui tarbiyyah-tarbiyyah dalam PAS. Saya melihat Tuan Guru Melayu di Masjid Mekah juga tidak menyertai PAS dan mengatakan PAS seharusnya berusaha menghapuskan syirik dan khurafat dahulu. Mungkin beliau tidak mahu audiens lari, kerana menyedari suasana yang marak dengan isu Anwar.

Kembali ke tanah air, saya dibawa menyertai tamrin khusus untuk pimpinan PMI sahaja. Terdapat beberapa insiden yang membuatkan saya terfikir dan saya membuat bandingan di antara suasana di Tanah Suci dan juga apa yang berlaku semasa tamrin tersebut.

Di sini, kepercayaan saya terhadap PAS mula terhakis, walaupun saya sendiri melihat ada beberapa perkara yang mula tidak kena. Kepercayaan kami bahawa PASlah jamaah yang sah, membuatkan kami terus bersama dengan PAS.

Mungkin Rahman lebih awal, tetapi sebelum ini pun kami menyoal tentang beban kerja jamaah yang tidak seimbang apatah lagi kepada pelajar perubatan. Sistem yang dibina tidak menguntungkan pelajar-pelajar di luar Akaedmi Pengajian Islam.

Keraguan ini ada, seperti bola salji yang turun dari gunung yang tinggi. Kami cuba untuk tidak menyoal kerana bimbang ini hanyalah bisikan syaitan.

Jika PAS tidak betul, kami risau pula, silap-silap kami boleh jatuh shahadah kami. Tetapi, hati semakin tidak puas, melihatkan nasib rakan-rakan yang beban akademik semakin berat. Kami tidak berbincang tentang siapa yang akan dapat score A, tapi kami berbincang sapa yang lulus dan siapa yang tidak di bawah pemerhatian dekan.

Itu sebab, saya selalu menggelarkan zaman di kampus sebagai zaman gelap. Alhamdulillah, sebab “tamadun” kami tinggi, kami masih mampu bertahan. Ibarat billionaire, harta ditarah, tidak luak. Tetapi, ramai sahabat-sahabat yang tidak bernasib baik. Dahulu di Asasi, kamilah pusat rujukan ilmu, tetapi di fakulti, kami tidak lagi. Malah, kami terpaksa menadah pula bantuan untuk terus hidup.

Masalah akademik yang meruncing menyebabkan kami perlu bertindak. Ikutkan, kami boleh buat sikap, apa aku kesah. Kami tidaklah bawah pemerhatian dekan, result pun ok berbanding kawan-kawan, tetapi disebabkan kami merasakan Islam tidak zalim, maka kami mula merangka strategi untuk merubah nasib pelajar-pelajar PMI yang bukan ustaz ini.

Mungkin sahabat-sahabat yang membaca ini lebih mengangkat orang-orang yang kurang bersimpati dengan ada sekelian dan memusuhi kami, walaupun sebenarnya kami tidak perlu bersusah payah memikirkan kesusahan kalian walaupun kami ini secara akademiknya, survivor.

Pada mulanya, ada di antara orang-orang yang berpengaruh bersimpati dengan perjuangan kami ini, tetapi disebabkan hasutan, dia mula menyerang rayuan kami. Kami ketika itu sudah menjadi senior, sebaya dengan pimpinan yang ada ketika itu.

Ketika yang sama, saya dilantik menjadi Presiden AKIUM, di sana saya membina utopia saya sendiri, sesuai dengan kesibukan akademik seorang pelajar kejuruteraan. Akademik menjadi keutamaan, Alhamdulillah saya rasa ia menjadi. Di situ, saya cuba membawa imej dengan berpegang jati diri sebagai seorg Muslim sejati, kita akan berjaya.

Semboyan ini berjaya ditanamkan di kalangan ahliahli AKIUM tidak mengira apa fahaman. Namun, kesetiaan kami masih kepada PMI. Secara politik kami masih bersama PMI dan Gagasan. Walaupun begitu, oleh kerana mungkin kurang berguna dari segi politik untuk PMI, kami dipinggirkan. Gerai konvo diletakkan jauh, dan diutamakan gerai anak Kelantan, Sajian Bonda mendapat 2-3 lot di tempat strategik, padahal kami di atas bukit. Yang menentang PMI lebihlah buruk nasibnya.

Melihat beberapa ketidakadilan, kepercayaan terhadap gerakan PAS di kampus semakin luntur, namun, kami tiada jalan melainkan untuk terus bersama dengan mereka. Baragkali, PAS di UM kejam, zalim dan autokratik, tetapi di luar sana, bagus dan merekalah tempat umat untuk mengadu nasib dan cemerlang andai kata mereka memerintah Malaysia.

Semasa menjadi Presiden AKIUM, saya berkenalan dengan Prof Zaki. Dan kisah seterusnya adalah sejarah dan telah dimuatkan di dalam nota Rahman di atas. Cumanya, usrah yang menjadikan prof sebagai naqib kami disetujui oleh Timbalan Presiden PMI dan juga di bawah pengetahuan Ustaz Harun Taib, ketua Dewan Ulamak.

Selepas berkhidmat dengan AKIUM, saya dan beberapa rakan setia, ingin menubuhkan satu rumah bersama untuk membantu pimpinan AKIUM sebagai badan penasihat. Saya sangka semuanya sebulat hati, tetapi salah seorang yang kami rasa yang paling warak dan jujur di kalangan mereka yang ditarbiyyah, berpaling tadah.

Saya dan timbalan saya, Sdr Ahmad Rizal, terpaksa merempat beberapa hari, sehinggalah diselamatkan oleh seorang tutor di kejuruteraan mekanikal untuk bersama menjadi ahli rumah mereka. Bagi saya, jika seorang ahli yang paling baik pun boleh menkhianati janji setia ini, apa sangat dengan orang lain?

Pemecatan Prof Zaki, seorang saya kenal bukan sahaja tidak pernah mengambil loan bank, tetapi juga loan government, membuatkan saya hilang kepercayaan secara total kepada PAS. Namun, yang masih mengikat saya adalah hukum syarak.

Prof Zaki sebelum dipecat sudah dua kali digantung keahlian oleh PAS. Tetapi, beliau masih beriltizam dengan PAS. Dalam pengadilan tersebut, beliau tidak dipanggil untuk bicara.

Saya alhamdulillah telah diberi peluang oleh kerajaan Malaysia untuk menyambung pengajian di peringkat Masters di UK dalam keadaan masih menyokong PAS. Bagaimana saya ‘convert”, diceritakan di dalam nota atas.

Di sini, saya ingin rakan-rakan berfikir bahawa sokongan kami terhadap PAS, bukanlah disebabkan paksaan, tetapi disebabkan oleh kesedaran dan ilmu. Mungkin akan ada yg berkata, bukankah ini flip-flop? Tidak, kerana ia dibuat bersandarkan pengetahuan dan maklumat yang ada.

Dari saat, saya tidak menyokong PAS sehinggalah ke hari ini, tiada dalil syarak yang boleh menggoyahkan pegangan saya dan sdr Rahman. Jika ada sesiapa yang ada dalil, silakan. Saya sudah menanti dari tahun 2003 sehingga sekarang, belum ada lagi, bukan kami menanti seperti tunggul tetapi kami keluar dan mencari.

Lapan tahun, maka dalam tahun ke-8 ini, kemukakanlah dalil bukannya dalih. Jika anda di pihak yang benar, maka saya tidak ada masalah untuk masuk semula ke dalam PAS, tetapi jika tidak ada, hitungkanlah di mana akhirnya kalian di akhirat kelak, setelah hujah ditegakkan.

Janganlah kerana cintakan teh-o, karipap dan bihun kering, anda buang hadith yang sahih untuk kepentingan mata dunia yang sedikit.


Jumaat, 9 Mac 2012

PAS NAK MASUK "LUBANG BIAWAK" JUGA???


‘Anwar’s Apology Tour’ Hanya Untuk Israel
Published by AIDC on March 8, 2012 | 12 Comments


Kawan2 Jews


Kedah69ers – Sejak tarikh memberikan sokongan perlindungan kepada Israel pada 26 Januari lalu, “bakal Perdana Menteri” Anwar Ibrahim masih tidak menarik balik kenyataannya yang diberikan kepada The Wall Street Journals.

Malah, Anwar tidak pun membuat sebarang kenyataan maaf kepada seluruh umat Islam di dunia, khususnya rakyat dan umat Islam di Palestin, walaupun pernah digesa berbuat demikian oleh PAS melalui Nik Aziz Nik Mat.

Sehingga kini, sudah sebulan lebih telah berlalu dari tarikh Anwar mengeluarkan kenyataan tersebut dan Anwar masih buat tidak peduli mengenainya. Anwar seolah-olah tiada perasaan bersalah langsung memberikan sokongan kepada Israel dan kezaliman rejim itu selama ini.

Ini adalah sangat berbeza dengan pendekatan Anwar ketika dia menyelar Israel tidak berapa lama dahulu. Tahun lepas, Anwar sedikit mengecam Israel. Mungkin tindakan itu sekadar melepaskan batuk di tangga dan bertujuan untuk meraih sokongan undi dari rakyat Malaysia.

Namun mengejutkan kenyataan tidak seberapa Anwar terhadap Israel yang dibuat melalui media tempatan itu telah dapat dikesan oleh agen-agen Israel yang juga merupakan rakan-rakan Anwar. Itu telah membuatkan Anwar gelabah dan risau sekiranya sahabat-sahabat Israel “sehidup sematinya” itu marah dan berpaling darinya.

Oleh itu, Anwar bersusah payah membuat “apology tour” mengelilingi dunia untuk bertemu rakan-rakan Yahudi Israelnya bagi tujuan memohon maaf atas “ketelanjurannya” mengecam Zionis Israel sebagai penceroboh dan ghairah menghentam Najib dalam isu APCO dan menuduh kerajaan menggunakan khidmat Yahudi dalam menentukan konsep pentadbiran negara.

Walhal, APCO hanyalah sebuah syarikat perunding yang tidak terlibat langsung dengan Yahudi, jauh sekali Zionis.

Dipercayai bahawa Anwar menggunakan alasan “memancing undi rakyat” untuk mendapatkan kuasa di Malaysia sebelum dia meneruskan agenda Israel di Malaysia.

Antara tokoh Yahudi Zionis Israel dan pemimpin neo-con yang ditemui Anwar dalam “apology tour” tersebut ialah Malcolm Hoenlein Timbalan Pengerusi Eksekutif, Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations dan juga Pengarah Eksekutif, Jewish Community Relations Council of Greater New York.

Selain itu, Anwar juga bertemu dengan Bret Stephens dari Wall Street Journal, seorang penulis pro-Israel yang tegar dan pernah menjadi Editor in Chief di Jerusalem Post dan Carl Gershman seorang pemimpin Yahudi yang merupakan Presiden National Endowment for Democracy (NED), iaitu sebuah organisasi di bawah CIA yang bertanggungjawab mempromosi ‘demokrasi’ ke seluruh dunia dan terlibat secara langsung dalam kemusnahan Iraq dan Afghanistan.

Anwar turut dikatakan menemui Howard Berman, seorang lagi Yahudi zionis di Rayburn House Office Building. Berman adalah seorang Yahudi yang berpengaruh besar dalam Brookings Institute yang ditaja CIA iaitu sebuah organisasi pro-Israel dan terlibat dalam AIPAC (American Israel Public Affairs Committee), pelobi pro-Israel di Amerika.

Selanjutnya, Anwar bersusah payah bertemu pula dengan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika, William Cohen yang merupakan seorang Yahudi dan zionis dan terlibat langsung dalam krisis Timur Tengah serta Daniel Mariaschin, Timbalan Presiden Eksekutif B’nai Brith International iaitu sebuah organisasi Zionis di Amerika yang sebelum itu membuat kenyataan meminta Amerika memboikot Anwar kerana menghentam Yahudi berhubung tuduhan APCO.

Anwar bertemu pula dengan Dr. Jamal Barzinji dan Yakub Mirza iaitu pegawai CIA di dalam Institute of International Islamic Thought (IIIT). IIIT bertanggungjawab menyebarkan fahaman Islam liberal dan juga ekstrimis secara halus dan licik bagi memecahbelahkan umat Islam di seluruh dunia melalui pemimpin-pemimpin tajaan mereka.

Mengapa Anwar sanggup bersusah payah membuat “apology tour” mengadap dan “menyembah-nyembah” Yahudi Zionis tersebut? Sedangkan Anwar langsung tidak mengadakan sebarang “apology tour” meminta maaf kepada para pemimpin Islam dunia yang hebat mengecamnya kerana memihak kepada Israel.

Sikap “double standard” oleh Anwar ini jelas menunjukkan bahawa dia memang pro-Israel dan “menyembah” Zionis tersebut. Saya tidak mampu untuk menghalang cita-cita Anwar untuk berkuasa sebagai PM di negara ini. Namun, saya serahkan kepada seluruh rakyat, khususnya umat Islam di Malaysia untuk memutuskan sama ada ANWAR SESUAI ATAU TIDAK MENJADI PM NEGARA KITA?

Pilihlah dengan iman dan akal, bukan dengan kepala lutut…


Selasa, 28 Februari 2012

PRU13 : TOLAK PAS DENGAN SEKUTUNYA



ADAKAH BENAR PAS SUDAH ROSAK ??? IKUTI TEMUBUAL BERSAMA ABDULLAH SA'MAH !!!

Monday, February 27, 2012




Nama Abdullah Sa‘amah akhir-akhir ini menjadi tumpuan gara-gara keberanian beliau menegur kepimpinan Pas termasuk Mursyidul Am,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang acapkali mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam.Pengasas Pondok Geting,Tumpat, yang menjadi lokasi pengajian ilmu agama dalam kalangan anak muda ini,tidak takut berhadapan kecaman asalkan beliau menyuarakan pandangan bagi memperbetulkan hala tuju Pas yang dilihatnya semakin tersasar daripada landasan asal perjuangannya untuk menegakkan negara Islam.Baru-baru ini, Abdullah dengan lantang menyatakan berdosa memberikan sokongan kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ini kerana,beliau melihat kecelaruan Pas semakin ketara sejak membentuk pakatan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sokongan Pas terhadap Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau dan terbaru, kenyataan menyokong usaha menjamin keselamatan negara haram Israel, tidak boleh diterima sama sekali oleh Abdullah.Dalam pertemuan singkat di pondok beliau baru-baru ini, Abdullah berkongsi pandangannya dalam beberapa isu mengenai Pas dengan
Mingguan.wartawan YULPISMAN ASLI dan MOHD. ZUHARMAN MOHD. NOOR bersama-sama jurugambar, AIZZUL ABDUL MAJID.
“Pas ini adalah sebuah parti politik yang mengaku parti Islam tetapi menjadi jaguh pemecah belah orang Islam dan Islam,” kata Abdullah.

MINGGUAN : Bagaimana ustaz melihat Pas sekarang?

ABDULLAH : Saya melihat Pas akhir-akhir ini bertambah menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Waljamaah. Sedangkan dari awal lagi agama Islam mesti dikemudi oleh Ahli Sunnah Waljamaah.

Terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Pas antaranya menuduh Tuhan samseng, Tuhan mencarut dan sebagainya. Paling teruk, Pas yang dulu kata pakat dengan orang kafir, jadi kafir, kini menjadi jaguh, mewajibkan orang Islam pakat dengan orang kafir. Pas tolong DAP duduk di depan (sampai sumbangan dalam masjid). Dengan pertolongan Pas, kalau DAP dapat majoriti, kita tahu belaka (apa akan jadi kepada orang Islam dan Melayu). Maknanya, Pas terima dan reda DAP jadi Perdana Menteri. Semua ini menyalahi al-Quran dan hadis.Ada ahli Pas yang sembahyang hajat minta pecah perut Perdana Menteri. Memang Pas sudah rosak.

Pas juga jaguh pecah-belah. Ia sebuah parti politik yang mengaku parti Islam tetapi menjadi jaguh pemecah-belah orang Islam dan Islam. Ini sangat bahaya khususnya dalam keadaan orang Islam terumbang-ambing manakala orang lain bertambah-tambah kuat.Sekarang ini Pas sokong orang yang hendak membela Israel. Allahu Akhbar! Sebab itulah saya cakap berdosa kita sokong Pas hari ini.

Berdosa kerana pertama, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menguasai Pas sebagai Mursyidul Am, mengajar orang akidah samseng, maka ini haram. Pas sekarang ini jaguh ‘akidah taksim’, ‘akidah tasbih’ dan syariat ‘alla mazhab’, ‘alla kitab’, ‘alla ulama’ dan ini adalah sesat.Pas juga menyokong orang yang berfahaman pluralisme. Sedangkan tidak ada kelebihan Islam dan orang Islam dalam pluralisme dan liberalisme. Tidak ada dah negara Islam.Jadi wajib kita menolak puak-puak tali barut DAP (yang menentang Islam ini) supaya orang Islam terus kuat.

Bagaimana Ustaz melihat alasan Pas bekerjasama dengan DAP semata-mata untuk menang PRU13?

ABDULLAH : Kalau kerjasama Pas dengan DAP dan PKR, menolong Pas duduk depan seperti UMNO, saya boleh terima.Kalau Pas duduk depan maknanya majoriti kerusi Parlimen dalam tangan Pas dan Pas yang memegang jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti UMNO. Tetapi, kita tengok selepas pilihan raya umum lalu, nampaknya wakil rakyat DAP bertambah-tambah sedangkan wakil rakyat Pas semakin berkurang.

Maksud ustaz kerjasama Pas dengan DAP dan PKR ini lebih menguntungkan orang bukan Islam?

ABDULLAH : Ya, lebih menguntungkan orang bukan Islam dan menghancurkan orang Islam, bukan setakat tak untung, hancur, hancur lebur kita.

Nik Aziz pernah kata sedia menerima Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu asalkan Islam?

ABDULLAH : Kalau Islam walaupun bukan Melayu saya pun terima. Tetapi, adakah DAP Islam? Anwar Ibrahim pula Islam apa? Dengan perangai dia, masalah undang-undang dan isu Israel? Bagi saya, Anwar sudah rosak Islam. Dari segi Islam, tak layak jadi pemimpin. Fahaman pluralisme yang disokongnya juga akan menghancurkan Islam.

Kenapa agaknya pemimpin Pas terus memberi sokongan kepada Anwar?

ABDULLAH : Inilah masalah Pas. Mengikut hukum syariat wajib Pas keluar daripada pakatan. Tetapi Nik Aziz pandai kacau, loyar buruk, dia ratib konon UMNO perjuangkan kebangsaan, UMNO tolak Islam.Kalau Pas tak bersatu dengan UMNO pun, Pas kena undur daripada pakatan. Wajib dari segi agama, ketua parti Pas ini bawa Pas keluar daripada pakatan.

Memandangkan Pas menuduh UMNO memperjuangkan nasionalisme dan bukan Islam,adakah kemungkinan Pas bersatu dengan UMNO?

ABDULLAH : Itu adalah penipuan kepada orang jahil, perjuangan nasionalis ini terbahagi kepada dua. Kalau hanya tertumpu semata-mata semangat nasionalis tak terdidik kepada Islam dan hak orang Islam, itu memang tak boleh sungguh. Nasionalis yang begitu tak boleh, sedangkan UMNO bukan macam itu. Kita dengan Cina, kita 80 (peratus) dia 20 (peratus), hak kita 80 pun kita kikis bagi dia banyak. Lagi pun UMNO memajukan seluruh rakyat memberi hak kepada seluruh rakyat dan UMNO menjaga Islam, bukan menjaga kezaliman. Jadi nasionalis seperti itu Nabi pun suruh, ‘bermula dengan ketua negara Islam itu mesti berbangsa Quraisy.’ Kalau bangsa Quraisy ini dia jaga Islam, kepentingan orang Islam. Ijmak ulama mesti lantik ketua negara Islam ini dari kalangan orang Islam untuk jaga Islam dan orang Islam. Ini bukan soal nasionalisme yang tidak dibolehkan. Ini nasionalis yang terpuji. Maka UMNO melakukan sifat kebangsaan yang terpuji, cuma penipuan Nik Aziz dan orang Pas sahaja salah. Yang sebenarnya dia itu yang berdosa, dia tolong kaum dia walau pun zalim, PR (Pakatan rakyat) dia tolong walaupun hancurkan orang Islam.

Bagaimana pula dengan perubahan dasar Pas daripada Membangun Bersama Islam, Kepimpinan Ulama dan sekarang negara berkebajikan?

ABDULLAH : Pada pandangan saya perubahan itu berlaku kerana tamak dan haloba, semata-mata nak ke Putrajaya. Pas seolah-olah tak sedarkan diri, lupa agama, bangsa, al-Quran dan hadis.

Ramai ahli Pas masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang menyatakan menentang UMNO bukan kerana ia UMNO tetapi kerana UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir dan jahiliah?

ABDULLAH : Dasar UMNO bulat, mempertahankan Islam, jaga orang Islam, kebaikan semua rakyat, bukan untuk orang Melayu sahaja. UMNO adalah perjuangan Islam, cuma tak disebut al-Quran dan hadis sahaja.Dasar Persekutuan itu dasar antara kaum. Kalau UMNO tak memerintah dengan dasar ini, adakah orang Cina boleh bangkit? Orang India boleh bangkit? Atau orang putih (Inggeris) sanggup tolong?

Berbanding UMNO, Pas meletakkan ciri-ciri Islam dalam perkataan. Selain nama parti itu, konsep Pas iaitu Bertani Satu Ibadat nampak dekat dengan agama berbanding konsep kerajaan, Bertani Satu Perniagaan?

ABDULLAH : Nama parti Islam,tak jadi soal.Lagipun, nama UMNO dibawa kepada orang Inggeris, ketika hendak membincangkan kemerdekaan negara. Kalau orang Inggeris dengar nama parti Islam, tentu awal-awal lagi kata tak boleh. Saya lihat ini adalah helah politik darurat. Pengisian UMNO adalah lebih baik daripada Pas kerana ia mengikut ajaran Ahli Sunah Waljamaah.

Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mahu wakil rakyat parti itu berbaiah.Apa komen ustaz?

ABDULLAH : Baiah ini dia tiru Rasulullah yang menyatukan antara orang Ansar dan Khazrij yang menyata setia dan sokong Nabi kerana Allah. Allah sebut dalam al-Quran, “Kalau kamu taat kepada Rasul, seolah-olah kamu taat kepada Allah.” Menunjukkan betulnya hubungan Rasul itu dengan Tuhan.Adapun kita taat kepada Nik Aziz dan Abdul Hadi, maknanya taat kepada Guan Eng. Demo (mereka) kata Guan Eng, Umar Abdul Aziz, itu adalah satu penipuan politik kotor.Jadi, baiah Pas ini sebenarnya mengikut pendapat dan pengajian saya, haram kerana nak tipu rakyat.

Macam di Kedah, kerajaan negeri nak roboh madrasah sedangkan kuil, gereja baru dibenarkan naik belana-lana. Kenapa madrasah yang berusia beratus tahun hendak diruntuhkan, dibuat gedung perniagaan Cina? Maknanya nak tolong Cina, nak tolong DAP kerana sakit hati pada UMNO. Ini orang panggil bodohlah, sakit hati yang merugikan Islam, merugikan orang Islam.

Sejak dulu,Pas membenarkan ahli dan penyokongnya menerima apa sahaja bantuan UMNO tetapi apabila mengundi, pangkah Pas,apa pandangan ustaz?

ABDULLAH : Nampak sangat Pas ini parti ajaran sesat.UMNO tolong kita, pondok dia tolong, sekolah dia tolong, budak sekolah dia tolong, ibu bapa pelajar dia tolong. Jadi, bagaimana orang yang baik ini, kita nak ambil pertolongan dia tetapi tak sokong dia? Ini tak logik, ini betul-betul sifir Israel.

Macam mana perjalanan politik Islam yang sepatutnya?

ABDULLAH : Politik Islam ada dua. Secara ringkas, satu politik Islam yang dalam keadaan tidak ada darurat macam Rasulullah suruh dapat kemenangan; kedua, politik Islam dalam keadaan darurat serupa kita hari ini, begitu juga waktu Nabi di Mekah, itu dalam keadaan lemah dan darurat sehingga sahabat Nabi ada yang dibakar. Ada sahabat yang bertanya macam mana dan Rasulullah bertanya, adakah mereka reda dan mereka jawab tidak, tapi tak tahan dengan seksaan dan sebagainya.Keadaan kita umat Islam sekarang macam itulah, dalam keadaan lemah.Ada antara politik Islam hari ini, Islam juga tapi kita ambil yang secara darurat, ini terpaksa.

Kita kena faham politik darurat. Serupa kita sembahyang, bila kita solat fardu wajib berdiri selagi kita sihat, tapi bila kita sakit dibolehkan tidur (baring), tidur itu adalah kelakuan darurat kerana sakit, bukan asal suruh sembahyang dengan tidur. Serupa kita solat atas perahu, perahu bergerak kalau kita solat berdiri kita boleh jatuh dan mati maka kita boleh duduk. Begitu juga dengan politik, kita kena laksana hukum hudud tetapi bila dalam keadaan darurat banyak yang perlu diambil kira.

Apa nasihat ustaz kepada rakyat Malaysia menjelang PRU13 ini?

ABDULLAH : Saya menasihatkan rakyat Malaysia khususnya orang Islam Melayu supaya sedar. Marilah bersatu dengan memberi sokongan kepada UMNO dan BN kerana Cina dia duduk belakang, dia tidak duduk depan, dia tolong kita, lebih 54 sudah kita duduk depan.

Ringkasnya ini termasuk dalam pakatan darurat terpaksa kerana nak mengaman dan menstabilkan politik, kerana tak nak orang Islam dan orang Melayu hancur, dan hak-hak orang Islam terjamin molek dan orang bukan Islam juga boleh duduk dengan aman sentosa.Jadi, marilah semua rakyat Malaysia khususnya orang Islam dan Melayu buang pakatan,buanglah Nik Aziz,buanglah Pas.

Ustaz bersedia menerima kritikan dan hentaman daripada Pas berikutan pendirian Ustaz ini?

ABDULLAH : Saya sedia menerima 24 jam,kalau nak kritik pun tak apa,kalau main macam ini kena bersikap lelaki, rijal. Tetapi, Pas juga kenalah terima kritikan saya, termasuk yang pedas-pedas. Kita kena tolong agama dan negara kita

Khamis, 23 Februari 2012

PAS ; TERLEPAS JAWATAN PM???

Meletakkan Presiden Pas pada tempatnya



KAIL Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipasang umpan kerusi Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang dan Parlimen Marang sudah mengena. Ikannya besar, bukan sahaja dalam bentuk keputusan muktamad tapi 'sergahan' agar beliau terus menjadi Yang Berhormat dan memimpin Pas.

Nilai pasaran Abdul Hadi yang mengakui sudah terlalu lama menjadi Yang Berhormat, rupa-rupanya masih tinggi. Bukan sekadar pemimpin Pas tetapi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memujuknya bahawa beliau masih diperlukan dalam Pas dan pakatan pembangkang.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah 45 tahun menjadi ADUN adalah orang yang paling tegas menolak tawaran Abdul Hadi. Nik Abdul Aziz, 81, seolah-olah mahu Abdul Hadi mencontohinya yang telah mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Alkisah, penyudahnya Lajnah Politik Pas yang sepantas kilat membincangkan isu itu memutuskan untuk menolak hasrat Abdul Hadi. Presiden Pas berusia 65 tahun ini dalam reaksi segera seakan sudah tertulis dalam skrip, akur dengan keputusan itu.

Pandangan Nik Abdul Aziz bahawa 'perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sehingga akhir hayat' dijadikan asas kepada penolakan hasrat Abdul Hadi itu. Termeterailah keputusan Nik Aziz akan terus bertanding dan menjadi Menteri Besar Kelantan manakala Abdul Hadi terus di Parlimen Marang dan mungkin juga mengekalkan kerusi DUN Rhu Rendang.

Polemik tidak mahu bertanding ini secara langsung telah menaikkan nilai pasaran Abdul Hadi. Imej sebagai seorang pemimpin berakhlak dan bermaruah kerana 'tidak meminta-minta jawatan' dipotretkan sebegitu rupa untuk memastikan Abdul Hadi terus disanjung.

"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh Pas Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini," kata Nik Abdul Aziz memberi mesej bahawa Pas masih memerlukan kepimpinan Abdul Hadi sebagaimana Pas Kelantan masih bergantung kepada beliau.

Jawatan

Memang setakat ini belum terdengar secara terbuka Abdul Hadi mengagung-agungkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri. Beliau mahu dipotretkan sebagai 'orang yang bersifat tawaduk dan berakhlak Islam yang mana jawatan bukan perkara yang direbut tetapi adalah amanah".

Dalam hal ini, beliau dilihat terlalu merendah diri sehinggakan gagal 'menjual' kepimpinan Pas di peringkat nasional. Apakah benar begitu atau memang kepimpinan Abdul Hadi lemah?

"Dari segi kepimpinan dan pentadbiran, Abdul Hadi memang kurang menonjol. Dia lebih berkarisma sebagai seorang ulama," kata seorang pemerhati politik yang rapat dengan Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi.

Dulu semasa menjadi Menteri Besar selama satu penggal, beliau dilihat banyak dibayangi oleh orang kanannya, Datuk Mustafa Ali. Begitu juga sepanjang menjadi Presiden Pas ini, kehadiran beliau tidak begitu dirasai, kecuali dalam ceramah.

"Orang agak gerun untuk berjumpa dengannya. Macam ada jarak, mungkin kerana wajahnya yang serius dan garang," kata pemerhati politik itu lagi.

Dalam kalangan orang Pas, Abdul Hadi bukanlah pemimpin yang selalu mereka hormati. Dakwa mereka, insiden dipinggirkan oleh jentera Pas Kelantan semasa pilihan raya kecil Manik Urai adalah salah satu contohnya.

Malah pernah satu ketika semasa zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Pas ini yang dikaitkan dengan kerajaan perpaduan dilihat berseberangan dengan kem Nik Abdul Aziz.

Saban waktu, orang Pas dan sekutunya masih mengutamakan Nik Abdul Aziz. Dominasi Nik Abdul Aziz begitu ketara dengan 'fatwanya' banyak mencorakkan kepimpinan Pas dan juga pakatan pembangkang.

Mungkin sebab itu, sehingga hari ini apabila ada lontaran bahawa Abdul Hadi adalah calon terbaik Perdana Menteri, tidak ramai pemimpin pakatan pembangkang termasuk daripada Pas memberi reaksi positif.

Selalunya hanya reaksi 'yang penting menang pilihan raya dulu' daripada pemimpin Pas. Yang nampak beria-ia hanya Datuk Dr. Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang kini dipecat atas dakwaan tidak sehaluan lagi dengan perjuangan parti itu.

Dan terbaru, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang secara tegas berterus-terang mahu melihat presiden partinya itu menjadi Perdana Menteri.

"Saya bercita-cita nak lihat beliau jadi Perdana Menteri. Kalau beliau berundur dan tidak bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 maka tidak capai hasrat kita," tegasnya semasa mengulas isu pengunduran Abdul Hadi.

Tapi sayang orang seperti Harun yang diletakkan dalam kelompok ulama umpama harimau tidak bergigi. Sudahlah jarang-jarang mengaum, ngaumannya pula tidak lagi ada getar dan digeruni.

Berbeza sekali dengan rakannya Anwar yang sejak awal mempromosi diri sebagai pemimpin anugerah tuhan. Bahkan, Pas sanggup pula membiarkan diri menanggung segala beban ekoran masalah peribadi Anwar.

Di pentas mana pun - dalam negeri dan luar negara - Anwar bercakap dalam bahasa bahawa beliau akan memimpin Malaysia. Beliau pun berjanji itu dan ini termasuk dalam soal dasar luar negara.

Pernahkah kita mendengar pemimpin Pas yang selalu diangkat sebagai 'bermaruah dan amanah' itu menegur Anwar? Tidak, malah Pas sanggup pula mengorbankan pemimpin mereka yang berani menegur Penasihat PKR itu.

Mengapakah Pas tidak meletakkan penghormatan yang sama ke atas Abdul Hadi? Aneh, Pas tidak mengenakan kayu ukur yang sama ke atas jawatan Perdana Menteri yang kini seakan sudah milik Anwar bahawa 'jawatan tidak boleh direbut tetapi sebagai satu amanah'.

Umpan Abdul Hadi telah mengena. Sudah tiba masanya untuk para pemimpin Pas meletakkan Abdul Hadi bukan sekadar sebagai seorang Presiden berwibawa tetapi juga calon Perdana Menteri yang bakal mengagungkan Islam.

Tetapi sekali lagi, cita-cita dan harapan mengunung Harun itu tidak dikongsi oleh pemimpin Pas lain. Itulah yang dirasai. Jika Anwar boleh mencalonkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri, mengapa tidak orang Pas mengangkat pemimpin mereka sendiri?

Tetapi mungkin benar, cengkaman kelompok Anwarinas dalam Pas begitu kuat, sehinggakan tidak berdaya untuk mengangkat Presiden mereka sendiri sebagai calon Perdana Menteri. Maka, tetap sia-sialah umpan yang dipasang elok oleh Abdul Hadi itu.