Jumaat, 28 Januari 2011

PAS : PENGHASUT CIKGU MENIPU



Duhai Cikgu Mala…Wahai Cikgu Aup…

Assalamualaikum….

Saya bukan sesiapa, jauh terpinggir dari politik apatah lagi untuk terlibat dalam arus populariti, namun saya terpanggil untuk berkongsi luahan hati dan keresahan yang terpendam di kalbu saya.

Saya mengikuti perkembangan semasa melalui akhbar harian yang saban hari akan tetap saya baca walaupun seringkali terpampang cerita-cerita politik termasuklah berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang.

Pas mengumumkan calonnya, Normala Sudirman pada 17 Januari, seorang wanita yang berkerjaya sebagai guru. Ayu wajahnya penuh dengan kelembutan dan sentiasa ditemani oleh suaminya yang juga berjawatan guru.

Namun kemudian, terdetik di hati saya, bagaimana mungkin seorang pegawai kerajaan iaitu guru yang gajinya dibayar oleh kerajaan sanggup menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menjadi payung kepadanya selama ini.

Apatah lagi Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga turut sama berkempen bersama calon BN.

Persoalannya, tidak ada langsungkah perasaan guru-guru ini (Normala dan suaminya – Maarof Abd Mutalib) tersentuh jauh sekali rasa terhutang budi atas ‘periuk nasi’ mereka ini yang dinyalakan oleh BN?

Tergamakkah guru-guru ini bersikap ‘munafik’, derhaka dan melawan pihak yang selama ini telah memberi ‘nikmat’ kepada mereka, sejak daripada mereka berada di Maktab pengajian dan kemudian ditugaskan untuk mengasuh anak bangsa?

Tidakkah mereka bayangkan bahawa setiap titis darah yang mengalir dalam diri mereka, hasil dari suapan nasi oleh wang yang diperoleh daripada kerjaya mereka sebagai pegawai kerajaan iaitu BN?

Terasa sesak nafas. Tanpa disedari, bergenang air mata lantas membasahi pipi memikirkan penyimpangan songsang cikgu-cikgu ini.

Terasa sesak nafas. Tanpa disedari, bergenang air mata lantas membasahi pipi memikirkan penyimpangan songsang cikgu-cikgu ini.

Saya tinggalkan persoalan itu, saya susur hari-hari dengan mengikuti kisah Cikgu Normala dan Cikgu Maarof ini…..

Menariknya, Cikgu Normala sanggup meninggalkan jawatannya untuk berbakti kepada anak bangsa hanya kerana mahu bertanding sebagai wakil rakyat. Tidak apalah jika menang, sekurang-kurangnya beliau masih boleh berbakti tapi bagaimana jika tewas… apa yang Cikgu Normala akan lakukan?

Dan kemudian, hari ini saya terbaca pula di akhbar bahawa Cikgu Maarof ambil cuti teman Cikgu Normala berkempen. Bolehkah pegawai kerajaan ambil cuti yang lama?

Memandangkan saya juga adalah bekas pegawai kerajaan, saya maklum bahawa setiap individu layak untuk mengambil cuti rehat khas, tapi jumlahnya cuma tujuh hari… saya hitung hari-hari wajah Cikgu Maarof di dada akhbar, malah kata Cikgu Maarof bahawa beliau sanggup letak jawatan jika isterinya menang.

Itu kalau menang, tapi kalau tewas, sanggupkah dia kembali bertugas dengan memandang wajah murid-muridnya dan rakan-rakan kakitangan kerajaan seakan-akan tidak ada apa yang berlaku? Mana maruahnya sendiri….

Tapi kemudian, dengar pula desas-desus bahawa Cikgu Maarof ambil cuti sakit. Cuti sakit? Kalau sakit kenapa ada di Tenang… MasyaAllah…inikah wajah sebenar Cikgu Maarof dan Cikgu Normala?

Apakah nilai dan statusnya sebagai seorang guru yang boleh dicontohi oleh anak muridnya jika penipuan sedemikian dibuat? Jangan cacatkan kerjaya guru… terlalu tinggi nilainya malah Sasterawan Negara Usman Awang pun pernah menyatakan dalam puisi indahnya Guru Oh Guru bahawa siapapun waima Perdana Menteri adalah hasil daripada seorang guru.

Wahai Cikgu Maarof, aduhai Cikgu Normala… siapakah anak-anak muridmu yang pernah berguru kepada mu, apakah bentuk ajaran kalian dapat membina insan cemerlang untuk masa depan agama, bangsa dan negara.

Sebagai seorang ibu, pilu rasa hati sekiranya guru yang melakukan penipuan sedemikian menjadi pengajar kepada anak-anak saya. Dimana letaknya amanah yang terpikul sedangkan Cikgu Maarof lebih gemar berdamping dengan isterinya untuk memburuk-burukkan kerajaan kepada rakyat.

Kenapa beliau meninggalkan amanah membentuk insan gemilang dengan menjadi kambing hitam kepada Pas. Entah apa pula janji-janji yang telah Pas taburkan kepada mereka sebagaimana Pas fatwakan kepada rakyat. Terbukti bahawa Cikgu Mala dan Cikgu Maarof juga gagal menggunakan pemikiran kritikal mereka untuk membuat penilaian.

Lebih malang lagi, Cikgu Mala terpalit duka… bukan hanya kredibilitinya tercalar malah lebih teruk lagi apabila kisah lampau dan ‘kenakalannya’ di masa lalu turut terdedah.

Demi Allah, tanah air tercinta dan bangsa Melayu, janganlah ‘dilacurkan’ lagi institusi perguruan ini apatah lagi untuk memilih mereka sebagai pemimpin!!!

Ingatlah sumpah setia, ikrar yang dilafaz semasa di maktab perguruan, bertekad, berjanji memperjuangkan maruah dan nasib bangsa, agama dan tanahair.


AMIRA AM
KUALA LUMPUR

Khamis, 27 Januari 2011

PAS : "MUSYRIKIN YANG BERTELAGAH"




PRK DUN Tenang: Huru-hara jentera PAS..!!!

Tuesday, January 25th, 2011 | Posted by dukeofmontecristo



Berita terkini dari Tenang memberi tahu ada sesuatu yang “tidak kena” pada jentera kempen PAS di sana. Menurut sumber, jentera kempen pihak PAS sedang berada di dalam keadaan “ribut taufan”. Huru hara dan bergaduh sesama sendiri. Tidak ubah seperti puak-puak musyrikin yang bertelagah sesama sendiri ketika berperang di zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat dahulu.

Menurut “sumber dalaman” penulis, kempen PAS di PRK DUN Tenang telah diboikot secara “halus” oleh Mazlan Aliman, kumpulan ANAK dan Dewan Pemuda PAS. Ini adalah hanya disebabkan oleh sifat dengki yang ada pada Mazlan Aliman kepada calon PAS PRK DUN Tenang, Normala Sudirman. Menurut sumber lagi, Mazlan Aliman memang hadir di PRK DUN Tenang, namun kehadirannya hanyalah sekadar “tunjuk muka” sahaja.

Sebetulnya, dikhabarkan bahawa Mazlan Aliman sememangnya sangat bercita-cita besar untuk menjadi calon PRK DUN Tenang ini. Ini memandangkan bahawa terdapat rangkaian Felda di dalam kawasan DUN Tenang.  Memandangkan aktiviti Mazlan Aliman dan kumpulan ANAK yang “konon-konon”nya membela nasib anak-anak Felda, maka dia merasakan bahawa dialah yang paling layak untuk bertanding disitu.

Selain itu, analisis penulis berpendapat bahawa ada logiknya Mazlan tidak mahu Normala menang di PRK DUN Tenang. Kemenangan Normala di Tenang akan menggambarkan masa depa dan cita-cita Mazlan untuk menjadi calon di DUN Tenang pada PRU13 nanti menjadi kelam. Jika Normala menang, Mazlan khuatir Normala akan dicalonkan semula di DUN itu pada PRU13 dan ini “memotong jalan” Mazlan secara peribadi. Mungkin diatas itu, congak sifir Mazlan Aliman dan kumpulan ANAK berpendapat adalah wajar untuk mereka memboitkot kempen Normala itu.

Sebagaimana maklum, Dewan Pemuda PAS dan kumpulan ANAK agak bergantung kepada Mazlan Aliman jika mereka berada di dalam kawasan Felda. Mungkin bagi mereka Mazlan Aliman ini adalah “taiko” besar yang berpengaruh di semua Felda di seluruh negara. Mungkin bagi mereka Mazlan Aliman juga berpengetahuan luas tentang sosio-budaya Felda dan sangat arif dengan isu-isu Felda. Dan memandangkan Mazlan bertindak memboikot kempen Normala “secara halus”, maka mahu tidak mahu, mereka terpaksa mengikut jejak langkah “boss” mereka itu.

Penulis juga difahamkan oleh beberapa rakan di DUN Tenang bahawa terdapat pergaduhan besar di antara “Din Puduraya” (Salehuddin) dan “Ketua Komunis Melayu Sepet Perak” (Nizar). Menurut sumber dalaman PAS yang sampai ke pengetahuan penulis, Salehuddin marahkan Nizar berhubung “cara” Nizar berkempen di situ. Salehuddin tidak puas hati apabila Nizar mengeluarkan “fatwa”nya yang mendakwa “adalah HARAM untuk memberikan undi pada UMNO/BN”!

Mungkin Salehuddin tidak dapat menerima “fatwa” dari Nizar itu. Mungkin pada Salehuddin, hanya Nik Aziz sahaja yang layak mengeluarkan “fatwa hukum” sebegitu. Dikhabarkan bahawa Salehuddin telah memberi amaran dan kata dua kepada Nizar sama ada menghentikan kempen bodoh sebegitu atau berambus saja balik ke Perak! Marah benar Salehuddin pada Nizar…

Nizar pula dikatakan tidak mahu mengalah! Dituduhnya Salehuddin adalah di antara “agen UMNO” yang bekerja ke arah “kerajaan perpaduan”. Malah Nizar juga mengugut akan memboikot semua kempen PAS di PRK DUN Tenang sekiranya Din Puduraya tidak meminta maaf darinya! Garangnya Nizar…

Penulis optimis. Sekiranya mana-mana pihak yang akan bertanya pada Salehuddin mahupun Nizar, mereka berdua pastinya bermati-matian akan menafikan perkara dan insiden tersebut. Begitu juga jika ditanya kepada Mazlan Aliman, kumpulan ANAK atau Dewan Pemuda PAS, “mati hidup balik” pun mereka takkan mengaku kesahihan perkara ini. Iyalah, “siapa yang rela mengaku dia berak di tengah jalan”! Lagi pun, menipu dan berlakon dikhalayak ramai sudah menjadi kebiasaan puak-puak pembangkang. Palsu dan hipokrit..!!!

Nampaknya ramai dari kem Normala sendiri yang tidak ingin dia memenangi PRK DUN Tenang ini. Pemimpin PAS yang datang kebanyakkannya hanya sekadar untuk “tunjuk muka”. Malah dikhabarkan bahawa inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki di DUN Tenang! Jika tidak ada PRK di DUN Tenang ini, tak ingin mereka singgah di Felda-Felda yang berada di Tenang. “Beli jiwa”lah kononnya…

Tidak mengapalah. Penulis amat menghormati amalan demokrasi yang diamalkan di Malaysia dan tidak terkecuali PRK DUN Tenang. Normala bertanding dan berkempenlah bersungguh-sungguh. Cubalah untuk “tidak hilang wang deposit”. Penulis harap Normala tidak akan menjemput Mat Sabu dan Anwar ke sana. Maklumlah, yang seorang tu suka “goda” isteri orang, dan yang seorang lagi tu pula lebih merbahaya, dia suka suami, isteri, gadis dan pemuda yang jambu! Penulis risau jika mereka mencemar nama baik Cikgu Mala yang ternyata lebih warak dan Islam dengan “salam bersarung tangan”. Harap Cikgu Mala jangan menjemput mereka. Jika mereka datang tanpa berjemput pun, jangan salam dan berhati-hatilah dengan mereka. Mereka ada rekod polis!

Wallahua’alam.



Selasa, 25 Januari 2011

FITNAH TERBESAR ABAD INI




Insaflah! Fitnah, Membohong Sebati Dengan Pas



LABIS 23 Jan. – Taktik kotor Pas mula terbongkar satu per satu termasuk yang terbaru mengenai penipuan dan putar belit parti itu yang mendakwa petugas Pas Pahang menguruskan jenazah seorang pimpinan UMNO cawangan yang meninggal dunia pada hari Perdana Menteri melakukan lawatan kerja sehari ke Felda Tenang, 18 Januari lalu.

Ia suatu fitnah nyata yang dilakukan oleh Pas melalui edisi kedua akhbar Buletin Tenang, lidah rasmi parti itu yang diedarkan kepada orang ramai sepanjang tempoh berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini.

Sebaliknya, apa yang berlaku, seperti ditegaskan Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat,jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, diuruskan oleh para penduduk kampung.

“Janganlah dihina kami. Seolah-olah tidak ada penduduk kampung ini yang pandai menguruskan jenazah sehingga Pas Pahang pula mengambilalih urusan itu . Ini satu fitnah. Soal mati pun hendak dijadikan bahan kempen. Tak ikhlas puak-puak Pas ni.”

“Janganlah dihina kami. Seolah-olah tidak ada penduduk kampung ini yang pandai menguruskan jenazah sehingga Pas Pahang pula mengambilalih urusan itu . Ini satu fitnah. Soal mati pun hendak dijadikan bahan kempen. Tak ikhlas puak-puak Pas ni.”

“Sebenarnya semua urusan mengenai jenazah, kita yang lakukan. Ahli Pas ini cuma secara tiba-tiba meluru ke depan mengimamkan solat jenazah semasa jenazah tersebut disembahyangkan.

“Kalau betul Pas uruskan semuanya, kenapa tidak ada seorang pun orang Pas yang membantu urusan sehingga ke tanah perkuburan?” katanya.

Katanya, apa yang berlaku, beberapa wakil dan jentera Pas hanya muncul secara tiba-tiba di masjid berkenaan termasuk calon parti itu, Normala Sudirman untuk memberi penghormatan kepada jenazah Allahyarham.

Kemudian, di dewan solat Masjid An-Nur Felda Tenang itu, salah seorang daripadanya yang memakai jaket Pas secara tidak semena-mena bangun dan mengimamkan solat jenazah ketika pengurusan masjid meminta waris Allahyarham menjadi imam kerana lebih afdal diimamkan oleh keluarga terdekat, atau menunggu kira-kira 15 minit untuk imam tiba.

Hamzah yang ditemui menegaskan, hati seluruh penduduk di Felda Tenang sangat terluka dengan tindakan Pas itu.

Beliau juga berkata, Pas sekali lagi menabur fitnah apabila mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak melawat jenazah ketika melintasi masjid itu pada pukul 10 pagi.

“Jenazah tiba dari Hospital Segamat untuk disembahyangkan di masjid berkenaan pada pukul 12 tengah hari. Mana datangnya pukul 10 pagi,” katanya.

“Ini suatu pembohongan, bohong, bohong, bohong,” katanya .

Beliau sedih dan marah dengan pas apabila wartawan menunjukkan naskhah Buletin Tenang terbitan Badan Perhubungan Pas Johor itu kepada beliau hari ini.

Abdul Latif Subhi meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 pagi di Hospital Segamat setelah mengadu sakit dada.

Selain itu, tambah Hamzah, para penduduk Felda Tenang berasa sangat kecewa lebih-lebih lagi apabila Pas mendakwa imam masjid Masjid An-Nur Felda Tenang, Mohd. Shariff Hassan, tidak mempeduli dan menguruskan jenazah berkenaan kerana sibuk meraikan kedatangan Perdana Menteri.

Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Ayahanda’ oleh penduduk Felda sangat terkilan dan kesal dengan tindakan parti pembangkang itu yang sengaja menabur fitnah semata-mata hendak memburukkan Perdana Menteri dan penduduk kampung semasa Pilihan Raya Kecil DUN Tenang tanpa mempedulikan hukum hakam agama Islam yang menegah keras umatnya melakukan fitnah sesama Islam.

Sambil berharap supaya pengundi di DUN Tenang yang mendengar atau membaca mengenai fitnah tersebut supaya jangan mempercayainya, Hamzah berkata:

“Siapa kata orang Pas yang kendalikan semua urusan jenazah dari masjid hingga ke tanah perkuburan? Semua urusan itu kami yang lakukan kecuali imamkan solat jenazah dan itu pun, dia (orang Pas) tidak diminta berbuat demikian.

“Seperti kebiasaan, kita minta jika ada waris terdekat untuk mengimamkan jenazah, tapi disebabkan anak Allahyarham tidak bersedia menjadi imam solat jenazah, kita tanya sama ada mahu tunggu imam (Mohd. Shariff). Tiba-tiba seorang lelaki yang memakai jaket Pas terus ke hadapan dan mengimamkan solat tersebut.

“Saya nak ucap ‘tahniah’ kepada Pas kerana memfitnah dan memburukkan orang kampung dia sendiri,” katanya dengan nada sinis menyindir pemimpin Pas yang sengaja menabur fitnah untuk meraih sokongan.

Hamzah berkata, pihaknya sebenarnya memang tidak menghalang tindakan lelaki itu yang bukan pun penduduk Felda berkenaan mengimamkan solat jenazah tersebut tetapi tindakan memutarbelitkan fakta kejadian itu untuk dijadikan modal politik sangat dikesali.

Menurutnya, jika lelaki itu tidak mengimamkan solat jenazah itu pun, ia tetap dilangsungkan awal kerana Mohd. Shariff tiba beberapa minit kemudian iaitu ketika sembahyang baru bermula.

“Sebelum itu, saya telefon imam supaya datang segera untuk mengimamkan jenazah. Saya juga sudah beritahu supaya menunggu kira-kira 15 minit untuk menanti ketibaan imam.

“Sebenarnya semua urusan mengenai jenazah, kita yang lakukan. Ahli Pas ini cuma mengimamkan solat jenazah semasa jenazah tersebut disembahyangkan.

“Kalau betul Pas uruskan semuanya, kenapa tidak ada seorang pun orang Pas yang membantu urusan sehingga ke tanah perkuburan?” katanya.


Jumaat, 21 Januari 2011

PAS : PENYEBAR AGAMA SESAT?




Islam takkan berkembang dibawah perjuangan PAS.

Thursday, January 20th, 2011 | Posted by Pak_Long


Didalam isu penjualan arak di Selangor, kewibawaan PAS untuk memartabatkan Islam seperti yang mereka war-warkan mula diragui oleh seluruh rakyat negeri tersebut. Apa taknya, PAS yang selalunya garang berdepan dengan UMNO hingga sanggup mengatur demonstrasi jalanan, tiba-tiba diam membisu apabila kafir DAP mempertikaikan soal penjualan arak.
Didalam isu DAP Selangor ini, ramai yang melihat bahawa ianya bukan hanya soal penjualan dan juga lesen arak semata-mata. Tetapi rakyat melihat isu yang lebih besar iaitu tentang kebiadapan wakil-wakil DAP yang semakin lantang mempertikaikan perkara-perkara sensitif yang berkaitan dengan umat Islam.

Jika kita lihat kembali segala kemelut yang mencetuskan kemarahan umat Islam Selangor, semuanya didominasi oleh Ronnie Liu dan juga Teressa Kok. Mereka berdua ini dilihat antara yang paling bebas mempermainkan isu sensitif dengan Islam. Diantara yang menjadi tumpuan ialah, isu tulisan jawi, isu laungan azan dan juga isu penjualan arak serta penglibatan umat Islam didalamnya.

Teressa Kok sudah diketahui dengan keceluparannya terhadap apa yang dikatakan sebagai kebebasan bersuara. Kebiadapan wakil DAP ini terhadap sensitiviti umat Islam amat ketara hinggakan memaksa pihak kerajaan mengenakan tindakan I.S.A terhadapnya. Namun, hukuman yang diberikan langsung tak menginsafkan wanita kafir ini.

Sekarang ini, Ronnie Liu pula mengambil tempat Teressa untuk mencabar kesabaran umat Islam didalam isu arak yang jelas haram didalam agama kita. Ronnie Liu semakin menunjukkan belang dengan mempertikaikan langkah pihak MPSJ menyediakan garis panduan penjualan arak yang selari dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor didalam hal pembabitan umat Islam.

Pihak MPSJ telah menggariskan undang-undang melarang penglibatan umat Islam didalam penjualan dan juga penyediaan arak di Selangor. Ini merupakan langkah yang paling baik dan konsisten dengan apa yang dikehendaki oleh ajaran Islam. Dan bagi pihak majikan yang gagal mematuhi larangan ini, mereka akan dikenakan tindakan lesen perniagaannya ditarik balik.

Apabila Ronnie Liu membantah larangan pihak MPSJ tersebut, dimanakah suara PAS Selangor? Dimana pula suara pemimpin-pemimpin PAS yang selama ini begitu lantang menentang UMNO yang dikatakan tidak islamik dan tak menegakkan hukum Islam? Apakah PAS hanya berani kepada UMNO tetapi terketar-ketar bila berhadapan dengan DAP?

Tak berapa lama selepas Ronnie Liu membantah larangan pembabitan umat Islam didalam penjualan arak, Teressa Kok pula mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya dengan Ronnie didalam sebuah akhbar Taboid berbahasa Inggeris.

Jika didalam isu air SYABAS, PAS sanggup menggerakkan seluruh jenteranya berdemonstrasi dijalanan sehingga menyusahkan rakyat. Tapi mengapa PAS tak mahu mengadakan demo bagi membantah tindakan kedua-dua wakil DAP ini? Mengapa ada pilih kasih didalam polisi perjuangan PAS?

Jika begini caranya PAS mahu memperjuangkan Islam, alamatnya Islam takkan berkembang didalam negara. Kalau hanya sekadar cakap mulut bergendang kesana kemari bercerita mahu memartabatkan Islam, hingga kucing bertanduk pun Islam akan tertindas di bumi Malaysia.

Setakat hanya berani dengan sesama Islam, tetapi kecut menggigil apabila berhadapan dengan puak kafir, PAS ternyata memalukan nama Islam itu sendiri sebenarnya!