Rabu, 15 Jun 2011

PAS : BERKORBAN ATAU DIKORBAN???

Pas 'berkorban' demi kuasa
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my



ADALAH sesuatu yang melucukan apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat ulasan kononnya UMNO tidak nyenyak tidur kerana bimbang terhadap Pas.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) sudah lama melaksanakan negara berkebajikan.

Hakikatnya, Pas yang sebenarnya tidak nyenyak tidur memandangkan tindakan mengubah laluan bahtera politik mereka dari negara Islam ke negara berkebajikan mula mendapat kritikan ramai.

Kritikan itu bukan sahaja datang daripada penyokong UMNO dan BN malahan di dalam Pas sendiri sudah wujud perasaan tidak puas hati berikutan tindakan Pas yang kini dilihat sanggup mengorbankan segala-galanya demi mencari kuasa politik bersama sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Walaupun Nik Abdul Aziz cuba berhujah bahawa konsep negara berkebajikan adalah sebahagian intipati yang terdapat negara Islam tetapi semua itu boleh dianggap hujah politik sahaja atau lebih tepat lagi ke arah matlamat menghalalkan cara.

Pertemuan penulis dengan beberapa pemimpin muda Pas selepas Muktamar Tahunan Pas Ke-57 parti itu baru-baru ini telah memberikan pemahaman kepada penulis kenapa Pas terpaksa korbankan perjuangan negara Islamnya.

Berikut catatan daripada apa yang mereka ceritakan mengenai senario perubahan dasar politik Pas:

Pas yang sejak berpuluh-puluh tahun lalu mempertahankan perjuangan Islam akhirnya luntur semangat mereka semata-mata mahu mengejar tampuk kekuasaan.

Kejayaan agak cemerlang yang dicapai oleh pembangkang dalam pilihan raya umum lalu telah membangkitkan keghairahan Pas untuk terus bersama-sama PKR dan DAP untuk menumbangkan BN.

Tetapi untuk berada satu bahtera dengan kedua-dua parti itu bagi menuju ke Putrajaya, Pas tidak boleh berada di bahtera berasingan, mahu tidak mahu Pas perlu mengikut rentak PKR dan DAP.

Namun begitu yang menjadi halangan utama kepada Pas ialah dasar perjuangan Islamnya yang dikatakan menimbulkan perasaan tidak selesa terutamanya kepada DAP.

Jika Pas terus bertegas dengan dasar Islam maka selagi itulah pakatan pembangkang dilihat mempunyai ideologi berbeza dan tidak mungkin dapat bersatu kerana perbezaan berkenaan.
Justeru Pas berusaha menutup isu perbezaan ini dengan menukar arah tuju perjuangannya bagi membolehkan ia serasi dengan PKR dan DAP.

Pada mulanya Pas berusaha untuk mentarbiyahkan kedua-dua parti berkenaan supaya menerima dasar Islam yang mereka perjuangkan.

Namun kedua-dua parti itu enggan tunduk sehingga memaksa Pas mengalah kerana pilihan yang mereka ada ialah teruskan dasar perjuangan Islam atau tinggalkan pakatan pembangkang.

Pas amat memahami bahawa mereka tidaklah mempunyai kekuatan politik jika bersendirian tanpa sokongan PKR dan DAP.

Walaupun sejarah politik negara membuktikan bahawa Pas bukanlah calang-calang parti tetapi keyakinan itu semakin luntur akibat diresapi dengan keterujaan untuk menguasai Putrajaya.

Pas dipengaruhi oleh PKR dan DAP bahawa kononnya BN kini berada dalam keadaan 'nazak' dan gelombang perubahan yang dikatakan melanda negara-negara di Asia Barat akan turut 'menghempas' bumi Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang.

Oleh itu Pas tidak mahu ketinggalan bahtera yang dikemudikan oleh DAP dan dinakhodakan PKR, maka mereka bersedia bersama-sama biarpun hanya menjadi penumpang di pelantar paling bawah atau lebih tepat lagi anak kapal yang hanya mengikut perintah sahaja.

Bagi Pas, soal kedudukan tidak penting, soal dasar perjuangan sudah tidak perlu difikirkan, apa yang lebih utama ialah menawan Putrajaya dan menumbangkan kerajaan BN.

Keghairahan Pas ini yang diibaratkan seperti kelompok yang begitu dahagakan kuasa telah diambil kesempatan oleh PKR dan DAP untuk menekan Pas supaya meninggalkan dasar perjuangan Islamnya.

Maka akhirnya wujudlah apa yang dipanggil konsep negara berkebajikan, satu konsep yang pernah dilaung-laungkan pada tahun 2008 tetapi langsung tidak dilaksanakan di negeri yang dikuasai oleh Pas sama ada di Kelantan mahupun Kedah.

Tindakan Pas meninggalkan perjuangan negara Islamnya telah memungkinkan parti itu dilihat sebagai kelompok yang paling tidak konsisten dalam perjuangan politiknya.

Malahan Pas kini dilihat parti yang paling rugi kerana terpaksa mengorbankan ideologi perjuangannya semata-mata tunduk kepada tekanan merebut kuasa yang diuar-uarkan oleh PKR dan DAP.

Ketika kedua-dua parti itu sejak 2008 terus konsisten dengan dasar mereka, Pas pula semakin bercelaru dan sudah tidak mempunyai hala tuju lagi, selain mengikut sahaja ke mana yang akan dibawa oleh PKR dan DAP.

Demikianlah catatan perbualan penulis dengan pemimpin-pemimpin muda Pas berkenaan yang jelas menampakkan kekecewaan mereka terhadap perubahan hala tuju bahtera perjuangan Pas.

Walaupun Pas sering menuding jari mengatakan bahtera UMNO semakin bocor dan akan tenggelam tetapi pada pandangan pemimpin-pemimpin muda berkenaan sekurang-kurangnya UMNO tidak menggadaikan prinsip perjuangannya demi mengejar kuasa.

''UMNO dominan dalam BN, malahan berbanding parti komponen lain UMNO jauh lebih kukuh dan sedang memperbaiki kelemahan berikutan apa yang berlaku pada pilihan raya umum lalu.
''Tetapi bagaimana dengan Pas? Pas tidak berbuat apa-apa selain terus teruja hendak merebut kuasa dan apa pun yang Pas rancang sekarang bukannya memperbaiki kelemahan parti tetapi semata-mata hendak nampak serasi dengan PKR dan DAP,'' kata salah seorang daripada pemimpin muda Pas berkenaan.

Sememangnya pemimpin-pemimpin Pas boleh berhujah apa sahaja bagi menghalalkan tindakan mereka menuju matlamat negara berkebajikan dan ia mungkin akan diterima oleh pengikut-pengikut tegar mereka.

Namun bagi rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang boleh berfikir dan membuat penilaian mereka sudah pasti mengetahui betapa hebatnya Pas berusaha untuk mengejar kuasa sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya termasuk perjuangan Islamnya.

Apa yang lebih malang dalam keghairahan itu Pas terlupa bahawa mereka bukanlah parti utama di dalam pembangkang tetapi dulu, kini dan selamanya akan hanya menjadi pak turut kepada PKR dan DAP.

Berdasarkan hakikat itu kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa, ''Sekarang Pas sudah sampai titik sama dengan dengan UMNO. Kita akan potong dan lintas dia.'' - hanyalah impian semata-mata.


Khamis, 9 Jun 2011

AHLI PAS SEPERTI PUNGGOK




Di Dada Karpal Si Kafir Harbi DAP Ada Bulan… Sedarlah Pas Sudah Jauh Terpesong!




Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat pada konvensyen pakatan pembangkang dengan bangga mengumumkan ‘di dada Karpal Singh ada bulan’.

Meloyakan, Karpal Singh si kafir harbi laknatullah, penentang tegar hukum Allah diangkat martabatnya oleh Nik Aziz sebagai orang yang di dadanya ada bulan… merujuk kepada lambang Pas itu.

Difikir-fikirkan secara bijaksana dan tanpa emosi, ada kebenarannya apa yang Nik Aziz umumkan. Pas bukan parti Islam, Pas parti politik orang bulan! Bulan dan Nik Aziz sinonim dengan Pas. Pas hanya membawa politik tetapi bukan kebenaran.

Karpal terima fahaman dan bulan Pas. Di dada Karpal ada bulan kerana Pas apabila bersekongkol dan naik roket DAP, menolak Islam secara realiti. Pas pada DAP hanya memakai baju Islam sahaja.

Di dada Karpal ada bulan kerana DAP gembira, Pas redho dikurangkan peruntukan masjid dan ditambah peruntukan membina rumah berhala. Pas redho supaya umat Islam dinafikan hak

Karpal tak terima undang-undang Islam dan kerana Pas pun tak terima undang-undang Islam, maka Karpal pun terimalah Pas!

Sedar dan Insaflah. Telah cukup lama pemimpin-pemimpin Pas menyesatkan umat Islam di Malaysia.

Mengadaikan maruah agama, bangsa dan tanahair demi kepentingan politik mereka. Pas meneruskan tradisi berjuang dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam.

Pas berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam. Apabila mereka menang, mereka riak dan angkuh.

Jika menang, SPR betul tetapi jika kalah, SPR salah. ‘Pengundi hantu’ menjadi alasan puaka-puaka dalam Pas, PKR dan DAP.

Bagi Pas, yang benar hanyalah Pas dan pembangkang.

Allah hanya menerima Pas sahaja dan ahli Pas dan pemimpin Pas bakal ditempatkan di syurga. Bunyi semacam ajaran kerajaan langit ‘Ayah Pin’!

Temberang dulu, syariat Islam cerita lain! Kata-kata pemimpin mereka hanya retorik dan berkepentingan sahaja.

Karpal dan DAP sudah cukup masak dengan Pas. Biarlah Nik Aziz kata ada bulan di dada Karpal. Tak apa. Tak ada masalah!

Roket DAP tahu bulan Pas adalah parti politik semata-mata.

Bukankah Hadi Awang kata Pas sekarang bukan perjuangkan hudud lagi.

Azizan Razak kata tiada hukum Islam di Kedah.

Nik Aziz berkata tiada juga hukum Islam di Kelantan.

Waktu UMNO memerintah mereka kata UMNO menentang hukum Allah.

Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum Allah.

Pemimpin UMNO tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan diwujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha ke arah itu.

Tetapi Pas terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto.

Pas terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menentang hukum Hudud.

Apa akan jadi agaknya kalau bulan, roket dicucuk oleh parti bulan pecah dan koyak rabak menjadi pemerintah kita?

Nauzubillahmin zalik!. Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Sedarlah Pas bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung di sebalik parti politik.

Jika Pas bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia.

Kumpulan mereka meletakan syurga di bawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya di akhirat kelak.

Mereka memegang tiket ke syurga. Maka berebut-rebutlah puak-puak yang mahu cepat ke syurga menyertai Pas. Tawaran yang cukup lumayan, boleh memaki, mencarut, meliwat, berkhalwat, berzina, rasuah dan buat apa sahaja yang bertentangan dengan budaya songsang tetapi tetap dijamin syurga dan Nik Aziz akan ampun dosa!.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada.

Kepada penyokong Pas yang menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin Pas, TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam gerombolan rakyat.

Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru Pas yang berkepentingan.

Mengkhianati rakyat berlaku apabila Pas meninggalkan perjuangan Islam demi perkongsian kuasa yang menguntungkan DAP! Benarlah ada bulan di dada Karpal!

Aiman Anwar
Kuala Lumpur


Rabu, 8 Jun 2011

HADI JADI PENCACAI ANWAR???





Selasa, 07 Jun 2011 09:35
ABDULLAH ABDULLAH



PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beria-ria benar membela Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin PKR, dalam kes kesaksian kesalahan zina.
Kata Abdul Hadi seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia:
''Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh dijadikan saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga. Kalau kes khalwat dengan wanita dan lelaki, ada saksi dia, dan yang boleh selesaikan kes ini adalah Syari'at Islam". Jelaslah Abdul Hadi terlalu naïf.
Kata Imam al-Ghazzaliyy: Tengok aktiviti dan keadaan (ahwal), baca tulisan (aqwal ), maka anda akan kenal mereka.
Abdul Hadi yang membela Anwar secara membabi buta dan bersungguh-sungguh ini tidak mengenali Anwar yang sebenar walaupun Abdul Hadi pernah aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), ketika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjadi Presiden dan intim dalam pakatan pembangkang.
Sebagai pemimpin politik, Abdul Hadi sepatutnya wajib mengenali dan mendalami pemikiran semua pihak sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial, apatah lagi dalam hal-hal yang menyangkut agama.
Dalam kes video lucah yang dikatakan membabitkan Anwar itu, Abdul Hadi mahukan empat saksi seperti yang disebut dalam al-Quran. Ini adalah wajar.
Tetapi saya ingin menyoal, ''Pernahkah Abdul Hadi bertanya kepada Anwar tentang pendiriannya mengenai keperluan kepada empat saksi dalam kes zina?
''Atau pernahkah Abdul Hadi, membaca sebuah buku terbitan MEGC-IKD yang bertajuk: 'Hukum Barat Pun Islam', yang diterbitkan pada tahun 2006 itu?.''
Untuk rekod, MEGC adalah sekutu rapat IKD yang ditubuhkan oleh Anwar sebagai badan pemikirnya pada tahun 80-an .
Bagi memudahkan Abdul Hadi ( dan juga orang lain) saya perturunkan sebahagian petikan dalam muka surat 30 buku tersebut iaitu, antara lain mencatatkan;
''Ambil jenayah zina sebagai analisa ( sebenarnya analisis) dalam surah al-Nisa' (4:15), Allah menetapkan empat orang saksi bagi perbuatan jenayah zina sebagai beban pembuktian.
''Darjah pembuktian sebegini memerlukan prosedur yang teliti sebelum dapat dilaksanakan dengan berkesan. Apakah beban pembuktian moden tidak diambil kira keberkesanannya dalam pembuktian?
''Dengan masyarakat membangun bersama ilmu dan teknologi, sudah terbukti banyak kes dapat diselesaikan dengan licin tanpa merujuk kepada kuantiti saksi tertentu.''
Apa pendapat Abdul Hadi berhubung pandangan tersebut? Pemikir Anwar sendiri mahu bukti daripada bahan pembuktian moden.
Berdasarkan kepada kenyataan dan pegangan serta kehendak kumpulan ini, seperti dalam petikan di atas, maka DNA dan rakaman video adalah sah sebagai pembuktian dalam kes jenayah seperti liwat dan zina di mahkamah sivil dan syariah.
Namun dalam kes-kes terpilih yang melibatkan pihak pembangkang, mereka tidak mahu pula kepada bukti-bukti saintifik ini dan berkeras mahu kepada empat saksi yang adil dalam kes zina.
Satu contoh lain ialah terlalu amat pelik bila mana mereka mahu kepada hukum qazaf akan tetapi menolak hukum meminum khamar (arak), pada hal kedua-duanya melibatkan hukuman rotan.
Di mana pendirian mereka dan anda yang sebenar, ia kerana pada satu keadaan mereka menolak hukum Islam tetapi dalam keadaan tertentu mahu pula hukum Islam apabila ia dilihat dapat memenuhi kepentingan diri. Inikah makna maqosid syariah?
Apa yang dipaparkan dalam buku keluaran MEGC-IKD jelas mencerminkan pendirian kumpulan Anwar melalui IKD yang menjadi badan pemikirnya, yang mahu bukti ilmiah dan saintifik boleh dijadikan bahan bukti dalam kes zina di mahkamah.
Sebaliknya, Abdul Hadi pula berkeras mahu empat saksi, oleh itu mana satu yang Anwar hendak pilih? Beristiqimah dengan pendirian kumpulan pemikirnya sendiri atau kalah dengan mengikut fikiran dan pendapat kumpulan lain, seperti pendapat Abdul Hadi itu?
Satu soalan lagi kepada Abdu Hadi dan juga Dewan Muslimat Pas, jika ada seorang muslimah Pas yang dicabul kehormatannya dan peristiwa tersebut terakam dalam alat perakam moden seperti CCTV atau yang lain, apakah Abdul Hadi dan Dewan Muslimat Pas mahu 'besi yang tidak boleh bercakap' ini sebagai bahan yang boleh dijadikan bukti dalam perbicaraan?
Dan soalan terakhir kepada Abdul Hadi, jika pakatan pembangkang 'berjaya' menubuhkan Kerajaan Pusat; yang mana satu cara pembuktian zina yang hendak dipakai: Pendapat anda atau pendapat Anwar? Ingatkah lagi anda, dalam majlis pertemuan pimpinan Pas yang dipimpin anda, dengan bekas pimpinan ABIM beberapa waktu dulu di Bangi, seorang bekas pimpinan paling tinggi ABIM, memberitau majlis dengan katanya:'' ana (saya) kenal makhluk ini ( yang dirujuk kepada Anwar ).
Kesimpulannya, seperti yang tertulis dalam petikan buku tersebut, kumpulan pemikir Anwar memperjuangkan dengan bersungguh-sungguh, supaya masyarakat dapat menerima bukti ilmiah dan saintifik, boleh dijadikan sebagai bahan bukti dalam kes jenayah zina menggantikan empat orang saksi.
Cara ini, kata mereka, akan dapat menyelesaikan dengan licin kes-kes jenayah syariah tanpa perlu merujuk kepada prosedur syariat. Abdul Hadi pula berkata, kes ini yakni jenayah syariah atau kes Anwar khususnya, dapat diselesaikan dengan syariat. Bagaimana Hadi?.

-6/6/2011 -Utusan