Jumaat, 25 Mac 2011

PAS : ISLAM KULIT & RETORIK



Mudir Pondok Kelantan Kesal Nik Aziz “Kluk Klek” Demi DAP


KUALA LUMPUR 25 Mac – Mudir Pondok Saadah Ad-Daghairi, Tumpat, Ustaz  Hj Zainal Abidin Awang hari ini menyatakan kekesalannya terhadap pendirian “kluk-klek” Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu judi di negeri tersebut.

Menurut beliau, sebagai seorang pemimpin tertinggi Pas dan ketua kerajaan negeri yang dikatakan Serambi Mekah, Mursyidul Am Pas itu sewajarnya konsisten dan tidak melatah dengan sebarang teguran daripada mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

“Jika sebarang teguran datangnya daripada kalangan pimpinan Barisan Nasional (BN), akan keluarlah pelbagai kutukan dengan perkataan yang tidak sanggup didengar. Namun berlainan pula jika teguran itu datangnya daripada sekutu mereka, DAP terutama dalam soal judi hari ini.

“Nak kaji pulak dah benda itu…Sesuatu yang cukup menghairakan kita dan bagi saya, Nik Aziz hari ini jelas memperalatkan Islam untuk kepentingan politik kepartian Pas. Inilah yang saya harap rakyat tahu wajah sebenar pemimpin yang dikatakan Islamik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu judi di Kelantan apabila Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dilaporkan meminta Penasihat Undang-Undang mengkaji semula dari segi undang-undang dalam pengharaman kegiatan perjudian di negeri tersebut.

Dan semalam, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun Pas mendakwa mereka tidak tunduk kepada rakan sekutunya, DAP, walaupun ia bersedia mengkaji semula larangan terhadap aktiviti perjudian di Kelantan.

Ustaz  Zainal seterusnya menegaskan Nik Aziz hari ini sebenarnya terperangkap dengan politik memperlatkan Islam yang diceburi beliau sejak sekian lama dan itulah harga yang perlu dibayar oleh beliau selaku ketua kerajaan negeri yang melaung-laung Serambi Mekah.

“Nak bagi kelulusan terus takut rakyat tahu perjuangan Islam mereka sekadar kulit dan retorik…alih-alih main politik sikit dengan menyatakan untuk membuat kajian dan sebagainya.  Tak peliklah bagi saya,” katanya.

Kata beliau lagi, tindak-tanduk Nik Aziz itu dibimbangi akan memalitkan Islam yang suci dan murni dengan imej yang tidak sepatutnya.

“Saya berdoa agar Nik Aziz sedar dan menuju kepada satu perubahan agar Islam terus disanjung tinggi dan bukannya dijadikan bahan mainan politik untuk kepentingan pihak tertentu. Ini amat menyedihkan sama sekali,” katanya.

-MediaUMNO



1 ulasan:

  1. Salam,

    Nik Aziz adalah ustaz politik yg bergerak dalam parti Pas.

    Oleh itu semua pandangan dan kata2nya adalah bermatlamat politik yg bersandarkan kepentingan parti Pas.

    Nik Aziz pengamal assobiah kepartian tegar dan banyak kenyataanya menyimpang dan bertentangan dengan ajaran Islam.

    Pengikut dan ahli Pas terpedaya sebagaimana terpedayanya pengikut Ibrahim Libya dalam tragedi Memali yang lalu.

    BalasPadam