Jumaat, 28 Januari 2011

PAS : PENGHASUT CIKGU MENIPU



Duhai Cikgu Mala…Wahai Cikgu Aup…

Assalamualaikum….

Saya bukan sesiapa, jauh terpinggir dari politik apatah lagi untuk terlibat dalam arus populariti, namun saya terpanggil untuk berkongsi luahan hati dan keresahan yang terpendam di kalbu saya.

Saya mengikuti perkembangan semasa melalui akhbar harian yang saban hari akan tetap saya baca walaupun seringkali terpampang cerita-cerita politik termasuklah berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang.

Pas mengumumkan calonnya, Normala Sudirman pada 17 Januari, seorang wanita yang berkerjaya sebagai guru. Ayu wajahnya penuh dengan kelembutan dan sentiasa ditemani oleh suaminya yang juga berjawatan guru.

Namun kemudian, terdetik di hati saya, bagaimana mungkin seorang pegawai kerajaan iaitu guru yang gajinya dibayar oleh kerajaan sanggup menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menjadi payung kepadanya selama ini.

Apatah lagi Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga turut sama berkempen bersama calon BN.

Persoalannya, tidak ada langsungkah perasaan guru-guru ini (Normala dan suaminya – Maarof Abd Mutalib) tersentuh jauh sekali rasa terhutang budi atas ‘periuk nasi’ mereka ini yang dinyalakan oleh BN?

Tergamakkah guru-guru ini bersikap ‘munafik’, derhaka dan melawan pihak yang selama ini telah memberi ‘nikmat’ kepada mereka, sejak daripada mereka berada di Maktab pengajian dan kemudian ditugaskan untuk mengasuh anak bangsa?

Tidakkah mereka bayangkan bahawa setiap titis darah yang mengalir dalam diri mereka, hasil dari suapan nasi oleh wang yang diperoleh daripada kerjaya mereka sebagai pegawai kerajaan iaitu BN?

Terasa sesak nafas. Tanpa disedari, bergenang air mata lantas membasahi pipi memikirkan penyimpangan songsang cikgu-cikgu ini.

Terasa sesak nafas. Tanpa disedari, bergenang air mata lantas membasahi pipi memikirkan penyimpangan songsang cikgu-cikgu ini.

Saya tinggalkan persoalan itu, saya susur hari-hari dengan mengikuti kisah Cikgu Normala dan Cikgu Maarof ini…..

Menariknya, Cikgu Normala sanggup meninggalkan jawatannya untuk berbakti kepada anak bangsa hanya kerana mahu bertanding sebagai wakil rakyat. Tidak apalah jika menang, sekurang-kurangnya beliau masih boleh berbakti tapi bagaimana jika tewas… apa yang Cikgu Normala akan lakukan?

Dan kemudian, hari ini saya terbaca pula di akhbar bahawa Cikgu Maarof ambil cuti teman Cikgu Normala berkempen. Bolehkah pegawai kerajaan ambil cuti yang lama?

Memandangkan saya juga adalah bekas pegawai kerajaan, saya maklum bahawa setiap individu layak untuk mengambil cuti rehat khas, tapi jumlahnya cuma tujuh hari… saya hitung hari-hari wajah Cikgu Maarof di dada akhbar, malah kata Cikgu Maarof bahawa beliau sanggup letak jawatan jika isterinya menang.

Itu kalau menang, tapi kalau tewas, sanggupkah dia kembali bertugas dengan memandang wajah murid-muridnya dan rakan-rakan kakitangan kerajaan seakan-akan tidak ada apa yang berlaku? Mana maruahnya sendiri….

Tapi kemudian, dengar pula desas-desus bahawa Cikgu Maarof ambil cuti sakit. Cuti sakit? Kalau sakit kenapa ada di Tenang… MasyaAllah…inikah wajah sebenar Cikgu Maarof dan Cikgu Normala?

Apakah nilai dan statusnya sebagai seorang guru yang boleh dicontohi oleh anak muridnya jika penipuan sedemikian dibuat? Jangan cacatkan kerjaya guru… terlalu tinggi nilainya malah Sasterawan Negara Usman Awang pun pernah menyatakan dalam puisi indahnya Guru Oh Guru bahawa siapapun waima Perdana Menteri adalah hasil daripada seorang guru.

Wahai Cikgu Maarof, aduhai Cikgu Normala… siapakah anak-anak muridmu yang pernah berguru kepada mu, apakah bentuk ajaran kalian dapat membina insan cemerlang untuk masa depan agama, bangsa dan negara.

Sebagai seorang ibu, pilu rasa hati sekiranya guru yang melakukan penipuan sedemikian menjadi pengajar kepada anak-anak saya. Dimana letaknya amanah yang terpikul sedangkan Cikgu Maarof lebih gemar berdamping dengan isterinya untuk memburuk-burukkan kerajaan kepada rakyat.

Kenapa beliau meninggalkan amanah membentuk insan gemilang dengan menjadi kambing hitam kepada Pas. Entah apa pula janji-janji yang telah Pas taburkan kepada mereka sebagaimana Pas fatwakan kepada rakyat. Terbukti bahawa Cikgu Mala dan Cikgu Maarof juga gagal menggunakan pemikiran kritikal mereka untuk membuat penilaian.

Lebih malang lagi, Cikgu Mala terpalit duka… bukan hanya kredibilitinya tercalar malah lebih teruk lagi apabila kisah lampau dan ‘kenakalannya’ di masa lalu turut terdedah.

Demi Allah, tanah air tercinta dan bangsa Melayu, janganlah ‘dilacurkan’ lagi institusi perguruan ini apatah lagi untuk memilih mereka sebagai pemimpin!!!

Ingatlah sumpah setia, ikrar yang dilafaz semasa di maktab perguruan, bertekad, berjanji memperjuangkan maruah dan nasib bangsa, agama dan tanahair.


AMIRA AM
KUALA LUMPUR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan