Ahad, 6 Mac 2011

PAS : PEROSAK AKIDAH DAN SYARIAH



Nilai Kenyataan Nik Aziz Sebelum Mengundi
Oleh: Tg. Azman Tg. Abas


KUALA KRAU 5 Mac -  Umat Islam khususnya pengundi di kawasan ini perlu menilai dengan mendalam pengakuan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa dia banyak mengundang kepada perpecahan umat Islam, sebelum keluar mengundi esok.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pengakuan Nik Aziz itu jelas menggambarkan apa yang dinyatakan sebelum ini mengundang kepada perpecahan umat Islam di negara ini.

“Kenyataan Nik Aziz itu dah terlewat..dan saya tengok banyak kenyataan pimpinan Pas yang seagama dan sebangsa dengan kita kerana pertimbangan politik, kerana ghairah sangat kerana mahu naik takhta dan kerana dah dikaburi matanya oleh pihak lain daripada pakatan yang yang mungkin janjikan pelbagai akhirnya agama, dan perpaduan ummah dan perpaduan rakyat majmuk jadi gadaian.

“Kenyataan Nik Aziz itu dah terlewat..dan saya tengok banyak kenyataan pimpinan Pas yang seagama dan sebangsa dengan kita kerana pertimbangan politik, kerana ghairah sangat kerana mahu naik takhta dan kerana dah dikaburi matanya oleh pihak lain daripada pakatan yang yang mungkin janjikan pelbagai akhirnya agama, dan perpaduan ummah dan perpaduan rakyat majmuk jadi gadaian.

“Kalau nak sedar sekarang kenyataannya itu boleh memecahbelahkan, saya nak katakan dah pun menjejaskan perpaduan serta kesatuan dan usaha kita nak membina negara bangsa yang bersatu padu dan harmoni selama ini. Tetapi klau dah sedar tu syukurlah,” katanya.

Bernama melaporkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kenyataan politiknya ketika berkempen dalam pilihan raya boleh menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah-belah.

Nik Aziz berkata, dalam perjuangannya mempertahankan parti terdapat kenyataan dikeluarkan beliau akan menyebabkan ada pihak yang menyokong kenyataannya dan ada pihak yang menentang pandangannya.

Nik Abdul Aziz pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan fatwanya sendiri ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor  bahawa pengundi yang menyokong Barisan Nasional (BN) adalah golongan Jahiliyah kerana mereka menolak Pas, parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Berikutan kenyataan itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Nik Abdul Aziz hanya berjuang untuk memenangi pilihan raya dan bukannya berjuang untuk Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut menegur kenyataan Nik Aziz menghukum pengundi yang tidak menyokong UMNO atau BN dalam pilihan raya akan masuk neraka manakala mereka yang mengundi PAS akan masuk syurga, kerana pandangan sedemikian memesongkan akidah umat Islam.

Nik Abdul Aziz berkata beliau akan terus menggunakan pendekatan menjelaskan hukum halal haram dalam memilih pemimpin parti pada pilihan raya walaupun tindakannya itu ditegur oleh alim-ulama negara ini.

Ketika ditanya mengenai pendedahan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  yang mendapat maklumat bahawa pihak tertentu sedang merancang untuk menghuru-harakan negara menerusi tindakan ganas dan mengajak rakyat bangkit menentang kerajaan sepertimana di Asia Barat, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata:

“tujuan mereka dan matlamat mereka bersandarkan kepada kepentingan politik dan mahu menangguk di air keruh selain mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku Timur Tengah.

“Orang ramai di sini khususnya kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memahami landskap baru ini dan tahu kena berubah, tahu kena letakkan rakyat sebagai keutamaan dan tahu seperti “transform” mengikut suasana dunia pada hari ini.

“Ini membezakan kita dengan negara-negara berkenaan dan inilah yang menyebabkan usaha mereka ini tidak dapat sambutan dan Polis sentiasa pantau apa yang Datuk Seri Zahid beritahu semalam dan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kita dan dalam PDRM pun siap sedia untuk apa jua kemungkinan,” katanya.


– Media UMNO


Tiada ulasan:

Catat Ulasan