Rabu, 8 Disember 2010

PAS PENYOKONG TEGAR DAP



Pas ‘Pencacai’ Jayakan Cita-Cita Politik Anwar !

Oleh: TG AZMAN TG ABAS


KUALA LUMPUR, 8 Dis – Pas akan terus menjadi alat dan bahan dagangan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya umum akan datang dalam usaha mencapai cita-cita politiknya.

Pengerusi Biro Pendidikan Politik Pemuda UMNO, Ali Mazat Salleh berkata perkara itu terbukti apabila Anwar bukan sahaja tidak menyebut malah tidak pernah tersasul pun  untuk melantik kalangan pemimpin utama Pas khususnya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan penting khususnya Timbalan Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya.
Menurut beliau Anwar seolah-olah lebih mengangungkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berbanding Hadi yang memperlihatkan niat sebenar Ketua Umum PKR itu untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum kelak.

“Amat jelas Pas hari ini sekadar menjadi bahan dagangan dan tukang promosi yang berkhidmat kepada Anwar dan bukannya menjunjung prinsip perjuangan mereka sendiri. Percayalah…sedikit demi sedikit perkara ini akan terbongkar.

“Saya juga penuh yakin, perkara ini telah menimbulkan kegelisahan di kalangan beberapa pemimpin dan penyokong mereka di akar umbi. Apa kurangnya Hadi Awang..Apa kurangnya Nasarudin Mat Isa..Inilah yang dibualkan di peringkat bawah. Apa pun kita tunggu dan lihat drama ini,” katanya.

Impian pembangkang kononnya akan berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum nanti telah menimbulkan polemik sesama mereka yang mana jika perkara itu diizinkan Allah (nauzubillah), Anwar akan menjadi PM, manakala Lim Kit Siang pula disebut-disebut sebagai Timbalannya.

Mengulas lebih lanjut, Ali yang juga Ketua Pemuda Kulai seterusnya menegaskan soal siapa timbalan perdana menteri bukanlah persoalan sebenar sebaliknya apa yang mahu ditimbulkan ialah peranan Pas di dalam pakatan pembangkang.

Katanya Pas yang mempunyai jenteranya yang mantap dan sebagainya seolah-olah tidak ada peranan dan perkara itu dapat dilihat di beberapa negeri yang dikuasai oleh sekutu mereka seperti di Pulau Pinang dan Selangor.

“Yang kita tengok sekadar jaga hal ehwal agama..Itu pun mungkin atas belas ihsan sekutu mereka. Sewajarnya Pas perlu diberikan peranan yang luas dan penting sejajar dengan kedudukan parti itu di dalam pakatan pembangkang.

“Ini sebaliknya berlaku apabila Pas seolah-olah dipandang sebelah mata sahaja. Mungkin PKR dan DAP melihat Pas ini merupakan “pak turut” dan rakan yang setia di “cucuk hidung”, katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan