Rabu, 10 November 2010

UMNO MENEGAKKAN ISLAM


Nik Aziz Liabiliti Pas, Islam
Oleh: TG AZMAN TG ABAS


KOTA BHARU 9 Nov – Mursyidul  Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bukan sahaja dilihat sebagai liabiti kepada Pas, malah lebih parah keperibadian beliau yang kononnya berimejkan Islamik telah mencemarkan kesucian Islam itu sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata sudah sampai masanya Nik Aziz  berundur diri dan bermuhasabah dengan ikhlas segala tindak tanduknya sebelum ini  bagi mengelakkan prestasi Pas terus menjunam selain mengelakkan Islam tidak tercemar dengan segala tingkah laku beliau.

Menurut beliau tindak-tanduk Nik Aziz ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas baru-baru ini  telah membongkar segala-galanya dan Nik Aziz tidak lagi boleh menyembunyikan diri lagi.

“Ramai ahli Pas di akar umbi telah mula memperkatakan soal ini. Mana tidaknya. Tok guru yang dianggap ulama dan diangkat sebagai pemimpin agung sebuah parti Islam tanpa segan silu mempelopori budaya sogokan dan rasuah kepada pengundi.

“Ramai ahli Pas di akar umbi telah mula memperkatakan soal ini. Mana tidaknya. Tok guru yang dianggap ulama dan diangkat sebagai pemimpin agung sebuah parti Islam tanpa segan silu mempelopori budaya sogokan dan rasuah kepada pengundi.

“Sungguh pun mereka mendakwa ianya wang zakat kepada muallaf, ianya menimbulkan seribu satu persoalan. Kenapa wang itu diberi ketika kempen pilihan raya dan apakah penjelasan terhadap kehadiran calon Pas, Dr Zulkifli Mohamed pada waktu itu. Bukankah berkempen namanya,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada umno-online sebagai mengulas kekalahan Pas pada pilihan raya kecil DUN Galas baru-baru ini yang antara lain dikaitkan dengan tindak tanduk  Nik Aziz.

Pada kempen berkenaan, Nik Abdul Aziz menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Orang Asli selepas mengislamkan mereka pada Majlis Mesra Rakyat di Pos Sandrop, Lojing.

Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya menyifatkan Nik Aziz sebagai ulama Pas yang bertanggungajwab terhadap budaya sogokan dan menghalalkan perbuatan berkenaan.

“Jika itulah budaya yang dihalalkan Nik Aziz, saya secara peribadi tidak keberatan untuk menggelarkan Nik Aziz sebagai “ikon sogokan Pas”.

“Percayalah…jika beliau masih di kerusi Mursyidul Am Pas, parti itu akan berdepan dengan situasi yang cukup sukar untuk bergerak selepas ini. Mana tidaknya..selepas berdegar-degar menuduh orang lain dengan pelbagai kutukan dan fitnah seperti rasuah dan sebagainya. Tiba-tiba meletup rupa-rupanya tok guru sendiri yang mempelopori perbuatan berkenaan,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan