Khamis, 5 Mei 2011

PAS : PENGKHIANAT ALA KHAWARIJ?




Mufti Perlis dakwa Nik Aziz Pengkhianat Islam..!!!

Wednesday, May 4th, 2011 | Posted by dukeofmontecristo



Hari ini terpampang di muka depan ahkbar Utusan Malaysia yang memaparkan kenyataan Mufti Perli, Dr. Juanda Jaya yang menyifatkan sesiapa saja yang menentang agenda perpaduan di kalangan umat Islam adalah PENGKHIANAT ISLAM. Keras, garang dan tajam bunyinya.

Sudah lama saya menunggu seorang ilmuan Islam yang muktabar untuk membicarakan tentang perpaduan umat Islam yang terpecah hanya kerana perbezaan politik. Ulama yang pertama membicarakan tentang perlunya perpaduan umat Islam di negara ini melebihi kepentingan politik ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Dan kali ini, kenyataan yang lebih tegas lagi disuarakan oleh Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya sekembalinya dari Tanah Suci. Saya masih ingat lagi, Tan Sri Harussani dikecam hebat oleh PAS, hanya kerana mempromosikan perpaduan umat Islam. Dan saya tidak akan terkejut sekiranya Mufti Perlis ini juga akan menerima nasib yang sama.

Di dalam kenyataannya, Dr. Juanda turut menyatakan bahawa golongan penentang perpaduan umat Islam itu sama fikrahnya dengan golongan Khawarij yang sangat membenci seruan Allah dan RasulNya untuk umat Islam bersatu.

Menurut Mufti Perlis itu, firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran Al-Karim telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Allah berfirman pada ayat 13, surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah…”.

Malah menurut beliau, junjungan besar Baginda Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah.

Merenung hujah dan kenyataan Mufti Perlis ini, saya terus terkenangkan Mursyidul Am PAS yang bermati-matian menolak perpaduan umat Islam yang dipisahkan oleh politik sempit dan dendam kesumat peribadinya.

UMNO menjemput PAS untuk bersatu. Namun, Nik Aziz balas dengan sombong, bongkak dan keengganan yang mengecewakan. Malah Ustaz Nasha turut dihalaunya masuk UMNO semata-mata menganjurkan perpaduan umat Islam di antara PAS dan UMNO. Padahal Presiden PAS, Hj. Hadi, adalah pemimpin yang bertanggungjawab mencadangan agenda perpaduan ummah tersebut.

PAS dan UMNO sudah sekian lama terpisah dan berpecah kerana ideologi keduniaan politik. UMNO sudah berkali-kali menjemput, mempelawa, “menebalkan muka” demi ingin melihat perpaduan yang dituntut Islam. Namun, hanya kerana dendam Nik Aziz, PAS sanggup menolak…

Memang tepatlah pendapat Dr. Juanda. Sememangnya penentang kepada agenda perpaduan uamt Islam ini adalah “PENGKHIANAT ISLAM”. Mungkin PAS tidak melihat perkara ini pada dirinya memandangkan ego mereka untuk mengakui kesilapan sendiri. Hasilnya, seluruh umat Islam di negara ini menanggung akibatnya. Terpisah dan berpecah belah kerana Nik Aziz…

Bilakah Nik Aziz akan “celik”? Apakah dia menunggu hingga maut datang menjemputnya, maka ketika itu baru dia mahu mengaku silapnya dan menyeru supaya PAS berpadu bersama UMNO di dalam BN? Apakah dia menunggu dikala nazaknya tiba, barulah dia “celik” dari “buta”nya?

Ingatlah. Nik Aziz bukan maksum. Dia juga manusia biasa. Dan saya mencabar pada semua pejuang Melayu Muslim di dalam PAS, sekiranya anda tulen pejuang, buktikanlah dengan menegur Nik Aziz dengan pendirian politik sesatnya itu! Jangan jadi sepertinya..PENGKHIANAT ISLAM di Malaysia!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan