Isnin, 31 Disember 2012

PAS YANG GIAN, MEROYAN DAN MERABAN






PAS di persimpangan jalan
2012/12/24 - 07:59:34 AM Bersama Mior Kamarul Shahid Cetak Emel Kawan



Kebelakangan ini banyak pihak mempertikaikan PAS sama ada dari segi organisasi, dasar dan kepemimpinan parti – sebahagian besarnya negatif. Ia berlaku sekarang disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kian hampir dan mungkin juga wujud kesedaran menyeluruh rakyat untuk menilai semula peranan PAS dalam pembangunan negara dan kemakmuran ummah. Mereka tidak melihat matlamat perjuangan PAS membawa kepada kebaikan, sebaliknya PAS melakukan perkara membawa kehancuran. Setelah lama mengikuti perkembangan PAS, rakyat mula menghidu tembelang parti itu. Mereka melihat dasar PAS yang kononnya memperjuangkan Islam lebih kepada ‘cakap tidak serupa bikin’.

Apa juga tindakan parti itu dilakukan semata-mata untuk kepentingan politik parti, tidak ada kaitan dengan agama. Tuduhan dan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan adalah berlatar belakangkan kepada dendam. Periksa latar belakang sebahagian pemimpin PAS, sebahagian mereka ada kaitan dengan kerajaan. Ada yang pernah menjadi pegawai kerajaan, pegawai agama, pegawai KEMAS dan sebagainya. Disebabkan sesuatu masalah, mereka meletak jawatan dan menjadikan PAS sebagai platform untuk menghentam kerajaan.

Masalah imej yang serius

PAS sebenarnya menghadapi masalah imej yang serius. Kedudukan politik parti itu kini berada di persimpangan jalan. Imej buruk PAS itu menyebabkan nama negara turut tercemar. PAS pernah dikaitkan dengan ekstremisme khasnya berikutan Peristiwa Memali dan beberapa peristiwa yang ditafsir sebagai keganasan. Hari ini sudah wujud kesedaran politik dalam kalangan rakyat khasnya golongan muda yang melihat PAS adalah parti politik berpemikiran usang atau ortodoks. Jika sebelum ini PAS menjalankan kempen menolak pembangunan duniawi diterima dengan mudah oleh ahli parti, ia tidak semudah itu lagi hari ini. Jika PAS mengatakan UMNO murtad, ia tidak akan diterima tanpa usul periksa.

Jika hari ini pemikiran yang sama diketengahkan, ia bukan saja dianggap kolot malah ia akan ditolak. Rakyat hari ini bukan saja mengambil tahu mengenai perkembangan semasa tetapi kritikal terhadap kesannya. Mereka tidak boleh lagi menerima bulat-bulat apa saja yang disogokkan kepada mereka. Pemimpin PAS tidak lagi boleh menyuruh umat Islam membuang peti televisyen ke sungai seperti yang mereka seru pada 1960-an atas alasan ia mendorong merosakkan akidah. Jika PAS ditolak rakyat kali ini ia adalah berpunca daripada kegagalan parti itu menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana politik semasa.

Hakikatnya, PAS bukanlah parti yang progresif. Dalam kalangan golongan muda dan terpelajar, mereka melihat PAS sebagai parti yang bercelaru dan tidak konsisten dalam apa juga keputusannya. Jika dulu PAS tidak boleh menerima parti Islam bekerjasama dengan parti bukan Islam dan menuduh UMNO dan sebagai kafir, hari ini PAS sendiri bersekongkol dengan DAP. Sudah pasti tindakan PAS ini dilihat dengan sinis dan dipertikaikan.

Bezanya, tidak ada orang Islam yang tergamak menuduh PAS sebagai kafir sebagaimana PAS sanggup menuduh UMNO kafir. Kesan daripada perubahan dan kesedaran pemikiran rakyat, pemimpin PAS agak gelisah kerana pengaruh parti itu bukan saja merosot tetapi dipertikaikan. PAS sebenarnya tidak berani menghadapi rakyat kerana mereka tidak dapat menjawab pertanyaan ahli-ahli mereka mengenai sikap dan pendirian parti. Walaupun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi rasional hubungan PAS-DAP, tapi mereka menganggap ia alasan bodoh.

Rakyat sudah boleh buat penilaian

PAS sebenarnya tidak mampu memberi penjelasan yang boleh memuaskan hati rakyat. Rakyat sudah boleh membuat penilaian sama ada pemimpin mereka bercakap benar atau sekadar alasan politik untuk menyelamatkan diri dan parti. Kebelakangan ini, rakyat membangkitkan semula Amanat Haji Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO. Jika sebelum ini kerjasama UMNO dengan parti bukan Islam dianggap sebagai salah satu sebab UMNO dikafirkan, rakyat menilai apa bezanya hubungan PAS, DAP dan PKR. Apakah DAP dan PKR itu parti Islam. Sama ada Presiden PAS atau Nik Aziz memberi rasional hubungan ketiga-tiga parti itu tetapi, ahli PAS bukan boleh diperbodohkan lagi. Adalah salah jika pemimpin PAS menganggap ahli mereka boleh dipergunakan lagi. Mereka berfikir dan menilai apakah PAS itu parti yang baik untuk Malaysia.


1 ulasan:

  1. Pas hanya lakonan la hanya rosak agama la.. X yah cerita banyak ,laksana hudud dalam undang2 negara. Pas tadi komited hudud.. Jgn ragu2 lagi hukum allah ini..kita mgaku islam tapi was2,apa crita ni. Laksana hudud xyah kita brcerita bnyak lagi.jenayah smakin menjadi2..

    BalasPadam