Sabtu, 1 Oktober 2011

PAS : PENCACAI BODOH aka SYAITAN BISU???


Pas Diperbodoh… Jadi Syaitan Bisu Biarkan Rakan Pakatannya Hina Hudud


Terkini : Memperjuangkan Komunis?

“Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini, sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama (iaitu Deklarasi Perjanjian Persefahaman 18 Dis) dan Buku Jingga”.

Itulah kenyataan bersama kepimpinan PaLut @ Pakatan Luar Tabi’e yang bermesyuarat selama 3 jam membuat satu keputusan yang cukup jelas : kami faham hasrat TGNA nak laksanakan hudud di Kelantan tapi kami MENOLAKNYA kerana bertentangan dengan dasar PaLut!

Itulah rumusan yang boleh dibuat daripada kenyataan berputar-belit Anwar Ibrahim selepas mesyuarat semalam!

Sebenarnya keputusan mesyuarat kaum PaLut semalam boleh disimpulkan dengan dua perkara yang jelas iaitu:

1. Dengan cara halus lagi licik, sebenarnya mereka menolak perlaksanaan hudud di Kelantan seperti yang dicadangkan TGNA. Kalau kita ambil secara reverse, keputusan semalam bermakna “kalau TGNA masih berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan, bermakna TGNA melanggar Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay!”. Itulah sebenarnya kesan keputusan semalam.

Bermakna mereka menyebelahi pendirian kaum cauvinis biaDAP dan tunduk kepada desakan Karpal dan ugutan Guan Eng! Ini satu tempelak kepada TGNA.
Ini satu penghinaan kepada TGNA; kerana TGNA yang cabar biaDAP keluar Pakatan kalau tidak mahu hudud dilaksanakan di Kelantan, tau-tau Anwar dan kaumnya tunduk dan mengikut telunjuk Karpal, Kitsiang, Guan Eng dan parti cauvinis biaDAP!

2. Tetapi isu yang lebih besar yang perlu umat dan rakyat, khususnya ahli Pas faham ialah Deklarasi Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay sebenarnya secara halus dan licik menolak Islam!

Jelas bahawa dasar kaum PaLut ialah tidak akan menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas & ta’zir) jika Pakatan dapat menjadi Kerajaan!!!

Ini yang perlu orang Pas faham. Sebab itulah Datuk Seri Azizan terpaksa sebut “Kerajaan Pas Kedah tidak akan laksanakan hudud, kerana kita perlu rujuk dan mendapat persetujuan biaDAP dan PKR dahulu”.

Sebab itu Haji Hadi tiba-tiba jadi buta tolak negara Islam kerana “takde dalam Quran”. Kepimpinan Pas telah menjadi “syaitan bisu” bila berdepan dengan isu hudud ini.

Teman cukup yakin ramai dikalangan mereka berharap TGNA akan tutup mulut, sebab akan memecahkan tembelang bahawa mereka sebenarnya sudah bersetuju dengan persekongkolan bersama biaDAP & PKR bahawa Pas tidak akan tubuhkan negara Islam & laksanakan undang-undang Islam.

Sebenarnya, kepimpinan Pas telah menjadi politikus kalkatus yang telah menjual dan menggadai perjuangan Pas untuk menubuhkan Daulah Islammiyyah & melaksanakan undang-undang Islam kerana terpedaya dengan pukauan cahaya mahkota Putrajaya. DAN ramai ahli Pas tidak tahu hakikat dan kebenaran ini!!!

Anwar menyatakan bahawa kaum PaLut tetap dengan dasar mematuhi dan melaksanakan Perjanjian Persefahaman 18 Dis 2009 dan Dasar Buku Jinggay.

Apa yang jelas kedua-dua dokumen tersebut tidak menerima penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan syariat termasuk hudud sebagai dasar kaum PaLut jika memerintah.

Ini yang telah teman sebut banyak kali sejak daripada dahulu lagi, dan menjadi antara sebab akhirnya teman dipecat kerana tidak bersetuju. Kerana pada teman, Perjanjian Persefahaman 18 Dis itu sebenarnya menggadai Islam dengan cara halus, menolak tanpa menyebut; betul-betul cara Yahudi la’natullah!

Dan cukup jelas, selain TGNA, kepimpinan Pas yang lain tunduk kepada kehendak, ugutan dan desakan biaDAP. Ini kerana ramai barisan kepimpinan Pas yang turut hadir dalam mesyuarat 3 jam itu.

Kaum biaDAP pula diwakili oleh juara kafir-harbi la’natullah mereka Kitsiang dan Karpal. Setelah 3 jam berbincang, apa yang jelas ialah kepimpinan Pas yang hadir tunduk kepada ugutan dan tuntutan biaDAP.

Seorang pun tak bersuara mempertahankan cadangan TGNA untuk melaksanakan hudud di Kelantan semasa didalam sidang akhbar tersebut. Kasian TGNA berseorangan nampaknya!
Teman pelik jugak yop, apa agaknya yang hebat sangat kaum cauvinis biaDAP ni sampai Anwar dan kaum Anwarinas begitu takut dengan mereka.

Adakah kerana Karpal “tahu banyak rahsia Anwar”? Jangan lupa Karpal yang mendedahkan kegiatan homoseks dan liwat Anwar dalam Parlimen pada 22.10.1997, siap dengan kata ada bukti lagi.

Jangan lupa mentor Kitsiang & Anak Jantannya iaitu Lee Kuan Yew pernah sebut “Bahagian Keselamatan Singapura mempunyai “bukti teknikal” tentang “kegiatan” Anwar”.

Teman sudah sebut banyak kali, isu-isu ini boleh diguna oleh mereka yang berkenaan untuk mengugut dan menekan Anwar Ibrahim apabila ada keperluan.

Cuba bayang baru berapa hari lepas Anwar buat kenyataan konon menyokong hudud, tau-tau dalam kenyataan semalam langsung dia tak berani sebut dia menyokong TGNA untuk melaksanakan hudud!

Apapun, pada teman, keputusan kaum PaLut saperti yang dinyatakan oleh Anwar semalam jelas satu penghinaan besar kepada Kerajaan TGNA, dan kepada peribadi TGNA sendiri. Kerana TGNA sendiri yang mencabar Karpal & kaum biaDAP untuk keluar Pakatan Luar Tabi’e ini jika tidak setuju dengan kehendak TGNA untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Karpal & kaum cauvinis biaDAP menjawab TGNA sudah nyanyuk (kerana lupa Perjanjian Persefahaman 18 Dis), seorang tua yang merengek mahukan perhatian (macam kata Azmin Ali kepada Mustafa Ali dulu), dan anak jantan Kitsiang siap ugut nak keluar PaLut jika TGNA teruskan hasrat.

Akhirnya mereka tolak perlaksanaan hudud di Kelantan sebagai tidak termasuk dalam dasar kaum PaLut. Ini sudah tentu memalukan TGNA, kerana TGNA dah cabar biaDAP keluar kalau tak mahu hudud. Alih-alih TGNA yang dihina sekarang!

Pada teman, jalan paling terhormat untuk TGNA sekarang ialah mengeluarkan fatwa supaya Pas hendaklah keluar daripada Pakatan dan bergerak sendirian. Atau kalau Pas sendiri masih tunduk kepada desakan dan kehendak biaDAP, maka sangat wajar TGNA membawa Kerajaan Pas Kelantan keluar daripada Pakatan dan bergerak sendirian. Inilah jalan paling selamat bagi TGNA.

TGNA sudah tentu tahu bahawa yang nak menjawab dengan ALLAH nanti ialah beliau sendiri. Masa tu Haji Hadi tak boleh tolong, Mustafa Ali tak boleh bantu, Mat Sabu entah kemana masa tu, Anwar mungkin sibuk bersilat dengan malaikat nak mintak tangguh, Karpal, Kitsiang & Guan Eng entah ke tengah kena rebus dah!

Dan kalau TGNA ikhlas mahu melaksanakan hudud, qisas & ta’zir di Kelantan, teman akan menjadi orang pertama menyokong TGNA dan akan membantu sedaya upaya supaya impian TGNA itu tercapai.

It’s better die trying, rather then living with nothing!

Zulkifli Nordin (zul4kulim.blogspot.com)








Jumaat, 30 September 2011

HUDUD ISLAM VS HUDUD PAS : PAS TERLUPA IA PENCACAI???

Elak hukum hudud dipolitikkan kerana ‘kegilaan kuasa’ memerintah
Oleh Aziz Jamaludin Mhd Tahir

Istana Kehakiman Untuk Hudud?

TITAH Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah agar semua pihak tidak mengkompromikan kedudukan Islam dan Melayu sebagaimana dipersetujui oleh semua kaum yang menjadi teras Perlembagaan adalah hakikat yang perlu dipatuhi bagi menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara.

Semua pihak tidak seharusnya menggunakan sebarang alasan, muslihat dan matlamat bagi mencapai sesuatu kepentingan, kerana ia boleh mengundang konflik kaum menjadi serius dan sengketa berdarah pada masa depan.

Pengalaman sejarah membuktikan, akibat terlalu ingin membuktikan mempunyai pengaruh yang kuat, maka tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Peristiwa hitam itu adalah satu natijah yang sudah diterima umum adanya masalah dalam hubungan kaum.

Hari ini, perjuangan sedemikian turut disambut oleh sebuah lagi parti politik yang merupakan serpihan daripada UMNO dengan mengarahkan falsafah perjuangan dalam bentuk sosialisme-pluralisme di mana setiap orang mempunyai hak sama tanpa mempedulikan nilai dan budaya yang menjadi asas kontrak sosial.

Persoalan itu akhirnya telah menjerat kepada political bashing yang keterlaluan sehingga orang Melayu-Islam yang cuba mempertahankan haknya dilihat sebagai rasis manakala bukan Melayu yang cuba menimbulkan aspirasinya dilihat sebagai sesuatu yang wajar dan patut.

Dikotomi politik itu terus menerus bergeser sehingga boleh memberikan gambaran bahawa negara ini sentiasa berkonflik dan panas, ada gerakan memecahbelahkan usaha menyatukan perpaduan ummah kepada beberapa kumpulan yang lebih kecil.

Keadaan ini seolah-olah memberikan natijah bahawa orang Melayu-Islam sudah terbahagi kepada lima kumpulan yang lebih kecil, dan dari segi politik boleh dilihat berasaskan tiga fraksi, pro-UMNO, pro-Pas, pro-PKR, nonpartisan dan tidak peduli.

Mencabar undang-undang adalah satu bentuk propaganda yang telah memberikan warna pengaruh parti politik pembangkang, termasuk mengisytiharkan setiap dakwaan yang dikenakan sebagai satu pembohongan, berkepentingan politik dan seterusnya suatu konspirasi.

Pembangkang di Malaysia turut menggunakan strategi itu dalam setiap kempen politiknya termasuk menganggap bahawa kegagalan melaksanakan hukum hudud di Kelantan selepas diluluskan pada 1993 dan di Terengganu pada 2002 sebagai sabotaj dari Barisan Nasional yang menguasai Kerajaan Persekutuan. Pas tidak melihat penolakan peraturan itu kerana banyak kelemahan terkandung di dalamnya, kerana ia dilakukan atas matlamat politik dan bukannya mencari keadilan.

Dalam menetapkan sesuatu peraturan, khususnya mengenai agama di negara ini, ia perlu dilihat dari sudut perundangan terlebih dahulu kerana setiap perkara ada peraturan-peraturannya. Pertama sekali ia perlu dilihat dari sudut Perlembagaan Malaysia. Keadilan bukan sahaja terletak pada undang-undang tetapi keadilan yang dimaksudkan ada hubung kaitnya dengan pelaksanaan undang-undang itu sendiri.

Keadilan juga boleh dipertikaikan jika prosedurnya tidak adil, keterangan yang diberikan bercanggah dan penyiasatan tidak lengkap. Undang-undang tetap dianggap tidak adil jika cara melaksanakannya tidak dijalankan seadil-adilnya. Umpamanya dalam menjatuhkan hukuman rejam. Sebelum hukuman dijatuhkan, ia perlu diadili dengan sebaik-baiknya.

Kita menyokong niat baik mereka untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah keislaman, tidak hanya menggunakan undang-undang yang dikatakan Islam sahaja.

Untuk mencapai keadilan yang diharapkan bukanlah mudah kerana ia perlu kepada pelaksanaan yang betul. Prosedur, keterangan-keterangan serta penyiasatan semuanya mesti betul.

Ia bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dengan mudah. Contohnya hukum hudud seperti yang pernah dikemukakan oleh kerajaan Pas Kelantan yang dikatakan tidak dapat memberi keadilan. Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan dikatakan tidak mencerminkan hukum syarak yang sebenar. Dilema yang ada ialah dari segi perundangannya.

Selain, Kanun Jenayah Syariah II 1993, Kelantan juga mempunyai Kanun Jenayah Syariah 1985 yang memperuntukkan beberapa kesalahan sama dalam undang-undang yang lama dan baru. Keadaan ini menimbulkan kekeliruan kerana kerajaan Kelantan membenarkan kedua-dua bentuk hukuman jenayah syariah ini kerana kedua-duanya kekal sebagai undang-undang.

Contohnya, adakah orang yang disabitkan dengan kesalahan dalam undang-undang pertama juga boleh dihukum berdasarkan undang-undang kedua? Selain itu, jika terdapat undang-undang baru, adakah undang-undang yang lama akan terbatal?

Dari segi perundangan juga, undang-undang bagi jenis-jenis kesalahan dan bentuk hududnya 
sudah terkandung dalam Kanun Keseksaan. Contohnya, melakukan pembunuhan atau kesalahan dalam melakukan kecederaan. Ia menimbulkan masalah kerana hanya satu kesalahan, tetapi terdapat dua atau tiga undang-undang bagi kesalahan sama.

Keadaan ini menimbulkan kesulitan kerana mengikut undang-undang negara, mencuri merupakan satu kesalahan. Kerajaan Kelantan turut membuat undang-undang sama bagi kesalahan mencuri. Kebiasaannya, hanya satu pemakaian undang-undang bagi sesebuah negara. Persoalannya, adakah seseorang yang didakwa berdasarkan hukum hudud boleh terlepas daripada Kanun Keseksaan? Persoalan inilah yang perlu dijelaskan.

Keindahan dan keistimewaan undang-undang Islam akan dapat dinikmati apabila tertib keutamaan maslahah seperti memelihara keperluan asasi, memelihara kepentingan manusia dalam keperluan sampingan dan memelihara keselesaan dan keharmonian hidup, dijadikan ukuran untuk menggubal undang-undang yang bertepatan dengan roh syariah yang menegakkan keadilan.

Dari segi ruang lingkupnya pula, maslahah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kepentingan awam (maslahah ‘ammah), kepentingan orang kebanyakan (maslahah ‘aghlabiyyah) dan kepentingan orang perseorangan (maslahah khassah). Keutamaan maslahah ini harus dipelihara mengikut yang sewajarnya dalam pembinaan hukum dari semasa ke semasa.

Tegasnya undang-undang yang didasarkan kepada kepentingan atau maslahah yang kebelakangan, tetapi bercanggah dengan kepentingan dan maslahah yang lebih utama bukanlah undang-undang Islamik kerana tidak dapat mencapai matlamat dikehendaki oleh syariat Islam.

Dalam menginterpretasikan hukum hudud, kita sebenarnya harus memisahkan antara Hukum Hudud yang digariskan oleh al-Qur‘an dan Hadis, dengan hukum hudud yang digubal oleh yang mempunyai kepentingan politik semata-mata.

Setiap orang Islam tidak menentang Hukum Hudud yang sebenar, tetapi yang ditentang sekarang ialah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa untuk memerintah.

PENULIS ialah Yang Dipertua Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Khamis, 22 September 2011

PAS : PENIPU AKHLAK & SIASAH/SAHSIAH








Pas Dan Mat Sabu Sedang Tipu Tuhan…



Secara jujur penulis meramalkan Pas akan terus menerima dugaan dan ujian dari tuhan terhadap perjuangannya dalam menegakkan Islam seperti yang sering dilaungkan.

Secara jujur juga penulis menjangka bahawa Pas akan terus tersepit dan terbelit selama mana Pas terus gagal mengutamakan perjuangan Islam melebihi kepentingan politik.

Satu demi satu peristiwa yang berlaku sedang menghambat Pas ke tebing. Ironinya, tiada sesiapa yang mencipta isu dan peristiwa ini, melainkan Pas lah yang menciptanya sendiri.

Jika baik hasilnya nanti maka Pas lah yang bertanggungjawab melakukannya, tetapi jika terjatuh ke lubang kubur ia juga adalah disebabkan Pas sendiri yang menggali lubangnya. Tiada siapa-siapa yang bersalah di dalam hal ini.

Siapa yang pernah terfikir Pas akan menggugurkan perjuangan menegakkan hukum Hudud ciptaannya sendiri?

Siapa yang terfikir bahawa satu hari minyak boleh bercampur dengan air? Hari ini Pas dan DAP sudah bersekutu dan bersekedudukan secara intim.

Siapa boleh terfikir bahawa suatu hari Pas boleh mengiktiraf perjuangan DAP yang jelas menentang dasar perjuangan Pas sehingga sanggup melangkah mayat?

Lebih memeranjatkan, Pas bukan saja mengiktiraf DAP, malah Pas telah mengiktiraf perjuangan komunis hanya disebabkan ada nama-nama Melayu Islam yang menganggotainya.

Hanya kerana ada nama Melayu Islam seperti Mat Indera yang menentang British di dalam PKM sudah cukup bagi Pas untuk menterbalikkan sejarah dengan menukar status Dato Onn dan Tunku Abd Rahman dari seorang negarawan dan pejuang bangsa dan kemerdekaan kepada pengkhianat negara!

Hanya kerana ada nama Melayu Islam seperti Mat Indera yang menentang British di dalam PKM sudah cukup bagi Pas untuk menterbalikkan sejarah dengan menukar status Dato Onn dan Tunku Abd Rahman dari seorang negarawan dan pejuang bangsa dan kemerdekaan kepada pengkhianat negara!

Demi untuk menukar label UMNO dari parti yang diiktiraf sebagai parti yang bertanggungjawab membebaskan negara dari penjajah, Mat Sabu sanggup berkalau-kalau dari mengakui hakikat yang benar-benar telah terjadi dan terpahat dalam sejarah.

Hakikat sebenar yang telah berlaku ialah, negara ini merdeka hasil dari kesinambungan perjuangan Dato Onn dan Tunku Abd Rahman melalui UMNO dan gabungan parti MIC dan MCA.

Itu hakikat yang telah termaktub dalam sejarah. Itulah takdir yang ditetapkan oleh Allah swt terhadap jalan kemerdekaan yang telah berlaku terhadap tanah air ini.

Di mana ilmu, iman dan pengakuan Mat Sabu kepada Allah, apabila diacuba berkalau dengan andaian-andaian yang tidak mungkin lagi terjadi.

Statistik dan analisa apa yang digunapakai oleh Mat Sabu yang berhujah mengatakan Dr Burhanuddin Helmi akan mengatasi Tunku Abd Rahman jika dibuat referandum rakyat.

Apakah rakyat negara ini sudah begitu bodoh untuk mempercayai teori berkalau dan andaian Mat Sabu yang cuba menafikan takdir tuhan sebagai mana yang telah terjadi?

Kenapa sampai begini jadinya Pas?

Apa yang menyebabkan Pas seperti sudah hilang hidayat dan petunjuk tuhan?

Apakah tuhan sudah menarik segala hidayat dan ilmu pengetahuan yang hak dari jiwa dan minda para pemimpin Pas sehingga mereka sudah tidak dapat membezakan antara takdir dan andaian dan antara yang hak dan yang batil?

Jika Pas itu kita andaikan sebagai al-Quran,cuba kita bayangkan apa nasib yang sedang menimpa kitab suci itu sekarang ini?

Sanggupkah kita lihat jika ada manusia yang menjadikan helaian kitab suci ini sebagai bungkusan nasi lemak?

Sanggupkah kita lihat jika ada manusia yang menjadikan helaian kitab suci ini sebagai alas tempat duduk? Sanggupkah kita lihat ada manusia yang memijak kitab suci ini di depan mata?

Inilah yang sedang terjadi kepada Pas dan perjuangan Islamnya. Menjadi mangsa kepada keadaan yang berlaku.

Tersepit di atas kehendak hukum dan realiti politik demokrasi. Terjerat dengan permainan halus DAP. Terkhilaf di atas kelicikan Anwar Ibrahim memainkan propaganda dan psywar mahu mengambil-alih kuasa pemerintahan.

Sebuah kitab dan helaian perjuangan yang selama ini difatwakannya sebagai suci dan merupakan amanah dari tuhan telah menjadi mangsa korban agenda permainan politik sulit musuh Islam dan musuh tanah air.

Perjuangan Islam Pas secara teknikalnya sudah terkubur di dalam lubang yang mereka gali sendiri.

Demi keserakahan kepada kuasa yang sudah tidak dapat dikawal, Pas semakin hari sudah semakin hilang pedoman.

Dalam keadaan terbujur di dalam kubur yang digali sendiri, Pas masih mahu mengalihkan isu dengan mengatakan UMNO lah yang bertanggungjawab menggali kubur ini sehingga menyebabkan Pas tertimbus di dalamnya.

Siapakah yang MAT Sabu dan Pas sedang tipu sebenarnya?


Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com)