Sabtu, 16 Oktober 2010

PAS : PARTI SERPIHAN UMNO


Wednesday, August 4, 2010


"Sukacita dinyatakan, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai. PAS sudah menolak untuk berunding dengan Umno. Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam. Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan KITA HARUS INGAT penghujung hidup manusia adalah Akhirat. Sebab itu Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan Ad-Din, iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di Akhirat. Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu. Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi. Ia disambung pula oleh puak Arab. Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW. Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi." - Kenyataan Nik Aziz di halaman FB.

Berdasarkan kenyataan di atas, maka bolehlah dibuat analisis seperti berikut:-

1. Sekiranya 'benar' asas kerjasama yang dicadangkan oleh Nik Aziz ialah penggunaan dasar Islam, maka apakah dasar Islam yang diamalkan oleh parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya parti rasis DAP? Hatta Pas sendiri pun hingga ke hari ini, masih gagal untuk menerangkan dengan jelas kepada rakyat Malaysia, jenis dasar Islam apakah yang mereka guna pakai sejak dulu? Adakah dengan hanya bersandarkan kepada nama Parti Islam SeMalaysia maka sudah cukup untuk menjadikan mereka pendokong dasar Islam sebagaimana yang diwariskan Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat 'Alaihimussalam?

2. Fahaman Nik Aziz tentang politik ternyata masih dangkal apabila beliau hanya mampu melihat UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti berasaskan kaum semata-mata. Sedangkan Barisan Nasional merupakan lambang kesepakatan rakyat Malaysia yang wujud secara bersama dan bergerak di atas dasar-dasar yang dipersetujui bersama. Maka orang Islam di Malaysia sewajarnya merasa bertuah kerana kesepakatan ini dipimpin oleh organisasi Melayu yang beragama Islam yakni UMNO. Walaupun kesepakatan BN itu tidak semestinya sama dengan pembentukan kerajaan Islam Madinah (kerana pemilihan pemimpin adalah melalui pilihanraya dan bukan konsep musyawarah), tetapi kesepakatan yang dipersetujui Umno dan parti komponen BN adalah mirip dengan apa yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu pembentukan kerajaan berasaskan toleransi dan hormat kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah negara. Dan hukum Tauhid secara jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 3 yakni Islam Agama Persekutuan. Ertinya kedudukan Islam bukan sahaja diterima oleh bangsa Melayu, malah kaum Cina dan India turut memperakui perkara ini apabila wakil-wakil mereka bersetuju dengan kandungan perlembagaan yang telah termaktub sebelum merdeka.

3. Ketahuilah wahai penyokong Pas bahawa menurut sumber, Nik Aziz yang kamu puja itu asalnya adalah ahli Umno kawasan Bachok pada 1960an. Tetapi disebabkan tidak berpeluang memegang sebarang jawatan, maka beliau beralih arah kepada Pas. Sama perihalnya dengan pengasas Pas iaitu Ahmad Fuad, yang menubuhkan Pas rentetan tidak berpuas hati disebabkan tewas 46 undi kepada Tunku Abdul Rahman ketika bertanding jawatan Presiden Umno pada 1951. Dan British kemudiannya mengambil kesempatan meluluskan pendaftaran parti Pas semata-mata kerana ingin memecah-belahkan Melayu yang ketika itu bersatu teguh di bawah Umno. Pas ternyata berperanan sebagai 'duri dalam daging' tinggalan British kepada bangsa Melayu di negara ini.

4. Umno adalah parti Islam dan disebabkan itulah Umno menjadi wadah pertama perjuangan Nik Aziz sebelum mendaftar sebagai ahli Pas. Maka benarkah hakikatnya bahawa Nik Aziz adalah seorang hipokrit + munafik?


1 ulasan:

  1. Nashrul berjumpa dengan pelajar-pelajar Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka untuk defend jemaah-jemaah haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah-hujah PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith-hadith sahih Rasulullah yang tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YANG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT. Nashrul ditunjukkan hadith-hadith sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yang membenarkan menjatuhkan pemerintah. Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yang dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic….tetapi inilah yang kami cari. Satu manhaj yang mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith-hadith yang kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut…jawapan-jawapan mereka tidak memuaskan. Mereka tolak puluhan hadith-hadith ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak dapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas. Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yang kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan. Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yang meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith-hadith Nabi hanya terpakai untuk Daulah Islamiyah seperti ustaz-ustaz PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS) mengiktiraf bahawa sistem khalifah/ daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki. Sebenarnya, hanya empat khalifah pertama sahaja yang benar-benar naik jawatan melalui sistem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah. Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dengan Majlis Tahkim, dan setelah itu sistem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah. Tetapi para ulamak yang hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yang mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang Gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dengan manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dengan begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yang zalim ini. Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma’mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yang mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa untuk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma’mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan umat paling utama

    BalasPadam