Rabu, 30 Mac 2011

PAS NAK GANTI UMNO???.... DAP KUSAI PAS!




Isu Loteri : Hadi & Nik Aziz Gagal Dakwah DAP
Oleh : Tg Azman Tg Abas


KUALA LUMPUR  30 Mac – Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris hari mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan balas berhubung tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan larangan penjualan tiket loteri di Kelantan.

Menurut beliau terkucilnya mulut kedua-dua pemimpin berkenaan menimbulkan seribu satu persoalan dan ianya sekaligus mengesahkan bahawa Pas hanya sebagai “pak turut” kepada pakatan Ahzab yang diterajui bersama DAP dan PKR untuk menumbangkan kerajaan Islam di negara ini

“Sungguh pun mereka tetap dengan peraturan sedia, ianya telah menimbulkan persoalan di benak pemikiran yang mana sejauh manakah Pas telah berjaya mentarbiyyah DAP sepertimana diwar-warkan oleh kepimpinan mereka selama ini yang cukup bangga menyebut DAP telah mula memahami Islam dan sebagainya.

“Pada waktu itu, bukan lantang lagi mereka bangga dengan perubahan DAP yang kononya mula berlembut dengan prinsip perjuangan Pas terutama penubuhan negara Islam. Hari ini apa dah jadi kepada kenyataan-kenyataan riak dan takabur pemimpin Pas yang berselindung di sebalik kulit perjuangan Islam itu,” katanya kepada UMNO-Online.

Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu kenyataan berkata beliau terkejut dengan keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk mengekalkan pengharaman penjualan tiket judi loteri di negeri itu.

“Jelas, penasihat undang-undang diberikan nasihat salah bagi membuat pengumuman seumpama itu. Apa yang lebih membimbangkan adalah tiada alasan diberikan berhubung keputusan itu. Sebarang pendapat tanpa hujah tidak membawa sebarang pengertian,” katanya.
Tambah Ustaz Mohd Noor lagi, jika benar dan betul DAP khususnya Karpal Singh telah mula berlembut dan memahami perjuangan yang dibawa Pas, Karpal tidak akan terkejut dengan langkah kerajaan negeri Kelantan itu.

“Daripada pemahaman saya, Karpal terkejut itu memberi signifikan yang cukup meluas kepada apa yang ditabur dan dijaja di dalam ceramah-ceramah mereka sebelum ini untuk meyakinkan rakyat bahawa pakatan Ahzab itu sudah sebati dan saling memahami.

“Rupa-rupanya itu hanyalah propaganda politik dan itulah kebenaran yang terserlah hari ini. Mana Nik Aziz dan Hadi nak sembuyikan diri selepas ini. Mungkin cerita baru pula akan keluar untuk menutup perkara yang terdedah itu.

“Itulah takbur sangat…riak dan pandang orang sebelah mata khususnya UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dakwa kita tidak pandai ajar MCA dan sebagainya. Hari ini apakah mereka berjaya mengajar DAP…bagi saya sebaliknya telah berlaku di mana DAP yang telah berjaya mengajar Pas,“ katanya.

Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad sebelum ini menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz hanya berjaya membawa anggota DAP untuk memeluk rakan sekutu dalam Pas tetapi gagal untuk mentarbiah mereka bagi memeluk agama Islam.

-MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan