Isnin, 7 Februari 2011

PAS : ALLAH SWT DI "SOUR GRAPE" KAN




Terbukti Idealogi Pas Ditolak

Oleh: ROPIKAH AHMAD.

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang sudah berakhir dengan kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN). Namun Tenang masih belum Tenang ekoran banjir yang melanda kawasan terbabit sejak hari pengundian yang menyaksikan pelbagai pengajaran boleh diambil.

Secara langsung bencana banjir yang melanda Tenang membuktikan kebertanggungjawaban BN melaksanakan amanah tanpa mengira masa, tidak akan meninggalkan rakyat biarpun dilanda kesusahan malah bersama-sama mengharung kesukaran sedangkan para pemimpin pembangkang dan jenteranya dikatakan meninggalkan kawasan terbabit tengahari lagi.

Lebih menarik apabila ada muslimat Pas yang kenderaannya hampir hanyut dalam banjir terselamat ekoran bantuan daripada jentera BN termasuklah Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sedangkan jentera Pas sudah tidak kelihatan.

Lebih menarik apabila ada muslimat Pas yang kenderaannya hampir hanyut dalam banjir terselamat ekoran bantuan daripada jentera BN termasuklah Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sedangkan jentera Pas sudah tidak kelihatan.

Apa yang pasti, secara keseluruhan membuktikan bahawa Pas ditolak oleh rakyat bukan saja idealoginya tetapi juga perlakuan mereka apatah lagi sepanjang tempoh berkempen pelbagai kepincangan dapat dilihat.

Bermula dengan pengumuman calonnya, Normala Sudirman pada 17 Januari, Pas melangkah dengan harapan mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya golongan wanita diiktiraf dalam parti mereka.

Mungkin para pemimpin Pas buat-buat lupa berkaitan kedudukan yang mereka letakkan untuk wanita seperti mana pada 25 Ogos 2002, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat pernah menegaskan bahawa beliau tidak yakin terhadap kemampuan wanita untuk bertanding sebagai calon pilihan raya dan sekali gus memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Malah beliau juga menegaskan bahawa tahap pemahaman wanita dalam politik masih rendah dan sekiranya mahu meletakkan calon wanita, mereka meletakkan pelbagai syarat seperti berumur 40 tahun ke atas, mendapat izin suami, tidak mempunyai anak kecil, belum mempunyai anak-anak yang telah berkahwin dan beberapa syarat lain.

Namun demikian, di Tenang lain pula jadinya ekoran dengar khabar bahawa BN akan meletakkan calon wanita. Inilah yang dikata kalau dengar guruh di langit, air di tempayan jangan dibuang kerana belum tentu hari akan hujan.

Sudahlah begitu, pelbagai perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam pula menjadi permainan dalam kempen ‘jahat’ mereka termasuklah menggunakan hasutan, fitnah, caci-maki dan pelbagai perkara yang sememangnya dibenci agama.

Lebih teruk lagi apabila Naib Presiden Pas Mahfuz Omar dikatakan mempertikaikan hukum Allah sehingga menyalahkan hujan lebat dan banjir yang melanda di kawasan pengundian kononnya ia adalah antara punca pengundi-pengundi parti mereka gagal laksakan amanah.

Ini kerana Pas dan pakatan pembangkang sememangnya tandus dengan bahan cerita dan idea bernas apatah lagi untuk membicarakan soal pembangunan yang sememangnya gagal dilaksanakan oleh mereka di kawasan sendiri.

Demi sekutu juga, dilaporkan, Nik Aziz berkata sudah sampai masanya Pas membuka keahliannya kepada bukan Islam selaras dasarnya yang tidak berteraskan perkauman, dan bukan Islam juga boleh memegang jawatan dalam kerajaan jika mempunyai kefahaman mengenai Islam.

Perlu difahami, Pas yang didaftarkan pada 31 Mei 1955 ditubuhkan dengan matlamat perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara dan masyarakat di dalam pemerintahan yang menekankan nilai-nilai dan hukum-hukum Islam serta menuju keredhaan Allah di samping mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Paling mudah, lihat sahaja slogan yang selama ini menekankan ‘Membangun bersama Islam’ kepada ‘Pas untuk semua’ bagi menarik pengundi-pengundi bukan Melayu memberikan sokongan kepada mereka.

Jika dinilai semula, jelas bahawa Pas hari ini semakin terpesong dengan agenda dan matlamat yang telah diperjuangkan sejak awal lagi. Jika dahulu, Pas pernah membuat kutukan terhadap UMNO kerana tindakan parti nombor satu masyarakat Melayu ini bergabung dengan MCA dan MIC yang diketahui umum sebagai parti masyarakat Cina dan India.

Dengan lantang Pas mendakwa UMNO memperjudikan nasib orang-orang Melayu dan ‘menjual’ bangsanya sendiri melalui penggabungan tersebut dalam parti Perikatan. Menurut mereka, tindakan UMNO untuk bergabung dengan MIC dan MCA hanyalah bersifat propaganda politik semata-mata.

Lantas Pas mengutuk penggabungan terbabit dan menyeru rakyat Tanah Melayu khususnya yang beragama Islam agar tidak ‘bersubahat’ dengan UMNO. Pernah juga beberapa kali para pemimpin tertinggi Pas mengecam pemimpin-pemimpin UMNO dengan pelbagai kecaman yang kesat dan kasar termasuklah pertuduhan yang terlalu berat untuk diterima para pemimpin UMNO apabila mereka dikatakan sebagai kafir kerana penggabungan terbabit.

Pas menjatuhkan hukum haram untuk sesebuah parti Melayu-Islam itu bergabung dengan mana-mana parti yang berbeza agama dan kepercayaan. Justeru, Pas menuduh UMNO berdosa besar dan bakal ‘diajar’ tuhan kerana tindakan mereka menubuhkan parti BN.

Namun demikian, hari ini Pas berubah wajah lantaran tuntutan ke atas kesinambungan politik dengan wajah lebih liberal malahan sanggup pula bersekongkol dengan DAP yang secara jelas menentang penubuhan negara Islam.

Secara tidak langsung, sedarkah mereka bahawa penetapan hukum yang berubah-ubah dan pendirian para pemimpin atasan Pas yang rapuh turut memberikan persepsi negatif terhadap Islam. Pasti sahaja masyarakat lain akan menganggap hukum Islam ini sebagai tidak rigid dan mudah diperkotak-katikkan.

Melihat kepada keadaan-keadaan ini, Pas sebenarnya tidak lebih daripada sekadar memperalatkan Islam demi percaturan politik mereka. Sikap cakap tak serupa bikin mereka bukanlah imej pemimpin contoh yang ditekankan dalam Islam.

– MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan