Jumaat, 5 Ogos 2011

PAS : PENCACAI ANGKUT SAMPAH

Pas Amal Politik Sampah Sarap Sebab Nik Aziz Sendiri Dikelilingi ‘Sampah’
Oleh : Ropikah Ahmad


Tidur - macam sampah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Alwi Che Mat melihat kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai ‘sampah’ bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Katanya, pembangkang sendiri menggunakan politik sampah sarap jadi sudah pastinya mereka akan melihat individu lain juga sebagai sampah sebagaimana umumnya pembangkang yang saban hari bergelumang dengan ‘sampah’.

“Nik Aziz menyifatkan orang yang melompat parti adalah ‘sampah’ dan tempat serangga bersarang jadi maknanya beliau sendiri berkawan dan dikelilingi oleh sampah-sampah kerana dalam pembangkang itu terdiri dari mereka yang melompat parti malahan semua anggota PKR adalah ‘sampah’ kerana dahulunya mereka anggota UMNO,” katanya kepada UMNO-Online.

Sebelum ini Zahrain telah mendakwa Nik Aziz mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung pelantikan Ketua Pembangkang yang baru tetapi ia telah dinafikan oleh Nik Aziz.

“Antara Zahrain dan Nik Aziz, siapa yang menipu dan siapa yang bercakap benar terserah pada mereka kerana Allah tahu semuanya dan yang pasti, siapa menipu maka mereka akan mendapat dosa, dan kemudian tentunya akan satu dosa lagi apabila melabelkan orang lain sebagai ‘sampah’ sedangkan Zahrain itu manusia.”

Ujarnya, jika benar Nik Aziz itu ulama maka tentunya beliau tidak akan memberikan gelaran yang buruk kepada oarang lain apatah lagi dalam bulan Ramadan.

“Nik Aziz dah mengatakan bahawa Zahrain sampah, dan jika kita mahu membetulkannya kerana Zahrain adalah manusia tentunya dia tidak akan percaya kerana dia memang nampak sampah, hari-hari dikelilingi sampah, dia bercakap pun jadi sampah jadi tak gunalah kalau nak yakinkan pada Nik Aziz yang Zahrain itu manusia. Dia akan tetap kata sampah juga,” tegasnya.

Justeru, beliau menjelaskan sekiranya Nik Aziz berpandangan individu yang melompat parti adalah sampah maka begitulah juga dengan ahli-ahli UMNO/BN yang menyertai Pas/PKR/Dap.

“Janganlah bila pembangkang masuk BN atau berikan sokongan pada BN mereka katakan sampah dan jika ada ahli BN masuk dalam pembangkang mereka akan katakan bahawa itulah bunga atau buah atau sebagainya. Kiranya semua sama, masuk sini sampah dan kalau masuk sana pun sampah juga.”

Beliau turut merujuk kepada para pemimpin pembangkang yang sebelumnya anggota BN sebagaimana Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng, Yong Teck Lee dan semua anggota PKR termasuk Khalid Ibrahim dan Ketua Umumnya Anwar Ibrahim.

“Jika yang lompat parti itu sampah bagaimana pula yang keluar parti kemudian tubuh parti lain dan serang pula parti yang dahulunya menjadi naungan politiknya sendiri, tentunya itu lebih teruk lagi dan boleh menjadi seperti ‘sampah sarap’ sebagaimana Anwar yang menjadi kepala dalam semua ‘sampah’ yang ada,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi pandangan Nik Aziz, sampah tidak mendatangkan apa-apa hasil sebaliknya dalam BN sampah boleh jadi macam-macam sehinggakan ada individu yang melakukan perniagaan dan maju kerana bersumberkan sampah.

“Sampah ini mereka tengok tak berguna tapi sekarang dengan sampah jika dikitar semua dan melalui pelbagai proses akan dapat mendatangkan keuntungan kepada kita. Itulah yang dilakukan oleh BN dan berbeza dengan Pas atau parti-parti pembangkang yang lain,” katanya.


- MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan