Rabu, 19 Januari 2011

AHLI PAS JADI KELDAI AKA PENCACAI



Hasan Ali jadi “keldai” lagi..???!!!

Monday, January 17th, 2011 | Posted by dukeofmontecristo


Belum pun sampai sepenggal pentadbiran Pakatan Haram Jadah di negeri Selangor, pemimpin-pemimpinnya telah menunjukkan ketidak sepakatan pada dasar masing-masing. Kali ini, Hasan Ali dan Ronnie Liu ber”gasak” lagi, dan Ronnie Liu kali ini dibantu oleh “heroin” DAP Selangor, Teresa Kok. Manakala Khalid masih lagi ter”gagap-gagap” untuk menyampuk pertelagahan dasar DAP dan PAS Selangor ini. Khalid Samad pula hanya berdiam diri tanpa sebarang tanda untuk mempertahankan Hasan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Perlaksanaan undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melarang individu-individu beragama Islam untuk bekerja di mana-mana premis yang terlibat dengan arak telah mengundang kemarahan Teresa Kok dan Ronnie Liu. Kedua-dua orang kuat DAP Selangor ini segera mendesak agar MPSJ dan JAIS menarik balik larangan tersebut berkuat kuasa serta merta. Namun, Hasan Ali sebagai “exco” Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, mewakili PAS Selangor telah menyatakan sokongan 100% pada perlaksanaan undang-undang tersebut di Selangor.

Pada pendapat penulis, molek benar perlaksanaan undang-undang sebegini diperkenalkan di Selangor. Malah perlaksanaan undang-undang sebegini sepatutnya dilaksanakan di seluruh negeri-negeri di Malaysia ini. Sesungguhnya perlaksanaan undang-undang ini begitu bersesuaian dan sejajar dengan sabda Rasulullah S.A.W yang mengharamkan sebarang aktiviti atau pendapatan yang bersumber secara khusus dari premis berkaitan arak. Penulis yakin, ramai umat Islam di Selangor menyahut baik perlaksanaan undang-undang yang diperkenalkan oleh MPSJ dan JAIS tersebut.

Persoalannya, apa hal pula dengan Ronnie Liu dan Teresa Kok untuk campur tangan dalam urusan hal ehwal umat Islam dan perlaksanaan undang-undang tersebut? Apakah mereka fikir urusan agama Islam di Selangor terletak di tangan mereka? Siapa Teresa Kok dan Ronnie Liu untuk mempersoalkan perlaksanaan undang-undang tersebut?

Hakikat Hasan Ali yang berbalah dasar dengan Ronnie Liu dan Teresa Kok ini hanyalah sekadar memanaskan kembali insiden kostroversi “rampas arak dan kembalikan semula selepas di herdik” yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. Di dalam insiden tersebut, Hasan Ali “bisu” dan “menikus” setelah di”sergah” Ronnie Liu. Akibatnya, Hasan Ali hilang reputasinya sebagai “Boss” PAS Selangor, dan Ronnie Liu pula lebih dikenali sebagai “Ronnie The Don”. Menurut rakan DAP, Ronnie Liu dipercayai terlibat dengan kegiatan kongsi gelap, rumah urut dan pusat-pusat hiburan di sekitar Selangor, dan dipercayai bertindak sebagai “pelindung” dari dalam untuk kegiatan-kegiatan tidak bermoral tersebut. Malah ada sumber dalaman DAP yang mendedahkan bukti keterlibatan Ronnie dengan aktiviti kongsi gelap. Namun berita itu “senyap sepi”. Mungkin sumber itu risau tentang keselamatannya berakhir dengan tragedi jatuh bangunan tinggi…

Walaupun perbalahan dasar itu dinafikan oleh Ronnie dan Hasan Ali, namun semuanya dapat menjangka apa yang berlaku di sebalik penafian tersebut. Mana mungkin “tiada perbalahan” berlaku tentang hal ini. Tentunya kali ini Hasan Ali mahu menang dan menebus malunya berdasarkan insiden “memulangkan arak”. Tentunya Hasan Ali mahu memperbaiki reputasinya dan tidak mahu lagi di anggap sebagai “keldai” DAP dan PKR di Selangor. Biarpun begitu, Hasan Ali terpaksa akur sekali lagi apabila Ronnie dan Teresa mahu perlaksanaan undang-undang ini di”beku”kan buat sementara waktu dan akan diputuskan selepas perbincangan antara mereka.

Ronnie Liu pula menggunakan alasan “rasional sudut ekonomi, kebajikan dan juga industri itu sendiri seperti pengusaha dan lesen perniagaan tauke-tauke” yang menjadi rakan-rakannya. Pastinya Ronnie bimbang rakan-rakan di bawah peliharaannya itu gulung tikar! Pada Ronnie, pendapatan, kebajikan dan ke”masyuuuk”kan di Selangor bergantung pada operasi premis-premis arak tersebut! Apatah lagi apabila dipercayai pusat-pusat hiburan dan premis-premis arak ini menjadi penyumbang terbesar kepada kempen-kempen politik DAP selama ini. 

Susahlah DAP mahu meneruskan “survival” politiknya jika sumber kewangannya di”cantas”!
Di dalam kemelut DAP – PAS Selangor ini, ternyata DAP telah mendapat kemenangan awal kerana berjaya mem”beku”kan perlaksanaan larangan terhadap umat Islam di Selangor tersebut. Ronnie Liu berjaya menyelamatkan perniagaan kawan-kawannya buat masa ini. Seterusnya ialah perbincangan di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram Jadah Selangor itu…

Apa pendapat pembaca? Bolehkah Hasan Ali “makan” Ronnie kali ini? Pada pendapat penulis, Hasan Ali bakal di”malu”kan lagi. Kalau dulu Hasan Ali kalah dengan Ronnie seorang, bagaimana dia mahu mengalahkan Ronnie Liu yang mendapat “heroin” pula kali ini? Tentunya lebih teruk Hasan Ali kena kali ini!

Sebenarnya, harapan Hasan Ali hanyalah satu iaitu memohon campur tangan DYMM Sultan Selangor yang merupakan Ketua Tertinggi Agama Islam Selangor. Dengan kuasa yang ada pada DYMM Sultan Selangor, berkemungkinan Hasan Ali akan “menang kes”. Jika DYMM Sultan Selangor memperkenankan perlaksanaan undang-undang yang berkait rapat dengan soal agama Islam di Selangor ini, maka Ronnie Liu, Teresa Kok dan DAP bakal “gigit jari”! Lawanlah DYMM Sultan jika berani dan sanggup menerima kebangkitan rakyat Selangor menghukum DAP! Namun, tanpa campur tangan DYMM Sultan Selangor, jangan haraplah Hasan Ali nak menang. Jadi “keldai”lah seumur hidup!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan